Dari Malaysian Insider
Oleh Neville Spykerman
SHAH ALAM, Dis 2 – Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini memulakan langkah awal untuk menarik sokongan kakitangan awam negeri sejurus selepas mengangkat sumpah secara rasmi sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor.
Dalam ucapan sulungnya, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu menzahirkan bahawa kejayaannya semasa berada di kerajaan persekutuan adalah atas sokongan kakitangan Perbendaharaan.
Anwar dipecat dari kedua-dua jawatan itu pada September 1998.
Pelantikan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dilihat perlu untuk menangani ‘hubungan tegang’ yang masih wujud antara kerajaan negeri dan kakitangan awam Selangor.
Justeru Anwar berkata beliau optimistik bahawa beliau mampu untuk menangani masalah yang wujud.
Ketua Pembangkang itu dilantik ke jawatan tersebut pada 13 November lalu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menarik pelaburan dari rantau Timur Tengah dan menjadikan Selangor sebagai hab kewangan Selangor.
“Walaupun saya ketua Khalid dalam PKR tetapi di Selangor, dia adalah ketua saya. Jadi jangan risau,” kata Anwar yang juga Penasihat PKR sambil menambah beliau akan berada lingkungan sebagai anggota sepasukan untuk membantu Selangor.


















do’a kami mengiringi setiap langkah DSAI.maju terus pantang mundur !!!!!!!!!!
Reply
sdasd Reply:
December 3rd, 2009 at 5:58 pm
I think it is time for you to prove to us that you can really work wonders, prove to the rakyat that you could really do it. Personally I would like to congratulate you for the tittle, and good luck.
Prove to the world, like what Ustaz Azizan did. I was amazed at how he really transformed the small economy of Kedah.
Reply
Adiputra Reply:
December 3rd, 2009 at 10:46 pm
Dato’ Seri,
Tahniah menjadi Penasihat! Dan seperti yang telah diketahui telah mendapat pembantu/kakitangan.
Tetapi Dato’ Seri perlu melihat/menyiasat orang-orang yang berada disekeliling Dato’ yang bekerja bersama-sama Dato’, kerana bimbang-bimbang akan menjadi seperti Si Sepol Bohori tu yang boleh dibayar dengan wang!
Reply
Semoga DS mencurah idea membangunkan ekonomi Selangor dgn lebih jaya..
Semoga kehidupan rakyat Selangor lebih makmur dibawah PAKATAN RAKYAT!
AMIN2 YA RABBAL ALAMIN!
Reply
Tahniah, semoga selangor akan terus maju dah terus dibawah pr, diharapkan akan byk perancangan yg akan menguntungkan rakyat selangor.
asasnya mudah kurangkan bebanan rakyat, rakyat akan setia.
Reply
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh!
Saudara’
Tanpa prejudis terhadap anda yang pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan semasa Order Mahathir dan berpengalaman, namun saya sebagai peninjau kesan ekonomi ke atas politik, menyarankan anda jangan lupa membaca buku pemenang hadiah nobel Paul Krugman ‘The Return of Depression Economics and the Crisis in 2008′ yang sangat terkesan kepada saya apabila membaca bab krisis kewangan Asia Tenggara di akhir tahun 1990an yang melibat anda dan Mahathir.
Untuk menjamin kestabilan ekonomi sesebuah negara rupanya tidak cukup lagi kita berpegang kepada fahaman-fahaman conventional ekonomi yang terdapat dalam buku-buku pelajaran ekonomi sebagaimana berbedanya sain politik dengan real politik. Kita harus menjadi pengamat yang cermat ke atas apa-apa yang sebenarnya berlaku di sekitar kita dan menjana idea-idea baru bagi menanganinya.
Taniah dan selamat menjawat Penasihat Ekonomi ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor.
Sekian, terima kasih.
Alhaj
Reply
noh Reply:
December 3rd, 2009 at 12:21 pm
TERIMA KASEH TAN SERI KERANA MELANTIK DATO’ SERI.
