Dari Sinar
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa wujudnya tokoh-tokoh dalam Biro Tata Negara (BTN) yang berselindung di sebalik menteri untuk menyatakan tidak timbul isu perkauman dalam kursus BTN.
Sehubungan itu, beliau mencabar tokoh-tokoh BTN yang beliau sebut sebagai ‘pejuang besar BTN’ berdepan dan berbahas dengan PR secara terbuka mengenai isu ini.
Katanya, mereka ini, ‘bukan pahlawan Melayu atau pendekar’ kerana tidak sanggup berdepan untuk mempertahankan hujah mereka.
“Orang-orang ini sebenarnya pelarian dan pengecut, menjerit dalam suasana tertutup,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.
Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, dalam kursus BTN, peserta tidak boleh bercanggah pendapat dengan mereka yang mengendalikannya, tetapi ‘perlu ikut dan patuh’.
Menurutnya, kursus BTN itu bersifat perkauman yang sempit dan mencerca pemimpin pembangkang.
“Tidak kira (Mursyidul Am Pas) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) ke, saya ke, (Penasihat DAP, Lim Kit Siang) ke, termasuk pita rakaman, ramai yang melihat. Boleh tanya mereka yang pernah pergi. Cuma mereka takut pasal ramai terdiri daripada pegawai kerajaan,” katanya.
Ditanya mengenai wujudnya percanggahan pendapat di kalangan pemimpin UMNO mengenai BTN, Anwar berkata, ada yang mengatakan BTN diasaskan untuk menimbulkan kesedaran kebangsaan dan memahami sejarah nasional.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mahu ia dirombak semula.
“Ada beberapa pemikiran asas dalam BTN itu harus dirombak. Saya tidak tahu apa maksud mereka,” katanya.
Anwar berkata, isu BTN telah dibawa berpuluh kali ke Parlimen sebelum ini.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah terhadap kursus anjuran Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang bertujuan menimbulkan kesedaran dan memberi motivasi.
“Tidak dinafikan BTN pada akhir-akhir ini bukan sahaja berciri perkauman sempit, tetapi memupuk kefahaman menyalahkan kaum lain,” katanya.
Anwar berkata, dalam lirik lagu ‘Warisan’, lagu rasmi BTN yang dimainkan di kursus itu, ada disebut ‘tanah milik orang’.
Beliau bertanya mengapa perlu menyalahkan orang lain sedangkan yang memimpin adalah orang Melayu.
“Mengapa tidak disebut tanah itu tergadai kerana rasuah, kerana pemimpin yang rakus,” katanya.



















Mustahil provokasi dalam BTN dapat satukan rakyat !
Reply
melayuku tetap melayu Reply:
December 16th, 2009 at 4:26 pm
mampukah anda wahai Top 10 membela bangsa anda sendiri.
apa guna banyak bicara jika tiada apa yang anda lakukan untuk bangsa anda sendiri………………………………………….
Reply
Kursus BTN haruslah dimansuhkan dan satu pendekatan baru haruslah difikirkan untuk menggantikan kursus berkenaan dengan berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. Objektifnya perlu jelas dan misi serta pelaksanaannya perlu disesuaikan dengan keperluan semua lapisan rakyat tidak kira agama,bangsa dan fahaman politik supaya semua rakyat ( tidak kira peringkat umur,bangsa,agama,perkerjaan dan sebagainya ) mendapat manafaat dari program berkenaan dan tidak difokuskan kepada golongan yang tertentu sahaja ( seperti pegawai kerajaan untuk lulus PTK ) kerana telah banyak wang telah dibelanjakan untuk program tersebut dan manafaatnya serta kesannya deperolehi secara menima dan tidak menyeluruh dan golongan tertentu sahaja.
Reply
Dato’ Seri mereka-mereka tu menjerit atau meroyan bukan apa, cuma nak cari publisiti murahan agar ada peluang keperingkat/jawatan yang lebih tinggi, itu saja, mereka arif dan sedar yang mereka tidak mempunyai kelayakkan yang mencukupi maka inilah satu-satunya caranya untuk tujuan tersebut.
Bila mereka yang tidak layak menduduki sesuatu jawatan tersebut maka hasil boleh kita lihat, salah satunya dalam Debat antara Dato’ Seri ngan Dato’ Shabeery, panel bagi Dato’ Shaebeery cara beliau berfikir dan mengutarakan soalan, sepertimana yang Dato Seri kata soalan pun macam ucapan.
Reply
cabar dia org Datuk Seri….keme rase…deme tak berani punye…..deme dah tak de telur dahhhh….habih dibuat bagi rasuah……teruk bebeno…deme nie…….tak de maruah langsung….
