22
Nov
09

Anwar: Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika PR Tonjol Pentadbiran Cemerlang

Dari TV Selangor

Sistem politik dwi-parti akan hanya punyai kredibiliti jika Pakatan Rakyat berjaya menjadikan negeri-negeri yang ditadbirnya sebagai pemangkin urus tadbir yang cemerlang, dan pembela golongan miskin.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa gagasan itu supaya bertungkus-lumus memastikan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menjadi contoh model pentadbiran mapan untuk diteladani Barisan Nasional.

“Kerajaan negeri perlu menunjukkan teladan melalui dasar-dasar yang dirumuskan. Dasar yang memberi penekanan kepada urustadbir yang baik, kepedulian kepada yang lemah, dan memelihara sumber alam dan bumi,” kata Anwar.

Mantan Timbalan Perdana Menteri ini berkata demikian dalam ucaptama di simposium ‘Pakatan Rakyat dan Pembikinan Sistem Dua Parti’ di Kuala Lumpur hari ini. Anwar Ibrahim menegaskan keputusan PRU-12 lalu menunjukkan rakyat mahu sistem kerajaan dipulihkan, dan bukannya salinan pendua kerajaan Umno-BN.

“Kini sudah ada ruang untuk Pakatan Rakyat melalui kerajaan-kerajan negeri dibawah pentadbiranya untuk mengetengahkan agenda reformasi, dan memastikan kesilapan lalu dibawah pentadbiran leaps tidak berulang lagi,” kata Anwar.

Simposium anjuran Institut Kajian Dasar ini membincangkan persoalan sistem dwi-parti yang menjadi buah-bicara masyarakat hari ini. Membincangkan kewajaran sistem dwi-parti di laksanakan di Malaysia, wacana ini turut disertai oleh pakar Perlembagaan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Exco Kelantan Husam Musa.

Membicarakan soal sistem dwi-parti, Anwar berkata idea ini bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Bahkan, sistem dwi-parti yang kita kenal hari ini adalah olahan dari konsep kerajaan berteraskan parti pemerintah dan parti pembangkang.

Dalam ucapannya beliau menambah, pembentukan sistem dwi-parti gagal dizahirkan kerana dihalang oleh institusi kerajaan yang parah dalam rasuah, dan perilaku pemerintah yang sewenang-wenang mencabul sistem demokrasi negara.

“Idea sistem dua parti ini hangat perkatakan sejak tahun lepas. Bahkan sambutan yang diterima idea dwi-parti ini begitu besar seraya mencadangkan kewujudan gagasan parti kedua mampu memulihkan demokrasi negara,” kata Anwar.

Namun rakyat terus berharap, sehubungan itu Anwar menyeru Pakatan Rakyat untuk tidak menghampakan aspirasi rakyat dan komited kepada piawaian urustadbir kerajaan yang tinggi.

“Di negeri-negeri Pakatan Rakyat, kita perlu tunjukkan keadilan, dan dasar keterbukaan yang menghormati hak asasi rakyat seluruhnya dan hak individu setiap warganegara,” kata Anwar.

Anwar dalam ucapannya menambah keutamaan hari ini bukanlah untuk memaksakan pembentukan sistem dwi-parti keatas rakyat Malaysia, sebaliknya penekanan harus diberi kepada menjamin kebajikan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam iklim pengurusan ekonomi cermat dan berhemah.

Anwar menyorot perhatian hadirin kepada siri-siri pencabulan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan elit manusia yang mahu kekal sebagai kuasa politik dominan di Malaysia.

Pemimpin reformasi ini mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat mahu menjayakan sistem dwi-parti ini, terutama sekali apabila berhadapan dengan jentera gergasi


27 Responses to “Anwar: Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika PR Tonjol Pentadbiran Cemerlang”


  1. 1 M&M Nov 22nd, 2009 at 10:49 am

    Salam DSAI,

    Biar pun sistem dua parti ada kelemahan, ttp kebaikan jauh lebih bermanfaat.

    Utk itu, hendaklah kita mengusahakannya. Dan spt yang DSAI sendiri tegaskan, pemimpin2 di negeri PR hendaklah menunjukan contoh yang baik serta berusaha memenuhi keperluan rakyat secara meneyeluruh.

    Biar pun negeri2 PR mengalami masalah dari segi kewangan disebabkan oleh sekatan2 tertentu, saya percaya rakyat menyedari situasi ini. Rakyat Malaysia pada masa kini adalah lebih terbuka dan tahu hak2 mereka. Ini membolehkan mereka memahami situasi sebenar dan tidak terpengaruh dgn cerita2 negatif yg disebarkan oleh media2 perdana.

    Dalam situasi kewangan yang terhad dan disokong dgn kebijaksanaan serta kecekapan mentadbir, Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat. Utk itu, pemimpin2 PR jgnlah gusar kerana rakyat memahami keadaan ini.

    Maka itu, jangan patah semangat dan teruslah berjuang!!!!!

    Sekian, wassalam.

    Reply

  2. 2 diBawahBayu Nov 22nd, 2009 at 12:59 pm

    Assalamu’alaikum wbt.,

    Syabas atas penganjurannya. Idea dwiparti harus diperjuangkan dan dapat direalisasikan. Selagi parti berasaskan atau dibayangi oleh perkauman maka masalah politik di Malaysia tak akan selesai sampai bila-bila. Budaya ampu-mengampu, mengejar jawatan, mengutamakan kelompok dan menindas kelompok lain akan berterusan. Bercakap memang mudah tetapi merealisasikannya memang sukar, budaya memperjuangkan kelompok telah lama mengakar umbi dalam budaya masyarakat kita. Sanggupkah kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri India atau Cina? Kalau mungkin kita sanggup, bayangkan apa yang akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Cina dan India? Sanggupkah kita mempunyai NC di IPTA dari kalangan bukan Melayu? Kalau kita sanggup, adakah ia mampu menjaga kepentingan Melayu. Begitu juga GLC dan lain-lain yang mempunyai kepentingan kepada rakyat.

    Saya sangat setuju dengan idea dwiparti. Cumanya kita perlu bertanya kepada diri sendiri, sanggupkah kita berkongsi dengan orang lain? Bolehkah kita berlaku adil kepada semua orang? Bolehkah kita meminggirkan desakan kelompok kita kerana mahu berlaku adil kepada kelompok lain? Jika ini belum boleh terjawab, maka kita teruskan apa yang ada. Cumanya perlu pengubahsuaian supaya “kelihatan seakan-akan dwiparti”. Saya rasa buat masa ini, ini pendekatan paling sesuai.

    Perubahan drastik mungkin membawa ramhat, tapi jangan terlupa ianya juga mungkin membawa melapetaka. Yang baik tidak semestinya popular, dan yang popular tidak semestinya baik.

    Wassalam.

