29
Nov
09

BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata

Dari Harakah Daily

Oleh M Khaleel Kas

Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.

“Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat
jelas program sebegitu,”jelasnya semasa ditemui Harakahdaily di lokasi majlis korban di Dun Sijangkang sebentar tadi.

Disebabkan itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan ‘anak-anak buah’nya menyertai kursus-kursus yang dianjurkan di bawah BTN.

Dalam pada itu, Dr Ahmad juga menjelaskan bahawa, kerajaan negeri sendiri telah memperkenalkan programnya tersendiri dalam memastikan pembinaan modal insan para belia di negeri Selangor melalui program SPIES (Spiritual, Physical, Intellectual,Emotional, Social).

“Kita telah lama wujudkan dan memang terbukti memberikan kesan yang baik berbanding dengan program-program seperti BTN,”katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN).

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali,keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya.

Dalam satu sidang media di Shah Alam baru-baru ini, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai “indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama.”

“Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu.

“Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat.”

Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).


14 Responses to “BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata”


  1. 1 TP Nov 29th, 2009 at 10:02 pm

    saya setuju dgn kenyataan BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata…jika inginkan kepastian blh trus tnya mahasiswa2 d setiap universiti…

    Reply

    sufferfly Reply:

    YA BETUL…
    ape jadah ajar menyanyi konon dapat hilangkan stress… mengaji tamau
    laaa ni 1 malaysia btn dok buat kursus untuk amno… rakyat baya gaji, ko buat kursus untuk amno wat per..
    time pilihanraye yg paling sebok bebudak btn nilah mengendeng kat bilik gerakan amno… ape amno baya gaji ko ker
    tapi tak sume budak btn kuda amno.. contohnyer cam…..

    Reply

  2. 2 Boring Nov 29th, 2009 at 11:29 pm

    This is what the BN Govn have been doing all this while so that participant are Pro-BN and Umno Devide And Rule Concept…..Da Lama Daa ! Time To Changed !

    Reply

  3. 3 maie58 Nov 29th, 2009 at 11:31 pm

    melayu um-no/b-end masih didodoikan dengan konsep ‘ketuanan melayu’yang mereka sendiri pun tak faham.memperolihi sedikit keuntungan tanps mengambilkira kepentingan golongan terbanyak dan terpingir.masih bolih membiarkan kepincangan walaupun bertentangan dengan tahap pendidikan dan keilmuan masing2 demi keuntungan jangka pendek dan persitankan kepentingan ramai.

    Reply

  4. 4 observer Nov 29th, 2009 at 11:43 pm

    All Malaysians should boycott BTN. We are all brothers and sisters. Stop scaring the people and stop cheating the people. Taxpayers money is all gone and the country is facing a severe economic problem.

    Reply

  5. 5 tok kedehud Nov 30th, 2009 at 12:27 am

    BTN adalah adik Biro Persekutuan FBI.

    PR mungkin berpegang pada perkataan TATA dalam bahasa kanak kanak bermasud selamat tingal!!!! maka selamat tinggal Biro Tata Negara!!!!

    Saya tidak pernah hadir dalam BTN tertai malumat yang dilaporkan kepada iannya telah menjadi kurang enak ini kerana ada kakitangan kerajaan dari kaum lain berasa duka cita dengan cara modul latihan tersebut yang berciri Ketuanan. tak perlu ditubuhkan suruhanjaya untuk menkaji BTN. masa tutup kedai runcit sudah sampai!!! Rakyat semua dah nak ke Pasaraya besar harap Awang Selamat paham.

    Reply

  6. 6 zamy Nov 30th, 2009 at 9:06 am

    Sy rase itu langkah yg sepatutnye……kerna memandangkan UMNO-BN nie tak ubah mcm Yahudi…..
    saye juga mencadangkan bhw negeri2 dibwh pakatan rakyat dpt membentuk satu jawatankuasa bertindak ekonomi bersama yg akan meggembelingkan kesemua sumber2 ekonomi dan tenaga yg akan memanafaatkan taraf ekonomi dan hidup rakyat yg hidup didlm negri2 pakatan rakyat…..jadi kite taklah mengharapkan sgt ngan kerajaan pusat yg memang asyik lena ngan slogan satu malaysia tu……tapi auta saje….ummppph Nooooo Be eNd

    Reply

  7. 7 Hot Degital Nov 30th, 2009 at 9:28 am

    Kelihatan kepada saya BTN lebih menjurus kepada usaha mengukuhkan kedudukan pemimpin di dalam Umno. Duit rakyat dilabur demi kepentingan diri. Bukan untuk kekuatan dan kesejahteraan seluruh rakyat.