Reply
Salaam semua.
Tahniah Datuk Seri.
Saya yakin dan saya mendoakan agar DS dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan tenang dan cemerlang, InsyaAllah.
Salaam Takzim
Reply
goodluck dato!! teruskan usaha!!
Reply
Salam Dato Seri,
Saya ucapkan selamat menjalankan tugas dan kewajiban.
Semoga negeri Selangor gemilang menuju ke mercu kejayaan.
Reply
Assalamualaikum DS,
Congrats! Let’s show Mahathir who is in trouble now! Goodbye UMNO Selangor.Selamat
beristirehat K Toyo.
Copperhead.
Reply
tahniah dsai.. salam refomasi…
Reply
Selamat bertugas dan selamat maju jaya, semoga Negeri Selangor DE akan bertambah maju dan memacu kejayaan yang cemerlang di bawah nasihat DS. Buktikan kemampuan dan keupayaan serta belang DS dengan membuktikan kepada rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya bahawa DS sememangnya boleh melaksanakannya. Selamat Berjaya
Reply
Selamat kembali bertugas. Teruskan kepercayaan dan amanah yg diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor
Reply
tahniah dato seri,
sebagai rakyat selangor saya mengalu-alukan pelantikan DSAI dan berharap saudara dapat memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih aktif produktif ,memberi manfaat yang lebih kpd rakyat dan diberkati ALLAH.
selain itu diharap dato seri dapat menstabilkan politik pakatan rakyat negeri supaya dapat mengekalkan momentum kemenangan kearah malaysia yang lebih sejahtera dan berkebajikan.
Reply
Salam DSAI,
Tahniah atas perlantikan Dato’ Seri. Moga Dato’ Seri akan menonjolkan prestasi yang jauh lebih cemerlang berbanding ketika berkhidmat sbg TPM & Ment. Kew. dahulu. Buktikan segala kritikan dan fitnah yang dikenakan thdp Dato’ Seri sebagai tidak benar. Kuatkan semangat, jgn berputus asa dan jagalah makan & minum. Moga Dato’ Seri terus gagah memperkasakan Pakatan Rakyat.
LAWAN TETAP LAWAN!!!!!
Reply
Assallamuaikum DS,
Selamat memulakan tugas.Jangan lupa Agenda Ekonomi Malaysia,yg telak diwar-warkan.Saya percaya agenda tersebut boleh menjadikan rakyat serta negeri semakin maju dan kek ekonomi pula semakin besar.Saya rasa Selangor boleh setanding dengan S’pore,jika di urus dengan baik dan biarlah kejayaan Selangor akan menjadi daya penarik untuk negeri-negeri lain bersama Pakatan Rakyat,sekali gus kita menawan Malaysia.
Saya mendoakan kejayaan DS.
Reply
DSAI,
selamar majukan Selangor sebagai negeri contoh untuk kategori Kerajaan Kebajikan Rakyat terbaik. Akan menjadi contoh untuk semua negeri. Ini akan menyebabkan rakyat negeri-negeri lain akan rasa rugi kerana tidak berada di bawah PR.
Negeri-negeri PR tidak menerima peruntukan dari kerajaan pusat walaupon kutipan dtg dari negeri2 di bawah PR.
Selamat bertugas DSAI
Reply
Good Luck DSAI!
Reply
Saya mengucapkan tahniah dan salam selangor kepada DSAI, apa yang saya lihat cabaran terbesar DSAI bukan bagaiman nak bangunkan Ekonomi Selangor akan tertapi akan berdepan dengan kakitangan kerajaan Negeri, PBT dan GLC Negeri Selangor yang masih berhaluan kiri (UMNO). Ini adalah satu kenyataan bukan dogengan!! Acap kali saya butirkan kan di blog ini supaya satu rombakan dan pertukaran kakitangan harus didakukan di dalam GLC Selangor dan PBT sekiranya tiada usaha kearah itu maka saya yakin usaha menbangunkan Negeri Selangor akan terencat. Hariaton di pejabat MB harus ditukar serta merta!!! ini tuntutan Rakyat!!!! ini adalah baki yang masih tertingal!!
