29
Nov
09

Maklumat Akta Rahsia Rasmi(OSA) Disekat,Timbul Kemusykilan Penduduk

Dari TV Selangor

Usaha Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan maklumat Akta Rahsia Rasmi berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa mendapat respon amat positif dari penduduk.

Selepas setahun kehilangan punca, para penduduk yang terkesan akhirnya menemui ruang untuk mencari keadilan.

TV Selangor bagaimanapun mendapati penduduk kesal dengan tindakan kerajaan Pusat menyekat pendedahan dokumen itu.

Manakala ada yang berpendapat tindakan kerajaan pusat benar-benar mencurigakan.

“Kita berpendapat bahawa kegagalan untuk clarify dokumen dokumen tersebut hanya menunjukkan kelemahan di peringkat kerajaan pusat itu sendiri,di samping itu mereka bermain politik untuk mencari kesalahan Tan Sri Khalid”,kata wakil penduduk Dr Rafick Khan Abdul Rahman.

Megat Arif Ahmad Kamil pula berpendapat,“Itu yang kerajaan harus siasat sebelum didedahkan kepada rakyat, kerana perkara ni ada berbaur politik sedikit kerana setelah sekian lama kenapa baru sekarang nak dedah”.

Seorang lagi wakil penduduk,Haji Muhd Syuib Lebar pula berkata beliau akan tetap menunggu sehingga punca kejadian yang telah meragut nyawa dan kemusnahan harta-benda didedahkan.

“Saya sabar menunggu ,memang penting yang pertama nak tahu apa sebab tanah runtuh ,mungkin boleh berhati hati dan berjaya cari penyelesaian.dan lebih berhati hati di masa depan”,katanya.


4 Responses to “Maklumat Akta Rahsia Rasmi(OSA) Disekat,Timbul Kemusykilan Penduduk”


  1. 1 observer Nov 29th, 2009 at 11:40 pm

    The solution is simple. Just kick this BN government out comes any election. MCA, MIC and Gerakan are real crazy to stay on with BN when BTN is used as a tool to condemn the Chinese and Indians. The rakyat should open their eyes and go for a change. The people are fed up now.

    Reply

  2. 2 Hot Degital Nov 30th, 2009 at 8:57 am

    Saya berpendapat, hanya maklumat atau fakta yang secara langsung dapat membawa ancaman kepada rakyat patut dirahsiakan. Misalnya,kapasiti kekuatan tentera ! Sebaliknya, fakta yang dapat menyokong usaha baik-pulih meskipun menggambarkan kelemahan sendiri patut diketahui umum.

    Maka, kerajaan pusat (Umno-BN) patut bersikap terbuka serta lebih patut mengutamakan kepentingan rakyat terutama dalam membuat jastifikasi sesuatu rahsia.

    Reply

  3. 3 memangtakpandai Nov 30th, 2009 at 9:03 pm

    Inilah BN, takut pada bayang-bayang sendiri. Sendri dah buat silap,sapu masuk bawah karpet. Inilah tradisi BN yang masih dipegang. Orang yang membuat silap terlepas, rakyat yang merana rumah ranap dan kehilangan nyawa. Takut membuat kesilapan atau mengakui kesilapan adalah sebodoh-bodoh manusia. No wonder wawasan 2020 dah bertukar ke was-was 2020. Adakah kita sebagai rakyat memerlukan kerajaan yang tak menjaga kepentingan rakyat. KPI ‘rakyat didahulukan Prestasi diutamakan’ telah menunjukkan kegagalan di mana kepentingan rakyat dalam hal ini telah diketepikan. Fikir-fikirkan lah…..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Maklumat Akta Rahsia Rasmi(OSA) Disekat,Timbul Kemusykilan Penduduk at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 29th, 2009 at 9:33 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Pimpinan Umno Gusar Berhadapan Dengan Rakyat Perak: Saya tidak terkejut dengan penghakiman Mahkamah Persekut... http://bit.ly/c5Iueg
45 minutes ago
anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
7 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
7 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
7 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30