Firefox 2 For a better browsing experience get Firefox 2.

24
Nov
09

Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

KENYATAAN MEDIA
23 NOVEMBER 2009

Kerajaan Negeri Selangor menghormati hak penduduk Bukit Antarabangsa untuk mengetahui kandungan laporan yang mengakibatkan terjadinya tragedi tanah runtuh pada 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa penghuni di situ. Bagi menjamin kepentingan terhadap keselamatan penduduk berkenaan, Kerajaan Negeri menerusi kuasa Menteri Besar pada Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, mengambil keputusan untuk mengubah semula status laporan tersebut yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya.

Kerajaan Negeri sekarang berazam supaya salinan-salinan laporan tersebut diedarkan kepada orang awam dan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat beberapa salinan dan menjual kepada penduduk terlibat dengan harga berpatutan bermula hari ini. Bagaimanapun, ekoran pengumuman Kerajaan Negeri pada mingggu lepas, Kerajaan Persekutuan lantas mencabar keputusan tersebut dan memberi amaran supaya Kerajaan Negeri jangan mengubah status laporan berkenaan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu dan meminta Kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa demi kepentingan orang awam. Bagaimanapun, Kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh Jemaah Kabinet. [ Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut.]

Dengan yang demikian, kami menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penyiaran laporan tersebut oleh sebab kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor.

Setelah membaca laporan tersebut, Kerajaan negeri percaya ianya tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi. Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam.

Kerajaan negeri Selangor, sebaliknya, sangat komited dalam usaha menjamin kepentingan rakyat Selangor dan sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


23 Responses to “Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa”


  1. 1 akuorgmalaysia Nov 24th, 2009 at 11:47 am

    apa yg nak di sebunyikan….itu hak penduduk kawasan tersebut dan hak rakyat utk mengetahuinya

    Reply

    Budak Pangkor Reply:

    Laporan siasatan diklasifikasikan sebagai SULIT ????
    Haha, pasti ada agenda tersembunyi!
    Korek, korek, korek ………….

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Sulit ini pasti barang sulit!!!! apa barang sulit!! “pantagon” pun budak sekolah boleh masuk ini kan pula JKR!!

    dalam dunia ini tiada pa yang sulit!! lagi sulit lagi orang nak tahu!!!

    Reply

    hangJEBAT Reply:

    Berani kerana benar dan takut kerana bersalah!

    Reply

  2. 2 reez Nov 24th, 2009 at 12:11 pm

    laporan tsb x nak publish kat cnie ke??? at least bley buat refference tuk std yang stdy bende nie :)

    Reply

    raiz satay Reply:

    nak publish camne bro,kan dah umno letak akta osa sulit dan peribadi gile. kalau publish gak alamatnya kepenjarala kita semua. bila kepenjara sukela khir toyo n the gangs.

    Reply

  3. 3 Intan Sakinah Nov 24th, 2009 at 1:13 pm

    Saya curiga laporan yang dianggap “rahsia” itu adalah bukti kecuaian pihak tertentu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan BN ! Jika jujur, kenapa takut menerima kebenaran ?! Jika ‘jantan’ kenapa bacul menapak ke ‘gelanggang’ ? Biar waras jadi pengadil ! Jangan jahil dibuat sandaran ! Nanti dituduh orang, bodoh sombong !

    Reply

  4. 4 mak bonda Nov 24th, 2009 at 1:36 pm

    Laporan dari ulam batar centre kos baik pulih tanah cerun mencecah RM70 Juta dan dilangan oleh sebuat syarikat bernama MTD. kerja kerja giat di jalankan oleh MTD. Peruntukan oleh JKR Pusat.

    Apa yang kita harapkan semoga ada ketelusan dan laporan ini demi kepentingan penduduk sekitar dan Penilai Harta,Bank,Syarikat insurant,Pemaju dan yang amat penting Rakyat malaysia keseluruhanya kepentingan rakyat adalah megatasi kepentingan pihak pihak tertentu yang segerombolan dengannya. Kita sebagai rakyat jelata amat menungu laporan tersebut untuk di nilai dan sebagainya. semoga laporan tersebut dapai di beli olah rakyat di Pejabat MPAJ di waktu pejabat. kami rakyat cukup takut untuk berurusan dengan badan kerajaan diluar waktu pejabat kami dah teruma!!!!!!!!!!!!!