Reply
BTN, SENJATA UMNO UNTUK LAWAN PEMBANGKANG
Reply
melayuku tetap melayu Reply:
December 16th, 2009 at 4:46 pm
apa pula senjata kamu untuk mempertahankan bangsa kamu sendiri……………
Reply
salam… yes, i hope my identity will not be published as mentioned here.
saya salah seorang bekas penuntut uitmt, BTN adalah sesi wajib yang diuar-uarkan dalam sesi minggu mesra pelajar(MMS). kali kedua btn pula dijalankan diluar semasa saya semester 4,2007, bertempat di Agro Resort, Setiu.
program diakui sangat baik menerusi modul berteraskan ceramah dan LDK, sukan. namun pengisiannya amat mendukacitakan. kami diminta menyerahkan henset kami diawal program. sesi ceramah oleh mereka yg berjawatan diperingkat bahagian(UMNO) turut menyiarkan propoganda masa depan politik jika ditangan Pembangkang. turut ditonjolkan gambar pelukan Presiden PAS bersama Presiden DAP untuk dimainkan sentimen perkauman sempit, dan banyak lagi gambar2 lain serta “statistik” mereka tunjukkan termasuk perli hukum Allah tak boleh dijalankan di MALAYSIA(dikeluarkan statement ini oleh mereka yg kononnya perjuangkan melayu dan Islam)
sesi ldk pula, kami diberi maudhu’(topik) sama, mengkritik pembangkang, dan mengagungkan pemerintah termasuk pimpinan YAB Dato Seri Idris Jusoh, MB ketika itu. kami terpaksa mengiyakan apa yang dikata, nanti takut dituduh pembangkang pula, walhal di universiti kami ditakutkan dengan AUKU.
sewaktu sesi “denda” berlari, saya terkejut sekali,terserempak wajah yang amat saya kenal. beliau mempunyai tahi lalat berambut pada wajahnya yang tidak syak pada saya lagi beliau adalah Yb pada ketika itu, iaitu tan sri anuar musa sekarang walaupun ketika itu beliau memakai topi, tidak tahulah jika beliau ingin menyamar sekalipun. mengkin andaian saya beliau tersengaja “melawat” tempat yang cantik ini dinegeri Terengganu?
itulah sahaja cerita ringkas, barangkali nak disebut pun sudah mual lagi.sekian
Reply
1) nama i suka (biro tata negara). kalau diimplementasikan oleh pakatan rakyat, lagi bagus.
2) agenda dan implementasinya oleh parti-kerajaan sekarang i tak suka (melayu-cina-india sengaja dibuat saling was-was antara satu sama lain).
pasal apa? pasal hanya dgn agenda sinister ni dapat para penyamun dan perompak dari gerombolan united malays national organisation terus memperbodohkan melayu.
rompak, curi, rogol (minda melayu) dan lain2 perbuatan dan amalan yang keji lagi memuakan.
dear dsai dan para2 perajurit pakatan rakyat, fight for the rakyat!! kami dah tertindas semenjak pemergian almarhum tunku…. we all need you to fight for us.
tell us what u need. money or time. we have money. set up a fund. we contribute.
let’s fight gerombolan united malays national organisation.
kuburkan umno.
kuburkan umno.
kuburkan umno.
kuburkan umno.
kuburkan umno.
4RAKYAT
Reply
Berhubung dengan lagu “Warisan” itu, ia bukanlah direka atau diarahkan rekaan oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional. Lagipun lagu itu bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik kepada generasi muda kini yang semakin terhakis jati diri mereka sebagi Bangsa Malaysia. Mereka banyak dipengaruhi oleh pemikiran kuning barat yang bertentangan dengan amalan budaya timur orang Malaysia.
Saya amat berharap. Amat berharap, bukan berharap saja, supaya pihak Pakatan Rakyat bertindak rasional dalam pelbagai hal. Jangan suka bersikap hipokrit atau bermuka-muka semata-mata untuk mencapai keinginan nafsu politik semata-mata. Apa salahnya bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional untuk memajukan negara, ia adalah baik untuk rakyat, lebih-lebih lagi dalam situasi getir ekonomi sekarang yang menuntut kesepaduan dan komitmen menyeluruh rakyat Malaysia untuk menyelamatkan ekonomi negara dari masalah kemelesetan ekonomi yang melanda dunia ketika ini. Sekian, terima kasih.
Reply
dina Reply:
December 1st, 2009 at 6:17 pm
Saya menghormati tulisan saudara Mohamad mengenai kompromi dan rasional PR bersama sama dengan BN.
Sangat bernas dari segi ideanya tetapi amat tidak bersesuaian untuk melaksanakannya. Bagaimanakah mungkin untuk melaksanakan cadangan tersebut sedangkan sesuatu isu besar yang jelas lagi bersuluh seperti rasuah yang jika dikaitkan dengan UMNO atau BN seperti ‘isi dengan kuku’ tidak dihiraukan langsung untuk diubah. Lihat sahaja negeri yang dikuasai oleh PR boleh dikatakan bersih 100% kerana SPRM menjaga negeri-negeri tersebut dengan baik. Sedikit kepincangan pasti akan menjadi isu.
Maka SPRM itu sendiri telah membuktikan PR dari Illahi bersih dari rasuah. Sedangkan SPRM juga membuktikan bahawa pihak pemerintah UMNO atau BN dan juga pentadbirannya amat tinggi rasuahnya kerana sehingga tiada cukup masa atau kakitangan untuk mengendalikannya maka dibiarkan sahaja kejadian rasuah tersebut berterusan berlaku. Untuk mengesahkan lagi tanyalah kepada peniaga melayu islam yang insaf tidak mahu mengambil tender atau berniaga dengan kerajaan semuanya 100% akan terlibat dengan rasuah. Maka walaupun kaya dan untung besar tetapi
keberkatannya tiada. Sebab inilah ramai orang kita yang sedar tidak mahu berniaga lagi, terutama yang sudah mulai insaf.