    Reply

    hangJEBAT Reply:

    Tumpang ruang ye sahabah,

    Wajarkah Pakatan Rakyat tubuhkan mini Parlimen untuk YB2(Mp dan Adun) Pakatan Rakyat sahaja supaya parlimen Pakatan Rakyat dapat membahaskan tiap2 issue yang sangkut paut dengan segala pentadbiran negeri2 Pakatan Rakyat termasuk Wilayah Kuala Lumpor. Jugak disarankan, issue negara pon dibawa kepersidangan parlimen Pakatan Rakyat ini.YB2 Pakatan Perak jugak perlu jadi anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini.

    Selain dari YB2 ini semua, wajar jugak Pakatan Rakyat tubuhkan committe2 yang boleh kasi khidmat nasihat pada YB2 untuk menghalusi dan menilai sesuatu issue.

    Reply

  3. 3 hangJebat Nov 22nd, 2009 at 2:22 pm

    Memang benar sebagai dikata. Sudah sampai masa rakyat negara ini merasai nikmat ada sistem 2 pakatan parti.

    Moga dengan sistem ini, rakyat benar2 merasai nikmat sebuah Kerajaan yang benar2 bela nasib rakyat sebagai agenda teratas sekali dan kerajaan yang benar2 bersih, cekap, amanah,telus, adil dan menentang habis2an segala salahlaku dan salahguna kuasa didalam pentadbiran Kerajaan baik Pusat dan Negeri2.

    Keadilan untuk Rakyat Jelata wajar dan wajib didirikan dan dipertahankan dan hapus sama sekali segala salahlaku dan salah guna kuasa pada pemimpin2 yang berkepentingan rakus dan tamak dan hanya memberi habuan2 pada diri sendiri,keluarga dan sahabat handai mereka.

    Sudah sampai masanya kawasan HITAM dijadikan kawasan Putih!

    Rakyat wajar dan wajib tahu perkara2 sebenar mengenai politik negara supaya generasi akan datang tidak menjadi mangsa. Sudah sampai masanya semua pemimpin2 rakyat yang seperti Musang2 berbulu Ayam dihapuskan sama sekali hingga bertaburan bulu2 musang2 tu semua. Hanya pemimpin2 yang tinggi akhlak dan Ilmu mentadbir Negara demi kepentingan Rakyat jelata sahajalah wajar dan wajib disokong!

    Sekian wasalam………

    Reply

  4. 4 hangJEBAT Nov 22nd, 2009 at 2:54 pm

    Seruan kapada kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat,

    Tapislah betol2 bakal2 calon Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang ini.

    Buatlah OPERASI BESAR2AN untuk memilih calon2 yang benar2 tinggi akhlak dan ilmu didalam sesuatu jurusan politik dan jugak mereka2 yang benar2 berjiwa rakyat dan benci kapada salahlaku dan salah guna kuasa. Biarlah muka2 baharu ditonjolkan untuk bertanding asalkan mereka ini semua mempunyai sifat2 yang diterangkan diatas.

    Sekian wasalam

    Reply

  5. 5 hangJEBAT Nov 22nd, 2009 at 2:54 pm

    Seruan kapada kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat,

    Tapislah betol2 bakal2 calon Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang ini.

    Buatlah OPERASI BESAR2AN untuk memilih calon2 yang benar2 tinggi akhlak dan ilmu didalam sesuatu jurusan politik dan jugak mereka2 yang benar2 berjiwa rakyat dan benci kapada salahlaku dan salah guna kuasa. Biarlah muka2 baharu ditonjolkan untuk bertanding asalkan mereka ini semua mempunyai sifat2 yang diterangkan diatas.

    Sekian wasalam

    Reply

  6. 6 PAK LONG COT Nov 22nd, 2009 at 11:06 pm

    Amat setuju saranan DSAI agar menjadikan negeri-negeri dibawah pentadbiran PR model pentadbiran cemerlang dan sentiasa bergerak maju !

    Memang bijak, sentiasa “berlumba” untuk jadi semakin bagus !

    Reply

  7. 7 ok@haha.mai Nov 23rd, 2009 at 9:46 am

    Saya dapat merasakan niat tersirat dari dorongan DSAI dalam usaha menjadikan PKR model kelas satu, khususnya dalam pentadbiran.

    Pemimpin, parti dan pengurusan berperanan sebagai “pendidik” di tengah masyarakat. Panduan serta contoh yang baik perlu diketengahkan. Menjadi “penawar” kepada kebuntuan yang dihadapi rakyat. Maka, tetaplah harapan rakyat menjadi keutamaan dalam matlamat.

    Semoga perpaduan parti dalam PR bertambah erat dan sentiasa di hadapan dalam memenuhi inspirasi dan cita-cita seluruh rakyat.

    Reply

  8. 8 ZorroTeam Malaysia Nov 23rd, 2009 at 4:00 pm

    Saranan DSAI mengenai Pentadbiran Cemerlang olih PAKATAN RAKYAT adalah satu saranan yang tepat
    pada masa ini.Lebih2 lagi dimana ada beberapa KELEMAHAN didalam cara2 perlaksanaan polisi2 dan
    prosidiur2 olih pemimipin2 dalam kerajaan PR.Walaupun PR baru saja memegang teraju pemerintahan
    dibeberapa negeri(asal 6,termauk WP; skrg 5 selepas tektik “curi ayam”diPerak),namun pemimpin2 PR hendaklah menjadi “fast learner”didalam mempelajari teknik2 Pentadbiran Cemerlang dan “trick2 & shortcut2″(asalkan IGN melanggar undang2)yang baik dan perlu bagi menangani masalah2 rakyat dan negara…Kalau bolih tu ,janganlah nak HENTAM MENGENTAM ikut perasaan dan syiok sendiri aje…tapi hendaklah memahami aspirasi Rakyat yang diwakili….jika tidak pada PRU 13 nanti,Rakyat tidak akan memberikan undi mereka kpd PR,tengok saja lah nanti….!!!!

