Archive for November, 2009



20
Nov

Penyiasat Sebut Nama Adik Najib

Dari Malaysia Kini

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak itu dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas pegawai polis Cawangan Khas itu – yang pernah menjadi pengawal peribadi Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib – dalam laman web Malaysia Today hari ini. Continue reading ‘Penyiasat Sebut Nama Adik Najib’

20
Nov

Kes Azmin Ali : Ayuh SPRM Jadilah Anak Jantan

Dari Zabidie Abas

Suruhanjaya Pencegah Rasuh Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (Polis) bagai berlumba lari untuk menyelasaikan kononnya YB Azmin Ali terlibat dalam pembelian saham RM8 juta.

SPRM berkata dulu mereka ada menyiasat tetapi berkata, “tidak cukup bukti”. Kini SPRM berkata “temui bukti baru”. Ia adalah lawak biasa yang berkumandang bila SPRM bertemu media.

Pencatat mengerti mengapa SPRM dan Polis seperti lipas kodong ingin mendakwa Azmin Ali. Ia tidak lain kerana sikap membondek keterlaluan masih menjadi budaya SPRM dan Polis. Continue reading ‘Kes Azmin Ali : Ayuh SPRM Jadilah Anak Jantan’

20
Nov

Permuafakatan Yang Jelas

Pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin. Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat Perubahan.

Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat. Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing.

Perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada umno-barisan nasional. Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia. Tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain. Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu.

ANWAR IBRAHIM

20
Nov

PI Bala – Dari Bangkok ke Kathmandu dan Delhi

Dari Malaysia Kini

Dalam bahagian keempat wawancara misteri dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Malaysia Today, dia menceritakan kesukaran yang dihadapinya apabila dipaksa tinggal di luar negara.

Balasubramaniam – individu kontroversi berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu – juga mendedahkan, dia pulang ke Malaysia beberapa kali tahun ini tanpa melalui pemeriksaan imigresen.

Di bawah adalah petikan wawancara tersebut:

Mengapa kamu tidak memberitahu mereka perkara sebenarnya mengenai cara akuan bersumpah kedua dibuat memandangkan anggota keluarga anda berada bersama anda dan mereka semuanya dalam keadaan selamat?

Saya masih lagi dalam keadaan keliru dan masih bimbangkan keselamatan keluarga saya. Saya dimaklumkan bahawa Deepak ada hubungan yang amat berpengaruh, terutama selepas pertemuan dengan seorang Datuk VIP Melayu di The Curve beberapa malam sebelumnya dan nasihatnya masih segar di kepala saya.

Saya juga hairan mengenai hubungan Deepak itu kerana dia nampaknya boleh menganjurkan sesuatu di negara-negara berlainan dan malah telah meminta seorang wanita Thai memohon visa India kami di Bangkok.

Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang akan berlaku, jadi saya rasa perlu mendengar nasihat mereka sehingga saya dapat berfikir dengan lebih jelas kerana saya perlu mengambil kira keluarga kerana saya tidak mahu apa-apa berlaku kepada mereka. Continue reading ‘PI Bala – Dari Bangkok ke Kathmandu dan Delhi’

19
Nov

Mahkamah : SPRM Diharamkan Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat

Dari TV Selangor

Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu. Continue reading ‘Mahkamah : SPRM Diharamkan Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat’

19
Nov

High Court: MACC’s night interrogation illegal

From Malaysia Kini

By Hafiz Yatim

In a landmark decision today, the Kuala Lumpur High Court ruled the Malaysian Anti-Corruption Commission is not entitled to interrogate witnesses late at night.

Justice Mohd Ariff Md Yusof ruled that it was illegal for the MACC to question its witnesses at night as such questioning must be done during the daytime.

“The term day to day as stipulated in the MACC Act cannot mean round the clock.” Continue reading ‘High Court: MACC’s night interrogation illegal’

19
Nov

Keadilan Akan Berpegang Teguh Dengan Prinsip Pertanggungjawaban Dan Ketelusan

19hb November 2009

Parti Keadilan Rakyat telah membincangkan isu pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih hutang Talam Corp Bhd kepada anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta. Isu tersebut telah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Parti, Dato Salehuddin Hashim melalui edaran email.

Keadilan sememangnya menghormati pandangan yang dibangkitkan oleh pimpinan yang menyentuh dasar mana-mana negeri, termasuklah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat(PAKATAN). Ini membuktikan iltizam kami untuk terus berpegang serta melaksanakan prinsip prinsip asas demokrasi dan tadbir urus yang baik.

