Dari TV Selangor
Seramai 240 keluarga yang tinggal di Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya bakal kehilangan rumah yang telah didiami sejak 100 tahun lalu setelah sebuah agensi kerajaan persekutuan bertindak mengambil-alih tanah kampung Melayu itu bagi tujuan pembangunan.
Para penduduk mengeluh apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang enggan memberi pampasan setimpal kepada mereka. Apa yang lebih membimbangkan adalah penduduk tidak diberi sebarang hitam-putih.
Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campur-tangan selepas menerima laporan berhubung kes ini. Ditemui semasa beliau mengadakan lawatan ke kampung tersebut, Anwar berkata kes ini akan dibawa ke peringkat atasan bagi memastikan kepentingan penduduk kampung tidak ditindas. (more…)
















