Esok merupakan kes saman DSAI ke atas Mahathir Mohammad. Berikut merupakan butiran kes tersebut:
Tarikh: Isnin, 30hb November 2009
Masa: 9.00 AM
Tempat: Mahkamah Persekutuan, Istana Keadilan, Putrajaya
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Esok merupakan kes saman DSAI ke atas Mahathir Mohammad. Berikut merupakan butiran kes tersebut:
Tarikh: Isnin, 30hb November 2009
Masa: 9.00 AM
Tempat: Mahkamah Persekutuan, Istana Keadilan, Putrajaya
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Dari TV Selangor
Usaha Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan maklumat Akta Rahsia Rasmi berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa mendapat respon amat positif dari penduduk.
Selepas setahun kehilangan punca, para penduduk yang terkesan akhirnya menemui ruang untuk mencari keadilan.
TV Selangor bagaimanapun mendapati penduduk kesal dengan tindakan kerajaan Pusat menyekat pendedahan dokumen itu.
Manakala ada yang berpendapat tindakan kerajaan pusat benar-benar mencurigakan. (more…)
Dari Harakah Daily
Oleh M Khaleel Kas
Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).
Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.
“Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat
jelas program sebegitu,”jelasnya semasa ditemui Harakahdaily di lokasi majlis korban di Dun Sijangkang sebentar tadi.
Disebabkan itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan ‘anak-anak buah’nya menyertai kursus-kursus yang dianjurkan di bawah BTN. (more…)