    Reply

  9. 9 Mohamad Nov 26th, 2009 at 10:18 am

    Iyalah tu, negeri-negeri Pakatan Rakyat menjadi negeri-negeri kelas satu. Apa terjadi di Selangor, masalah kuil berhampiran surau di kawasan majoriti Islam, masalah arak dan judi yang melibatkan campur tangan ahli politik Pakatan Rakyat yang mengganggu operasi pihak berkuasa, masalah moral Adun Pakatan Rakyat, rasuah dan penyelewengan penggunaan wang rakyat, dan lain-lain lagi. Kalau di Pulau Pinang pula, kes Kg. Buah Pala, sebelum pilihanraya kononnya hendak dapatkan balik tanah tersebut dari pihak pemaju dan serahkan kepada penduduk kampung berkenaan, tetapi selepas itu bukan sahaja tak tahu macam mana nak mentadbir, malahan terpaksa mengemis kepada kerajaan Barisan Nasional minta tolong selesaikan masalah tanah berkenaan, masalahnya siapa yang berjanji sebelum ini? Selain itu berlaku budaya politik gengster di mana Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Fairus Khairuddin telah dipaksa untuk melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Adun Penanti semata-mata kerana Adun berkenaan disiasat oleh SPRM, bukannya Pakatan Rakyat nak naikkan motivasi dan mempertahankan Adun mereka tetapi untuk kepentingan politik singkat, mereka paksa Adun itu meletak jawatan, berjuta wang negara digunakan untuk pilihanraya di sana. Kemudian kes penukaran status tanah dari leasehold (pajakan) kepada milikan kekal kepada sebuah syarikat dengan cara yang meragukan, tapi Pakatan Rakyat menuduh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Gerakan pula yang melakukannya sedangkan perkara ini bermula pada bulan April 2008, selepas pilihanraya ke 12 dan pemerintahan diambilalih oleh Pakatan Rakyat pimpinan DAP. Kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang hendak mengikut jejak langkah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, khalifah kerajaan Umaiyyah yang baik itu, tetapi kenalkah Ketua Menteri Pulau Pinang dengan ciri-ciri Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu. Jika dilihat, ini ialah gimik politik DAP untuk memancing undi orang Islam sahaja, tapi PKR dan PAS beria-ia sangat menyokong, sokong yang membawa rebah nanti pada umat Islam Pulau Pinang. Gerakan sebelum ini dipimpin oleh orang cina juga, tak buat gimik macam ini, tetapi sama-sama pemimpin Melayu/Islam membantu dalam hal berkaitan orang Melayu/Islam di Pulau Pinang.

    Di Kedah pula, tanpa ada budi bicara dan siasatan, terus paksa Adun Kota Seputeh letak jawatan. Adun itu bukan suka-suka hati tak datang persidangan, tapi dia sakit. Tak cukup dengan itu, dibawa lagi ke mahkamah setelah permohonan speaker Dun Kedah tidak dilayan oleh SPR selepas perbincangan yang teliti samada dari faktor perundangan, kewangan semasa negara, dan kesalahan yang dilakukan oleh Adun berkenaan yang boleh dianggap tidak keterlaluan hingga mesti dipecat. SPR guna budi bicara. Selain itu cadangan pembinaan pusat sembelih babi di Kampung Tok Pawang, Gurun, itu kampung orang Melayu, bukan setakat orang Melayu di situ menentang, orang Siam dan India di situ juga menentang. Sepatutnya Menteri Besar Kedah pertimbangkan sensitiviti umat Islam sebelum bertindak begini, kalau sudah nama Parti Islam SeMalaysia, mestilah bertindak mengikut Islam, ini tidak entah apa-apa keputusan yang dibuat. Cuba bayangkan kalau pusat sembelih babi itu diadakan berhampiran rumah anda, anda marah tak? Sudah tentu anda marah.

    Di Kelantan pun sama, kes CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan, disembunyikan oleh akhbar-akhbar Pakatan Rakyat, tetapi lebih suka memfitnah kerajaan Barisan Nasional saja. Kononnya wadah perjuangan rakyat, tapi sikap seperti wadah perosak rakyat,kata-kata dalam akbar-akhbar berkenaan seperti kata-kata syaitan, fitnah, maki hamun, kutuk mengutuk, adakah ini sifat Islam, tidak sama sekali, sifat Islam itu indah dan mulia, bukan bertidak tidak senonoh begitu. Sekian, terima kasih.

    Reply

    ok@haha.mai Reply:

    PR berhak membuktikan prestasinya menjadi contoh ! Sasaran angka SATU adalah mulia dalam menempuh sebarang cabaran dalam misi menuju kecemerlangan.

    Umno dan BN telah demikian lama diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya. Malangnya, mencorot dan hasilnya “tidak sepadan” dengan ruang serta masa yang telah diberikan oleh rakyat.

    Anda menuduh PR melakukan fitnah sedangkan bukti serta fakta terpampang lagi jelas. Apa guna bercakap kosong jika pandangan hanya berasaskan sangkaan dan andaian. Anda patut lebih cemas kepada Umno dan BN sebagai Ketua Kerajaan yang berulang-kali mengulangi kesilapan yang sama serta manabur fitnah tanpa sebarang bukti lagi mencurigakan.

    Sangat primitif akal fikiran anda jika menuduh Islam itu mulia mengikut kebuntuan yang bersarang dalam diri anda. Menjadi satu keadilan sikap melampau dihunjam dengan kutukan dan penghinaan. Al-Quran sendiri menghina dan mengutuk kebiadapan Fir’aun dan Abu Lahab. Najib dan kuncu-kucunya memang bukan Fir’auan dan Abu Lahab. Tapi, peragai dan tingkah laku “sebijik” macam Fir’aun dan Abu Lahab.

    Anda sendiri cuba menutup kelemahan Umno dan BN dengan mencari kesalahan dalam PR ! Anda tidak bersedia menerima teguran. Kita berpegang kepada dasar yang benar ! Sebagai pembangkang kita berhak mengkritik demi kecemerlangan negara. Itu hak pembangkang ! Selidik buruk baik Umno-BN sebelum mengitai salahnya PR.

    Islam mengajar umatnya jadi bijaksana. Bukan bijaksana jika terus dengan cara lemah lembut sedangkan lemah lembut yang berterus tidak menjadi faedah dan manfaat. Kita sudah berlembut sebaliknya, Umno dan BN bertindak lebih tidak beradab.

    Bini kalu tak makan ajar, bawa perangai macam sundal; hukumnya bukan haruslah untuk diceraikan wahai mangkuk !

    Reply

  10. 10 PAK LONG COT Nov 26th, 2009 at 1:53 pm

    Elok juga, saudara Mohamad ! Kita ingat & saling-meningat ! Kurang-kurang, kita dah peringat !

    Hal kesalahan dan kesilapan wajib bersandarkan kepada peraturan. Yang salah kita bertegas salah. Dan yang benar, wajib kita kata benar. Apa lagi dalam hal hukum agama !

    Umno-BN menjalankan tanggungjawab sebagai ketua setelah terpilih dalam PRU. PR pulak jadi pendorong dan juru ingat dalam parlimen ! Harapkan kita, siapa yang kenal kita !? Tapi, dek niat mahu melihat kegemilangan, kita salurkan pandangan melalui media yang membuka ruang. Terima kasih kepada Blog DSAI !

    Kesilapan dan kekurangan memang biasa bagi suami dan isteri. Jika kita asyik bertekak hal kesalahan masing-masing, memang tak jadi penawar. Buat tambah keruhnya keadaan !

    Dari sudut lain, saya melihat Umno-BN punya “tuntutan tanggungjawab” lebih besar dalam merialisasikan cita-cita dan harapan seluruh rakyat. Maka, mereka perlu rasional dalam menerima pandangan, kritikan dan teguran. Bukan apa, jangan sampai terlanjur dan menyusahkan diri sendiri serta rakyat.

