Dari TV Selangor
Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, dijemput mengetuai Jawatankuasa Kokus Parlimen menyiasat isu royalti minyak Kelantan.
Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974,Akta Pembangunan Petroleum 1974, dilihat sebagai calon terbaik mempengerusikan kokus ini.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Razaleigh telah menerima jemputan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
“ Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersetuju bersama dengan kokus mengenai petroleum. Kita mencadangkan kokus ini mewakili semua parti. Dan kita akan menjemput wakil dari UMNO, MCA dan lain-lain selain daripada Pakatan Rakyat. Terutamanya negeri-negeri pengeluar minyak, Kelantan Terengganu, sabah dan Sarawak”.
Kokus yang akan ditubuhkan Pakatan Rakyat ini bertujuan merangka pindaan untuk Akta Petroleum 1974.Pindaaan ini dilihat perlu bagi memastikan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan mendapat royalti minyak sewajarnya sepertimana yang telah dijanjikan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen kira-kira 30 minit.
Turut menyertai perbincangan itu ialah Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.



















DS Lawan tetap lawan hingga kita berhasil.
Reply
elok la tu.. mmg patut pn depa bg royalti kt k’tan.. sabah sbgai pgeluar trbesar xkn 3% je kot. da bagi royalti sikit rampas lg pulau Labuan.. kejam sungguh Tun M, hanya seorg dictator dlm dunia ni resign sblm di gulingkan, tp sisa2 kuku besi beliau masih di teruskan UMNO/BN.. harapn kmi rakyat Msia agar ekonomi kita brtambah baik & d agih dgn adil. Persoalannya benar ihtizam PR utk memulangkn hak rakyat.
Reply
Bagus jugak kuli buat amal jariah untuk negeri sendiri dan lain-lain negeri yang terbabit. Diharap kuli dapat membetulkan intepretasi undang2 yang digubalnya masa dalam Petronas dari di putar belit oleh peguam2 BN yang cari makan dlm parlimen sekarang. Ada satu persoalan, kenapa hasil kapal karam yang lebih 3 batu nautika di beri kepada kerajaan negeri? Adakah hasil ini berbeza dengan minyak?
Reply
Hairan dan pelik juga kenapa ahli-ahli Parlimen BN dari Kelantan, Terengganu, Sarawak & Sabah tidak bersuara dan mendesak kerajaan Pusat memulangkan royalti(hak) yang sepatutnya kepada negeri-negeri mereka sendiri.
Maka dengan sendirinya pengundi-pengundi harus sedar samaada wakil rakyat yang mereka pilih itu memperjuangkan hak mereka atau sebaliknya.
p/s: sanggupkah aku ditipu dan diperbodohkan sekali lagi didalam pilihanraya yang akan datang?.
Reply
KIKO Reply:
November 28th, 2009 at 12:17 am
Bukan nya penduduk kat Sarawak hidup senang. Tapi entah lah kat sana semua takut kat Pak Uban tu. Even nak beli rumah pun, mahal mengalahkan harga rumah kos rendah kat semenanjung. dah ler semua barang mahal. Satu lagi masalahnya, banyak mana pun menteri yg sanggup memperjuangkan nasib penduduk? setakat repair jalan setiap 5 tahun tu, apalah sangat berbanding dengan cukai yg terpaksa dibayar. harap2 PR bleh penetrate kat sarawak ASAP before pilihanraya. kasi guling itu BN.
Menteri kata “jalan kat sini elok lagi”, memang ler rasa elok, kau test jalan tu naik Jaguar / BMW, try naik Kancil dan test speed 80kmj kat mana2 jalan kat Kuching kalo berani dan selesa.
Reply
salam DSAI n Bloggers,
sudah sampai masanya KULI kembalikan hak rakyat kelantan, sejak dari awal lagi KULI berpengetahuan ttg ini dan terlibat dgn perlembagaan awal PETRONAS. Bagaimana rasanya selama ini hidup seperti bangkai, membutakan mata dan memekakkan telinga!!!!