Jadi perkara asas seperti di atas yang seharusnya menjadi dasar utama pentadbiran sesebuah kerajaan. Menjamin agar kekayaan rakyat dn harta negara dijaga ditadbir dengan baik. Kekayaan hasil negara membolehkan rakyat hidup senang dan gembira. Adakah keseluruhan rakyat sekarang gembira dengan corak pentadbiran Persekutuan. Hendak membayar tol pun sampai lengoh tangan ke sesuatu destinasi.
Maka, rakyat sebenarnya telah lama memberi peluang kepada UMNO dan BN untuk menunjukkan pentadbiran yang membanggakan tetapi gagal dilaksanakan dengan baik. Malah semakin sombong dan bongkak dan ketandusan idea.
Sebenarnya jika diberikan kebebasan bersuara dan sikap terbuka kerajaan, ramai cendiakawan serta orang yang bijaksana di Malaysia boleh memberikan komen serta idea bersama kearah kemajuan negara. Malangnya corak kepimpinan kita adalah mengajar rakyat agar bersikap pasif. Pemimpin tidak boleh ditegur. Dikalangan BN tidak boleh dibangkang. Ahli tidak boleh menegur barisan atasan. Ini semua adalah asas kepada berlakunya kemunduran Malaysia.
Maka, bagaimana kah boleh PR yang jelas mempunyai dasar yang jauh berbeza dengan OMNO atau BN boleh bersama dalam mengembangkan negara. PR mempunyai prinsip pemimpin yang rasuah terus dibuang. BN pemimpin rasuah akan diangkat sehingga mendapat gelaran TUN… Bagaimanakah mungkin atas contoh suatu isu ini sahaja menunjukkan perbezaan dasar yang jauh berbeza yang membolehkan saudara Mohamad menyuruh DSAI bersekongkong dengan UMNO.
PR membanggun hasil dari titik peluh dan kebangkitan rakyat. UMNO dan BN menggunakan segala kemewahan serta jentera kerajaan yang ada untuk kepentingan setiap pemimpin mereka sendiri.
Maka buka mata buka hati…lihat dengn keimanan dan mata hati. Bukan melihat dengan harta dan kebendaan. Kerana harta dan kebendaan yang tidak halal menyebabkan buta mata hati. Biar buta mata jangan buta hati dan buta iman.
Reply
4RAKYAT Reply:
December 2nd, 2009 at 1:39 pm
tq tq tq dina for this piece.
1) yes, perasuah pun boleh jadi tun. “tun” ling liong sik. “tun” badawi. tak lama lagi, mungkin “tun” samy vellu. lim keng yaik atau mahathir i tak mau komen. tapi “tun” ling?? ptui!
2) ya, omno promotes the passiveness in the malay mass so that they can be lulled into a sense of complacency. when omno is in trouble, then omno can always use the ‘bogeyman’ e.g. dap, chinese, anwar etc…
3) malays must unite. yes, to fight gerombolan united malays national organization – the political party. chinese, indians, ibans, kadazans etc..will all help our malay brothers and sisters to escape from the evil shackles planted deep by omno.
omno mesti dikuburkan.
omno mesti dikuburkan.
omno mesti dikuburkan.
omno mesti dikuburkan.
u want omno to die? kill the warlords first. they are the ones that are incurable. when i say omno deserves to die, i dont mean tengku razaleigh, shahrir samad etc.. i mean the other 99.9% of omno so-called “pemimpin”. all blood-suckers of their own race. chinese are used to omno sucking them dry. but when poor malays in urban and rural areas are robbed too, that should be the last draw. and that was/is the issue.
com mari abang dan kakak melayu. bersama kami berganding kuburkan umno. lepas tu, tak payah ada mca, mic, gerakan etc. melayu yang bersih cekap dan amanah boleh jadi pemimpin saya. i rela. no problem.
i am not malaysian malay. but i rather let pas rule 100%. or the entire cabinet is 100% malays. but must be malays that are clean, trustworthy and do not treat khazanah negara sebagai bapak mereka yang empunya.
tq again dina for this wonderful piece.
4RAKYAT
Reply
putera merah Reply:
December 1st, 2009 at 11:54 pm
salam…saya amat-amat menyokong pendapat saudara mohamad.apalah sahnya kalo kita bersatu demi bangsa melayu…bersatulah melayu jangan kita lupa akan jasa org terdahulu…dan jangan satu hari nanti anak cucu kita menyalahkan kita …inilah datuk nenek moyang aku tak pertahankan negara untuk kita…mereka asik sebuk berpolitik sempit langsung tak membela nasib kita…ingat dunia sementara
Reply
sufferfly Reply:
December 3rd, 2009 at 12:11 am
asik sebok ngan bangsa
nanti anak cucu cicit ko kat padang masyar salahkan ko sebab tak ajar agama
tau pulak yg dunia tu sementara
Reply
4RAKYAT Reply:
December 2nd, 2009 at 12:02 am
1) is the ‘warisan’ song u referring to, that ‘ kecil main api…’ song? if that’s the song, then i say it’s downright racist. and dont u tell me that it’s just ‘reminding the malays’ about their ‘predicament’ or shit like that. u r promoting a zero-sum game. that’s saying the non-malays are robbing the rights of malays. i remind u there r other bumiputras – the indigenious people of sabah and sarawak. alas, they too are being raped and robbed thru the decades by their own leaders.