    Selaku ketua, amanah yang Umno-BN pikul menjadi tumpuan serta pemerhatian. Sementelah pula, Umno-BN menawarkan diri untuk menghadapi setiap cabaran. Maka, adil Umno-BN diberikan teguran dan pandang oleh pemerhati dan tugas pengimbang yang dijalankan oleh parti pembangkang. Disamping itu, Umno dan BN juga perlu terbuka untuk menerima kritikan dalam pelagai ragam serta cara. Dah lumrah, tabiat manusia pelbagai ragam.

    Samada PR itu isteri atau suami, kekurangan tak dapat dielakkan. Memang fitrah insan biasa tak sunyi dari kesilapan. Tapi, keazaman PR mahu berubah maju adalah sesuatu yang patut diberikan sokongan ! Apa lagi jika PR berusaha untuk menjadikan pentadbiran negeri di bawah “naungannya”, pentadbiran contoh ! Maka, itulah bukti keinsafan PR serta sedia untuk maju dan berubah !

    Saya menerima hakikat pelbagai ragam rakan komentar di sini. Yang pasti, mereka menerima hakikat kelemahan diri masing-masing ! Cara lantang yang mereka gunakan sekadar menggambarkan prihatin serta rasa kecewa mereka.

    Ada yang frust kerana Umno-BN asyik ulang kesilapan yang sama. Kelihatan bagi mereka Umno-BN semacam tidak akur kesilapan dan tidak insaf. Ada pula, rasa tertipu. Sebahagian yang lain amat kecewa kerana Umno-BN salah guna kepentingan rakyat. Pokok pangkalnya mereka kecewa kerana Umno-BN yang telah begitu lama diberi peluang membukti kecemerlangan menunjukkan prestasi “tidak berbaloi” ! Malah, bukti meningkat rasuah yang menggambarkan tidak beramanah menjadikan mereka lebih “terkecewa” !

    Umno-BN perlu lebih relistik dari segi memenuhi tanggungjawab kepada rakyat kerana pelbagai faktor dibandingkan PR. Ibarat ketua rumah tangga, bapa patut menjadi contoh dan kepentingan “seluruh ahli keluarga” wajib diutamakan daripada diri sendiri ! Jika penting diri, rumah tangga jadi rosak; rakyat pula pasti akan menentang ! Demikian dibuktikan oleh pelbagai sejarah dan inilah hakikatnya !

    Tidak semua pandangan itu benar dan tidak bijak saya berkata salah ! Hakikatnya, Umno-BN sebenarnya diajak oleh PR meningkatkan mutu pengurusan kepada tahaf yang lebih rasional. Disamping itu, PR ingin berlumba untuk jadi contoh dalam segala bidang !

    Terima kasih.

    Reply

  11. 11 Mohamad Nov 27th, 2009 at 12:31 pm

    Kepadan En. Abu Yazid @ ok@haha.my, dan Pak Long Cot, macam mana Barisan Nasional nak penuhi tanggungjawab yang anda katakan itu, Pakatan Rakyat asyik nak menggagalkan usaha kerajaan supaya rakyat nampak kerajaan Barisan Nasional jahat dan tidak bertanggungjawab supaya undi rakyat akan dipangkah kepada Pakatan Rakyat. Barisan Nasional jaga 10 negeri dan 1 negara, macam-macam program pembangunan dilaksanakan, tapi Pakatan Rakyat buat apa, selain menipu rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Selain itu berdemonstrasi di sana sini supaya pelabur takut, bila pelabur tidak datang dikatakan pula Barisan Nasional itu kuda kayu, tunggul, tak guna, sampai tak pandai tarik pelabur, macam mana nak tarik pelabur jika pihak Pakatan Rakyat bersikap tidak senonoh sedemikian? Melalui tulisan anda berdua, bukan saya nak mengata, tapi sebagai peringatan, umpama kata pepatah, kuman diseberang laut nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. Macam-macam tingkah laku buruk yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, tapi anda berdua hanya nampak kesilapan Barisan Nasional yang puncanya adalah dari Pakatan Rakyat yang dengki dengan Barisan Nasional. Masalah-masalah di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, disorok bawah tikar supaya orang tak tahu. Seperti pepatah kata, bangkai gajah jangan nak disorok bawah daun pisang, orang nampak juga. Jika dapat menipu rakyat di dunia ini, nanti Allah Taala akan dedahkan di akhirat, manusia dari zaman Nabi Adam hinggalah ke manusia yang terakhir lahir ke dunia pasti akan tahu kepalsuan yang tak terungkap di dunia ini. Biarlah Barisan Nasional dihina, dikeji, dimaki hamun, difitnah, diganggu sehingga tergendala sebentar pembangunan negara, nanti sesiapa yang berniat jahat berkenaan, tunggulah balasan dari Allah Taala atas sifat jahat dan dengki orang itu di akhirat kelak. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Saifulbuntut Reply:

    Smamatni belum pencen lagi sebab itu dia merepek tegak tiang bemban…mcm tikus apa yg kau tahu cuma meraba2 keburukan dan mendengar pandangan tipu helah omno,semua kerajaan memerintah diduniani sama apa yg kau fikirkan,memang buat terbaik apatahlagi risos khazanah kita yg kaya,yg tak baik nya mamat,boss u berebut rezeki rakyat….itupun mamat tak sedar,untung mamat dibelanja boss dari rezeki rakyat…….

    Reply

  12. 12 Mohamad Nov 27th, 2009 at 1:40 pm

    Kepada En. Abu Yazid @ ok@haha.mai, berkenaan hal isteri dan cerai talak tiga yang saya bangkitkan, bukan kerana isteri itu jalang, sundal, pelacur, perempuan murahan dan sebagainya. Masalah yang saya ingin bangkitkan ialah mengapa hal politik boleh bercampur aduk dengan hal keluarga, perkara apakah ini. Hukum dari mana mengatakan jika seorang ahli politik PAS lompat parti, maka terjatuhlah talak tiga keatas isterinya. Dari surah mana dalam Al-Quran menyebutkan kewajipan mentalakkan isteri dengan talak tiga sekali gus jika lompat parti? Atau ada hadis kata macam itu sekali? Ijmak ulama mana yang mewajibkan hal berkenaan?

