Archive for November, 2009



17
Nov

Malaysia Seen As More Corrupt Than Ever

From The Malaysian Insider
By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Nov 17 – Malaysia is now seen to be more corrupt than ever, anti-graft watchdog Transparency International said in its global corruption perception index 2009 launched today.

Malaysia now ranks 56 out of 180 countries in the world with a corruption index score of 4.5 out of 10, with 10 being the least corrupt, said the world corruption watchdog. Last year, it placed 47 with a CPI score of 5.1.

The three least corrupt countries in the world are, in order, New Zealand, Denmark and Singapore.

In an immediate reaction, DAP Parliamentary leader Lim Kit Siang called Malaysia’s ranking the worst in 15 years and said it was a major blow to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s administration.

Continue reading ‘Malaysia Seen As More Corrupt Than Ever’

17
Nov

Selangor Calon Syed Husin Sebagai Senator

Dari Malaysia kini

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mencalonkan timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, 73, sebagai senator yang mewakili negeri tersebut.

Pemilihan Syed Husin diluluskan melalui undian di mana 32 ADUN menyokong, tiga ADUN berkecuali manakala 20 ADUN lagi tidak hadir.

Nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor. Continue reading ‘Selangor Calon Syed Husin Sebagai Senator’

17
Nov

Konvensyen PKR Terengganu

KONVENSYEN PKR NEGERI TERENGGANU

Jumaat, 20 November 2009

Gelangang Dewan Badminton Seberang Marang
Jalan RHU MUDA 3, Seberang Marang Terengganu

2.00 – 2.45 Ptg – Pendaftaran

2.45 – 2.50 Ptg – Doa

2.50 – 3.00 Ptg – Nyanyian lagu rasmi PKR

3.00 – 3.10 Ptg - Ucapan dari Pengerusi MPN Terengganu Saudara Abdul Rahman Yusoff

3.10 – 3.40 PTG – Pembentangan kertas kerja 1 oleh

Dato’ Salehuddin Hashim – Setiausaha Agung PKR

3.40 – 4.10 Ptg - Pembentangan kertas kerja 2 oleh

 YB Saifuddin Nasution

4.10 – 4.30 Ptg – Sesi soal Jawab

4.30 – 5.00 Ptg – Rehat dan Solat Asar

5.00 – 6.30 Ptg – Sesi khas bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

8.00 – 9.00 mlm – Perjumpaan tertutup MPN Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di  Pejabat PKR Cabang Kuala Nerus

9.00 – 12.00 mlm- Ceramah Perdana

Lokasi – Padang air, Kuala Nerus

Penceramah :

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) DATO’ SALEHUDIN HASHIM
3) YB SAIFUDIN NASUTION
4) YB WAHID ENDUT

17
Nov

National Symposium 2009

PAKATAN RAKYAT AND THE MAKING OF TWO PARTY SYSTEM

Dato’Seri Anwar Ibrahim akan memberi ucaptama di Pearl International Hotel Kuala Lumpur, bersempena Majlis National Symposium 2009  anjuran Institut Kajian Dasar yang berlangsung pada Sabtu 21 November 2009. Symposium tersebut diadakan bagi membicarakan penubuhan Pakatan Rakyat dan menjadikan politik Malaysia kearah sistem 2 parti utama.

Sila klik  laman rasmi disini untuk keterangan lanjut : http://symposium.ikd.org.my/

16
Nov

Anwar Cabar Kerajaan Isu RM3 Bilion

Dari Malaysia Kini

Ketua pembangkang hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa sebelum inipun akaunnya telah disiasat tetapi tidak ada apa yang dibutikan. Continue reading ‘Anwar Cabar Kerajaan Isu RM3 Bilion’

16
Nov

Badrul Hisham Kemuka Surat Terbuka Kepada MB Negeri Sembilan

Dari TV Antara

Ketua Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin, mengemukakan surat terbuka memohon penjelasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kes pengurupan wang sejumlah 10 juta ringgit.

Menurutnya, Mohamad tidak mengendahkan permohonan beliau dan hanya menafikan perkara tersebut melalui media.