Reply
YES.. satu langkah yang bijak. hidup PAKATAN RAKYAT
Reply
Salam
Tahniah DSAI. Moga perlantikan DSAI memberikan banyak inpak kepada ekonomi Selangor.
Buktikan suara-suara – yang sering berkumandang terutama oleh juak2 UMNO-BN silap.
Tahniah
Reply
bravo.. bravo… ayuh.. turunkan segala kepakaran yg ada.. berita yg dh lama kami tunggu.. walaupun malaysia skrang sudah jauh ketinggalan dgn negara2 jirannya.. ini disebabkan kerakusan umeNO yg tamak.. semoga ALLAH memberi & memelihara kesihatan DSAI agar cergas & cerdas sentiasa demi membela nasib rakyat.. TAKBIR!!!
Reply
dunia pernah digemparkan ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 1997, dan pada waktu tersebut menteri kewangan malaysia seperti yang kita maklum ketika itu berusaha untuk membuat pinjaman kewangan dari badan bank dunia IMF untuk menyelamatkan ekonomi negara malaysia daripada ditimpa musibah yang mana akan membebankan rakyat.
Namun usaha beliau ditolak oleh Perdana Menteri kerana pinjaman tersebut akan menjadikan bebanan kepada kerajaan dengan membayar balik pinjaman dan membebankan rakyat dengan menaikkan cukai2 yang tidak sepatutnya.
Langkah PM pada masa itu amat baik dengan mengenakan tambatan ringgit untuk mengelakkan aliran tunai kewangan negara stabil lantas rakyat ketika itu juga tidak dibebankan dengan cukai2 yang tidak sepatutnya.
persoalanya……. adakah penasihat ini patut diberikan? adakah rakyat selangor akan terus gembira atau sebaliknya? saiapa yang silap sebenarnya?
Reply
noh Reply:
December 3rd, 2009 at 12:17 pm
PM dulu tolak hasrat nak pinjam dengan IMF kerana syarat yang dikenakan oleh IMF membuatkan PM tu takut akan terbongkar rahsia beliau manupalasi berbilion-bilion RM untuk kantungnya dan juga kroninya. Terlampau nak sorok sangat kerenahnya dengan berbagai-bagai akta termasuk OSA akhirnya terbongkar juga kisah 100 billion lesap dibawah kuasa dia. Kalau dia ada muka cabar dan samanlah mereka yang mengeluarkan cerita ni semua. Mungkin pixma boleh membantu si tua haprak tu.
Reply
haisara Reply:
December 3rd, 2009 at 2:01 pm
Salam
For ‘pixma’ read and find out about IMF before you wrote your piece.
IMF prescription for ailing economics is based on the tenets of economics foundation.
Macam mana nak baiki kalaw cara menguruskan ekonomi atas dasar kroni dan korupsi. Keadaan lebih teruk akan berlaku seperti di beberapa negara setelah mendapat bantuan dari IMF adalah kerana banyak salah laku urusan ekonomi yang ingin ditutup. PM anda waktu itu takut terbongkar salah laku tersebut. Memang dia saja yang tahu macam mana nak buat. Tutup sana, gali sini, cover sana cover sini. Posting saya dahulu saya nyatakan, kalaw kita sakit perut dan kita jumpa doktor kita kata kita sakit otak lain lah ubat yang akan kita terima. Nak cakap sakit perut nanti kalaw kena bedah berjela-jela lah keluar penyakit dalam perut itu pulak.
Soal tambatan itu satu tindakan ‘desprado’ Kalaw tak percaya tanyalah gabenor bank negara yang tak tidor malam nak ‘unlock’ tambatan sehingga jumpa Pak Lah sewaktu berlangsung majlis di waktu malam kerana nak ‘unpeg’ setelah confirm petunjuk yang positif.
