Dakwaan liwat terhadap Anwar bermotifkan politik, hujah peguam
Dari Malaysia Insider
KUALA LUMPUR, Nov 23 – Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Peguam R. Sivarasa, yang mewakili Anwar, berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.
Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal,” katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku.
Oleh itu, beliau berhujah hakikat itu cukup untuk mahkamah membatalkan dakwaan terhadap Anwar memandangkan jelas bahawa tiada kesalahan yang telah dilakukan.
Sivarasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dakwaan liwat terhadapnya.
Pada Mac 10, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada Jun 27 tahun lepas.
Sivarasa turut berhujah bahawa dakwaan terhadap Anwar tidak berasaskan bukti sebaliknya berat sebelah, menyalahi undang-undang, berniat jahat, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Beliau berkata mahkamah mempunyai hak dan kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonan membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu bagi mengelak pendakwaan yang menindas dan mempunyai niat buruk terhadap Anwar.
Sivarasa berkata pembabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes itu jelas menunjukkan niat jahat terhadap Anwar, memandangkan beliau disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan laporan polis terhadap beliau oleh Anwar membabitkan pemalsuan keterangan dalam insiden “mata lebam” ketika Anwar ditahan polis pada 1998.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu, bagi membetulkan salah laksana keadilan jika dakwaan itu benar-benar merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
“Bagaimanapun kami berpendapat dalam tindakan ini, ia hanya untuk menghentikan prosiding atau untuk menghalang mahkamah daripada terus mendengar kes ini,” katanya.
Mohamed Yusof berkata berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar.
“Ini bukanlah kes yang sewajarnya untuk mahkamah menggunakan kuasa sedia ada bagi membatalkan atau menangguhkan dakwaan memandangkan pendakwaan tidak tahu bagaimana kes itu memudaratkan Anwar,” katanya.
Hakim Mohamad Zabidin menetapkan Disember 1 untuk keputusan. – Bernama



















Ini bukan liwat…kalau betul2 pun…i syok u syok…lepas pasai politic ke pasai wang ke buat Hal…Itu la paya ! Takpe takpe kita tengok apa macam.
Reply
Ghani empat tahil..sepatutnye die nie di ISAkan kerna telah mengancam keselamatan negara dengan memanipulasikan undang2 dengan niat yg jahat……sbb dgn perbuatannya…org takkan hormat lagi undang2 di Malaysia nie…….heret Ghani empat tahil ke Tribunal…..Ummmmph …Nooo..Be eNd
Reply
Fitnah, senario politik sawan Umno dan BN.
Sungguh malang ! Umno serta BN yang sering mendabik dada sebagai pengamal demokrasi sihat tegar dalam mengharu-birukan keutuhan demokrasi dalam negara.
Mereka yang diberikan amanah oleh rakyat mengurus pentadbiran negara tidak menunjukkan kematangan sikap dan tindakan. Mereka tidak adil dalam menjalankan amanah. Hal bertambahnya bencana rasuah menggambarkan betapa hancurnya keadilan mereka. Demikianlah, amanah yang dipertaruhkan oleh rakyat menjadi alat kepentingan penguasa serta rakan. Mereka berpura-pura.
Fitnah dijadikan senjata bagi “membunuh” kerjaya politik ! Dijadikan alat bagi menolak kebenaran dan kelemahan diri ! Maka, demikianlah yang berlaku kepada DSAI serta pemimpin-pemimpin lain yang dianggap musuh.
Saya menolak sikap permusuhan terhadap setiap pemimpin pembangkang ! Hubungan persaudaraan dan kerjasama dalam hak mempertahankan kemurnian demokrasi harus dipertahankan. Parti Pembangkang adalah keperluan kepada negara. Perlembagaan sendiri membuka laluan kepada proses penyeliaan dan dorongan dalam pentadbiran parti pemerintah dan kerajaan. Maka, kenapa Pembangkang dimusuhi. Waraskah anda ?