2) salah, jika berkerjasama dgn umno. umno zaman tunku, ok. umno sekarang, sejak itu razak bapak najib, dah rosak dan tidak lagi dapat diperbetulkan. mesti dikuburkan. bias pas perintah 100%. biar laksanakan hudud. i am not afraid. anything is better than umno. even the devil is better than umno. umno was/is the one party that has robbed the poor malays. and umno now is shitting in its pants bcos most malays have awaken from their slumber, their eyes are now wide opened. umno, u r dead meat. i join tok guru niz aziz is praying for your slow slow painful death. dont die too early. die a slow painful death.
berkerjasama dgn umno = berkerjasama dgn perompak dan syaitan.
berkerjasama dgn umno = berkerjasama dgn perompak dan syaitan.
berkerjasama dgn umno = berkerjasama dgn perompak dan syaitan.
umno mesti dikuburkan. selama-lamanya.
umno mesti dikuburkan. selama-lamanya.
umno mesti dikuburkan. selama-lamanya.
umno mesti dikuburkan. selama-lamanya.
umno mesti dikuburkan. selama-lamanya.
4RAKYAT
Reply
Dettol Reply:
December 2nd, 2009 at 9:03 am
Apakah BN(UMNO) bersedia kearah itu, jawapannya tidak sama sekali. Jangan katakan nasihat cadangan dari PR pun mereka belum bersedia untuk menerimanya.
Sekumpulan pemuda UMNO diutara semenanjung diambil tindakan oleh pihak atasan parti kerana bersalaman dan tersenyum dengan Dato Seri Anwar Ibrahim selepas selesai solat fardu tetapi PR tidak pula bersikap sedemikian apabila Kuli diajak melakukan perundingan royalti minyak untuk kepentingan dan kebaikan rakyat Kelantan.
Hairan juga wakil rakyat BN Kelantan hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja dalam hal tersebut, kan isu kepentingan untuk rakyat Kelantan!.Dan bertambah hairan juga mengapa kumpulan demostarsi haram itu tidak berdemostrasi apabila kerajaan pusat tidak mengembalikan royalti kepada mereka sepertimana diTerengganu, Sabah dan Sarawak.
Gunakan anugerah (Akai) dengan betul dan bijaksana.
Reply
duBawahBayu Reply:
December 2nd, 2009 at 9:56 am
Assalamu’alaikum wbt.
Siapa sebenarnya yang tidak mahu berkerjasama? BN ke atau PR. Selalunya BNlah yang tidak mahu berkerjasama. BN mahu berkerjasama dengan PAS kerana mahu hancurkan PR dan kerana mahukan kuasa, mahukan wang, mahukan tanah, mahukan tanah rezab melayu, mahukan tanah wakaf, mahukan projek kelas A hingga F, mahukan itu, mahukan ini dan banyak lagi. Semua orang tahu…. Ada satu yang mereka tidak mahu, MEMBANTU RAKYAT KHUSUSNYA YANG TERMISKIN, TERCICIR & TERPINGGIR. At last, Syarikat Beras Faizah (BERSAMAMU) yang terpaksa turun membantu. Perlu apa berkerjasama dengan orang sebegini – PERASUAH, PENGKHIANAT AMANAH ALLAH. Orang gila pun mungkin taknak berkerjasama dengan mereka, inikan pula orang yang waras. Langkahnya mudah TUMBANGKAN SAHAJA MEREKA. Titik…!
Wassalam
Reply
4RAKYAT Reply:
December 2nd, 2009 at 1:55 pm
i sokong :-)
4RAKYAT
Reply
Salam
Cadangan yang sangat molek En. Mohamed. Islam sangat galakkan kesatuan. Itupun benda yang hilang dari umat hari ini yang menyebabkan Islam terus ditindas dan dihina walaupun oleh orang Islam sendiri. Tapi nasihat saya kepada PR, apapun kerjasama yang nak diusahakan dengan UMNO-BN kena kaji sedalam-dalamnya.Soroti sejarah permuafakatan lepas2.
Masalahnya deme yang tak boleh nak dijadikan kawan. Sekarang ni kalau PR hulurkan tangan confirm masuk jerat coz mereka sedang nazak ni. Rujuklah sirah bagaimana Nabi S.A.W dan Perjanjian Hudaibiyyah.
Kalau En. Mohamad ada masa rujuk Blog DR.M. Baca coretan terkini yang sangat hangat diperkatakan…
Semoga ingatan hamba yang banyak kelemahan ini dapat memberikan manfaat untuk semua…
Reply
Hasrat untuk mengubahsuai kurikulum/ modul BTN berasaskan kepada semangat satu Malaysia ibarat usaha mencampurkan air dengan minyak. Selamanya tidak akan bercampur. Pengarah BTN, pegawai-pegawainya, para SAHABATnya adalah seumpama air, manakala semangat 1Malaysia adalah seumpama minyak, apakah boleh air bercampur dengan minyak atau menjadi minyak. Mustahil. Kalau nak ubah modul sekarang kepada semangat 1 Malaysia, semua kakitangan BTN perlu dibuang dan diganti dengan kakitangan yang baru, termasuk para sahabat BTN. Boleh juga dipakai mereka ini dengan syarat mereka perlu menjalani proses kitar semula (recycle) pemikiran mereka sedia ada perlu di didelete dan diformat semula sesuai dengan semangat satu Malaysia. Tapi bolehkah dibuat macam tu. Otak mereka bukan macam harddisk yang boleh di delete dan format semula….