DSAI dikaitkan dengan IMF oleh propaganda umno semata-mata nak menunjukkan bahawa DSAI dipengaruhi barat/yahudi dan dengan itu negara akan tergadai. Hatta akan meranalah rakyat menanggung hutang kononnya. Hakikatnya tidak timbul isu yang anda nyatakan melainkan sentimen yang dimainkan umno semata-mata. Macam mana anda boleh komen isu ini jika anda tak dapat bezakan bank dunia dengan IMF.
Anda juga patut tanya bagaimana 100 billion lesap pada waktu PM anda yg pandai itu berkuasa.
Reply
kamal Reply:
December 3rd, 2009 at 5:43 pm
kepada noh dan haisara,
Nak tergelak betul bila orang yang tak belajar ekonomi bercerita tentang ekonomi spt anda. Janganlah terpengaruh kepada khabar angin semata2. Nasihat sy cubalah belajar berbanding copy paste tulisan/idea dan orang lain yang kekadang tidak betul dan lebih menampakkan kejahilan.Samalah seperti anda berdua
Reply
bn gile kuase Reply:
December 8th, 2009 at 3:01 pm
ko blaja ekonomi? cube citer skit ttg kes malaysia ngn IMF ni ms malaysia gawat…
fz1303 Reply:
December 5th, 2009 at 9:47 pm
pixma,ko ni mmg bodoh ..
anwar nak buat pinjaman IMF, lepas die kene tangkap?
logik ke?
tak tahu cerite jgn ckp lebih…ilmu ko cetek sangat..
Reply
bn gile kuase Reply:
December 8th, 2009 at 3:04 pm
fz1303, ko ni kasar sgtla..hehe..ntah ko ni pixma, agak2 le nk bg fakta tu..dah sah2 la time tu dsai dh kene tangkap..dlm penjare mn la ade keje lg nk nasihat pinjam imf plk..ap da ko ni..kan dh kene bodo..
Reply
Tahniah Datuk Seri!!
Semuga kita dapat buktikan kpd UMNO-BN yg krjn Pakatan Rakyat boleh lebih maju kedepan.
Reply
Syabas Datuk Seri, semoga tuhan akan bersama membantu perjuangan Datuk seri, take care
Reply
“Menangani hubungan tegang yang masih wujud antara kerajaan negeri dan kakitangan awam Selangor, DSAI optimistik bahawa mampu menangani isu tersebut”.
Berkeyakinan penuh DSAI mampu melakukannya, mereka-mereka ini umpama kanak-kanak kecil yang hendak bermain-main dan kita akan menangkap dan melemparkan mereka keluar.
Mereka-mereka ini sebenarnya dalam kepanasan kerana tiada lagi peluang atau semakin kecil peluang mereka untuk membuat duit dengan cara yang tidak betul/haram seperti sebelum ini. Dan ditambah lagi akan meletusnya dan terbongkarnya kes-kes yang membabitkan mereka.
eeeeeeeeeeee Seramnya.
Reply
Tahniah dan syabas. Ana berdoa semoga usaha Tuan akan terus cemerlang. Buktikan kepada mereka.
Reply
Tahniah.. buat DSAI, saya sentiasa menyokong perjuangan PKR sejak 1998. Semoga DSAI dapat memberi yg terbaik buat rakyat Selangor. Buktikan pada UMNO. Saya juga selalu baca artikel tentang kepakaran ekonomi dan sumbangan pemikiran DSAI di luar negara. Liku2 dan keikhlasan perjuangan anda belum lagi ditandingi mana2 pemimpin di Malaysia. Saya juga harap DSAI dapat membantu MB menyelesaikan projek2 perumahan terbengkalai di Selangor. Banyak projek yg diluluskan PBT ketika zaman BN yg terbengkalai. Projek tangkap muat @ projek fulus??? Antaranya projek seperti Port Villa di Pulau Indah. Pemaju hidup bermewah2 tiada tindakan. Pembeli jadi mangsa, nama blacklist di bank. Contohnya saya, nak buat loan sambung belajar pun tak lulus, apa lagi yg lain.
