23
Nov
09

Anwar Bidas Cara Kerajaan Menangani Isu Sri Lanka

Dari Harakah Daily

Oleh Azamin Amin

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mebidas sikap tidak endah kerajaan Malaysia dalam menangani isu konflik kaum di Sri Lanka yang membabitkan pembunuhan dan pelarian etnik Tamil.

Anwar menjelaskan bahawa beliau bukan mahu menjuarai atau membela kaum India tetapi isu tersebut berkaitan hak asasi manusia yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia.

Beliau kesal dengan sikap tidak acuh pendirian kerajaan terhadap isu tersebut dan turut di sokong oleh Gobala Krishnan (PKR-Padang Serai) sehingga berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay.

Kata Gobala, jawapan Kohilan di Dewan Rakyat cukup memalukan kaum India dan wajar meletakkan jawatan selaku Timbalan Menteri Luar Negeri

Sebelum itu, Kohilan menjawab Malaysia melihat konflik kaum di Sri Lanka sebagai isu dalaman negara berkenaan, satu pendirian yang sejajar dengan dasar luar negara yang berteraskan kepada prinsip menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan integriti wilayah serta tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan P.Ramasamy (DAP-Batu Kawan) bertanya kenapa kerajaan Malaysia enggan mengutuk kerajaan Sri Lanka berhubung masalah pembunuhan dan pelarian etnik Tamil selepas perang yang menyaksikan lebih 300,000 pelarian berada di kemkem tahanan tanpa makanan, pakaian, perubatan dan kemudahan asas yang cukup.

Mengenai dakwaan Anwar Ibrahim (PKR-Permatang pauh) kononnya terdapat pelarian yang berada lebih 20 tahun di pusat perlindungan kerana kerajaan Sri Lanka belum mahu membenarkan mereka pulang ke tempat asal masing-masing, Kohilan berkata kerajaan Sri Lanka telah menyatakan bahawa ia akan hantar kesemua pelarian pulang secara berperingkat-peringkat.

Kohilan turut membangkitkan kemarahan Anwar apabila berkata kenyataan Anwar berbeza ketika beliau berada di Colombo dan di Malysia berhubung isu tersebut.

Anwar bingkas bangun, meminta beliau menarik balik kenyataan itu dan membuktikan mana kenyataan yang berbeza yang didakwa Kohilan.

“Tunjukkan bukti. Kenyataan saya ada di akhbar muka depan,” katanya.

Manakala di lobi Parlimen kira-kira jam 12.00 tengah hari, Gobala bersama Ramasamy menggesa supaya Kohilan meletakkan jawatan atas sikap beliau dan jawapan yang mengecewakan sebilangan besar penduduk India berhubung isu tersebut.


8 Responses to “Anwar Bidas Cara Kerajaan Menangani Isu Sri Lanka”


  1. 1 pemerhati Nov 23rd, 2009 at 5:00 pm

    Saya nampak Gobala bersalam-salaman dan berjenaka dengan Kohilan di luar dewan. Kohilan sepatutnya didesak membuktikan dakwaannya bahawa Anwar tidak konsisten dalam kenyataannya via satu sidang media. Persepsi bahawa episod dalam dewan antara Kohilan dan Gobala akan dianggap hanya sebagai sendiwara.

    Reply

    lang suyo Reply:

    Dalam isu kita tidak seharusnya melihat isu ini isu kaum saya lebih melihat isu ini satu usaha yang mana nilai naluri norma norma kemanusian harus di pangku demi kasih sayang sejagat. apa makna kita ceria sedangkan ada manusia lain derita. kehidupan harus bersikap murni tampa megira kaum satu dunia darahnya merah walupun satu dunia kulit wang berwarna warni.

    Kekadang kita terlalu taksub dengan kaum dan darjat apa salah dan dosa sesetegah manusia ditindas dengan mudah oleh sang penguasa yang berdiri dengan gah!. seolah oleh kan tegak terpacak buat selamanya di muka bumi ini. oleh itu kembalilah kepangkal jalan sang awan selamat.

    Reply

  2. 2 ok@haha.mai Nov 23rd, 2009 at 10:48 pm

    Respon DSAI serta Ahli Parlimen PR itu meskipun dianggap pinggiran, saya menyokong gesaan tersebut.

    Negara tetangga adalah jiran yang tidak terpisah ikatan dan tanggung-jawab. Sandarannya ialah tanggung-jawab sesama insan. Demikian pula peranan sesebuah kerajaan kepada kesejahteraan serantau.