Reply
asalam………..
apa pun bentuk kursus yang di jalankan oleh mana2 pihak semuanya bertujuan memupuk nilai murni dan pemikiran yang lebih positif…itulah tujuan sebenar BTN bezanya keadaan skrg di mana sokongan muda atau belia semakin beralih kepada pembangkang menyebabkan kerajaan terpaksa menguna pakai idea BTN untuk memancing kembali sokongan rakyat terutama golongan belia kepada nasional.
kelemahan dan kesalahan org2 BN juga UMNO adalah mereka ingin memupuk nilai itu di peringkat pertengahan kematangan belia di mana golongan ini sudah bijak menilai setiap perkara…seharusnya pemupukan nilai dan jati diri belia di mulakan dari peringkat non matang lagi iaitu di tahap kanak2…maksudnya guru2 sekolah dan matapelajran yg di ajar seperti pendidikan islam.kerohanian dan sejarah harus menyelitkan perkara yg baik2 sebagai asas kepada pembentukan sikap percaya kepada agama..bangsa dan negara..umpama mengajar biarlah dari rebungnya..
dek kerana tidak mahu menunggu terlalu lama iaitu mendidik dari akar umbi kerajaan terpaksa mengguna pakai pelbagai modul yang selalunya tidak menjadi apa yg di hajati….sebaliknya program yg di buat adalah membazir masa,usaha dan membazir wang yg mana pelbagai peruntukan kerajaan beri tetapi x berjaya mencapai objektinya sebaliknya program yg di buat menjadi bahan membuat duit dengan memberi kekayaan dan keuntungan kepada pihak yg mahu kan laba besar…
antara contoh program kerajaan yg gagal dan terus gagal mencapai objetif , membuang masa dan duit rakyat adalah
1). rakan muda
2). plkn
3). Btn
3). permata
kenapa kah saya katakan program ini gagal dan bakal gagal terus……..lihatlah berapa ramai belia bumiputera merengkok di pusat2 serenti…..berapa ramaikah belia terbabit dgn gejala negatif…buang anak sana sini…kes pembunuhan yg seolah2 x dapat di bendung…melonjaknya golongan gay/pondan/lesbian di kalangan belia bumiputera….penurunan akedemik di kalangan belia dan melonjaknya belia gemar hiburan….jadi apakah inti sebenarnya program kerajaan ini terus di pertahankan dengan realiti kepada penolakan sikap x bertamadun kebanyakan belia malaysia…dan yang lebih trauma apabila ada di antara individu kita yg sanggup bom orang semata2 mahu tutup malu….inilah pesoalan yg harus kita soal kepada kerajaan sekarang ini.
Biro tata negara untuk org kerajaan…mengwujudkan sikap patuh kepada kerajaan dlm pentadbiran dan pengurusan tapi dlm masa yg sama mengalakkan org kerajaan berniaga sehingga ramai kakitangan awam sanggup loan sana sini sehingga x cukup gaji hujung bulan…x tahulah betapa teruknya sistem kerajaan yg ada sekarang…asyik menyalahkan pembangkang x sedar salah sendiri punca semua yang terjadi…
Reply
Kepada En. Mohamad,
Kenyataan TPM dan beberapa menteri kabinet yang menyokong kursus BTN dengan menyatakan bahawa kursus ini memenuhi konsep satu Malaysia dan saya rasa selepas itu tidak perlu di panjangkan ke kabinet. Selang seminggu, mesyuarat kabinet memutuskan bahawa kurikulum BTN perlu di pinda kerana ‘hanya mementingkan satu kaum dan tidak mencerminkan konsep satu malaysia’ seperti di ulas oleh YB Nazri dalam The Star. Dengan lain kata mengiyakan tuduhan PR terhadap BTN. Memangtakpandai diaorang ni…sebelum buat kenyataan membodek rujuklah fakta. Jangan membodek tak tentu hala. Patut ada yang kalah dlm PRU12 lalu dengan budak-budak mentah. Lawyer pulak tu.
Reply
Merujuk kepada komen saudara/i Dina, anda mengatakan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bersih 100% kononnya diawasi oleh SPRM. Saya ingin menarik perhatian saudara/i Dina berhubung kemelut di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, dan Kedah yang saudara/i banggakan terhadap pemimpin negeri di sana. Di Selangor, gangguan dari seorang exco terhadap operasi pihak berkuasa tempatan terhadap rumah urut, disko dan kelab malam, serta premis menjual arak dan judi adalah berleluasa hinggakan Pesuruhjaya PAS Selangor bukan setakat kurang senang tetapi terus tidak senang hati melihat gelagat exco berkenaan, tetapi akhirnya Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri ditekan habis-habisan oleh Pakatan Rakyat dan termasuklah dari PAS sendiri (PAS Pusat). Begitu juga dengan kegiatan rasuah oleh seorang lagi exco Selangor hingga menyebabkan berlakunya kematian terhadap pembantu politik beliau, maka SPRM dijadikan kambing hitam sebab terjadi semasa dibawah pengawasan dan berhampiran tempat SPRM, sedangkan sebelum itu ada pemimpin Pakatan Rakyat menelefon simati, kononnya memberikan semangat, tapi tak tahulah kalau telefon ugut simati, tak cukup dengan itu, pa malam sebelum simati dijumpai mati, seorang lagi pembantu seorang exco ada berjumpa dengan simati di tandas, kemudian mereka bertekak secara serius, tak lama kemudian simati ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Apakah semua ini? Fikirkanlah. Selain itu, tindakan tidak bermoral seorang Adun lagi dibela sebagai sabotaj dari Barisan Nasional, tetapi semasa kes serupa seorang bekas menteri dan pemimpin sebuah parti politik dalam komponen Barisan Nasional dituduh tidak bermoral malahan VCD berkaitan perkara tersebut dihebahkan kepada umum tanpa ada rasa bersalah oleh pemimpin dan peminat Pakatan Rakyat. Tak cukup dengan itu, beliau dimaki hamun dan dihamburkan dengan kata-kata kesat dalam ceramah oleh pihak Pakatan Rakyat. Mengapa boleh terjadi sedemikian rupa? Di manakan keadilan yang kononya didokong oleh Pakatan Rakyat? Fikirkanlah.