Harapan KULI insaf dan perjuangkan hak rakyat selagi sempat selagi nyawa dikandung badan
ty
Reply
Kerajaan BN telah lupa mereka itu dilantik menjaga,meamanah duit negara dan memerintah negara ini dengan cerdik dan kepintaran mereka. Mereka lupa rakyat telah menjadi pengadil untuk 52 tahun lepas.Kerana kemajuan dan bijaksana DSAI, Rakyat 1 Malaysia buta mata & telinga bagai katak bawah tempurung telah sedar dan buka mata & telinga dan telah dapat mendengar & tengok apa yg berlaku di dunia luar seterusnya telah cerdik membuat keputusan memilih pemimpin. Anak muda terpelajar , bakal tiang negara kita walaupun telah beberapakali diamaran dan dihukum di Kampus telah menunjukkan kematangan & potential mereka terhadap perkembangan politik negara . Mereka mahukan keadilan ,keamanan dan kemajuan dalam politik negara. Pemimpin yg tulin menjaga hak & kebajikan rakyat tampa rasuah ,dengan bersistem dan mengutamakan kepentingan rakyat& negara adalah tokoh pilihan di PRU 13. Kerajaan yg memerintahan sepatutnya mesti mengaji peruntukan kemajuan yg manasabah untuk diberikan kepada setiap negeri di Malaysia tampa kira parti yg memerintah dibawah slogan 1 Malaysia. Kerajaan Pusat jangan lupa bahawa cukai yg diterima termasuk sumbangan negeri Pembangkang. Kerajaan Pusat yg berpengalaman 52 tahun memerintah dengan BUDAYA KOREK ,korek hingga kontang GUNUNG EMAS negara sehingga HUTANG BEBAN untuk dipikul rakyat dan anak -cucu kita, SEPATUT berlajar dari PEMIMPIN PR terutama Penang , Selangor,Kelantan dan Perak (sebelum dirampas haram BN). Walaupun mereka tiada pengalaman memerintah ,baru belajar pergaulan, namun dalam masa yg singkat, Pemimpin PR selepas Wang Peruntukan Tahunan dikorek habis sebelum 308 oleh BN ,dengan jimat cermat dan tabah hati menerima ejekan dari BN, masih dapat membantu rakyat dengan daya-upaya mereka. Kita tidak boleh terlampau mengharapkan PR membuat yg terbaik dalam masa singkat. Kita semua tahu ramai bangsa India mengugut tidak mahu menyokong PR kerana masalah kaum tak dapat diselesaikan oleh PR. Tahukah mereka, bangsa Cina pun ada masalah tiada cukup sekolah rendah ,masalah ternak babi,sijil Sek.Men.Swasta tidak diiktiraf…Bangsa Melayu pun ada yg miskin tampa rumah ,tiada makanan .. Masalah bangsa Kadazan..Iban… Ini semua hanya boleh di selesai oleh KUASA KERAJAAN PUSAT. Selagi Kerajaan Pusat masih BN, tiada harapan kita untuk menyelesaikan masalah ini. SELAGI TIADA PERUBAHAN ,selagi itu, ahli BN,MCA,MIC,DAP,PAS PKR terpaksa menghadapi masalah :- 1).Keamanan- Rumah masuk pencuri,kena corek,kena tipu,kena pukul,kena langgar,kena rogol,kena liwat,kena tembak,kena bunuh… 2).Keadilan- Dituduh tampa sebab,kerana miskin,bayar cukai tapi tak boleh tuduh kerajaan boros/bocor, saman yg tak ada sebab,tak boleh pilih sekolah, tak boleh buat rayuan….3).Kemiskinan- Gaji tahap 15 tahun lalu harga barang /sewa naik bila petrol baik, Kerosakan akibat banjir dapat peruntukan RM100, Tol semakin tahun semakin naik…. 4) Kebebasan – Tak boleh kumpul lebih 4 org -tangkap, tak boleh hadir ceramah Parti Bangkang, tak boleh cakap benar-besok hilang senyap-senyap…… 5). Aduan Tak Dilayan..dial talipon-sambung 1 tekan 2 picit 3 akhirnya bunyi 2…2….2……… 2.2.2. tak dapat buat laporan . Kes 2-ada buat laporan dan aduan – 2 tahun tiada berita/kemajuan, …… Saudara ku ,bangsa Melayu,Cina ,India,Mamak,dan….., semua kaum 1 Malaysia mempunyai masalah yg tak dapat diselesaikan Kerajaan sekarang , tapi kalau kita pilih pemimpin yg betul (kalau mereka mata duitan,kita buang dia)hasrat kita akan jadi nyata. Kita terus jadi pengadil untuk negara ,kita tapis pemimpin yg mementingkan kemewahan Peribadi. DSAI dan semua pemimpin bersedialah terima pengadilan Kuasa Rakyat. Keadilan dan perjuangan mesti diteruskan. Rakyat tentu tetap hati dengan Tokoh tulin kita.
Reply
ok@haha.mai Reply:
November 26th, 2009 at 6:42 pm
Saya setuju pandangan anda, wah ! Malangnya, sebahagian pengkritik menilai PR seolah-olah berperanan seumpama BN yang berkuasa penuh sebagai Ketua Kerajaan. Sedangkan porak peranda pengurusan BN yang lebih sensitif kesan dan akibat kecuaian mereka dipandang enteng.
Prestasi Umno-BN buruk kerana mengulangi kesilapan yang sama. Lebih buruk, mereka mengambil sikap bermusuh dengan pengkritik, pemimpin dan parti pembangkang.
Amat jumud pendirian mereka. Langsung tak cerdik ! Pengkritik, pemimpin serta parti pembangkang menjalankan tugas mereka sebagai hak dan tanggungjawab kerana prihatin dan parti pembangkang berperanan sebagai badan pengimbang dalam pentadbiran kerajaan mengikut ruang yang ditawarkan oleh Perlembagaan Negara.
