Dari Harakah Daily
Aktivis mahasiswa Universiti Malaya semalam membantah penahanan Muhammad Saufi Jelani berhubung siasatan kes menconteng perkataan ‘bini puaka’ di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Saufi ditahan sebaik sahaja selesai menjalani peperiksaan akhir semesternya Khamis lepas.
Gabungan mahasiswa Universiti Malaya itu disertai oleh beberapa persatuan antaranya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan Komuniti Mahasiswa Prihatin (KMP).
Dalam sidang media yang dibuat di hadapan bangunan peperiksaan UM itu pagi semalam, wakil PMIUM, Mohd Sabri mendakwa, penahanan ahli PMIUM tersebut sebagai tidak sah berikutan menyabitkannya dengan isu ‘kepala babi’ yang diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam pada pilihan raya kampus lepas.
“Kita dimaklumkan yang dia (Saufi) ditahan bagi membantu siasatan kes contengan dinding di API, namun (sebaliknya) beliau ditahan kerana isu kepala babi.
“Sedangkan isu itu telah pun ditutup dan kita (mahasiswa) langsung tidak terlibat dalam perkara tersebut,”jelasnya.
Pengerusi Komuniti Mahasiswa Prihatin (KMP), Mohd Syahid Mohd Zaini mengecam tindakan pihak polis yang dianggap tidak rasional di dalam menjalankan tugas.
Beliau mengambil contoh tindakan polis yang tidak profesional menahan mahasiswa, dalam keadaan ketika itu sedang berlangsungnya peperiksaan akhir semester.
Penahanan tersebut tegasnya lagi, mengganggu emosi dan tumpuan Saufi dalam menjalani peperiksaannya.
Gabungan mahasiswa itu juga mendesak agar pihak polis dan kerajaan memberhentikan segera penindasan terhadap mahasiswa melalui tangkapan serta akta-akta yang ‘kejam’.
“AUKU misalnya, ia akta yang menyekat hak mahasiswa daripada bersuara dan menyatakan pandangan,” ujar Syahid.
“Sebab itu tidak mustahil kesannya, mahasiswa bertindak radikal kerana hak mereka diganggu,” kata beliau lagi sambil merujuk isu yang berlaku baru-baru ini.
Sidang media itu turut dihadiri oleh wakil PMIUM Izzuddin Helmi Bin Mohd Zaini, Timb. Pengerusi Komuniti Mahasiswa Prihatin (KMP) Mohd Amiruddin Mohd Suhaimi, jurucakap KMP Mohd Taufiq Abdul serta wakil MPMUM, Mohd Aizat Salleh.
Sidang media di hadapan Bangunan Peperiksaan (BP) Universiti Malaya berkenaan adalah bertujuan memperingati insiden penangkapan Saufi yang didakwa mereka sebagai ‘zalim’ selain membantah penahanan Saufi yang ditangkap di bangunan tersebut ketika musim peperiksaan sedang berlangsung di Universiti Malaya.


















Saya sokong langkah Mahasiswa membantah dakwaan palsu tersebut. Penganiyaan mencabar daya-maju seluruh mahasiswa sebagai “tenaga-muda” yang menjadi pelapis negara ! Berat sangkaan saya tindakan itu berpunca dari gelabah “kodok tertentu” yang takutkan bayang-bayang sendiri !
Elok terjun kubur yo kalu takut dihambat bayang-bayang ! Kot benar salah, mengaku jer ! Cakap pandai ! Tuhan Maha Pengampun, konon ! Habis, apa plak tergamak “pinggan dan mangkuk” kamu sondol ! Macam tak berakal je kamu, N n R !?
Bangkai gajah ngak bisa ditutup dengan nyiru, bro !
