25
Nov
09

MBMBI Ganti PPSMI Sesuatu Yang Janggal

Dari Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid pagi tadi menganggap keputusan kabinet memperkenalkan pelan Memertabat Bahasa Melayu Dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMBI) sebagai sesuatu yang janggal.

Anggapan tersebut sebagai respon pada pengumuman Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bagi mengantikan pelan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Walaupun pelan penggantian ini (MBMBI) bermula 2011, setahun lebih awal, saya masih melihat ianya janggal.”

“Sepatutnya kebinet mansuhkan terus PPSMI dan kembalikan sistem pendidikan negara pada sistem yang asal.”

Beliau juga berpendapat bahawa kabinet seharusnya berusaha untuk memperkukuh semula bahasa kebangsaan.

“Sepatutnya kerajaan perlu memperkukuh semula Bahasa Melayu (atau) Bahasa Kebangsaan dalam semua hal pentadbiran dan pendidikan,” ujarnya.

“Tumpuan itu (memperkukuh bahasa Melayu) itu lebih mendesak…bila PPSMI dilaksanakan sejak 6 tahun lalu, proses kemandulan bahasa (Melayu) berlaku.”

Ujarnya lagi, kerajaan juga dilihat tidak serius memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau juga melahirkan kebimbangan, jika dasar MBMBI yang menggantikan PPSMI tersebut gagal memartabatkan semula kedudukan Bahasa Melayu.

“Saya bimbang dasar baru ini gagal…bahasa Melayu gagal jadi bahasa ilmu dan rakyat gagal menguasai (sabjek) Sains (dan) Matematik disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris sebenarnya.”

“Sepatutnya kerajaan mesti memperkasa teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sendiri, tidak perlu dasar baru ini jika pelajar benar-benar lemah bahasa Inggeris,” jelasnya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan memberi insentif berupa elaun kepada guru yang mengajar Sains dan Matematik kelak.

“Kalau dulu boleh bagi elaun kepada guru-guru PPSMI, saya cadang bagi elaun dan jangan anak tiri guru-guru yang ajar sabjek Sains (dan) Matematik guna bahasa kebangsaan.”

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Penolong Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kayat.

“Dasar baru itu saya lihat masih kabur, tidak ada suatu jaminan bahawa sistem pendidikan negara akan kembali seperti biasa, (iaitu) menggunakan bahasa kebangsaan,” jelasnya.

Ujarnya, keputusan kerajaan memperkenalkan MBMBI dilihat tergesa-gesa, sama seperti melaksanakan PPSMI enam tahun dahulu.”

Jelasnya lagi, GMP yang merupakan pertubuhan paling lantang mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI sebelum ini turut tidak diajak berbincang tentang dasar baru tersebut, walaupun keanggotaannya terdiri oleh beberapa tokoh bahasa dan sasterawan.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, GMP akan mengadakan mesyuarat khusus demi meneliti dasar MBMBI tersebut.

Semalam, Muhyiddin berjanji bahawa dasar MBMBI tidak akan mengetepikan penggunaan bahasa Inggeris, walaupun PPSMi dimansuhkan kelak.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran Malaysia menyeru rakyat supaya terus menguasai bahasa Melayu.


7 Responses to “MBMBI Ganti PPSMI Sesuatu Yang Janggal”


  1. 1 dd Nov 25th, 2009 at 2:56 pm

    maaf la… kalau menteri pun, setiap kali bercakap kepada wartawan asek nak cakap orang puteh je.. apa hal??? kalau pun ada wartawan asing… tolong la… suruh je dia belajar… obama tak de nak cakap sepanyol kalau pun ada wartawan mexico kat situ…

    kenapa perlu ada jenis-jenis pelan begini? nak tunjukkan mereka tu hebat ke buleh pikir satu pelan?? tak guna kalau pun ada pelan, tapi matlamat tidak pernah dicapai…

    universiti harus adakan ujian kemasukan, sekolah asrama/elit perlu adakan ujian… jangan main amek saja… keputusan makin cemerlang di kala budak makin menyimpang, tak heran???

    Reply

  2. 2 Zool Nov 25th, 2009 at 3:14 pm

    aku xsuka PKR ngan UMNGOK…meh kite sokong PAS

    Reply

  3. 3 zamy Nov 25th, 2009 at 3:14 pm

    Biasalah…UMNO-BN nie…penipu…pembelit….dia nak mansuhkan PPSMI tu bknnye rela hati…tapi kene tekanan rakyat…..jadi die tengok rakyat dah lena sikit die buat balik perangai die..tapi ikut jln jln lain…..tapi kesitu jugak tujuannya….eeeehhhhh….aku tak faham betul org Malaysia khususnye org UMNO nie…..bkn tak tahu UMNO-BN nie terdiri dari perompak,lanun,pembunuh dan pembelit….tapi sokong jugak……bkn saje2 tuduh….ade bukti…tak percaya jugak…..nak kate tak sembahyang….marahlah pulok nanti….tapi roh sembahyang tu tak dihayati…..pakai ikut je…..sbb itu Allah memberatkan pasal sembahyang….sbb dia adalah tiang ugama Islam…cthnye….dlm sembahyang…kite boleh membetulkan(menegur-dgn ucapan tasbih) imam…jika imam melakukan kesilapan…..kalu imam tu tak memperbetulkan..maka kita boleh bermufarakah (memutuskan berimam dgn imam tu)…..begitu juge dlm kehidupan……kalu tak betul…kite tegur…kalu tak terima teguran……faham2lah sendiri……jgn nak ikut je membute tuli……iiiihhhhh…ihhhhhhh….Ummmph…Nooooo…Be eNd……

    Reply

  4. 4 ok@haha.mai Nov 25th, 2009 at 4:58 pm

    zamy, aku sokong kamu ! Dan aku ada satu cadangan, untuk kamu bawa kepada “pakcik-makcik & pak ngah-makngah” yang ada sikit terkehel minda hal Umno-BN nih !