    Maka, keadilan sejagat patut disuarakan. Bukan langkah mencampuri hal rumahtangga jiran . Sebaliknya, berkongsi maruah demi kebahagiaan bersama.

    Dari sudut lain saya berkeyakinan PR lebih maju dalam menyuarakan hak asasi manusia. Ia menggambarkan visi jauh pemimpin dan sikap terbuka PR dalam menangani isu kemanusiaan sejagat.

    Pendirian kerajaan menggambarkan peribadi keseluruhan rakyat di peringkat antarabangsa. Sikap pasif menggambarkan bekunya cita-cita atau mundurnya kematangan. Walhal, kerjasama dalam urusan kemanusiaan patut cergas dan berterusan. Maka, kerajaan wajar positif dalam menangani isu Sri Lanka.

    Reply

  3. 3 reformasi Nov 23rd, 2009 at 11:48 pm

    kohilan orang barisan mana ada hati nak bantu orang tamil sri lanka ,orang hindu di malaysia pun tak dibantu manakan nak bantu pelarian tamil sri lanka. ko–gila.

    Reply

  4. 4 Boring Nov 24th, 2009 at 5:11 am

    Itu la semua Politician semua Karut….so long must remember Humanity and Mankind. Jadi ketua, jadi kaya raya….Mati pun 1 sen tak bole angkat pi la…So apa apa pun…Jangan Melampau Sangat susah.

    Reply

  5. 5 Mohamad Nov 26th, 2009 at 7:49 am

    Kepada semua peminat Pakatan Rakyat, anda perlu sedar, dalam perkara berkaitan dengan hal diplomatik, kita kena berhati-hati dalam tindakan. Meskipun berkaitan dengan rakyat kita yang terlibat dengan konflik dengan negara lain, kita perlu berhati-hati dalam tindakan supaya tidak berlaku ketegangan yang boleh mencetuskan perang ataupun tindakan yang boleh membahayakan negara dan rakyat kita di luar negara. Anda bercakap berkenaan keadilan, saya nak tanya pada anda semua tentang keadilan yang macam mana yang hendak anda lakukan di Sri Lanka. Boleh anda beri cadangan apa yang patut kerajaan lakukan demi keadilan kaum di Sri Lanka. Tak guna anda semua menggodam dan menghentam kerajaan berkenaan perkara ini jika anda tidak dapat bantu kerajaan berkaitan dengan perkara ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

  6. 6 Juan Carlos Nov 27th, 2009 at 9:35 pm

    Saya setuju dengan saudara Mohammad. Malah kerajaan Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Sri Lanka berbangsa Tamil selain MERCY Malaysia juga telah memainkan peranan penting di sana. Anwar Ibrahim hanya ingin memutar belitkan isu dan ingin menagih populariti. Malah semasa beliau membuat lawatan disana, beliau tidak pula membuat lawatan ke khemah pelarian Tamil Sri Lanka atau menghulurkan bantuan. Anwar Ibrahim juga tidak menyentuh isu-isu tersebut mahupun mengkritik kerajaan Sri Lanka terhadap apa tuduhan yg beliau buat. Malah lawatan anwar ibrahim tidak mendapat liputan meluas dan wartawan yg hadir ke Sidang Media beliau bole kira dengan jari sahaja. Wartawan antarabangsa langsung x hadir kerana tahu anwar obrahim ini tiada kredibiliti.
    YB Timbalan Menteri Luar Negeri amat tepat dengan kenyataan beliau.

    Anwar Ibrahim ketika bertikam lidah dgn YB Senator ada mengatakan “Tunjukkan bukti. Kenyataan saya ada di akhbar muka depan,”…ini semua helah beliau sahaja kerana kenyataan beliau yg dilaporkan di akhbar muka depan Daily Mirror hanya melaporkan mengenai ceramah beliau beri kepada kebanyakkan ahli2 pembangkang Sri Lanka mengenai peranan pembangkan di negara demokrasi dan isu tranparensi dan sedikitpun tidak menyebut tentang isu pelarian rakyat Tamil Sri Lanka dan isu2 yg berkaitan. Jgnlah terkeliru dengan mainan politik dan wayang kulit Anwar Ibrahim yg hanya bercita2 dgn cara apa jua sahaja utk menjadi PM. Semoga Allah swt menunjukkan kebenaran dan menegakkan keadilan. Takbir!

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Anwar Bidas Cara Kerajaan Menangani Isu Sri Lanka at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 23rd, 2009 at 4:44 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
6 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @afifbahardin Rehat?ya sempat dimahkamah saja.Kesihatan dijaga doktor peribadi dirumah #fb
6 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30