Archive for November 24th, 2009

24 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Esok merupakan hari keputusan kes saman DSAI ke atas New Straits Times. Berikut merupakan butiran kes tersebut:

Tarikh: Rabu, 25hb November 2009

Masa: 2.30 PM

Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Mahkamah Tinggi 10,

Hakim Harminder Singh.

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

24 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, dijemput mengetuai Jawatankuasa Kokus Parlimen menyiasat isu royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974,Akta Pembangunan Petroleum 1974, dilihat sebagai calon terbaik mempengerusikan kokus ini.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Razaleigh telah menerima jemputan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

“ Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersetuju bersama dengan kokus mengenai petroleum. Kita mencadangkan kokus ini mewakili semua parti. Dan kita akan menjemput wakil dari UMNO, MCA dan lain-lain selain daripada Pakatan Rakyat. Terutamanya negeri-negeri pengeluar minyak, Kelantan Terengganu, sabah dan Sarawak”. (more…)

24 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Aktivis mahasiswa Universiti Malaya semalam membantah penahanan Muhammad Saufi Jelani berhubung siasatan kes menconteng perkataan ‘bini puaka’ di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Saufi ditahan sebaik sahaja selesai menjalani peperiksaan akhir semesternya Khamis lepas.

Gabungan mahasiswa Universiti Malaya itu disertai oleh beberapa persatuan antaranya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan Komuniti Mahasiswa Prihatin (KMP).

Dalam sidang media yang dibuat di hadapan bangunan peperiksaan UM itu pagi semalam, wakil PMIUM, Mohd Sabri mendakwa, penahanan ahli PMIUM tersebut sebagai tidak sah berikutan menyabitkannya dengan isu ‘kepala babi’ yang diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam pada pilihan raya kampus lepas. (more…)

24 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA
23 NOVEMBER 2009

Kerajaan Negeri Selangor menghormati hak penduduk Bukit Antarabangsa untuk mengetahui kandungan laporan yang mengakibatkan terjadinya tragedi tanah runtuh pada 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa penghuni di situ. Bagi menjamin kepentingan terhadap keselamatan penduduk berkenaan, Kerajaan Negeri menerusi kuasa Menteri Besar pada Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, mengambil keputusan untuk mengubah semula status laporan tersebut yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya.

Kerajaan Negeri sekarang berazam supaya salinan-salinan laporan tersebut diedarkan kepada orang awam dan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat beberapa salinan dan menjual kepada penduduk terlibat dengan harga berpatutan bermula hari ini. Bagaimanapun, ekoran pengumuman Kerajaan Negeri pada mingggu lepas, Kerajaan Persekutuan lantas mencabar keputusan tersebut dan memberi amaran supaya Kerajaan Negeri jangan mengubah status laporan berkenaan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu dan meminta Kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa demi kepentingan orang awam. Bagaimanapun, Kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh Jemaah Kabinet. [ Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut.]

Dengan yang demikian, kami menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penyiaran laporan tersebut oleh sebab kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor.

Setelah membaca laporan tersebut, Kerajaan negeri percaya ianya tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi. Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam.

Kerajaan negeri Selangor, sebaliknya, sangat komited dalam usaha menjamin kepentingan rakyat Selangor dan sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

24 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dakwaan liwat terhadap Anwar bermotifkan politik, hujah peguam

Dari Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, Nov 23 – Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam R. Sivarasa, yang mewakili Anwar, berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

(more…)