“Seharusya menjadi adat penting,profesionalisme penjawat awam,khususnya dia selaku Menteri Besar,memberi jawapan dan menjelaskan isu isu yang dibangkitkan melalui siri siri surat saya kepada dia.Malah surat saya tidak pernah mendapat balasan,hanya penafian secara dangkal kepada media”. Continue reading ‘Badrul Hisham Kemuka Surat Terbuka Kepada MB Negeri Sembilan’

16
Nov

Anwar Isytihar Perang Pertahan Selangor

Dari Malaysiakini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

“Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

“Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n,” katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Continue reading ‘Anwar Isytihar Perang Pertahan Selangor’

15
Nov

Article: Are We Being Fair To Pakatan Rakyat?

By Li Fook Gao
From The Malaysian Insider

NOV 15 – The Pakatan Rakyat (PR) managed to stay afloat for the past 20 months because we gave them enough business to survive.

So, at least they know, we – the people – are the one that give businesses to them. Barisan Nasional (BN), on the other hand, treats us as though we owe it to them to keep them in business.

They think PR was purposely started by a certain few to rob their business away, forgetting the fact that PR was born out of their greed and arrogance towards us.

Yes, we gave birth to PR – but unfortunately we expected too much in return and to make things worse, we expected PR to deliver instant results. We expected those 100 apples in PR’s bag to be 100 per cent perfect.

When we find two or three rotten apples, we are very quick to punish PR and ask for a refund immediately.

As typical Malaysians, we so conveniently forgotten that we used to allow BN to get away with their bad apples without complaint 20 years back.
Continue reading ‘Article: Are We Being Fair To Pakatan Rakyat?’

15
Nov

Sekitar Konvensyen KEADILAN

Hujung minggu ini jadual saya padat dengan acara Konvensyen KEADILAN di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu. Sebelum ke Ipoh, sempat saya meluangkan masa melawat Permatang Pauh.

Pagi tadi di Shah Alam, saya sampaikan ucaptama di Konvensyen KEADILAN. Antara intipati ucapan, ditekankan Selangor adalah “pengkalan” penting merealisasikan agenda Perubahan KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Oleh itu ahli mesti beriltizam dengan agenda parti. Mereka adalah agen perubahan yang seharusnya meresap sehingga ke akar umbi dan seterusnya menjadi penyambung lidah serta penyampai dasar pentadbiran Pakatan Rakyat.

Justeru ahli mesti memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan parti baik di peringkat pusat mahupun negeri dengan maksud menjayakan cita-cita perjuangan.

Saya ulangi teguran bahawa tidak ada kompromi terhadap mereka yang melanggar disiplin parti dan perjuangan. Kepada mereka yang angkuh seolah olah diri lebih utama dari perjuangan, silakan sahaja mengundur diri. Perjuangan ini dibina dari keringat dan air mata mereka yang teguh kepada prinsip perjuangan; untuk menegakkan Keadilan buat semua, merentasi batas kaum dan kepercayaan.

Adalah tanggungjawab kita semua; ahli parlimen, adun, senator, ahli majelis dan pendokong untuk memastikan hala tuju parti tidak tersasar. Perjuangan ini adalah untuk memerdekakan bangsa dari terus diperintah regim lemah dan gagal mengagihkan kekayaan secara adil.

Marilah kita bersama sama merenung nasihat ini: “kemerdekaan berkehendak juga kepada pengetahuan, tetapi kita tidak percaya bahawasanya pengetahuan yang ditaburkan…ada mengandungi benih kemerdekaan itu.”

Kata kata tersebut dimuatkan dalam majalah Seruan Azhar yang mulai terbit pada tahun 1926 di Mesir, inisiatif pelajar-pelajar Melayu. Benar, ianya bertujuan menyemarakkan kemahuan menambah ilmu untuk memerdekakan bangsa dari penjajah asing. Walaupun begitu kata kata tersebut masih membekas manakala nasib bangsa seolah olah masih diperintah regim penjajah.

Segenap lapisan pendokong, baik kepimpinan ataupun aktivis di cabang, mesti mempunyai kefahaman dan kesedaran mengenai apa yang kita perjuangkan. Cara berfikir dan bertindak pendokong tidak boleh sama sekali mirip umno-barisan nasional.

Penyelewengan kuasa serta budaya rasuah harus segera dibanteras. Pembudayaan rasuah yang melahirkan generasi kebergantungan dan mentaliti subsidi tidak akan memangkin Perubahan, jauh sekali kemenangan.

Wahai ananda cahaya mata,
Kokohkan tegak jangan beralih,
Manfaatkan segala sendi anggota,
Kemampuan sendiri jadikan benih.