    Anda perlu ingat dalam Islam, talak satu dan talak dua boleh rujuk balik, tapi kalau dah sampai tiga, bekas isteri kena kahwin lain dan disetubuhi oleh suami barunya sekurang-kurangnya sekali dan diceraikan oleh suami barunya itu, selepas edah baru boleh suami yang menceraikan talak tiga tadi kahwin semula dengan bekas isterinya itu. Cuba bayangkan jika isteri yang diceraikan dengan talak tiga itu tidak berkahwin sampai mati, atau berkahwin lain tetapi suami baru tak nak ceraikan beliau, orang yang melafazkan talak tadi mungkin jadi gila talak dan berkemungkinan jadi gila terus dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Saya nak tanya saudara, apa hukumnya jika kita menceraikan isteri yang taat tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak? Saya tahu jawapannya, tapi sengaja tanya untuk ingatkan saudara. Adakah Allah Taala redha dan suka dengan kelakuan menceraikan isteri yang tiada salah apa-apa dengan talak tiga sekaligus kerana fatwa politik? Nabi Muhammad S.A.W. sendiri bersabda, perkara halal yang dibenci oleh Allah adalah talak. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri menceritakan kepada para sahabat baginda, jika berlaku perceraian, maka iblis dan syaitan akan berpesta riang tetapi arash Allah akan bergegar kerana hinanya perbuatan talak itu meskipun ia sesuatu yang halal.

    Saya ingin ingatkan saudara, politik adalah rencah dunia sahaja, kuasa, pangkat, wang ringgit adalah daki dunia, tak boleh digunakan di alam barzah ataupun diakhirat seperti mana yang kita gunakan di dunia ini. Tetap kuasa, pangkat, wang ringgit tadi akan menjadi punca samada kita ke syurga atau ke neraka. Kalau kita dapatkan dengan cara betul dan gunakan dengan cara betul, maka pintu syurga terbentang luas didepan kita, tetapi jika kita dapatkan dengan cara salah, kalau kita belanjakan dengan betul pun atau lebih-lebih lagi belanjakan dengan cara salah, pintu neraka terbentang luas di depan kita. Berhubung dengan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, di negara kita kita kena lihat kenyataan yang wujud bukannya teori-teori yang bersifat fatamorgana yang hanyalah khayalan manusia dan dipandu oleh iblis dan syaitan, jika kita lihat kenyataan yang wujud, kita adalah manusia yang sedar, tetapi jika lihat teori fatamorgana yang dipandu oleh syaitan, kita umpama orang koma yang mimpi macam-macam, tetapi itu bukan kenyataan yang sebenarnya.

    Berhubung dengan kenyataan dan fatamorgana berkenaan, sebelum ini saya telah menulis tentang pencapaian negara kita dalam pelbagai bidang. Jika betul Barisan Nasional itu teruk dan tak layak memerintah, cuba anda bayangkan negara kita dengan negara jiran kita selain singapura dan brunei yang setanding dengan kita. Lihatlah di negara-negara Eropah Timur, Afrika, Amerika Tengah yang mana ada antara mereka, lebih dari seratus tahun merdeka awal dari kita, tetapi lihatlah pencapaian mereka berbanding dengan Malaysia. Bukanlah saya nak kata negara-negara berkenaan teruk, mereka juga baik, tetapi kesungguhan Barisan Nasional untuk memajukan negara dalam pelbagai aspek melebihi negara-negara yang saya sebutkan tadi. Apakah kesungguhan Barisan Nasional itu satu kezaliman atau kejahatan? Cubalah anda menjadi orang yang bersyukur dengan limpah kurnia Allah ini, bayangkan jika negara kita ditadbir oleh orang yang penipu, penjahat, orang yang pura-pura, sebelum berkuasa keadilan, kesamarataan, bagi itu, bagi ini, tapi lepas berkuasa kuku besi, peras tenaga rakyat, rampas harta rakyat. Apakah apa yang ada ini tidak cukup baik bagi seorang manusia? Diakui bahawa ada kelemahan dan kekurangan Barisan Nasional, tetapi umpama makhluk lain, selain Allah, tiada apa yang sempurna di alam ini. Anda perlu ingat perkara ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

  13. 13 Mohamad Nov 27th, 2009 at 1:56 pm

    Berkenaan rasuah, macam mana nak benteras rasuah, jika ditangkap dan soal siasat, dituduh zalimlah, kejamlah dan macam-macam lagi? Kemudian susahkan prosedur siasatan dengan boleh siasat pada waktu pejabat sahaja, apa ingat orang itu lepas waktu pejabat sudah tidur atau pengsan terus, waktu pejabat baru jaga balik? Nanti kalau nak siasat masa waktu pejabat, akan ada alasan mesyuarat pentinglah, sibuklah, itulah, inilah, jadi nak tunggu bila baru boleh disiasat, nak tunggu orang itu pencen dulu atau nak tunggu sampai kiamat baru nak soal, apa guna?

    Berhubung kekerasan yang digunakan, masa soal siasat, untuk dapatkan maklumat, kenalah gunakan kekerasan sedikit jika orang itu degil supaya dapat maklumat yang dikehendaki dalam siasatan. Kalau kita pujuk dia “sayang-sayang, berilah maklumat pada saya, nanti saya beli aisikrim, coklat, permainan dan itu ini”, sampai suspek itu mati pun, kita takkan dapat maklumat. Hak asasi manusia, hak asasi manusia juga, tapi, takkan dia seorang saja ada hak asasi, orang lain tak adakah? Kalau terlalu berteori, semua perkara akan jadi kacau bilau, itu tak boleh, ini tak boleh, kena buat begini, kena buat begitu, kita kena ingat, kalau kita ikut perkara merapu berkenaan, sampai bila-bila perkara tak selesai. Cuba anda jadi penyiasat samada PDRM atau SPRM tengok, entah-entah anda lagi teruk dari penyiasat-penyiasat SPRM atau PDRM lagi. Kita manusia, ada tahap kesabaran, kalau main-main dan menyusahkan orang dalam siasatan, itu namanya cari pasal. Tak tahulah kalau orang dari Pakatan Rakyat boleh bersabar jika dipermainkan oleh orang hingga terganggu kerja dan kehidupan anda semua. Tapi kalau dilihat penasihat PKR sendiri, baru orang cuba nak dedahkan salah laku beliau, terus saman, kata boleh sabar, apa ini? Cakap tak serupa bikin. Fikirkanlah tulisan saya ini sedalam-dalamnya. Sekian, terima kasih.