    First, kamu andaikan Umno-BN tu macam isteri kamu. Kamu kahwin dengan dia bukan atas dasar suka sama suka tapi dek kudrat-irodat Tuhan, orang tua dah jodohkan. Maka, BN kita terima jugak sebagai kerajaan yang memerintah Malaysia. Bersamalah kita walaupun hati pasrah.

    Malangnya, tak cerdik BN tu. Kerja buat, huru-hara. Hal amanah tunggang-langgang. Hal patut dibuat, tak dibuat. Hal yang patuh tak dibuat, yang tu dia galak sangat nak buat. Kita tegur, melenting ! Tambah nasihat, jadi tambah biadap. Lebih teruk, curang plak dia. Hal rumah tangga nak tak nak jer. Buruknya perangai, tergamak pula kamu difitnahnya. Selebihnya, hal kita tak diamek kisah, hal kroni yang dia jaga sangat !

    Yang payahnya BN ni, tak makan nasihat. Dah tu, asyik ulang salah yang sama. Kerja dia asyik tambah masalah. Tanggungjawab yang ada amek mudah jer ! Sah BN tu, penting diri tahap melampau.

    Soalannya, kamu nak buat “lagu” mana ?
    Den cadang kat kamu, ceraikan jer ! Talak tiga terus ! Cuba kamu cadangkan kat “depa” yang tergeliat minda tu ! Mudah-mudahan terubat !

    Reply

  5. 5 hazim Nov 25th, 2009 at 5:31 pm

    punca utama bahasa melayu dipandang enteng sekarang kerana bahasa melayu tidak diangkat sebagai bahasa ilmu….di university hampir keseluruhan subjek diajar dlm bahasa inggeris…nk dpatkan bahan rujukan dlm bahasa melayu pun bukan main seksa sekarang….baru-baru ni menteri pengajian tinggi kata di ipta kena pakai bahasa inggeris kerana bahasa melayu kekurangan istilah dan penjelasan dlm bahasa melayu x dpat memberi penjelasan yg tepat terutama dlm subjek sains n matematik….tp kami rakyat malaysia x buta sejarah mcm menteri sekarang…dulu kita penah guna bahasa melayu di ipta n ternyata dpt melahirkan modal insan yg berjaya pd hari ini…dulu itm(sekarang uitm) pon guna bahasa melayu…boleh jew…kenapa sekarang x boleh??kenyataanya penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar malaysia masih ditahap yg lemah…maka kita masih ada pilihan…guna kn bahasa melayu…jgan bebankn pelajar…kesian pelajar…matlamat belajar kerana nk pham n menguasai ilmu…kalo bahasa melayu mudah difahami oleh pelajar kenapa menteri masih berdolak-dalih….sekarang pelajar pon x berapa pham ape yg die belajar coz dlm bahasa inggeris…natijahnya…wujudlah budaya menghafal dikalangan pelajar n mentaliti hanya menjurus kepada nafsu inggin past exam….ikot otak menteri umno-bn…belajar sebjek ekonomi sbb nk power bi,blajar subjek agama,sejarah,sains,matematik,it,geografi,kosmologi,astronomi,perubatan,dan farmasi kerana nk powerkn bi…pham kew x itu x penting…alahaaiii….x dpat dinafikan terdapat sebilangan kecil pelar yang mampu belajar dlm bahasa inggeris…maka utk berlaku adil…maka wajar kita buat dua jenis aliran belajar…aliran bahasa melayu n aliran bahsa inggeris…nk masuk aliran inggeris pelajar perlu dpt result muet band 5 n band 6…baru la die x de masalah nk belajar dlm bahasa inggeris…sekarang pelajar yg dpat band 2 pon kena blaja dlm bahasa inggeris…huhuhu…sistem pendidikan negara harus diselamatkan dgn segera sebelom ia menjady lebih perah diperkosa oleh umno-bn yg sombong n angkuh….reformasi!!!!

    Reply

  6. 6 fly Nov 25th, 2009 at 8:27 pm

    nak martabat BM? Tengok la menteri2 kat parlimen…..brapa banyak yg berbahasa menggunakan tatabahasa yg betul……? lepas tu….perbendaharaan yg plng banyak kluar…LU BODOH,LU TAK DA OTAK…ada yg ok ada yg tak ok…menteri2 perlu kursus BM….Br la jadi contoh. Di Dewan yg Mulia,BM menjadi Bahasa Rojak dan Bahasa Pasar…..

    Reply

  7. 7 kaizer Nov 26th, 2009 at 11:23 am

    umno mmg suke putar belit…ckp x supe bikin…kalo dah kaki putar alam, putar alam jgk lah.

    Reply

Leave a Reply