Kemudian di Pulau Pinang, sebelum pilihanraya umum ke-12, Pakatan Rakyat telah menghentam Barisan Nasional sebagai zalim dan keji berkaitan Kampung Buah Pala, kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat akan mendapatkan kembali Kampung Buah Pala dari pemaju berkenaan dan memulangkan kembali kepada penduduk kampung berkenaan. Tetapi selepas pilihan raya, bukan sahaja tidak menunaikan janji untuk memulangkan kampung berkenaan kepada penduduknya, tetapi dihentam lagi Barisan Nasional, tak cukup dengan itu diambil pula baki premium berjumlah RM 2 juta hasil tanah berkenaan, tetapi sebelum itu menghentam Barisan Nasional sebagai penyamun kerana mengambil RM 1 juta, sekarang siapa lebih penyamun, penipu dan pengkhianat, janji macam janji biawak, lidah bercabang, kata lain buat lain. Kemudian bertindak genster terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Fairus Khairuddin yang dipaksa meletak jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Adun Penanti. Natijahnya berjuta wang negara yang boleh digunakan untuk pembangunan digunakan untuk menjalankan pilihanraya di Penanti semata-mata untuk memenuhi keinginan pelik Pakatan Rakyat. Kemudian semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dituduh menyelewengkan urusan tanah, tetapi masa pihak Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Pulau Pinang, tak sampai satu bulan, penyelewengan tanah telah berlaku di mana sebidang tanah yang berstatus pajakan telah secara sewenang-wenangnya diubah kepada hak milik kekal kepada sebuah syarikat swasta. Apakah ini semua? Fikirkanlah.
Kemudian di Kedah, tanpa ada siasatan dan usul periksa, terus paksa Adun Kota Seputeh meletak jawatan sampai dibawa ke mahkamah. Adun itu tidak datang mesyuarat Dun sebab sakit, bukan suka-suka. Tapi beliau telah dituduh zalim, tak bertanggungjawab terhadap pengundi di kawasannya pula disebabkan tidak hadir sidang Dun sebanyak dua kali, apahal sampai boleh jadi begini? Kemudian kes pembinaan tempat sembelih babi di Kampung Tok Pawang, Gurun, itu kampung Melayu, bukan setakat orang Melayu menentang, malahan orang Siam dan India juga menentang perkara berkenaan. Mengapa tidak dibina di kawasan majoriti orang cina bukan Islam, mereka yang makan babi, bukan orang Melayu yang beragama Islam yang makan babi. Sepatutnya cari kawasan majoriti cina di kawasan Alor Setar, Sungai Petani atau Padang Serai dan binalah tempat sembelih babi di sana. Sepatutnya menteri besar Kedah dari Parti Islam SeMalaysia memahami perkara ini, bincang dengan DAP Kedah, di mana kawasan majoriti cina bukan Islam, dan buat di sana.
Selain itu di Kelantan, menteri besarnya di asak dengan permasalahan salah guna kuasa dan campur tangan kaum keluarga beliau dalam pentadbiran negeri, terus melenting dan menuduh pihak-pihak tertentu mahu mengainaya beliau dan menjatuhkan PAS, tetapi semasa Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri Malaysia, beliau dan pemimpin PAS, DAP dan PKR yang lain selalu menghentam kedua-dua perdana menteri berkenaan dengan tuduhan salah guna kuasa dan campur tangan keluarga, tapi tidaklah pula kedua-dua perdana menteri berkenaan melenting atau menggelabah tidak tentu pasal seperti kelakuan beliau ketika ini. Apakah Barisan Nasional sahaja yang jahat dan Pakatan Rakyat baik belaka. Buka mata anda terhadap perkara ini wahai saudara/i Dina.
Di Perak, pada bulan ogos 2008 dan september 2008, kononya akan berlaku pertukaran pemerintah Malaysia dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat oleh Penasihat Umum PKR, Pakatan Rakyat kata tidak apa melompat parti, tak salah dari moral dan undang-undang. Tetapi bila berlaku peralihan kuasa di Perak pada awal tahun ini, terus semuanya berubah, tak bermoral lompat parti, pihak yang melompat parti dihina sekeji-kejinya malahan baru-baru ini gambar mereka dipijak. Untuk makluman, tindakan mereka melompat parti bukan suka-suka tetapi mereka kecewa dengan pentadbiran Perak di bawah Pakatan Rakyat yang kurang demokratik seperti yang dilaung-laungkan. Tak cukup dengan itu, tidak hormat pada sultan Perak dan kerabat diraja Perak. Menyekat jalan yang dilalui oleh kerabat diraja Perak dengan berbaring ditengah jalan, kemudian timbulkan kekecohan di sidang Dun hingga Raja Muda Perak pula yang diperlakukan seperti orang kebanyakkan kerana terpaksa tunggu keadaan aman, nasib baiklah Raja Muda Perak berpekerti mulia, dan kuat kesabarannya, kalau tidak mungkin semua Adun Pakatan Rakyat telah kena pelempang baginda kerana tingkah laku buruk Adun-Adun berkenaan. Saya minta saudara/i Dina telitikan perkara ini sedalam-dalamnya sebelum menghentam Barisan Nasional dan puji melangit Pakatan Rakyat. Fikirlah dengan hati yang ikhlas supaya anda dapat membuat penilaian yang jujur, sekian, terima kasih.