Email Setiausaha Agung hanya untuk edaran dalaman sahaja dan ianya merupakan pandangan peribadi bertujuan mendapat penjelasan dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor berhubung isu tersebut. Perlu ditegaskan di sini Setiausaha Agung PKR tidak menuduh wujudnya penyelewengan oleh YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Kami berpuas hati dengan penjelasan awal oleh YAB Menteri Besar berkenaan perkara dasar yang menyangkut transasksi tersebut. Tuntas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban, malah Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa transaksi tersebut terbuka untuk penelitian awam.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat

Continue reading ‘Keadilan Akan Berpegang Teguh Dengan Prinsip Pertanggungjawaban Dan Ketelusan’

19
Nov

Pendedahan Siong Politik Najib

Dari Perak Express

Oleh Hasmi Hashim

Beginilah saya tuliskan gelora hati; saya bacakan ke hadapan anak-anak zaman; hendaknya mencetuskan keinsafan; jadi azimat; jadi semboyan yang bergema di lubuk sanubari; apabila hari ini yakin saya rasakan, betapa telah “Sempurnalah Sebuah Kejahatan”:

Maka sempurnalah
Makna sebuah kejahatan
Pemerintah ganas bersiong tajam
Tidakkah kita mendengar?
Bertempek
Gegak gempita
Serigala dan tuannya
Bergema di gedung kekuasaan.

Dipenjara
Dipukul
Diterajang di gelap sel keseorangan
Tangan bergari tak bisa bertahan
Ditelanjangi
Diaibkan anak-isteri
Fitnah jadi senda gurau
Merampas, meragut, membunuh, tapi
Tetap sahaja tertawa riang.

Telah,
Sempurnalah sebuah kejahatan
Tatkala orang alim terhadang, untuk
Mengadap Tuhan

Hina-dinanya maruah yang diinjak di duli kaki kekuasaan.

Beruratkan keadilan
Bernadikan kebenaran
Menjelmalah kembali kuderatmu
Laksana gelombang tentera berkuda di kala malam, dan
Segagah manapun empayar keangkuhan
Takkan dapat tertahan-tahan.

Kita runtuhkan kejahatan
Jatuhkanlah segera hukuman
Keinsafan yang berseru ini
Tak dapat tertahan-tahan.

(HbH, PJ: 16 November 2009) Continue reading ‘Pendedahan Siong Politik Najib’

19
Nov

Rakaman Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan 16/11/2009

Berikut adalah rakaman ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim diKonvensyen PKR Wilayah.

19
Nov

Bom Petrol ‘Amaran’ Pada Peguam Kes Akuan Bala

Dari Malaysia kini

Oleh Rahmah Ghazali

Beberapa bom petrol dibaling ke rumah seorang peguam terkemuka, dipercayai ada kaitan dengan ‘wawancara’ dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Youtube baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam bekas presiden Majlis Peguam, Manjeet Singh Dhillon – yang kini berada di London bersama keluarganya – berkata rumahnya di Damansara itu dibaling bom petrol pada jam 7.20 malam tadi.

Kebakaran yang berlaku telah merosakkan dinding garaj rumahnya. Laporan polis dipercayai telah dibuat oleh rakan-rakannya berhubung kejadian tersebut. Continue reading ‘Bom Petrol ‘Amaran’ Pada Peguam Kes Akuan Bala’

19
Nov

Blogger Sentiasa Bersama Perubahan Dan Rakyat

Kehadiran blogger-blogger terkemuka ke majlis pertemuan di Kelab Taman Tasik memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka sekaligus berusaha menguburkan segala kekeliruan yang berlegar selama ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi datang walau pun dari jauh terutamanya kepada rakan-rakan PerakExpress.

Sungguhpun dalam beberapa ketika ini ada tulisan di antara mereka sedikit pedas, saya percaya mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk. Apa yang dinukilkan adalah merupakan satu hasrat untuk melihat Perubahan segera terlaksana dan rakyat dapat mengecap hasilnya.

Malah pertemuan tadi menyaksikan mereka menghujani saya dengan pelbagai soalan yang jujur dan kadangkala panas. Namun saya sendiri sebagai seorang blogger memahami gelojak hati penulis yang mahukan ruang bebas dan tidak dikongkong.

Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa.

ANWAR IBRAHIM

18
Nov

Konvensyen PKR Negeri Sembilan

Ahad 22 November 2009

Dewan Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua, Seremban

“MENGGILAP HARAPAN RAKYAT”

8.00 – 8.45 am – Pendaftaran

9.00 – 9.45 am – Ucapan dan Perlancaran Konvensyen Oleh YB Pengerusi MPN, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas

9.45 – 10.10 am- Rehat

10.10 – 10.50 am –Pelancaran Tema Konvensyen- Ketua Penerangan MPN Sdr Ibrahim Yusof

10.50-11.20 am – Ucapan SUA PKR- Dato Salehuddin Hashim

Continue reading ‘Konvensyen PKR Negeri Sembilan’