Reply
Tahniah DSAI. Kamulah harapan rakyat Malaysia. Malaysia dah jahanam dengan UMNO yang korup, UMNO yang zalim, UMNO yang hipokrit.
Dunia bersama mu, DSAI. Allah akan selamatkan kamu.
Rakyat tetap bersama mu. Bawalah seribu kali DSAI ke mahkamah. Lagi kuat semangat rakyat untuk menghapuskan UMNO. HIDUP ANWAR. HIDUP PAKATAN.
Reply
datuk seri, salan hari lahir buat presiden parti, kak azizah. tq.
Reply
tahniah dato’ seri. dan menteri besar selangor..semoga ianya menjadi contoh kepada negeri2 yang dikuasai BN. Zaman sudah berubah..org dah muak dengan BN ni. apatah lagi UMNO. Penipu Rakyat. ayuh kita bersama doakan next pilihan raya tukar kerajaan persekutuan..AMIN
Reply
They only key to win now is to attack Mahathir, not Najib. Mahathir is their only saviour. The key lies on him, if he is tainted then we will win.
Reply
Salam.Terkenang bagaimana Bonos Kakitangan Awam dimulakan oleh DSAI kerana mengenang penat lelah Kakitangan kerajaan/balaci kerajaan pungut duit untuk kerajaan.Zaman Najib semua tu hampas malah hina pula kesatuan mereka. Yang amat sedih lagi Kakitangan LHDN yang hari-hari pungut duit kerajaan macam duit dia hampas juga, satu sen pun tak dapat bonos tahun ini. Najib dengan garangnya tidak melayan permohonan bonos mereka?. Sekarang semua kakitangan kerajaan termasuk LHDN semua kena ingat la siapa anda semua?. DSAI tahu macam-mana susahnya balaci-balaci kerajaan pungut duit macam kastam,Imigresen, LHDN dan lain-lain jabatan.Taniah DSAI,yang penting tulus iklas dan Jangan mansuhkan tol nanti Mat Tol hilang kerja.
Reply
kasihan pixma, masih menggunakan teks fitnah 10thn dahulu, DSAI dah berdiri di depan ahli parlimen mencabar dgn fakta ttg beliau dgn imf. imf, DSAI 30billion, dan mcm2 lg fitnah lapuk sejak 1998… kasihan pixma, masih ketinggalan dgn pemikiran zaman Dr.M,
Reply
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala bersama dengan DSAI untuk menjayakan Pakatan Rakyat demi untuk rakyat Malaysia…
Reply
Pencapaian ekonomi yang memberangsangkan di negeri Selangor akan membuka mata rakyat Malaysia di negeri-negeri lain. Tunjukkan keikhlasan DSAI utk menjadikan Malaysia negara yg jauh lebih baik berbanding pemerintahan 52 tahun UMNO.
Reply
Tahniah di atas perlantikan Penasihat Ekonomi N. Selangor Dato Seri, saya mengharapkan ekonomi n. Selangor akan menjadi lebih baik dari sekarang dan menjadi contoh buat kerajaan Persekutuan. Tahniah lagi sekali….
Reply
malas nak komen…tak ade mood. takut pun ye…sebab dah menghitung hari..
Reply
kami yakin dgn dsai sejak dr dulu smpi skrg..mahathir la bapak yg menghancurkan semua institusi negara…baling batu sembunyi tangan manusia paling bacul pernah ade kt msia…tok guru patut dan bagus mendoakan najib dan bn kemusnahan ..takakn org curi duit kita rompak rampas bunuh zalim kt kita tk bole doakan kemusnahan..ulamak yg ade ulamak buku..hafal kitab kat otak..dia marah tok guru nik aziz doa mcm tu but yg bn rompak rampas curi duit minyak kelantan dia tk ckp salah…1001 kes dr dulu kezaliman bn tkde sorg pun lumaka tv ckp salah..sorryla kalau ini ulamak pewaris nabi..