Reply
4RAKYAT Reply:
December 3rd, 2009 at 1:44 pm
1) jangan try to sama-kan kes chua soi lek dgn kes elizabeth wong. satu – curi makan. yang satu lagi – kena perangkap (tangkap gambar bila tidur). ada belajarkah? tak tau bezakan kah? lu cakap macam ini, magsa rogol salah kerana dirogol…?
2) pasal kes teoh beng hock, u kononya ada satu atau dua alasan yang mencurigakan. tapi bacalah blog dr rafick dan berpuluh-puluh lagi blog lain pasal sprm dgn kes teoh beng hock. berpuluh-puluh point yang mencurigakan. mana boleh setanding?
3) penang: kes buah pala dimulakan oleh gerombolan omno. gerakan hanya macam anjing suruhan. lagipun, keputusan telah ditetapkan oleh federal court. how do undo it? u think lim guan eng superman ah? omno-perompak started the fire and now u r blaming pakatan did not help put out the fire? wtf?!! where is your logic??
4) penang: fairuz was asked to resign bcos pakatan mps/aduns have to be clean. if u r not clean, u get out. simple. bukan macam omno-barisan-najis, perasuah dapat gelaran “tun” – ling liong sik dll…
5) kota seputeh – that omno fler did not attend sittings two sessions consecutively. it’s in the constitution – in plain simple words. what is there to argue?? oh, i see. omno can putar belit anything. look at perak. with the help of that perak sultan (gamuda dia punya anak perempuan punya, then the lineage to the sultanship also being used as a bait – u know what i am talking about).
6) kelantan – oh my god. u come fight at our level. u dont touch tok guru nik aziz. u r not in his league. none of us r. u come down and we’ll fight dirty with u. how can u even compare tok guru with nepotism and all sorts? where the fcuk were u when the 4th floor boys ruled putrajaya while that lame-stupid-ex-pm-bodohwi were zzzzz…? tok guru nik aziz has more integrity and honesty in his little finger than u all omno flers (or supporters) have in your entire gerombolan. please lah…. cermin muka sikit lah.
7) perak again – pakatan would have declared a fresh general election if there were 30 mps crossing over. here in perak, barisan-najis wanted to change government thru crossovers. pakatan did not want to change govt thru crossovers, they wanted to have enough numbers to declare a fresh general election. get it, kid?
4RAKYAT
Reply
kepada 4Rakyat, kamu ini kalau Pakatan Rakyat semua betul, apa tidur sambil pakai baju separuh badan, kemudian ada aksi-aksi panas, tidur sambil beraksikah? Kalau satu dua perkara yang mencurigakan itu sangat berkredebiliti, ia patut diambil tindakan serius, tapi kalau takat teori tepi jalan atau dalam longkang yang tidak logik dan merapu lebih baik buang dalam tong sampah. Kalau dipecat En. Fairus Khairuddin disebabkan nak bersihkan imej parti, maka tindakan Tun Mahathir pecat Anwar Ibrahim dulu pun kira betullah, samakan dua-dua ada pertuduhan satu kes rasuah satu lagi kes rasuah dan salah laku seks. Kalau betul nak tolong penduduk Kg. Buah Pala, mengapa diambil lagi RM 2 juta itu untuk kerajaan negeri, kalau diberikan pada penduduk Kg. Buah Pala oklah, tapi ini tidak penduduk diketepikan, Barisan Nasional terus dihentam. Apa ini? Kota Seputeh tak datang dua kali, salah tapi di Bukit Lanjan, tak bermoral pun ok. Berkenaan Nik Aziz, iyalah tu, dia memang pandai, tak boleh tegur langsung semua tingkah laku dia, semua benda dia tahu, orang PAS pun sama juga pandai serba serbi, sama jugalah PKR dan DAP, semua orang maksum tiada dosa, yang dosa orang UMNO dan Barisan Nasional saja. Apa yang anda mengarut En. 4Rakyat? Berkenaan Perak, saya cadangkan En. 4Rakyat keluarkan belanja pilihanraya tersebu, ingat dua tiga ringgitkah perbelanjaan pilihanraya tersebut. Fikirlah dengan betul-betul, jangan fikir macam orang tidak betul. Sekian, untuk makluman, terima kasih.
Reply
4RAKYAT Reply:
December 5th, 2009 at 12:38 pm
1) sleeping in the nude or semi-nude is a personal choice. u must agree to that.
