Dari Malaysia Kini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.
Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.
Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
“Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah,” katanya dalam penghakimannya.
“Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut,” kata hakim itu lagi ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.
Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.
Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.
Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.









SPR patut tubuh sebuah party kerana sudah terang terang SPR tidak lagi mencerminkan badan yang menjalankan tugas suruhan jaya pilihan raya.Selama ini kita bergantung pilihan raya yang tulus dan ikhlas tetapi sekarang apa sudah jadi. Apa hendak jadi dengan kerajaan yang ada sekarang.
Reply
Nordin Reply:
November 24th, 2009 at 5:00 pm
Saya syorkan SPR ni masuk BN.. jadi parti komponen. Takdelah orang ramai bingung nak fikir apa peranan sebenar SPR!!! Nasihat saya kalau ye pun nak mengampu janganlah “melampau”.. Tak pasal2 orang terbitkan buku dengan judul “SPR yang terlampau”.. SPR kena ingat rakyat dah celik skrg ni.. malah lebih bijak dari SPR.. Ingat.. ALLAH s.w.t itu Maha Mengetahui..
Reply
desperado Reply:
November 25th, 2009 at 10:05 pm
saya bersetuju dengan saudara berdua…malah saya mencadangkan agar SPR secepatnya mengadakan Konvensyen Khas Parti SPR hehe
Reply
ini mungkin lakonan badan kehakiman menunjukkan kepada rakyat bahawa institusi itu tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Keputusan mahkamah di kota seputeh kedah ini tidak merugikan BN. Tetapi keputusan di Perak akan berpihak kepada BN. Bila pakatan tidak bersetuju dengan keputusan di Perak nanti maka BN akan membandingkan cara penerimaan keputusan mahkamah. di kota seputeh pulak BN akan menggunakan cara zaman dr. m untuk memenangi dun tersebut. mudah je..lebih-lebih lagi itu kawasan BN. fikir-fikirlah tengok..
Reply
Budak Pangkor Reply:
November 24th, 2009 at 12:00 am
Kami rakyat Perak memang tertunggu-tunggu akan keputusan mahkamah sama ada Nizar akan menang!
Namun, kami kurang yakin akan kewibawaan hakim-hakim kita yang sememangnya memihak kepada BN.
Justeru, kami sudah bersedia untuk menerima keputusan yang OBVIOUS itu!
Tunggulah PRU ke-13 nanti!
Kami akn tenggelamkan semua jentera BN.
Lawan tetap lawan,
Menang tetap menang!
Reply
caldina Reply:
November 24th, 2009 at 11:26 am
biasenye, mmg kes rakyat yg menang kat mahkamah tinggi..tapi bile masuk mahkamah rayuan, kes2 rakyat, kalah..dahla tempoh dibicarakan dlm mahkamah rayuan dr mahkamah tinggi, mcm tak lojik..sbbnye skjap rayuan difailkan, alih2 trus masuk mahkamah rayuan terus..spatutnye amik mase nk tunggu rayuan disebut dr mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan, dr mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan plk..lg 1 sbbnye hakim2 mahkamah rayuan ni ramai penyokong BN..tgk kes DS nizar tu pun dh tau betape tak pandainye hakim2 3 org tu buat kptusan..jd bahan ktawe org luar jek hakim2 3 org tu yg haprak bg alasan yg tak lojk..ntah ap2 la hakim mahkamah rayuan tu..
Reply
Alhamdulilah, ALLAH MAHA KUASA (ALLAH THE ALMIGHTY), ALLAH telah memberi kekuatan dan keberanian kepada hakim hakim kita untuk menyatakan kebenaran dalam kes ini. Di harap dalam kes-kes lain yang nyata kebenarannya akan juga memberi keberanian dan kekuatan kepada hakim hakim kita untuk menyatakan yang haq.Tetapi Datuk Seri, kita kena waspada kerana UMNO tak kan lepas tangan, mereka akan guna bermacammacam cara dan helah untuk kes ini menyebelahi mereka. Ingat kes Perak.PR kena senantiasa ever ready. Sekarang UMNO sedang membuat serangan terhadap PR, terutama PAS. MEDIA2 pro UMNO, hari hari merekacipta fitnahfitnah.Mual saya membacanya.