Reply
Salam DSAI,
moga kerajaan PAS Kedah juga melantik DSAI sbgai pnasihat ekonomi spt Selangor…
Wa caya lu..
Reply
Assalamualaikum.
Saya sentiasa mendoakan DSAI dalam keadaan yang terbaik , dilindungi serta di berkati Allah.
Dato. Saya ingin menyampaikan buah pikiran saya terhadap eknomomi semasa. Tidak dinafikan Dato adalah jaguh didalam politik serta ekonomi. Saya ingin menyatakan adalah tidak nampak keberkesanan ekonomi yang baik walaupun ramai pakar ekonomi menyatakan keadaan semakin pulih. Memang benar pembanggunan negara boleh dilihat dari segi fizikalnya umpama banyak banggunan banggunan yang tinggi serta bandar bandar baru telah wujud dengan pesatnya. Tetapi banggunan ini semua untuk siapa? Adakah rakyat mendapat kebebasan kewangan yang maksima? Dato Sri saya memohon kepada dato seri cuba merubah nasib rakyat dimana rakyat menghabiskan usianya untuk membayar hutang rumah. Kami amat rasa bertuah sekiranya dibawah pentadbiran dato seri dapat memberi rumah dengan harga yang murah serta mendapatkan pinjaman yang kadar faedah nya tidak tinggi.
Dari segi peluang pekerjaan pula . Berikan lah peluang kepada saudara saudara kita yang ada dibawah jajahan takluk Dato. Kurangkan warga asing ini dapat meningkat lagi sokongan serta kesetiaan kepada Parti Dato.Saya lihat keiklasan serta iltizam Dato amat kuat tetapi sokongan serta pemilihan warga kerja dato didalam pkr masih ada kepincangan. Kita mesti belajar dari pada parti PAS bagaimana ia memilih pemimpin yang komited sesta kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Sekiranya orang – orang yang tidak layak serta mengambil daripada saki baki orang yang mengambil kesempatan sebagai panglima dato saya kuatir PKR bukanlah parti pilihan pada masa akan datang.
Dato saya berharap supaya cita cita dato untuk menjadikan Malaysia lebih baik daripada yang terbaik akan termakbul dalam masa akan datang.
Sekian.
Pa’ Belalang
Reply
tahniah kepada anwar ibrahim,
Besarlah harapan kami kiranya pihak tuan dapat memberikan agihan yang adil kepada semua rakyat dan diharapkan tidak beerlaku lagi PERUNTUKAN RM 12juta untuk sekolah2 diselangor dibahagi 3 .. RM4juta untuk setiap bangsa dimana 498 SEKOLAH AGAMA, 108 SEKOLAH CINA dan 97 SEKOLAH TAMIL….
Setelah agihan dibuat yang kononya adil RM4Juta ,mengapa ada tambahan RM 2Juta untuk sekolah cina????
Reply
Salam..
Saya harapakan rakyat Selangor dan juga penyokong PR bukan setakat menyatakan sokongan dan ucapan tahniah…bagilah juga input-input yang boleh digunakan untuk kemajuan Selangor . Kalau kita baca dalam Web Ust Zaharuddin dengan tajuk ” Bolehkah diharapkan Anwar Ibrahim & PAS untuk memacu kewangan ISLAM ? ”
Tajuk yang berupa cabaran kepada DSAI dan juga PAS mahupun Pakatan Rakyat. Apa yang boleh PR dan juga DSAI lakukan untuk kemajuan Selangor dan juga negeri-negeri Pakatan yang lain.
Pakatan perlu lakukan sesuatu perkara yang berbeza dengan BN . Pakatan perlu tunjukkan kepada rakyat MALAYSIA bahawa KAMU juga layak memerintah Negara tercinta, bukan setakat retorik kosong.
saya berharap DSAI dan pimpinan PAkatan renung sejenak apa yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin.
Wassalam.
Reply
Allah melihat apa yang anda buat..
Reply