2) those r not teori tepi jalan atau dalam longkang. those r real logical scientific arguments but thanks to umno-controlled courts, they never get to see the day of light. remember, the testimony by altantuya’s cousins re that infamous pic with altantuya, razak baginda and najib son of tun razak? oh… how the prosecution AND the ‘defence’ AND ‘judge’ jumped up immediately to STOP further testimony?? all three of them. eeny miny and moe. all corners covered. the deal was done there and then. it was glaringly obvious how this charade would end. and it sure ‘ended’ with the budak-suruhan being freed and now living with million$$$$ in london, with the main culprit ascending to the top political post in the country, with everybody happy except the right-minded rakyat.
3) kg buah pala folks were raped once by omno when omno was in power. and they were again raped once more when they were misled by omno/mic to fight the new govt. some of these buah pala folks realised midway that they were taken for a ride and came to their senses in time. these people got compensation. for those few who were ignorant enough to be continued raped (and willingly too), now they are crying “who moved my cheese”? well, ask your omno flers. but if they decide to come clean with lim guan eng, i am sure something can be worked out.
this buah pala issue carries significant impact which obviously outside your mental capabilites and i see no point in arguing with you. i can’t. not intelligently. u seemed to myopic and so narrow-minded. yes, i think so. u dont hv to agree with me. really, it is beyond your mental capabilites.
4) how much to run a state-elections? u name the amount. the rakyat in perak will raise it. heck, the whole malaysia will raise it. name the amount. now.
please lah mohamad, u r obviously grasping for air now. give me another better reason why perak cannot have a state election. now. money?? come on.. we have. the rakyat have.
4RAKYAT
Reply
4RAKYAT Reply:
December 5th, 2009 at 12:49 pm
by the way, tok guru nik aziz is not always right. he makes mistakes sometimes too. we all do. except omno flers. they dont make mistakes. we dont call them mistakes. we call them evil-deeds.
mistake is when i took a wrong turn. omno flers dont take wrong turn by mistake. they purposely make wrong turns. and then they are caught, especially in those states now controlled by pakatan. omno no longer in power. so their ‘mistakes’ are being dug out by pakatan.
and omno must pay for their ‘mistakes’. the chinese dont need these money. omno were/are cheating poor malay folks’s money. ini yang tidak boleh dimaafkan. robbing from the poor.
this political party mesti dikuburkan.
this political party mesti dikuburkan.
this political party mesti dikuburkan.
this political party mesti dikuburkan.
4RAKYAT
Reply
skrg kita suka mnyalahkan apa yg msih lg mnjadi tunjang generasi kta……..jngan kta lpa ssuatu yg hlang x akn dpat kta kmbalikan dtmpat asalnya…..fkirkanlahhh……
Reply
Kepada En. 4Rakyat, anda memang peminat setia Pakatan Rakyat, apa yang Pakatan Rakyat buat, semua betul bagi anda, berkenaan Adun Bukit Lanjan, anda ada sekali di rumah berkenaan hingga anda tahu ia diperangkap dan bukannya lelaki yang menjadi kekasihnya itu berada dalam kediaman beliau atas kebenaran beliau sendiri? Inilah yang dikatakan kalau Pakatan Rakyat semua betul, maksum, terpelihara dari dosa, mati nanti terus masuk syurga. Kononnyalah. Apalah sikap anda ini. Tapi kalau dari pihak Barisan Nasional, terus anda hentam, berkenaan bekas Ahli Parlimen Labis, saya sendiri tidak setuju dengan tingkah laku beliau, malah beliau telah dikenakan tindakan dengan perlucutan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan tidak dicalonkan semasa pilihanraya lepas, tapi macam mana pula dengan Adun Bukit Lanjan, beliau telah dibela habis-habisan oleh pemimpin Pakatan Rakyat kerana bimbang kalau diadakan pilihanraya baru, maka peluang Pakatan Rakyta menang adalah tipis, bukan kerana kasihakan Adun Bukit Lanjan itu, Adun Bukit Lanjan hanya dipergunakan oleh Pakatan Rakyat untuk kepentingan diri mereka sahaja. Terpulanlah pada anda hendak memikirkannya macam mana sekalipun.
Tak kira siapa yang buat salah, semuanya akan ditangkap dan dihukum jika didapati bersalah di mahkamah, tiada keistimewaan atau pilih kasih kerana dia dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Kalau anda selusuri kembali sejarah semasa peristiwa 1987, masa Operasi Lalang, bukan sahaja ahli dan pemimpin dari PAS, DAP, dan parti pembangkang lain yang ditangkap, malahan dari UMNO, MCA, Gerakan sendiri juga sama-sama ditangkap dan ditahan di bawah ISA 1960. Kalau betul ada pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang, maka orang-orang yang ditahan ketika itu hanyalah dari pembangkang sahaja dan mereka dikurung dan kenakan kesalahan memberontak dan dipenjarkan sehingga kini atau dihukum mati, tapi tak berlaku kejadian seperti ini. Ini kerana dalam pelaksanaan undang-undang, kerajaan akan bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang mahu merosakkan keharmonian dan mencetuskan kekacauan dalam negara. Fikirkanlah dalam-dalam perkara ini, sekian, terima kasih.
Reply
mudah lidah untuk berkata,
mudah tangan untuk mengarah,
mudah kaki untuk melangkah,
mudah telinga untuk mendengar,
tapi………..
tapi……………
bukan mudah untuk kita memperjuangkan bangsa melayu kita sendiri,banyak bijak pandai hanya pandai menghina tapi tidak mahu membela………………
HIDUP BANGSA MELAYU KU INI.
Reply