    Reply

  14. 14 Mohamad Nov 27th, 2009 at 2:33 pm

    Mengkritik untuk kecemerlangan negara itu tak apa, kalau mengkritik perkara yang merapu dan menyebarkan perkara palsu serta menghasut rakyat supaya menentang kerajaan Barisan Nasional yang sudah terbukti kecemerlangannya, apakah ini semua? Di Sabah, penduduk di Pantai Timur Sabah, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau menghadapi krisis bekalan elektrik, bila kerajaan hendak buat stesen janakuasa arang batu terus tentang, merosakkan alam sekitarlah, mencemarkan lautlah, mengainaya binatang liarlah, itulah inilah, apa ini? Apa yang dimerapukan oleh Pakatan Rakyat di Sabah ini? Kerajaan telah membuat perancangan dengan teliti berkaitan perkara berkenaan, tetapi penerangan kerajaan negeri sabah tidak diendahkan oleh Adun-Adun serta pemimpin dan peminat-peminat Pakatan Rakyat di Sabah kerana mereka sombong dan merasakan mereka lebih pandai dari orang lain. Bila mereka bagi cadangan, semua cadangan yang lagi merosakkan alam sekitar berbanding membina stesen janakuasa arang batu, ada bagi cadangan bina stesen tenaga solarlah, salurkan elektrik dari Kimanislah, buat stesen geotermalah, buat stesen ombaklah dan macam-macam lagi. Buat makluman anda dan semua peminat Pakatan Rakyat, jika dibuat stesen solar, kita memerlukan kawasan yang luas untuk menempatkan panel-panel solar yang mencerap tenaga dari cahaya matahari untuk menjana turbin stesen solar berkenaan. Panel solar itu bukan satu panel sahaja, kena guna beratus-ratus atau mungkin beribu panel solar bergantung kepada kapasiti tenaga yang hendak kita jana. Sebuah panel itu bukannya sebesar kotak mancis,kecil-kecil pun sebesar almari 4 pintu, itu kecil kalau besar kontena satu panel, berapa puluh atau ratus ekar tanah diperlukan untuk tempatkan panel-panel berkenaan. Berapa banyak hutan yang akan ditebang untuk tempatkan panel-panel berkenaan, berapa banyak pula haiwan liar yang akan kehilangan tempat tinggal? Fikirkah mereka berkenaan perkara ini?

    Berhubung cadangan salurkan elektrik dari stesen janakuasa gas asli yang akan dibina di Kimanis, kita perlu ada laluan untuk talian penghantar bekalan elektrik berkenaan, mungkin anda pernah tengok menara yang ada talian elektrik yang besar dang banyak merentang di sana sini. Kena ada laluan untuk talian berkenaan, kita kena tebang hutan untuk bina laluannya, selain itu jika melalui kampung, mungkin akan berlaku pertikaian dengan penduduk kampung yang enggan berpindah seperti yang terjadi di Sg. Samak dan Sg. Terentang di Selangor. Ini kerana laluan talian penghantar bekalan elektrik berkenaan bukan boleh dibuat sesuka hati kena mengikut prosedur yang betul. Jika dari Kimanis ke Pantai Timur Sabah, laluan talian penghantar elektrik itu akan memasuki Taman Negara Banjaran Crocker, ekosistem di Taman Negara Banjaran Crocker akan terganggu. Saya percaya kalau kerajaan negeri sabah mengikut kehendak cadangan ini, mesti kerajaan negeri sabah akan dihentam tidak prihatin kepada alam sekitar, penduduk, merosakkan taman negara dan macam-macam lagi, adakah ini perangkap yang hendak menjerat kerajaan negeri sabah? Minta maaf, kerajaan negeri sabah bukan ditadbir oleh orang yang tidak berpelajaran dan berpendidikan, mereka tahu yang mana baik dan buruk.

    Berkenaan stesen ombak, kawasan di Sabah mempunyai pantai yang berbatu karang, selain itu, stesen yang hendak dibina hendaklah mempunyai alunan ombak yang kuat untuk menggerakkan turbin janakuasa, tempat yang sesuai hendaklah dipilih. Bukannya boleh dibuat sesuka hati, kalau dibuat di kawasan berbatu karang akan dikatakan tak prihatin pada keindahan laut, kalau dibuat jauh di utara daerah labuk dan sugut, nanti dikatakan bodoh dan tolol, tak berfikir sebelum buat, ini lagi satu perangkap Pakatan Rakyat.

    Berhubung dengan stesen geoterma, kita kena cari kawasan yang dapat membekalkan bekalan gieser (mata air panas) yang mencukupi, ada yang cadangkan di Poring, Ranau. Memang situ ada kolam air panas, tapi jumlahnya kecil tambahan pula ia adalah kawasan rekrasi dan berhampiran dengan Taman Negara Kinabalu, nanti kalau dibuat disitu dituduh merampas tempat rekreasi dan mencemarkan Taman Negara Kinabalu pula.

    Anda boleh lihat dan fikirkan penerangan saya di atas dengan fikiran yang bersih untuk mendapatkan kesedaran. Kerajaan Barisan Nasional berbuat sesuatu selepas bertungkus lumus dan memerah otak habis-habisan sebelum membuat keputusan kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, satu sudut pandangan yang nampak baik, kita perlu lihat 9 sudut lain yang boleh menjahanamkan kita, begitu juga satu sudut pandangan yang kita nampak buruk, tetapi 9 sudut pandangan lain memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada kita. Saya berharap anda membaca dan menganalisis tulisan saya berdasarkan falsafah sudut yang saya terangkan di atas supaya anda tidak bias dan tertipu oleh bias anda itu. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    simamat ni,

    Nampak dari fantasi bukan realiti,lurus bendul simamat ni hanya yg baik dr BN saja disanjung,yg buruk berpekong dibandess,apalah mamat ni sempit pemandangan mcm 3katak tu,senang ditipu kalau semua jenis otak mcm mamat ni alamat BN menang lagi pru13 sondol betul….

    Apa yg kau merepekni mamat kau ni dlm ketogeri sederhana memandangkan artikal dan bahasa yg digunakan,cerita stesen letrik zaman haris salleh berbagai alasan kerajaan nak menghindar,buka kajian kenapa hal ini berlaku,mulalah tipu rakyat….masuuuk2….taktik ini taktik rimba mamat…

    Reply

  15. 15 Mohamad Nov 27th, 2009 at 3:38 pm

    Perbuatan maki hamun, mencaci, mencera dan bertindak kasar bukanlah ajaran Islam. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri, bila dicaci maki dan dihina serta dituduh gila kerana menyebarkan agama Islam, baginda tidak tumbuk atau mencaci maki orang berkenaan balik. Perbuatan Nabi Muhammad S.A.W ini menujukkan bahawa dalam Islam, kita kena berlemah lembut dalam setiap perkara supaya musuh-musuh Islam yang hatinya seperti batu akan cair seperti air batu yang diletakkan di tengah panas. Jika dilihat tingkah laku ganas sebahagian umat Islam yang ekstrem dengan melakukan pengeboman berani mati, menculik orang bukan Islam dan menuntut wang tebusan, bertelagah sesama sendiri untuk merebut kuasa, telah memberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada musuh-musuh Islam untuk mempermainkan agama Islam dan memerangkap penganut Islam yang tipis imannya menyertai mereka. Saya tahu masalah di negara-negara yang terlibat dengan pengebom berani mati, menculik orang bukan Islam untuk tebusan dan bertelagah demi kuasa politik itu, tetapi apa yang menghairankan saya bila pengeboman berani mati dilakukan jumlah korban orang Islam jika dibandingkan sasaran musuh Islam itu umpama satu musuh Islam terkorban tetapi 100 umat Islam lain yang tidak berdosa turut sama-sama terkorban pada masa yang sama. Kemudian, mengapa diculik orang bukan Islam yang tak bersalah demi wang tebusan, tindakan ini seperti tindakan penjenayah, berdosa berbuat demikian. Selain itu bertelagah sesama umat Islam demi kuasa, berbunuh-bunuh sesama Islam, adakah ini tuntutan agama Islam? Sudah tentu tidak. Pepatah melayu ada berkata, hanya lembah yang rendah boleh menakung air dan ular menyusur akar tidak hilang bisanya. Maksudnya jika anda tidak pernah dengar perkara ini ialah kalau kita merendah diri, kita akan disegani oleh orang lain yang malu untuk bertindak sombong atau angkuh pada kita.