    Sentimen kaum yang disogok melalui BTN langsung tidak menggambarkan murninya niat DS Najib melalui One Malaysia ! Satu ke utara dan satu pula ke selatan ! Pelik dan sangat lucu.

    Umno-BN patut bijaksana dalam menerima hakikat kepelbagaian budaya, bangsa hatta pelbagai agama sebagai ‘rahmat’ atau peluang untuk jadi lebih kuat bukan memecahkan kepelbagaian itu menjadi serpihan.

    Jika Umno-BN tidak mampu berhadapan dengan kepelbagaian tersebut serta gagal membawa resolusi penyatuan yang lebih kukuh, elok letak jawatan ! One Malaysia hanya kosmetik.

    Reply

  8. 8 HapusBTN Nov 30th, 2009 at 2:09 pm

    Memang tidak dinafikan BTN digunakan untuk tujuan politik BN khususnya utk kepentingan UMNO.Unsur2 perkauman memang wujud dlm program tersebut. Fitnah2 & kata nista yg dilemparkan terhadap pemimpin pembangkang terutamanya DSAI amat keras sekali…
    HAPUSKAN BTN>>>>>>>

    Reply

  9. 9 ex - BTN Nov 30th, 2009 at 6:29 pm

    antara isi kandungan BTN..

    -anwar pengkianat bangsa,agen yahudi,kawan yahudi

    -hanya BN sahaja yg mampu memerintah negara ini

    mcm2 lagi fitnah…adowai.. sorilah..kami mahasiswa2 dulu tak pecaya satu haprak pun…pegi aje..pecaya jangan……

    Reply

  10. 10 art 2010 Nov 30th, 2009 at 8:53 pm

    Orang Melayu dan Islam tidak rugi kalau tiada UMNO hendak membela nasib orang melayu. Bangsa Lain Cina, India dan lain lain juga rakyat Malaysia. Mereka faham dengan perlembagaan Malaysia dan boleh duduk semeja untuk berbincang dan mentabir secara adil dan saksama tanpa ragu ragu di bawah pakatan Rakyat. Mereka boleh berdebat sesama mereka dan kembali mencari jalan untuk menyelesaikan secara terbuka. Jangan pesongkan orang melayu dan bangsa lain walaupun debat mereka sensitif tetapi tidak bersikap hiprokrit seperti UMNO dan BN. Pakatan rakyat sudah matang dan rakyat mahu perubahan.

    Reply

  11. 11 Jebat simunjan Dec 1st, 2009 at 4:13 am

    Syabas dan Tahniah buat kerajaan Selangor atas keputusan tepat ini.

    Tiada apa yang dapat dinyatakan di sini selain daripada usaha ini akan menjadikan hak dan kebebasan rakyat akan menjadi semaklin matang.

    Sememangnya semua program yang dijalankan kerajkaaan melalui BTN dan juga PLKN ni sememangnya menjadikan pemikiran kebebasan rakyat menjadi lembu.

    Jangan Undur. Buktikan kepada rakyat niat serong UMNO/BN terhadap hak dan kebebasan rakyat. Bina dan bentuklah rakyat menjadi rakyat yang proaktif tanpa sebarang propaganda buruk.

    Reply

  12. 12 KasihaniAku Dec 1st, 2009 at 10:40 am

    memang betul BTN itu adalah satu alat/program utk mendoktrinasikan minda rakyat agar ikut perintahya semata-mata.kami yg disini Sabah mengharap sangat daripada rakaan-rakan dari negara pakatan n PAS agar dapat membuka minda sesetengah penduduk SABAH yang semakin hari di pesongkan oleh akidah UMNO yang sesat itu…kerana BTN itu lah mereka GAGAL dalam kerjaya…tidak ikut BTN GAGAL dalam perkhidmatan contohnya kerjaya sebagai guru..seolah-olah BTN itu adalah satu perkara yg wajib wal hal terang-terangan memesongkan akidah orang yg mengikutinya…MAMPUSLAH BTN!!!!! UMNO seperti YAHUDI kerana 1 MALAYSIA adalah slogan Yahudi pada suatu ketika dahulu..itulah para pemimpin yg ada kat malaysia skrg ni ikut terutamanya golongan BN/UMNO!!!!

    Reply

  1. 1 Tweets that mention BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 29th, 2009 at 9:34 pm

Leave a Reply




khayrulumam: Reformasilah RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini kejayaan perjuang2 reformasi
4 minutes ago
tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini menandakan kejayaan perjuang2 reformasi & kuasa rakyat!
10 minutes ago
tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
38 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
48 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
51 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30