Macamlah kita ini bodoh dan pak turut. Rakyak Malaysia matang lagi bijaksana.AGENDA UMNO senang dibaca.Ya ALLAH selamatkan dan berilah kekuatan kepada pemimpin-pemimpin PR. Dan KAU hukumkan lah pemfitnah-pemfitnah ini. Amin.
Reply
amno takut kalah lagi ker,undang2 yg diaorg cipta,selama nie,diaorg nak langgar
Reply
Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ‘cintamalaysia’.
Reply
SPR…sesetengah org yg kerja SPR beranggapan kerajaan BN yang bayar gaji dia,,so dia kata dia kena taat pada pembayar gaji dia..itu pendapat saya macam itu agaknya…dan itu mungkin pendapat org SPR yang kurang waras dan tak amanah dan yang sokong BN…SAYA CADANGKAN di PRU 13 nanti,isallah kalau PR menang di pusat buat lah supaya SPR ni telus dan adil…sekarang ni SPR nampaknya hanya kelihatan adil,,SPR ni nampak semacam komponen BN..susah la..tak tau lah SPR era BN ni rajin sangat nak buat kerja….selalu buat sibuk…dapat arahan TUAN SPEKER yang kerusi MP atau DUN sah kosong buat aja lah pilihan raya..penamaan calun..kempin..mengundi..umum siapa yang menang..apa yang susah nak tahan,tangguh mintak kat makhamah,,tak dapat nak merayu lagi…..marilah wahai para pendokong keadilan kita berusaha dan berdoaa supaya keadilan dan kebenaran sejagat dapat ditegakan di bumi malaysia.
Reply
AS PER THE STATE CONSTITUTION, IF ANYONE DOES NOT ATTEND THE ADUN SITTING CONTINUOUSLY FOR 2 SITTINGS, THEN IS DISQUALIFIED AS THE ADUN FOR THE AREA. WHAT IS THE BIG FUSS??!! JUST LEAVE AND HAVE BY-ELECTION. IF YOU THINK YOU CAN CARRY ON, JUST RECONTEST OR VACATE, THAT SIMPLE. LOGICS LAH KAWAN….. THERE’S NOTHING MUCH CAN ONE DO, DON’T BE STUBBORN LAH!
Reply
memang, jika dasar putabelit digunapakai dalam sesuatu perkara, maka natijahnya dinamakan ‘putar dan belit’…untuk kepentingan..
Reply
setuju dgn ‘cintamalaysia’..mahkamah hanya nak tunjuk bersih.. walhal, melutut gk kt umno..
perkara ni akan berlanjutan sampai tiba masanya, PR gk yg tersepit..
(pengkhianat nagara bakal kecundang)
Reply
SPR memang badut ! Ada ke, dia tumpang sekaki nak bergusti ! Patut dihayun “tiga-suku nyawa” SPR tu…! Memang tak ‘fair-play’ betul !
Reply
Latest : http://greenboc.blogspot.com/2009/11/spr-berjaya-halang-sementara.html
Aku dah kata dah… kan mahkamah rayuan berjaya membatalkan mahkamah tunggi…
Mcm kes kat Perak la nie…
Adoila… apa nak jadi Malaysia nie… kena buat sesuatu…
Semua makan suap….semua dah dia org punya….
Reply
SPR dah ikut macam di Afganistan pulak, berat sebelah kejap gohead gostan. Harapkan hakim kat Malaysia ni menegakkan keputusan 2 mahkamah sebelumnya.Inilah satu contoh seorang ADUN BN yang perabih duit rakyat. Dulu masa tuang DUN lepak2 kat rumah tak pikiaq.Bila dah hilang kerusi kelam kabut naik turun mahkamah. ADUN macam ni tak ada pun tak apa, Harap baju kot je lawa nak melaram kat TV tapi keja ponteng sidang. Tukar wakil parti lain lagi baguih. Duit belanja mahkamah ni patut guna untuk mangsa banjir kat kedah ada menafaatnya.
Reply