Kepimpinan juga mestilah tidak mengabaikan kebajikan pendokong dan penyokong. Tanpa mereka parti ini akan gagal berfungsi sekaligus menggagalkan cita-cita perjuangan. Pengorbanan mereka tidak harus dipandang remeh. Keberanian dan kesetiaan menempuh saat-saat sukar akan dihargai dan diingati.

Kalau kuncup sudah mengembang
Banyaklah kumbang datang menyeri
Kalau hidup berkasih sayang
Tuahnya merata di seluruh negeri

ANWAR IBRAHIM

15
Nov

Anwar Open to Zaid’s Ideal Pakatan Chief

From The Malaysian Insider
By Clara Chooi

IPOH, Nov 15 – Datuk Seri Anwar Ibrahim has kept an open mind over Datuk Zaid Ibrahim’s suggestion for PAS spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat to lead Pakatan Rakyat Malaysia but reminded the former Umno leader that for now, it was just his personal expression.

The PKR de facto leader took pains to stress in a press conference yesterday that if and when the PR gets registered as a formal coalition, the pro tem committee which Zaid chairs, would have to be surrendered to the leadership council.

Only then would the due process of determining the coalition’s leaders ensue, he added.

“If the (Zaid’s) suggestion is a serious one and follows the due party processes, then of course we will deliberate on it and listen to reasons and arguments.

“But for now however, it is a personal expression,” he said after attending the Perak PKR convention here yesterday evening.

Continue reading ‘Anwar Open to Zaid’s Ideal Pakatan Chief’

15
Nov

Bedebah! Mana Dia Ketua Pemuda Umno?

Dari PerakExpress
OLEH Hasmi Hashim

Ketua Pemuda Umno, dan kuncu-kuncunya diam seribu bahasa tatkala dihadapkan kenyataan mantan pengarah BPR, Abdul Razak Idrus bahawa tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menyorok RM3 bilion, adalah tuduhan tidak berasas. Dalam beberapa siri pilihanraya kecil, termasuk di Bagan Pinang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Nallakarupan bukan main lantang dengan tuduhan itu… rakyat tentu mahu melihat, apakah mereka bertanggungjawab dengan tuduhan yang mereka lemparkan.

Kita faham bahawa ada “politik persepsi”, tetapi orang yang percaya untuk bermain dengan politik persepsi mahupun usaha mencalar karektor tidak akan berjaya, kalau tanpa asas. Persepsi, nampaknya tak bisa mampu terpisah dari realiti, apatah lagi dari kebenaran.

Saya menduga, sepanjang media perdana milik Umno khususnya terus mencetak air liur pemimpin Pemuda Umno tadi, Anwar tidak sedikit pun menjawab. Dalam kata lain, dia perlu sabar. Dalam kata lain, dia harus meneruskan genderang perubahan yang sewajarnya dipalu tanpa henti. Bukan melayan karenah politik intrik sebegitu hina.

Menurut Abdul Razak ketika memberi kenyataan di dalam Mahkamah Tinggi, 11 November lalu, sepasukan khas BPR telah dikirim ke Singapura dan London untuk menyiasat kes tersebut. Sebutir habuk pun tidak mereka temukan bukti.

Continue reading ‘Bedebah! Mana Dia Ketua Pemuda Umno?’

14
Nov

Fitnah Barisan Nasional Semakin Kencang

KENYATAAN MEDIA
Dari Blog Azmin Ali

Kenyataan bekas ketua pemuda MIC, Vigneswaran yang mendakwa saya dan isteri memiliki saham bernilai RM 8.5 juta dari tahun 1992 sehingga tahun 1994 adalah tidak berasas sama sekali. Saya belum melihat dokumen yang didakwa oleh Vigneswaran tetapi saya percaya dokumen itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan dengan saya dan isteri saya. Semenjak tahun 1998, saya dan keluarga sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya. Malahan, alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahan saya pada 16 September 1998 sehingga 22 September 1998. Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami.

Saya merasa kesal kerana apa yang berlaku hari ini menunjukkan Barisan Nasional tidak akan berhenti dari melancarkan serangan fitnah yang jahat untuk mengganggu keamanan dan ketenteraman saya dan keluarga. Saya melihat tindakan jijik yang terancang ini adalah untuk mengaibkan dan mencemarkan nama saya dan isteri. Kenyataan berunsurkan fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasi saya selaku Ahli Parlimen Gombak serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vigneswaran. Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk bertindak segera prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan dan melaporkan kenyataan fitnah tersebut.

AZMIN ALI