Umno-BN ketara “nyayuk” dalam memahami tuntutan Perlembagaan Negara. Atau apakah mereka mahu mentadbiran tanpa sebarang undang-undang ? Yang kelihatan, keputusan dan tindakan mereka huru-hara, kacau serta nyata “caca-merba” !
Tidak berhak sesiapa pun menghukum PR setara dengan BN yang menerima tututan hak yang lebih serta mempunyai bidang kuasa penuh sebagai Ketua Kerajaan. Buktinya, Kerajaan BN tergamak “hijack” keputusan Kerajaan Negeri dengan alasan tidak munasabah. Lihat, apa yang berlaku di Perak ! Bila demikian keadaannya, suatu kesilapan menghukum PR secara tidak adil.
Hal One Malaysia, aku geli telinga nak dengar, wah ! Bukan aku membangkang kamu. Tapi, yang aku nampak, One Malaysia itu cuma gimik dan pura-pura Najib nak tonjolkan nama. Walhal, pembalut jer nama gah; isi di dalam basi dan haru-biru. Loya aku nak sebut, wah !
Terus saya nak ulang, jangan pura-pura dengan One Malaysia sedang kamu lunak dengan BTN ! Mana muka kamu ? Dalam BTN kamu tiup sentimen bangsa, tampil depan khalayak…waaaa…! Berdegar-degar ! One Malaysia, konon !
Reply
Kepada Kuli, aku sokong kamu, sbb kamu anak Kelantan, memperjuangkan hak Kelantan adalah satu ibadah. teruskankan, jangan ikut telunjuk orang lain, tetapkan pendirian kamu, terima kasih Kuli.
Reply
harap kuli kuatkan semangat sbb mesti lepas ni akan berdepan tekanan dpd kerajaan BN
Reply
Kuli should join PR for the sake of Future Generation and to support Two Party System…He will be of Great Asset to the Alternate Ruling Party…instead of still in Umno…and consider Over Pension. If PR come to Power I recommend he become the Finance Minister !
Reply
Im not a PR, but I will support this effort.
Reply
KU LI ORG UMNO, KETIKA PROSES PENYISATAN BILA2 MASA UMNO BOLEG OFER DUIT RASUAH…PETUNJUK MUDAH ORANG MELAYU INSAF IALAH DIA MULA MENGENAL ALLAH, MENJAGA SOLAT DAN MENJAUHI MAKSIAT. LANGKAH MEMINTA BANTUAN KU LI MUNGKIN TEPAT TETAPI SANGAT BERBAHAYA JIKA TERSILAP LANGKAH BIL2 MASA SIASATAN AKAN MENJURUS KEPADA KELEBIHAN UMNO. TIDAK BOLEH MENYERAH BULAT2 KEPADA KU LI
PERLU INGAT TIADA SATU TINDAKAN UMNO PUN YANG MENUNJUKKAN MEREKA BIJAKSANA DAN PINTAR BERPOLITIK KERANA HATI MEREKA GELAP DAN BUSUK. KELEBIHAN HANYA KERANA MEREKA MENGUASAI AGEN PROPAGANDA MEDIA DI SELURUH NEGARA, PENENTU KEPUTUSAN MAHKAMAH, BERTARING PDRM, MELACURKAN SPR, DAN MENYALUR NAFAS SYAITAN KEPADA SPRM.
SOALNNYA MAMPUKAH PAS YANG PERJUANGANNYA BERASASKAN KECINTAAN KEPADA ALLAH MENARIK KU LI YANG ASAS PERJUANGAN UMNONYA BERKIBLATKAN HARTA BENDA? WALAUBAGAIMANAPUN HARUS DIDOAKAN AGAR KU LI IKHLAS DEMI RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN PENCINTA KEBENARAN SELURUH NEGARA AMNYA.
BAYANGKAN KLANTAN YANG DITINDAS KERAJAAN PUSAT, DINAFIKAN HAK DAN DIFITNAH MAMPU BERDIRI TEGAK SEHINGA HARI INI SERTA MAMPU MELANGSAIKAN HUTANG. APATAH LAGI JIKA MEREKA MENDAPAT ROYALTI MINYAK SUDAH TENTU KELANTAN MENJADI BERTAMBAH MAKMUR, KAYA RAYA DAN GEMILANG SEBAB DIPERINTAH DAN DIURUS OLEH ORANG BAIK. BERBANDING NEGERI2 YANG DIPERINTAH BN HAMPIR MUFLIS DAN KACAU BILAU SEBAB MENTERI BESARNYA GILA DUIT DAN PENGAMAL MAKSIAT.
Reply
1-PEMBELA BANGSA SEBENAR
2-PUTERA KELANTAN
3-PENGASAS PETRONAS JG PENGGUBAL UNDANG2 MINYAK MALAYSIA
Ada lg ke org yg lbh layak??
hidup Ku Li!!
Reply