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Mak bonda!! laporan Jambatan Runtuh di Kinta Perak pun sunyi aja!! silap hari bulan repot ini akan tengelam juga atau tidak di benarkan untuk tatapan public bank!! Public berasa terkilan bila kerana isu ini bukan menbabitkan orang dewasa. dibawah akta kanak kanak UN temaktub hak kanak kanak dilindungi dari segala bentuk amcaman,dan dapat menbesar dengan selamat dan selesa. hari kanak kanak sedunia di sambut saban tahun tertapi pengisiannya tidak bermakna jika sang penguasa UMNO BN merosakan tumbuh besar dengan selesa seseorang kanak kanak. saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa cuma pada dahi UMNO BN kerana bersikap berdolak dalih dalam banyak isu yang menbabitkan kematian Rakyat tempatan. banyak laporan yang mebabitkan kematian rakyat di selingkup dari pengetahuan umun. ini kerana terdapat kelemahan atau kecurangan dalam sesuatu isu. kalau tak masakan “tempua bersarang rendah” > “kalau tak tumbuh tak melata” .

    Jika dilaporkann kepada rakyat pelapor akan di hadapkam kemakamah???? apa sudah jadi dengan alam semesta Malaysia??? segologan kecil lebih berkuasa dari segolongan besar yang punya hak???

    UMNO kena faham bahawa ada perkara yang harus di patuhkan dan ada perkara harus di warwarkan untuk kepentingan Rakyat kalau rakyat mati disembunyikan tsmpa ada laporan ini sudah sebaris dengan gastapo atau KGB. kematian rakyat tidak ada laporan penuh inisama dengan zaman daruat Malaya. jadi apa bezanya zaman darurat dan zaman UMNO????

    Harap awang selamat dan warga Utusan Meloya jawab!!!

    Reply

  5. 5 Maverick Nov 24th, 2009 at 2:58 pm

    Fairdinkum ,
    everytime some thing happens a cover-up is this what they the bn claim
    as pembela rakyat, next GE vote them out forever without a trace .

    Reply

  6. 6 wah Nov 24th, 2009 at 3:52 pm

    1 Malaysia rakyat di utamakan. Kesilapan rakyat & PR di korek,korek,korek, Pakai Polis,Arah SPRM ,ISA. Bila ada kepentingan & kesilapan BN & kroninya ,gunakan akhta sulit cegah orang ramai mengetahui kebenaran.Rakyat bukan lagi katak bawah tempurung yg senang ditipu media yg dikuasai BN. Mereka yg benar-benar cintakan tanahair ini sepatutnya tidak berdiam diri,sebaliknya harus membongkar segala rahsia dan perbuatan yg akan membinasa masa depan anak Malaysia yg berbilang kaum dan agama. Setiap penganut Islam,Kristian,Hindu, Buddha dll harus ingat semua penganut diajar berbuat baik kpd orang lain,tak kira bangsa dan agama.Jika kita berbuat jahat kita akan menerima hukuman di ahirat.Pernahkah mereka yg lakukan perbuatan jahat tahu dosa mereka? Masih tak segan kpd Tuhan. Adakah mereka itu binatang yg berkulit manusia yg tak tahu timbang kasih sayang? Mereka selalu mengalu-alukan hidup Islam,hidup Melayu. Sudahkah mereka tunaikan semua prinsip ajaran Islam yg suci itu ? Semasa mereka menfitnahkan DSAI, Datuk Khalid dan lain-lain pemimpin PAS,PKR dan DAP yg berkaum Melayu, semasa mereka merampas Hak Kuasa Sultan Melayu, adakah mereka terbayang didahi mereka tokoh-tokoh ini juga orang Melayu. Ingat ke mereka,Nabi beri kasih sayang kpd semua insan di Bumi tampa kira banga dan kaum. Sebab itulah penganut Islam terdiri dari orang Cina, British,Thai,Filiphina,Jepun, boleh dikatakan dimana ada bumi di situ juga Islam,Kristian,Buddha….. Kita hanya tumpang di Bumi ini saja. Kita jangan jadi Cermin yg hanya nampak keburukan orang lain. Sebagai penganut sesuatu Agama, kita seharus sentiasa bertukar ganti sedut apabila menilai seseorang dan pandangan. Jangan kerana kemewahan peribadi, kita menyokong pemimpin dengan membabi buta. Kita utamakan Keteguhan Negara . Kita patuh kepada Prinsip Rukun Negara. Sentiasa Bermegah dengan Malaysia bila ada kejayaan Anak Malaysia di Arena Antarabangsa. Kita merasa malu dan marah terhadap Anak Malaysia yg membusuk nama negara kita. Pemimpin 1 Malaysia tulin itu disegani dan disokong bukan kerana kemewahannya ,tapi kerana semangat korbankan kepentingan diri ,semangat utamakan masa depan negara dan rakyat yg berani, tidak tunduk kpd semua halangan & duri-duri di sepanjang perjuangan. Itu harapan semua rakyat- Tokoh Perjuangan PR.