    Saya mencadangkan Pakatan Rakyat daripada bertelagah sesama rakyat, lebih baik berganding bahu dengan kerajaan Barisan Nasional untuk membantu orang-orang yang kurang berkemampuan atau tertindas di negara-negara lain, tak semestinya orang Islam sahaja, orang bukan Islam pun kita perlu bantu juga, ini kerana mereka juga manusia macam kita juga, selain itu supaya mereka dapat menghayati kebaikan dan ketinggian nilai Islam, moga-moga mereka mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan terselamat di dunia dan di akhirat. Setiap perkara yang dibuat dengan ikhlas akan dapat dua perkara, pertama, pahala dari Allah Taala dan keduanya ialah sanjungan dan pujian dari orang. Jika kita tidak ikhlas dan buat untuk dapat sanjungan dan pujian, maka pujian dan sanjungan itu sahajalah yang kita dapat, tetapi Allah Taala tidak memandang langsung perbuatan kita itu, apatah lagi untuk memberi pahala kepada kita. Adalah lagi buruk jika kita berbuat sesuatu untuk menjatuhkan maruah dan harga diri orang lain, lebih-lebih lagi fitnah, bukan sahaja dibenci oleh Allah Taala, tetapi kita akan dapat dosa dan azab yang pedih di akhirat kelak. Sekian, terima kasih.

    Reply

  16. 16 Mohamad Nov 30th, 2009 at 11:39 am

    Kepada Saifulbuntut dan Lembing Tumpul, saya merasakan anda dari golongan belia atau golongan muda yang mudah panas darahnya bila berdepan dengan sesuatu yang mencabar anda. Itulah sebabnya anda terus menghentam saya bila saya mengemukakan komen yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Orang yang sudah berumur atau matang akan berfikir dahulu bebarapa kali bukan setakat dua kali sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Anda golongan muda yang hidup dengan pelbagai kemewahan dan keamanan yang anda kecapi hasil daripada jerih payah golongan berumur yang bermati-matian berjuang untuk mengahasilkan apa yang dinikmati oleh anda sekarang. Oleh kerana tidak merasa jerih payah dan penderitaan, anda bersikap tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu. Tingkah laku ini adalah bahaya, tetapi ia telah menjadi wabak dan barah yang menjangkiti golongan muda kita kini. Mudah terikut-ikut dengan tingkahlaku luar yang tidak sesuai dengan budaya timur kita. Jika masih tidak sedar diri, tidak mustahil negara kita akan menjadi kerbau dicucuk hidung oleh negara-negara lain kerana dipimpin oleh orang yang tidak berwibawa dan berjiwa penakut selepas pemimpin-pemimpin yang ada ketika ini sudah tiada lagi didunia ini atau tidak berkuasa lagi.

    Memang saya bersikap sederhana dalam hal politik ini, bukan politik sahaja, hal-hal lain pun sama juga. Apa yang betul, maka kita kena terima sebagai betul, jangan pula membangkang sebagai salah. Begitu juga jika perkara itu salah, kita kena terima sebagai salah, jangan membangkang sebagai betul, jika begitu, orang yang membangkang itu mungkin ada masalah dengan fikirannya dan perlu berjumpa dengan pakar sakit jiwa. Dalam setiap tindakan, kita perlulah mengetahu apa yang kita hendak buat, bagaimana kita hendak buat dan kita perlu tahu apa kesan dan akibat tindakan kita itu terhadap diri sendiri dan pihak lain supaya tiada malapetaka yang menimpa kita atau pihak lain. Saya menasihatkan anda berdua supaya berhati-hati dalam tindakan supaya tidak terjerumus dalam kancah bahaya, bukan itu sahaja anda juga mungkin menyeret orang lain sama terhumban ke kancah bahaya berkenaan disebabkan tindakan salah anda.

    Berkaitan pilihanraya, ia melibatkan pentadbiran negara selama lima tahun (maksimum), kita perlu berfikiran dengan jelas dalam tindakan kita supaya kita tidak terpedaya dengan pihak-pihak yang suka bermuka-muka dan suka mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Kita perlu berwaspada dengan tingkah laku orang-orang yang berpura-pura berkenaan. Fikirkan dengan fikiran yang bersih supaya anda lebih rasional, kalau bertindak melulu, anda bertindak tidak rasional hingga bertindak dan mengambil tindakan yang salah. Sekian, terima kasih.

    Reply

  17. 17 Mohamad Dec 1st, 2009 at 8:00 am

    Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat adalah negeri kelas satu konon. Apa yang dibuat oleh DAP di Perak semasa Kovensyen Ke-15 DAP Perak semalam? Negeri kelas satu atau negeri budak darjah satu? Apa ini, pijak-pijak gambar orang? Tiada adabkah? Bukan saja pijak-pijak gambar orang, malah ada main lompat-lompat lagi, apa ini semua? Inikah sikap kelas satu? Ini bukan sikap kelas satu, tapi kelas tepi jalan. Pepatah ada mengatakan jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Sebab itulah peminat-peminat Pakatan Rakyat suka berdemontrasi dan bertindak ganas semasa pilihanraya, pemimpin-pemimpinnya bertingkah laku buruk, apatah lagi penyokong setia yang terlalu taksub. Jangan taksub membuta tuli, pemimpin Pakatan Rakyat dapat kuasa dan gunakan sesuka hati, dapat elaun wakil rakyat lagi, tapi peminat-peminat setia Pakatan Rakyat yang taksub dapat apa, kena tangkap sebab demontrasi dan bertindak ganas semasa pilihanraya adalah. Penyokong kena penjara, sebab dijadikan alat oleh pemimpin. Sedarlah anda semua. Sekian, terima kasih.

    Reply

  18. 18 Mohamad Dec 1st, 2009 at 10:44 am

    Untuk kemajuan negara kita yang tercinta, sokonglah Parti Barisan Nasional yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Sama-samalah kita bersatu padu sebagai rakyat Malaysia untuk membangunkan Malaysia yang kita cintai ini. Elakkan diri kita dengan tingkah laku yang boleh mencemarkan nama baik negara kita hingga boleh membantutkan pembangunan negara. Jika pembangunan negara tergendala, yang susah rakyat juga, begitu juga pemimpin negara yang pening kepala bertungkus lumus mencari jalan untuk membangunkan negara. Jangan terpedaya dengan helah pihak yang tamakkan kuasa hingga sanggup memperjudikan rakyat dan negara demi cita-cita peribadi mereka yang rakus.