Tindakan dan sikap tidak bertanggungjawab demikian hanya mendedahkan cacatnya keperibadian diri. Betapa gawatnya anda berhadapan dengan perubahan cita-cita dan tuntutan semasa. Nampaknya, anda amat mundur dalam merialisasikan hasrat seluruh rakyat yang lebih maju dari anda sendiri dalam menikmati perubahan teknologi, IT serta Komunikasi. Anda memang katak ! Tercorot dibalik tempurung hanya lagak membusung diri !
Jika sihatnya akal fikiran, kenapa anda suburkan sentimen kaum yang membawa padah ! Kenapa anda berpura-pura dengan One Malaysia ! Kenapa anda bina sikap curiga rakyat kepada pemimpin dan parti pembangkang ? Kenapa anda racun pemikiran rakyat demi kepentingan diri ? Kenapa rasuah lebih parah sedang anda yang diberi amanah untuk mengurus pentadbiran negara ? Dan kenapa menunding jari sedang anda yang memang zalim ?
Anda sepatutnya menjadi bapa yang bermaruah, wahai Umno-BN ! Bukan mafia dan bukan hulubalang corot ! Dan saya setuju serta yakin tuduhan terhadap DSAI adalah fitnah bermotifkan politik !
Reply
win win malaysians Reply:
November 24th, 2009 at 7:55 pm
iNTAN sAKINAH,
U rights,we sokong U 1001% BN/UMNO hanya berpura2 dgn 1malaysia,terbeliak biji mata rakyat pun mereka sanggup tipu,hanya org2 yg mentafsir dan menghurai formula 1malaysia tahu itu cuma retorik BN/UMNO 1957-2010 cukuplah kau boleh tipu kami,1malaysia tak penting sangat ia boleh beli mcm buah durian longgok…….renung2dahni…..
Reply
Salam Dato’ Seri,
Biar apapun kesudahan kes ini, percayalah bahawa rakyat tetap bersamamu.
Insyallah satu hari nanti, semua yang keruh akan kembali jernih, hari mendung akan beransur terang. Bersabar dan bertawakkal sentiasa.
Kepada mereka yang berhati keji dan hina, yakinlah bahawa balasan dan bala sedia menimpamu kerana sesungguhnya kamu telah mencabuli dan mengkhianati amanah yang diberi sebagai khalifah di muka bumi ini.
Wallahu a’lam bissawab…
Reply
hangJEBAT Reply:
November 24th, 2009 at 5:34 pm
Hanya rakyat yang benar2 ingin tahu politik sebenarnya sahajalah yang boleh selamatkan negara kita dari segala kemungkaran2 salahlaku dan salahguna kuasa.
Maka adalah jadi tanggung jawab tiap2 rakyat untuk mengetahui hal yg sebenar dari kedua2 belah pihak iaitu Pemerintah dan Pembakang! Jangan hanya mendengar cerita satu belah pihak sahaja. Kena jugak ambil tahu apakah pihak pembakang cuba mendedahkan pada rakyat.
Bila sudah pasti selidik apa yg tengah berlaku dan telah berlaku dan akan berlaku, rakyat wajar memilih pakatan mana yang benar2 berjuang untuk dirikan keadilan, bersih,cekap, amanah, telus dan membela rakyat sebagai agenda teratas sekali dan menjauhi segala salahlaku dan salahguna kuasa.
Kebanyakan rakyat tidak terdedah pada kebenaran. Maka wajiblah dan wajarlah pihak Pakatan Rakyat bertungkus lumus mendekati rakyat supaya rakyat benar2 sokong majority pada Pakatan Rakyat dipilihanraya akan datang. Hanya rakyat yang WARAS sahajalah yang boleh membawa perubahan. Rakyatlah kunci segala2nya. Betol mereka memilih Pakatan yang menuju pada kebaikan, makmorlah rakyat dinegara ini. Salah mereka menyokong pakatan yang membawa segala kemungkaran, maka jahanamlah masa depan generasi akan datang dan jugak semasa.
Sekian wasalam
Reply
dah serik dah dan kita dah tahu keputusan akan berat sebelah dan bermotifkan politik….hakim2 sampai ke peguam negara kan anjing kepada umno/bn
Reply
Laksanakan hukum dengan seadil-adilnya jika kamu seorang Islam yang beriman. Jangan sekali menyiksa orang yang tidak bersalah..