    Reply

  7. 7 ok@haha.mai Nov 24th, 2009 at 3:57 pm

    Tanah memang dah runtuh ! Malangnya, amanah pun turut runtuh ! Pemerintah apa kalu undang-undang tak patuh !? Elok, ditolak jatuh !

    Gentleman le, Umno-BN ! Apa plak main rahsia-rahsia ! Dah bukan rahsia lagi kamu korup ! Entah-entah, “berkurap” !

    Balik kampung le…! Badan sendiri “penuh penyakit”, temberang pandai menyusahkan diri ! Ramai yang lebih cerdik dari kamu nak memerintah !

    Pakatan, Wa caya Lu. Hantam sama dia !

    Reply

    Perakian Reply:

    Kalau tanah boleh runtuh, takkan BN tak boleh runtuh!
    Tiba saja PRU ke-13, runtuhlah BN, hahahaha…

    Reply

    Ledang, Reply:

    kalau LDP yg 52 th pun boleh tombang..ni kan BN…

    Reply

  8. 8 arabkia Nov 24th, 2009 at 4:00 pm

    Salam Tan Sri,

    Saya yakin rakyat amat menghargai niat murni Tan Sri dalam mengendalikan laporan siasatan diatas kemalangan yang berlaku secara telus dan terbuka. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tiada niat untuk berselindung dan menyembunyikan apa-apa fakta didalam laporan tersebut.

    Tetapi saya juga hampir pasti bahawa tindakan Tan Sri ini hanya akan menemukan jalan buntu dan
    sia-sia. Saya percaya bahawa Kementerian Kerja Raya akan turut diperkudakan oleh kerajaan persekutuan dan segala usaha Kerajaan Negeri tidak akan diendahkan, buta mata dan hati, pekak telinga dan naluri.

    Walaubagaimanapun, Tan Sri telah membuat ikhtiar untuk mencapai niat dan tujuan dan diatas itu, saya ucapkan syabas. Selainnya, kita berserah kepada Allah untuk menentukan.

    Wallahu a’lam bissawab

    Reply

  9. 9 suri Nov 24th, 2009 at 9:35 pm

    saya percaya sesiapa pun yg buat salah pasti akan terbongkar…hidup kita cuma sementara di dunia ..kenangan hidup di dunia ini haruslah kita isi dengan mengamalkan ajaran Islam sebenarnya…sampai bila kerajaan nak tipu rakyat kerana takut hilang kuasa..pemimpin BN yg ada sekarang semuanya kepala otak suam2 suku, tidak ada satu pun yg benar2 berkempimpinan termasuk PM Najib sendiri….harap isu2 besar seperi di selangor ini jadi titik permulaan perubahan keseluruhan rakyat dlm menilai kepimpinan kerajaan yg ada sekarang.

    Reply

  10. 10 akuorgmalaysia Nov 25th, 2009 at 2:12 pm

    ada agenda yang tersembunyi yang melibatkan orang2 umno/bn…..biasa lah tutup kes@osa kalau melibatkan bn/umno…nasib kes pelabuhan kelang terbongkar yang melibatkan berbillion ringgit duit rakyat…

    Reply

  11. 11 fiza Nov 25th, 2009 at 8:43 pm

    salam sejahtera….saya sangat berbangga sekiranya benar menteri yg berkenaan berbuat demikian.. tapi adakah akan wujudnye penipuan dlam proses menegakkan keadilan itu????
    almklumla.. tu kn da melanggar akta sulit negara OSA..apa efeknya nanti??? bukn ape.. niat kt nk mnegakkn keadilan tp akhirnya org yg nk tegakkn keadilan tu dapat susah plak.. xpsal2 kne pnjara..huhu… tp klu betul nk korek mmang bgus…respek pd pihak yg melakukan tindakan tersebut.

