20
Nov
09

Permuafakatan Yang Jelas

Pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin. Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat Perubahan.

Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat. Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing.

Perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada umno-barisan nasional. Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia. Tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain. Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu.

ANWAR IBRAHIM


24 Responses to “Permuafakatan Yang Jelas”


  1. 1 Dr. Arshad Arif Din Nov 20th, 2009 at 10:35 am

    Inilah dia masa depan baru Malaysia tanahair tercinta.

    Ingat para pembaca,

    Kita hanya ada peluang ini sekali saja untuk membawa perubahan.

    Tolonglah jangan sia-siakan.

    Ini demi masa depan kita bersama.

    Teruskanlah menyokong Pakatan Rakyat.

    Mungkin kelihatan lebih mudah untuk berputus asa. Tapi jangan. Kukuhkan pendirian dan kekuatan dalam diri.

    Ajaklah sahabat-sahabat dan keluarga lain yang mungkin tidak mempunyai pendapat politik, yang ‘atas pagar’, serulah mereka dengan sebaik-baiknya dengan menunjukkan bahawa keadilan dan kebaikan perlu ditegakkan di negara kita yang amat memerlukannya.

    Reply

    a7 Reply:

    Salam DSAI,

    Utk mengatasi parti lawan, hendaklah kita lebih bijak dan lebih berkeupayaan dari mereka. Keupayaan yang dimaksudkan termasuklah memiliki lebih ramai melayu, bumiputra dan lain2 kaum (cina dan india) utk menyertai PAS-Keadilan-DAP.

    Di samping itu, jentera penerangan PR hendaklah diperhebatkan agar dapat menyampaikan maklumat yang sewajarnya kpd seluruh rakyat. Ini bg memastikan PR dapat menangkis segala tuduhan, tohmahan dan fitnah2 yg tidak berasas yg digembar2 gemburkan oleh media2 perdana.

    Utk persiapan bg menghadapi GE13, PR bukan shj memerlukan sumber kewangan yg cukup, malah tenaga manusia yang berpendidikan dan berkemahiran. Ini termasuklah di kalangan mereka yang tahu dan mahir selok belok undang2, teknologi IT, ahli motivasi dan pemidato2 yg bertenaga spt Dato’ Seri.

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat berjaya. Pasti semangat muafakat dlm PR terus utuh dan jangan endahkan tuduhan2 dari media perdana yang sentiasa berusahan tanpa putus utk memecah belahkan PR.

    Sekian, wasalam.

    Reply

  2. 2 Intan Sakinah Nov 20th, 2009 at 12:05 pm

    Saya setuju pandangan DSAI. Ibarat tulang, isi dan kulit; zarahnya tak sama tapi bila berpegang kepada kebenaran dan muafakat; jadi bersatu mereka ! Maka, banyaklah manfaatnya bila bersatu !

    Reply

  3. 3 ZIK Nov 20th, 2009 at 12:17 pm

    Tidak ada mana satu pun kerajaan Zalim di dunia ini akan kekal selama2nya hatta Empayar Rom,, mahupun Empayar Islam sendiri pun..kerana itulah hakikatnya..kezaliman dan penindasana akan ada penghujung..cuma harapan rakyat penghujung kezaliman dan kebatilan itu pada PRU 13 dan bukan 5O tahun lagi!!!!!!

    Reply

  4. 4 zik Nov 20th, 2009 at 12:26 pm

    Adnan Ibrahim: Menteri Besar Kelantan kais pagi makan pagi

    on Nov20Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.

    Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

    Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.

    Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.

    Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.

    Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?

    (Gambar: TG Nik Aziz tidak mempunyai harta…apa orang akan percaya tetapi itulah realiti sehingga tidak boleh menunaikan haji tahun ini.)

    Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa TG Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

    Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa TG Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

    Boros sangat TG Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.

    Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.

    Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.

    Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.

    Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.

    Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.

    Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun TG Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: “Tang tu juga.”

    Apakah orang seperti TG Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: “Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM.”