Reply
Kesan DNA tu diambil dari dalam dubur saiful ker? Tak mungkin kerana tiada penetrasi.
Kalo di tempat kejadian pun tidak boleh dibuktikan liwat berlaku.
“Mohamed Yusof berkata berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar”.
Andaian di atas memang jelas berniat jahat. Mengapa diandaikan Saiful diliwat Anwar. Kenapa tidak Anwar diliwat Saiful?? ( contoh saja DSAI, maaf ya)??
Kalu spesimen tu campuran Saiful dan kucing, bererti Saiful telah diliwat kucing. Kalu saiful dan harimau, Saiful diliwat harimau. Kalo saiful dan gajah, saiful diliwat gajah..haaahaaa..haaaa
Ko orang boleh tambah lagilahh…..dinasour ker, anjing kaer……
Reply
Sy masih terlalu waras nk termakan fitnah spt ini.. Semoga DSAI terus diberikan kekuatan dan jalan oleh Allah s.w.t utk menumbangkan kerajaan BN ni.. Insya Allah, Saiful ni kat akhirat kelak akan tahu mcm mana rasa kena “liwat”..
Kalau ye pun nak duit imbuhan ingat2lah Allah s.w.t… jgn lupa kita di dunia ni hidup sementara je.. Bapa Saiful tu pun 2X5 je.. Awk nampak ke Saiful kena liwat??? Kalau betul kena liwat knp Saiful tk melawan masa kejadian tu? Tk ke “BODOH/TOLOL/BIOL/SEWEL etc namanya tu??? Astagfirullah.. Berapalah sgt imbuhan yg korang dpt??? Korang tk kira pula azab dan seksa Allah s.w.t di akhirat kelak???
Teruskan perjuangan DSAI.. Rakyat tetap bersamamu..
Reply
Itulh mainan politik umno bn, budak2 pun dpt fkirkn, bila betul saiful di liwat mgapa semasa kjdian ia tk melawan n berteriak bdoh, betul 2 bdoh c saiful ni.mudah-mudahan allah memberi bala dgn sumpah yg dibuatnya amin…… Hdop pakatan rkyat!!!
Reply
DSAI, dari mula lagi rakyat tahu ini adalah fitnah, rekacipta dan cerita doggeng. Rakyat tahu UMNO takut DSAI kembali kedalam arena politik negara dan dengan sendirinya UMNO akan pergi jahanam dan ahliahlinya macam anak ayam kehilangan ibu.INIah yang sebenarnya ditakuti UMNO dan koncokonconya dalam kerajaan. Periuk nasi mereka akan bocor. Cari makan susah. INilah kepercayaan UMNO.Kalau UMNO maseh diatas wang rakyat mereka dapat kebas sesuka hati.Nobody can check. Tengok apa jadi laporan audit baru baru ini.Muga ALLAH akan memberi taufik dan hidayah kpd DSAI dan menghancur para penzalim penzalim UMNO.Kes ini telah menghancur maruah negara di mata dunia.Bagi UMNO, ini peduli apa. Patutlah kita punya PM DS Najib tidak dihormati oleh ketua ketua kerajaan luar negara.Tengok saja di Singapore tempoh hari dan lawatan beliau ke USA waktu ini.Kerajaan US make dont know kehadiran PM kita. Apa nak jadi oh negara ku.
Reply
Wahai ahli ahli UMNO yang sudah itu sudahlah. Janganlah kamu buta hati kamu kerana pemimpin kamu yang salah guna kuasa. Ugut,culik dan guna wang untuk menfitnah orang. Malulah kami rakyat Malaysia terutama orang melayu teraju negara yang mengamal ajaran ISLAM. Wahai Ulama Ulama, Uztaz dan penceramah Islam yang pro UMNO bangunlah bersuara dan tegaklah kebenaran. Beranilah menegur dan menasihat PM dan TPM apa yang lakukan tidak mengikuti ajaran ISLAM.