Reply
salam bicara… walaupun saya adalah mahasiswa UiTM S. Alam, tetapi saya tidak bersetuju dan menentang keras penindasan dan penganiayaan terhadap para pelajar/mahasiswa melalui undang-undang atau sekatan yang bersifat berat sebelah seperti yg berlaku kepada rakan-rakan kita di universiti2 lain. Apa tiada cara lain utk menyelesaikan kes2 sensitif yg melibatkan para mahasiswa yg blm disahihkan kbnrannya, dan secara tiba menahan seorang mahasiswa yg sedang menduduki peperiksaan dan lbh teruk lg ditahan atas sbb2 lain yg tdk munasabah… Apa ini yg dikatakan sbg demokrasi yg diwar-warkan dlm bumi merdeka (yg separuh) ini?… Menahan seorang mahasiswa/pelajar di depan bangunan peperiksaan yg terdapat ramai orang, bkn kah ini mencemarkan air muka pelajar tersebut?… Saya pelajar Bhs dan Komunikasi… Saya tahu bagaimana sepatutnya hatta seorang polis sekalipun perlu menjaga air muka orang yg ingin ditahan… Dan ingin saya nyatakan di sini, apa gunanya ada Lembaga Tindakan Disiplin yg bertanggungjwb membicarakan kes2 yg melibatkan mahasiswa dalam universiti tersebut?… Jgn ingat kami ini pelajar yg bg kamu, kami ini kebdk2an wahai pimpinan kerajaan sekalian, kamu blh menindas dan injak kami sesuka hati kamu… Walaupun saya pelajar UiTM, tp saya yakin terdapat ramai rakan2 saya yg tdk bersetuju dgn bnyk dasar2 kerajaan berkaitan para mahasiswa/pelajar apatah lg yg berkaitan masyarakat umum negara ini… Kami para mahasiswa bkn menentang kerajaan, tetapi kami cuma berbeda pendpt dgn pimpinan kerajaan yg melakukan sesuatu dasar tanpa mengetahui sbb musababnya dan tanpa mengetahui implikasinya… Saya seru kepada para mahasiswa sekalian, bangkit dan bgnkan Islah Mastata’tum agar kita dpt mematahkan kebatilan!…
Reply
Salam biacara… Walaupun saya seorang mahasiswa UiTM, S. Alam, tetapi saya tdk bersetuju dan menentang keras terhadap penganiayaan kepada para mahasiswa/pelajar… Dasar2 dan undang2 yg tdk mesra pelajar yg hny menguntungkan sekelompok pelajar yg menyokong pimpinan kerajaan, tdk seharusnya dipraktikkan di sebuah negara yg sudah merdeka (separuh sahaja) dan meningkat maju… Mana2 negara maju sbg cth di Amerika, Norway, Jerman dan lain2, suara mahasiswa didgri dan diberi perhatian serius krn kepercayaan masyarakat tersebut walaupun pimpinan kerajaan, bahawa, mahasiswa/ pelajar universiti adalah penggerak dan pemangkin kemajuan sesebuah masyarakat… Tetapi apa yg berlaku di negara kita adalah sebaliknya… Para pelajar/mahasiswa dianggap ancaman walaupun hanya mengadakan perhimpunan aman menentang keras sesuatu isu… Seperti yg berlaku pd thn 1974, Gerakan Reformasi Pelajar yg memperjuangkan nasib2 petani yg miskin di Baling yang memaksa Tun Abd Razak melakukan penangkapan besar2an dan menguatkuasakan AUKU seterusnya yg ‘menutup’ dan ‘membisukan’ suara pelajar dari menyatakan prinsip dan pendpt dlm merangka dasar2 yg berkaitan para pelajar mahupun masyarakat secara umunya… Apa yg berlaku kepada saudara Saufi itu adalah suatu langkah balik ke blkg… Menahan seorang mahasiswa melalui sbb musabab yg dia sendri tdk lakukan, di hadapan bangunan peperiksaan, di hadapan orang ramai, ini menjthkan air muka pelajar tersebut dan mengganggu emosi pelajar yg sdg menduduki peperiksaan itu secara kesluruhannya… Apa ini yg dipanggil demokrasi?… Saya pelajar bhs dan komunikasi… Saya tahu bagaimana sepatutnya hatta seorang polis sekalipun perlu menjaga air muka org yg ingin ditahan… Dan lg, bkn kah di setiap universiti mempunyai Lembaga Tindakan Disiplin yg akan membicarakan setiap kes yg melibatkan para pelajar?… Apa gunanya ada lembaga terbabit yg bertindak sbg Mahkamah buat para mahasiswa?…
Kami para pelajar, bkn menentang kerajaan, tetapi kami cuma berbeda pendpt berkaitan dasar2 dan undang2 yg dilaksanakan oleh kerajaan utk masyarakat umum khususnya para pelajar… Ini hanya lah coretan ringkas saya, klu mahu diceritakan pnjg lebar tentu akan memakan ruang… Saya yakin rakan2 saya di UiTM juga ramai yg bersetuju dgn pendpt saya ini… Dan saya seru kpd para mahasiswa sekalian dan masyarakat umum supaya tekadkan diri, bulatkan kekuatan, dan teguhkan prinsip, kita perlu mematahkan kebatilan ini yg sama sekali telah melanggar hukum demokrasi dan hak…
Reply
pelik sgt la kisah penahanan saufi ni… sejak bila pula pihak UM ada khidmat polis jaga peperiksaan.. ini sudah tentu arahan dan laporan oleh pihak universiti. Jika laporan sudah dibuat, polis hanya menjalankan tugas sahaja (walaupun sedang menduduki peperiksaan). Yang bersalah tetap di kenakan hukuman.
Yang paling penting disini.. “pokok tidak bergoyang, jika tiada ngin meniupnya”.
oleh itu… dont do stupid things
Reply