Archive for November 23rd, 2009

23 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan. (more…)

23 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh Azamin Amin

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mebidas sikap tidak endah kerajaan Malaysia dalam menangani isu konflik kaum di Sri Lanka yang membabitkan pembunuhan dan pelarian etnik Tamil.

Anwar menjelaskan bahawa beliau bukan mahu menjuarai atau membela kaum India tetapi isu tersebut berkaitan hak asasi manusia yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia.

Beliau kesal dengan sikap tidak acuh pendirian kerajaan terhadap isu tersebut dan turut di sokong oleh Gobala Krishnan (PKR-Padang Serai) sehingga berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay. (more…)

23 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Nut Graph

Datuk Seri Anwar Ibrahim has failed in his bid, at the Court of Appeal, to obtain evidence from the public prosecutor about his alleged act of sodomy with a young former aide. Layperson reactions have naturally been cynical, dismissing the judgment as political in nature.

Indeed, the Court of Appeal’s interpretation of Section 51A of the Criminal Procedure Code (CPC), by which it made its judgment, is worrisome from a justice perspective. The judgment nullifies the efforts of the parliamentary select committee which proposed the CPC amendments in 2006 requiring pre-trial disclosure by the prosecution to the defence. The legislature’s intention was to “prevent trial by ambush” but the Court of Appeal’s judgment in Anwar’s sodomy case seems to overturn that principle.

But is Section 51A as clear cut as it is meant to be? And is splitting hairs over its meaning scuppering Anwar’s chances for a fair trial? (more…)

23 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Ceramah saya dan Dato’ Chua Jui Meng di Kulai, Johor, terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno! Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah.

Alasan yang diberikan Ocpd ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran umno makanya ianya akan dibatalkan? Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai. Tidak wajar polis mengikut telunjuk umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.

ANWAR IBRAHIM