Dari Harakah Daily
Oleh Azamin Amin
Parlimen hari ini ‘kecoh’ apabila diberitahu bahawa terdapat surat pekeliling arahan untuk mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untuk kontraktor mendapatkan projek.
Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam soalan tambahannya kepada Kementerian Kewangan berhubung projek-projek untuk kontraktor kelas A sehingga F.
“Saya dapat tahu ada perjumpaan seorang menteri kabinet yang mengarahkan supaya projek-projek tidak disalurkan kepada penyokong Pakatan Rakyat.
“Malah ada surat pekeliling mengarahkan kontraktor mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untukmendapatkan projek,” katanya yang mengundang rasa tidak senang beberapa ahli parlimen BN.
Beberapa ahli parlimen cuba mengganggu Mahfuz seraya menjawab dan melaungkan :”Biasalah kroni.”
Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Awang Adek cuba memperlekehkan soalan Mahfuz dengan mengatakan ianya tidak berlandaskan fakta dan bukti.
“Ini masalahnya, tidak mahu sebut siapa dan surat yang dikatakan pun tidak ada,” katanya.
Lantas, Mahfuz bingkas bangun dan berjanji akan menunjukkan surat tersebut pada sidang Parlimen esok.
“Esok saya bawa surat dan bukti ada arahan itu!” katanya menyebabkan dewan sekali lagi kecoh.
Sebelum itu Awang Adek menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F dan apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor.
Awang memberitahu bahawa pemilihan kontraktor A, B, C dan D bagi melaksanakan projek kerajaan adalah melalui proses tender terbuka atau tender terhad bagi mendapat persaingan yang kompetetif.
“Inilah adalah sejajar dengan matamat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara kontrator berdaftar,” katanya.
Sebelum itu beliau memberitahu projek berjumlah lebih RM10 juta diberikan kepada kontraktor kelas A, diikuti susunan gred manakala kelas F sekitar kurang RM20,000 sehingga RM200,000 mengikut keupayaan


















mmg gile kuase btol BN ni..
Reply
Perkara sebeginilah yg memburuk2kan nama BN/UMNO sia2 perjuangan org dulu,org skrang senang2 palit najis …bukalah mata rakyat bumi jgn angguk2 je……
Reply
Yang dapat cop semua tak tau buat kerja. Lepas tu bila ada orang mati akibat tanah runtuh, jambatan roboh, sekolah retak atau stadium roboh buat siasatan. Lapuran siasatan dibuat tapi lepas tu tengok siapa terbabit. Kalau kroni punya kerja masuk OSA, kalau geng PR masuk TVTREE and Utusan Meloya. Pi mai-Pi mai tang tu jugak. Mana ekonomi nak maju. Kalau syarikat kroni ni teror dan ada ketelusan buatla open tender. Asik-asik chop ketua Umno. Apa ingat negara ni UMNO punya ke? Brapa billion dia bayar income tax? Nak mintak projek chop umno, nak subsidi beras chop umno. Kita yang pilih kerajaan ,dia buat kita macam pengemis. tunggulah PRU13!
Reply
Yes, GO TO HELL with umno-bn.
Reply
Lepai nie pakai COP KEPALA LEMBU.
Reply
kontraktor yang berada dibawah payung Pakatan Rakyat memang ditindas sebab saya salah seorang yang ada lesen kelas F susah mendapat kontrak diripada jabatan kerajaan sebab nama sudah disenarai hitam.Kerana saya berada dibawah payung Pakatan Rakyat.Apa yang dikatakan oleh Yb itu adlah benar belaka.
Reply
Salam
saya cadangkan segala salah laku serta bukti2 yang PR ada dikumpul dan dikomfailkan. Nanti waktu PRU13 boleh publis dan diberikan percuma kepada semua pengundi…
Meloya saban hari ada je benda yang tak betul. Kita yang ikuti media alternatif ni tahulah tapi ada ramai lagi yang tak follow.
Jadi, DSAI…tolong usahakan perkara ini agar segalanya ada hitam putih…Baru rasmi….Tak cakap kosong
Saya alukan YB Pokok Sena bawa bukti ke depan… Sebenarnya banyak lagi kes2 lain. contohnya kena isi borang ****** untuk mohon biasiswa belajar dll….
Reply
bn bangsat
Reply
um-no berketuakan seorang yang dipertikaikan kewibawaannya ditambah pula dengan perangai isteri yang lebih sudu dari kuah.apa yang RAKYAT bolih harap……harta negara umpama harta mak bapak um-no/b-end yang punya.rakyat semua disangka masih bodoh dan bolih dibodohkan semaunya.penguatkuasa semuanya dibiarkan berkuasa ikut suka hati aku yang berpaksikan undang2 rimba.sebagai penyesaian kepada kemelut ini ialah kuasa rakyat kepada reformasi yang lebih baik bagi kepentingan semua dan bukan tertumpu dikalangan pihak berkuasa saja.
Reply
the world is enough for what everyone needy
but never enough for one whose greedy
pinjam kata2 mahatma ghandi…
non muslim pun tau hak org lain..
Reply