    Dilihat dengan mata kasar memang TG Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Ini jiwa besar yang ada pada TG Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: “Kesian orang miskin.”

    Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.

    (Gambar: Rumah TG Nik Aziz di Pulau Melaka tidak sama dengan rumah para menteri besar BN walaupun sudah 19 tahun menjadi MB)

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan TG Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.

    Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan TG Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta TG Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.

    Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja TG Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.

    Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana TG Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.

    Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.

    Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.

    Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?

    Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis ‘pentaerythritol tetranitrate’ (PETN) dan ‘cyclotrimethylene trinitramine’ (RDX) tergolong dalam kumpulan ’secondary explosive’, digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.

    http://nanbinjai.blogspot.com

    ZIK: Byk yg pemimpin2 PAKATAN yg masih boleh belajar dari TGNA…contohnya rakyat tidak lihat TGNA sebagi pempin PAS semata2 tetapi pemimpin seluruh rakyat Malaysia tidak kira Islam, Kristian, Budhha, Hindu , Sikh atau dsbnya..DSAI pun sebegitu..merekalah inilah patut dicontohi semua…

    Reply

  5. 5 reformasi Nov 20th, 2009 at 1:38 pm

    salam hormat kepada dsai, saya rasa lega dengan perkembangan terbaru pakatan rakyat.mendaftar pakatan rakyat sebagai parti politik membawa nafas baru kepada rakyat malaysia.baru baru ini dsai bertegas kepada semua pemimpin pkr supaya bersungguh sungguh dalam perjuangan amat tepat masanya. saya harap dsai terus pantau perkembangan dalam parti dan kerap adakan sidang akhbar dan maklum kepada rakyat perjuangan parti dan masa depan program pakatan.

    Reply

    adli Reply:

    Jangan nak harap pemimpin atau dsai je yang nak buat kerja.kitapun kenalah buat jugak baru betul. ini tidak, yang kita tahu hanyalah jemput dsai ceramah, pastu bila dsai datang kita punyalah bangga sampai kembang hidung!!!! konon nak tunjuklah yang dsai rapat ngan kita..podah

    elok selesai ceramah , kita pun dok balik kedai kopi tanpa ada gerakkerja.pastu nak salahkan pemimpin gak ke?

    Reply

    raiz satay Reply:

    betul tu bro, gua setuju ngan lu. gua dah jemu tahap gaban dah tengok perangai dorang ni.

    Reply

  6. 6 tiger woods Nov 20th, 2009 at 1:56 pm

    Dear Yb,

    1.We are hopeful that Pakatan Rakyat will change as BEST as possible.Selangor contribute
    the biggest GDP and is seen to lead the change.

    2.The five states(now four)was won because of your genius.Now we view you as having the
    influence for that change particularly in Selangor.That is beginning to unravel as not
    true.

    3.There was suppose to be billions of investments in Selangor.You said there are less
    beuracracy,middle east investments and wipe out corruption.These are not true.The sand
    issue and the way tender are awarded are as corrupt as BNs.

    4.The effect is the more you talk,we feel the more you are making fun of us.Hate to say
    this but our hearts feel dissapointed and disheartened.The more ‘panglima’ you behave
    when you speak,the more we feel like you are laughing inside.

    5.Those that ‘terjun’to join your ‘perjuangan’ may feel dissapointed.As you say,one cant
    lie to everyone all the time.Yes,poetry are chosen pearls painted in words but where
    is the delivery?

    6.How can you support the Talam issue?That is clearly ‘book value’ to mitigate deficit
    in last year’s spending.

    7.A membership card of PKR has been issued.Cant those with the cards get discount to buy
    fruits and vegetables from PKPS or at Pakatan controlled commercial establishment?
    More will join PKR too this way.

    8.Makan hati is when our kids cant afford tuition and our parents hurt by your empty
    promises.

    9.In the meantime,PM is delivering his promises everyday.

    10.Pls deliver,YB.

    Birdie.