Reply
Salam DSAI….
Berani kerana benar takut kerana salah kalau betul DSAI didakwa atas bermotifkan politik percayalah bahawa DSAI akan selamat.Pemimpin Umno kini telah goyah dan khuatir di atas gelombang reformasi yg berlaku di Malaysia yg ditunjangi oleh DSAI dan barisan pimimpin pakatn rakyat.Tiada apa yg boleh dilakukan olehpemimpin UMNO yg sombong dan bongkak selain menghumban DSAI ke Sg Buloh bagi mengelakan keyakinan rakyat terhadap UMNO terhakis.
Tapi percayalah kami pemuda masa kini sentiasa menyokong DSAI dan barisan pakatan rakyat bagi menjatuhkan UMNO yang sentiasa gah dengan korupsi.DSAI perlu tabah dan kuatkan semangat dalam mengharungi serangan yg dilakukan oleh UMNO dan konco-konconya.Walau apapun yg berlaku kami tetap berdiri teguh menyokong DSAI untuk mengambil alih PUTRAJAYA di masa hadapan.
PM 1malaysia semakin goyah dengan kebangkitan ini.Liwat dan rasuah dikaitkan kembali tanpa sebarang bukti yg kukuh.Fail 1998 di buka kembali selepas 10 tahun.Rakyat sekarang semakin ramai berfikir tidak seperti dahulu hanya mengiakan apa yg dilakukan.
Teruskan perjuangan RAKYAT untuk menumbangkan kerjaan UMNO yang terlalu angkuh dan sombong.Hidup DATUK SERI ANWAR IBRAHIM-REFORMASI
Reply
PAK LONG COT Reply:
November 25th, 2009 at 12:21 pm
Saya sokong anda, Pemuda Reformasi ! Rakyat Malaysia dah cerdik. Info terkini pantas dan mudah diperolehi daripada pelbagai sumber. Rakyat bijak memanfaatkan kemudahan teknologi dan IT.
Umno dan BN nampaknya “beku” otak mereka untuk menerima kenyataan bahawa Rakyat Malaysia tidak mudah untuk ditipu mengikut sangkaan mereka ! Sikap pura-pura mereka amat jijik.
Bila dia diberikan nasihat, difitnahnya pulak yang beri nasihat. Konon nak tutup kesilapan. Makin banggang yang aku nampak ! Satu kesilapan bagi Umno dan BN, menutup kenyataan dengan kebodohan. Satu mungkar yang kamu selindung, sepuluh bukti menerpa dari pelbagai sumber.Siapa nak percaya kamu !
Mentealiti pemimpin Umno dan BN jauh ketinggalan. Ada satu jer kekuatan mereka. Kamu tahu ape, Pemuda Reformasi ? Angkuh ! Angkuh tu saudara kembar dengan “bodoh sombong” ! Itulah rupa situa-bangka Umno-BN tu ! Dah sah jahil tapi berlagak cerdik.
Isu semalam, cuba kamu tengok, Pemuda Reformasi ! Hal sedara kamu dicekup kat hall peperiksaan Universiti. Dia baru disyaki tapi tindakan “amat luar peri kemanusiaan” ! Tindakan seolah-olah pemuda tu pengganas. Dia belum diadili tapi awal-awal lagi dihukum. Macam takde akal dan budi bicara.
Mereka selalu ambil mudah dan berlepas tangan. Jika kita protes tentang isu awam, jawapan “belajar kurang” yang selalu mereka gunakan ialah, polis dah diberi tugas. Jangan harap kamu akan dengar ucapan maaf malah mengaku kesilapan.
Suatu masa kamu akan lihat, Pemuda Reformasi; rakyat akan “perbodohkan” mereka kerana tabiat mereka memperbodohkan rakyat. Biasa le kan ? Kamu asuh anak kamu menipu, satu masa; kamu yang menyesal tak sudah disebabkan kebodohan sendiri !
Tak leh dibuat sahabat Umno-BN tu…kaki penipu, ustaz pesan apa, Pemuda Reformasi ?
Reply
semoga DSAI kuatkan semangat dan tabah menghadapi cabaran.