    Reply

  12. 12 zakar berkepala dua Nov 28th, 2009 at 10:42 pm

    salah satu rumah yang runtuh dimiliki oleh Altantuya . rumah ini dibeli olen najib .
    oleh itu , laporan ini patut dirahsiakan . minta maaf .

    Reply

  13. 13 JIN TANAH Nov 30th, 2009 at 9:20 am

    ORANG-ORANG TUA KATA SEMBAB TANAH RUNTUH IALAH KERANA LEMBU KAT BAWAH BUMI TU TERPERSEN DAN BERGONCANGLAH TANAH DAN TERUS RUNTUH. INI CERITA MASA SAYA KOCEK-KOCEK DULU.

    MASA’ALAHNYA SEKARANG IALAH LAPORAN SIASATAN TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA TAK BOLEH DI PAMERKAN ATAU DI JUALKAN KEPADA ORANG RAMAI. KENAPA ? DAN DAH JADI BERITA HANGAT YANG TAK BERFADEH.

    AKU SOKONG JKR KERANA DIA ORANG KELUAR PAKAR DAN KELUAR DUIT SIASAT SEBAB BERLAKU RUNTUH DAN KEPUTUSANYA NGAPA PULAK ORANG LAIN NAK TENGOK. SIAPA SILAP DAN KENAPA KERAJAAN PERSKUTUAN (JKR) TAK MAHU DEDAHKAN LAPORAN?

    PADA PENDAPATAN AKU. INI AYAT ORANG TUA DULU. KALAU RUMAH SENDIRI ROSAK KENAPA TAK SIASAT SENDIRI KENAPA BENARKAN ORNAG LUAR JALANKAN SIASATAN. YANG SETAHU AKU JKR NI IALAH SIASAT BANGUNAN, JAMBATAN DAN JALAN PERSEKUTUAN YANG RUNTUH. TAPI DALAM PBT PATUT YANG MENJALANKAN SIASATAN IALAH KERAJAAN NEGERI DAN PBT SENDIRI. KALAU TAK ADA PAKAR CARILAH PAKAR. JKR PON BUKAN ADA PAKAR SANGAT DIA PON HARAP PADA LEMBU=LEMBU LAIN.

    KALAU TANAH YANG RUNTUH YANG SEPATUT JADI PAKAR IALAH ORANG YANG BELAJAR PASAL TANAH. KALAU AKU JADI LAWYER BURUK YANG RUNTUH IALAH TANAH KENAPA PULA OROANG BANGUNAN YANG JALANKAN SIASATAN.
    IKUTKAN TAJUK LAPORAN YANG DI KELUARKAN TU MEMANG TAK BOLEH PAKAI. KECUALI YANG DI KELUARKAN OLEH JABATAN DAN KEMENTERIAN YANG LAYAK BERCAKAP PASAL TANAH RUNTUH DAN BUKNNYA RUMAH RUNTUH, BANGUNAN RUNTUH, JAMBATAN RUNTUH DAN JALAN RUNTUH.

    MANA PERANAN KEMENTERIAN PERUMAHAN TEMPATAN?

    SEPATUTUNYA DIA YANG JADI BOSS DAN BUKANNYA JKR?

    Reply

  14. 14 labu labi Dec 5th, 2009 at 8:14 pm

    Salam..harap siasatan benar-benar telus untuk menegakan keadilan

    Reply

  15. 15 RBI Dec 7th, 2009 at 11:35 am

    Salam… kawan dah malas nak layan cerita-cerita karut yang keluar dari mulut BN ni… ada saje cara dia nak kalis…. TV3 suku… Berita Hairan dah malas nak tengok dah… utusan meloya langsung la tak pernah pegang…. kalau tengok berita pun tengok aksi sukan jek….. Cuma skang ni kawan tak sabar nak tunggu PRU 13…. nak tolak BN habis-habisan….

    Kepada Pakatan Rakyat, selagi anda rasa ianya betul dan baik untuk rakyat…. buatlah yang terbaik… Saya tak mahu diakhirat nanti, saya tergolong dalam pengikut yang memilih pemimpin yang tidak jujur.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 24th, 2009 at 11:45 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
2 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
2 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
3 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
3 hours ago
anwaribrahim: @afifbahardin Rehat?ya sempat dimahkamah saja.Kesihatan dijaga doktor peribadi dirumah #fb
3 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30