    Kepada rakyat Malaysia yang dihormati, anda boleh menilai sendiri situasi pada masa lalu dan pada masa kini, jika Parti Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO itu zalim, negara kita tidak akan menjadi seperti sekarang ini, maju dan sejahtera. Pemimpin-pemimpin kaum dalam komponen Barisan Nasional, berfikiran jauh dan berfikir berdasarkan kenyataan yang wujud. Pembangunan negara kini sedang menghadapi cabaran, pemimpin-pemimpin negara kita bertungkus lumus dan bermati-matian mencari jalan dan berusaha untuk memulihkan ekonomi negara kita. Marila kita sama-sama bersama pemimpin-pemimpin kita berjuang demi agama, bangsa dan negara kita yang tercinta ini. Jika kita masih berbalah dalam hal-hal yang merapu dan tidak berfaedah, maka sia-sialah usaha gigih pemimpin-pemimpin dan generasi terdahulu yang berjuang bermati-matian untuk memerdekakan negara, berjuang untuk memakmurkan negara, berjuang untuk memartabatkan agama dan bangsa kita. Meskipun kita berbeza dari segi kaum tetapi kita adalah satu bangsa, Bangsa Malaysia. Pada 31 Ogos 1957, kita adalah Bangsa Tanah Melayu, meskipun orang itu, cina, india atau melayu, kita adalah Bangsa Tanah Melayu, kemudian dengan penerimaan Sabah dan Sarawak menjadi keluarga kepada Persekutuan Tanah Melayu, yang mewujudkan Malaysia pada 16 September 1963, kita telah menjadi Bangsa Malaysia, lihatlah pengorbanan generasi terdahulu yang sanggup berkongsi kesenangan dan kesusahan demi kemakmuran generasi kini.

    Kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa dan agama kita, marilah kita sama-sama bersatu hati dan penuh semangat untuk mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Jika kita terus berbalah, kita akan berpecah, Persekutuan Malaysia yang kita cintai ini mungkin akan menjadi seperti Persekutuan Yugoslavia, menjadi sejarah. Lihatlah, sekarang Persekutuan Yugoslavia menjadi sejarah, tiada lagi Persekutuan Yugoslavia, tetapi telah berpecah kepada Serbia, Croatia, Kosovo, Slovenia, Montenegro dan Bosnia Herzegovina. Malahan Bosnia Herzegovina sendiri terpecah kepada dua, Persekutuan Bosnia Herzegovina yang dikuasai oleh etnik Bosniak dan Croat, dan Republik Srpska yang dikuasai oleh etnik Serb. Mengapa terjadinya peristiwa ini? Ianya kerana sikap perkauman, sikap keetnikan yang melampau, begitu juga sikap tamak kuasa dan harta hingga sanggup menindas orang lain. Kesannya, negeri-negeri Persekutuan Yugoslavia berpecah menjadi negara-negara merdeka yang bebas tetapi lebih kecil dari segi saiz, kekuatan tentera, kekuatan ekonomi, bilangan penduduk berbanding semasa dalam Persekutuan Yugoslavia dahulu. Kita hendaklah insaf dan mengambil iktibar dari perkara ini. Di Persekutuan Yugoslavia, sebelum Slobodan Milosevic berkuasa, ia dipimpin oleh Josep Tito, seorang etnik Croat, tetapi semasa Presiden Josep Tito mentadbir, beliau mentadbir dengan berhemah, tidak seperti Presiden Slobodan Milosevic yang terlalu memihak kepada etnik Serb, ditambahlagi pelampau seperti Ratko Mladic dan Radovan Karadzic yang suka membangkitkan api perkauman hingga mencetuskan perang saudara di Persekutuan Yugoslavia. Sikap sesetengah pihak yang gemar mencetuskan sensitiviti perkauman hendaklah dihalang, jangan terpengaruh dengan tindakan sedemikian kerana ia akan memusnahkan keamanan dan kemakmuran negara Malaysia yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

  19. 19 Mohamad Dec 1st, 2009 at 12:25 pm

    Why you always moderate my comment? you should moderate your behavior, be fair, dont act like chameleon. Comment form Pakatan Rakyat fan must be filter by the moderator, most of them like insult, scold, and act disbehavior to comment which not support Pakatan Rakyat with malicious word. You should think what I have written in this blog, don’t lie yourself, don’t act like a buffalo which drag everywhere eventhough you not agree with that. Thank you.

    Reply

  20. 20 Mohamad Dec 1st, 2009 at 12:30 pm

    Apakah Pakatan Rakyat telah gelabah dan ketakutan bila tingkah laku buruk anda dibongkar sampai padam komen dari pengunjung blog ini. Kalau nak padam dan hanya nak komen yang menyedapkan hati anda, lebih baik tak payah buat blog, kalau tak dapat terima pandangan, itu kuku besi namanya. Kalau nak buat blog juga, buat tanda besar-besar, “Sila Komen Perkara Yang Baik Sahaja, Kalau Ada Yang Salah, Buat-Buat Tak Tahu”. Sekian, terima kasih.

    Reply

  21. 21 zaman Mar 9th, 2010 at 4:23 am

    Dulu saya simpan gambar anwar yang ditangkap bersama saya dan gantung di dinding office. Walaupun dikutuk teruk oleh rakan, namun saya tetap yakin dengan perjuangan reformasi yang dicanangkan.

    Namun kini, kepercayaan saya makin berkurangan. Puncanya, bila PKR menang, saya mengalami satu masalah malang yang perlukan bantuan. Malangnya, PKR hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang bantuan walaupun saya telah mengirim banyak email dan surat memohon sedikit bantuan.

    Sifat lepas tangan tersebut amat mendukacitakan saya yang selama ini ikhlas menyokong. Bukan mengada-ngada, tetapi sekurang-kurangnya datanglah bertemu untuk bertanya masalah yang dikemukakan, dan bukan hanya menyorok bawah selimut.

    Kata nak berkhidmat untuk rakyat? Kalau malas, baik berundur sahaja… itu lebih baik daripada menjadi kura-kura yang selalu menyorokkan kepala dalam sarung!

    Saya berkata begini bukan hanya untuk PKR, tetapi untuk UMNO juga terutamanya Najib yang menjadi pelakon utamanya. Jangan sebut 1 Malaysia jika rakyat masih terabai dan bantuan liat untuk disampaikan.

    Akhir kata, politik memang kotor dan semuanya tak berhati perut….

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Anwar: Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika PR Tonjol Pentadbiran Cemerlang at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 22nd, 2009 at 5:06 am
  2. 2 Husam Musa dan Aziz Bari di program IKD « Tok Wan Pingback on Nov 22nd, 2009 at 3:22 pm

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
11 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
21 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
24 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30