Ahad 22 November 2009
Formosa Garden Hotel
Multi Purpose Hall (Tingkat 7), Limbongan, MELAKA
‘MENGGILAP HARAPAN RAKYAT’
1.30 – 2.30 pm – Pendaftaran
2.30 – 3.45 pm – Ucaptama Oleh Dato” Seri Anwar Ibrahim
3.45 – 4.00 pm – Kudapan
Dari Harakahdaily
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan didesak meletakkan jawatan ekoran kejatuhan ranking paling teruk Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia.
Desakan itu dibuat oleh Lim Kit Siang, Penasihat DAP yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataannya hari ini.
“Ini adalah kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh Tranparency International (TI) pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28,” katanya. Continue reading ‘Indeks Rasuah Merudum: Ahmad Said Didesak Letak Jawatan’
Teks Perbahasan Bajet 2010 – Versi Hansard , Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri Oleh : YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
ISNIN, 16 NOVEMBER 2009
Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 terbuka semula untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
_
12.30 tgh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Pengerusi, saya pohon turut serta dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa B.3, 010000 dan 020000 – Pengurusan Korporat dan Pengauditan. Kita baru-baru ini dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.
Setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan Menteri-menteri dan kerajaan berpura-pura terkejut dan memberi jaminan tindakan diambil. Akan tetapi, saya masih ingat tatkala Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin menjadi Ketua Audit Negara sejak itu lagi, sebelum beliau diangkat menjadi Pengerusi Suruhanjaya BMF. Beliau telah mencatat beberapa kelemahan tidak separah sekarang tetapi ada langkah-langkah diambil. Umpamanya ada lembaga ketika itu namanya Maju Ikan yang kemudian dibatalkan dan di antara sebabnya ialah pembelian bot kecil nelayan. Apabila ditanya, bot tidak sampai. Order dibuat, bayaran dibuat. Apabila ditanya pegawai berkenaan, katanya bot tenggelam dan perkara itu ditutup begitu sahaja. Itu sebagai contoh bagaimana pada peringkat itu sekurang-kurangnya dalam hal yang agak kecil yang melibatkan ratusan ribu ringgit yang mengejutkan dan tindakan cuba diambil.
Akan tetapi, sekarang kebocoran dan kerugian dari perkara yang sekecil membeli skru driver, komputer dan sehingga sebesarnya. Semua beri jaminan tindakan akan diambil. Sepatutnya setiap Menteri memberikan jawapan yang tegas dan tindakan diambil melalui Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan supaya ada makna pengauditan ini.
Saya mengalu-alukan tindakan dan keberanian Ketua Audit Negara serta pasukannya yang mengetengahkan isu-isu ini. Kalau kita ada Menteri KPI dan sebagainya tidak perlu sibuk soal lain. Kaji laporan Ketua Audit Negara dan perbaikinya. Itu pun sumbangan besar kepada negara… [Tepuk]
Akan tetapi, kalau kita hanya sibuk dengan rangka-rangka yang canggih dan pengumuman demi pengumuman hendak mempesonakan sedikit orang tetapi kesannya tidak ada. Lihat sahaja Laporan Ketua Audit Negara tahun ini, tahun sebelumnya, dan sepuluh tahun sebelumnya. Apakah ada perubahan yang lebih positif atau kita kekal malah lebih parah dalam beberapa aspek pelaksanaan? Continue reading ‘Transkrip Perbahasan Di Parlimen Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri’
Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor
Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.
Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing. Continue reading ‘Pakatan Cabar BN Biarkan Dun Kota Seputeh Kosong’
Dari Malaysia Kini
Oleh Salhan K Ahmad
Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.
Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Continue reading ‘Selangor Digesa Boikot Program BTN’
Turkmeniscam: How Washington Lobbyists
Fought to Flack for a Stalinist Dictatorship
By Ken Silverstein
Random House, 195 pages, $24
Two years ago, when I was a press officer for the United Nations in Iran, government agents tried to sting us. In an effort to discredit the U.N., every week I was visited by two fat, profoundly bearded and poorly dressed “TV producers”; they offered us unprecedented access to large national audiences on the condition that we weave criticism of the regime into our work. Of course, we turned them away and thus preserved our organization’s ability to remain in the country as a neutral aid rather than a propagandist for regime change.
Continue reading ‘Resensi Buku: K Street Capers(Firma Bejat Melabur Di Asia Tengah)’
By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Oct 22 — Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (picture) confirmed in Parliament today that the government had engaged Apco Worldwide, an international public affairs and media relations company, to boost its image overseas.
The Malaysian Insider understands that the contract is worth some RM20 million but Koh, in a written reply to a question from DAP’s Serdang MP Teo Nie Ching, did not divulge the exact amount.
“Apco Worldwide was tasked with promoting and improving Malaysia’s image overseas,” said Koh, who is Minister in the Prime Minister’s Department.
He justified the appointment by asserting that a foreign firm would ensure that the country’s communication practice was in line with international standards.
Continue reading ‘Government Admits Spending To Boost Najib Administration’
Dari The Malaysian Insider
Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Nov 17 — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menafikan dakwaan terbaru hari ini bahawa beliau memperoleh saham-saham bernilai sekurang-kurangnya RM2 juta ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Azmin membuat penafian beberapa jam selepas seorang bekas pembantu kanan Anwar mendedahkan dokumen-dokumen baru yang didakwa sebagai bukti Azmin telah memperoleh saham sekurang-kurangnya bernilai RM2 juta sekitar awal 1990-an.
Dakwaan itu yang dibuat oleh Anuar Shaari, bekas setiausaha peribadi Anwar pagi tadi merupakan yang kedua dalam tempoh lima hari.
Sabtu lalu, Azmin juga telah menafikan pendedahan bekas Ketua Pemuda MIC, SA Vigneswaran kononnya beliau, isteri dan adik iparnya memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an ? ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.”
Continue reading ‘Azmin Nafi, Label Anuar Shaari Sebagai Pengemis Politik’
Recent Comments