Reply
La memang peguam pendakwa tak pandai, dah 2 DNA tu tentulah milik 2 doktor yang memeriksa tu. Takkan dia check tak sentuh bahagian tu. Paling tidak pun peluh dia atau wap air nafas dia ada kat situ. 2 doktor periksa pun tak compom lagi tak ada penetration? nak check DNA lagi….lagi…lagi DNA…lagi..lagi DNA. Pakai la modal lain. Nasib baik DSAI tak bagi apa2 ayak liur ka kalu tidak naya dia orang selet kat situ…naya..naya dah 2 kali naya…nasib baik hang (DSAI) pandai, saya mesti pilih! jadi PM. Peguam ni kalu bukti tak menyebelahi mereka dia carila masalah interpretation lepas tu kalu tak jadi jugak cari cara teknikal. Kalu semua tu tak jalan alamat nak bungkus la tu.
Reply
UMNO-BN akan melakukan apa saja yang boleh demi melihat DSAI tersingkir dari dunia politik tanahair dan antarabangsa.
DSAI dianggap sebagai duri dalam daging bagi UMNO. Bukan seluruh ahli-ahli UMNO,tetapi bagi segelintir orang-orang UMNO yang berkuasa.
Sistem UMNO bagaikan piramid perjudian yang akhirnya akan runtuh dan tersembam ke bumi, namun para pendukung-dukung piramid ini menaburkan wang dan pangkat bagi mereka yang inginkan kekayaan yang cepat tanpa memperdulikan kesan buruknya pada nasib bangsa, negara dan agama.
Semakin hari kegelisahan rakyat pada ketidakadilan para pemimpin menjadikan kegelisahan kepada mereka dan langsung menjadikan alasan untuk terus mengancam rakyat dengan pelbagai kegiatan-kegiatan songsang politik yang berteraskan demokrasi.
Reply
Apakah harus kita semua percaya…bulat-bulat kes liwat ini…pendakwa harus membuktikan bukan Dato Seri yang terpaksa mencari bukti beliau tidak meliwat…
sebagai muslim kita tidak boleh menuduh orang meliwat tanpa bukti dan saksi…kalaupun sesuatu kes liwat itu nanti telah dputuskan bersalah oleh mahkahmah sivil kita sebagai muslim masih harus berpendirian kebenaran dakwaan kes itu mungkin ya atau tipu sebab dianya bukan pendakwaan secara yang dikehendaki oleh Islam.
Semoga mahkahmah menyebelahi Dato Seri agar dapat memimpin Pakatan Rakyat. Sistem 2 parti telah terbukti baik untuk rakyat Malaysia.
Ayuh… semua rakyat Malaysia mari menyokong sistem 2 parti ini.
Reply
agi idup agi ngelaban DSAI,lawan tetap lawan.Saiful ni budak jahat,berlatarkan family yg punah-ranah,dlm media perdana berdegar2 menjelaskan di liwat(paksa),siap bawa lawyer dan kesemua tv,media hadir.Ini semuanya dirancang,rakyat tahu perkara sebenarnya,yang percaya karut ni hanyalah UMNO/BN je,dulu kini dan selamanya(syaitan).Hairan dan Pelik,bila didakwa kat mahkamah,atas suka sama suka pulak,laporan perubatan sah membuktikan tiada kesan diliwat,yg lagi pelik dan ajaibnya pendakwa mengatakan ada bukti DNA dijumpai??Kalau dah keturunan syaitan,syaitan jugalah.DSAI jgn risau dgn keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri,setia berdiri teguh mantap di belakang DSAI.Kita tau POLIS,MAHKAMAH,SPRM semuanya dibawah UMNO/BN.Kita nak lihat kerajaan UMNO/BN yg kuat atau rakyat yg berkuasa.Ayuh Melayu,Cina,Iban,India,Kadazan kita buktikan pd pilihanraya umum 13,kita tumbangkan kerajaan ditaktor ini,beri pengajaran kepada pimimpin diktaktor bahawa rakyat adalah segala-galanya.LAWAN TETAP LAWAN.Hidup DSAI.
Reply