    Reply

    ok@haha.mai Reply:

    Saya berkeyakinan isu yang dibawa oleh tiger woods lebih berbentuk “kekangan masa” ! Mungkin saudara terlalu segera meletakkan hajat sebelum tiba masa matang !

    Saya melihat DSAI tetap jujur. Setidak-tidaknya, anda masih diberi ruang menuduh DSAI “berjanji kosong” dalam blognya sendiri. Maka, anda tidak ditipu !

    Keyakinan yang ada kepada saya ialah pendusta sering berpura-pura. Sering berselindung dan mencorot ke belakang ! Sandarannya ialah alasan yang sengaja diada-adakan. Disamping itu, bacul untuk berdepan.

    Lain benar DSAI pada penglihatan saya. Bukan sahaja dia mahu berdepan tapi sanggup cabar untuk berdepan. Malangnya, yang selalu berpura-pura bacul ke hadapan ! Maka, saya berkeyakinan dia masih mampu berdiri teguh dan maju ke hadapan kerana prinsip benar yang sentiasa dipegang !

    Saya melihat DSAI dengan persepsi saya sendiri dan berkeyakinan demikian.

    Reply

    tiger woods Reply:

    salam,
    1. apa itu ertinya ‘kekangan masa’?
    2. saya bukan menuduh,bukti selangor mb tak dengar cakap dsai terlalu terang
    terang.zaid ibrahim pun sama dan sua pkr pun begitu.hasan ali pun sama.
    3. alasan yang sengaja diadakan bagaimana?tak faham
    4. kita bicara tentang membaiki prestasi pkr,pakatan dan cara delivery
    terbaik.bukan nak cabar sesiapa.prinsip dia benar tetapi pasir dicuri
    di selangor 1 juta rgt sehari,tender diberi di manipulasi oleh civil
    servant,rakyat muslim selangor marah dr abdullah yassin,majlis perbandaran
    kelam kabut tak nak kutip sampah,nak buat 1gb broadband di,seksyen 7
    i city,gila kah mb selangor?
    5. u wisel(wireless selangor)apa cerita?halal hub dengan orang dubai tinggal
    cerita aja?pkps dah tak berduit nak bayar gaji dan kdeb dah bayar puncak
    niaga hampir 100 juta duit simpanan kdeb.apa ni?
    6. pnsb selepas khairiyah apa cerita?orang ketawa sebab alam flora tak
    peduli sampah merata,pbt tak faham exco kerja kerajaan tempatan,bagaimana?
    7. memang dsai pandai ‘big picture’optiks(visionary)tetapi kenalah ada
    ACTION PLAN dan EXECUTION.
    8. prinsip memang betul…kena execute baru nampak hasil
    9. umno dan bn ketawa suka kita tak ada structure.
    10. jadi,bukan isu cabar mencabar atau prinsip,isu nya cakap tak serupa bikin.

    eagle

    Reply

    ok@haha.mai Reply:

    Apa cadangan, saudara ?

    tiger woods Reply:

    ..also just saw this at http://www.azminali.com and raja petra wrote:
    raja petra speaks….

    The talk in town is no longer, if Barisan Nasional dissolves the Perak State Assembly, whether Pakatan Rakyat can win enough seats to form the state government. It is, if Pakatan Rakyat dissolves the Selangor State Assembly, whether it can win enough seats to, again, form the state government.

    Perak is not really that big an issue because, in the first place, Pakatan Rakyat won a marginal number of seats there. That was why it was easy to topple the state government with a mere three state assemblypersons crossing over. So, if Pakatan Rakyat can’t win Perak that would come as no shock to most people. In Selangor, however, Pakatan Rakyat won a sizeable number of seats. That means if fresh state elections are held in Selangor there is no reason why Pakatan Rakyat can’t come back into power.

    Or can’t Pakatan Rakyat retain Selangor? That is what many are now asking. And this is because they are not so sure any longer. They feel that Selangor is not as sure-win as Pakatan Rakyat may think it is. The natives are restless and they are of the opinion that Selangor is not doing as great as they would like it to be.

    Basically, Selangor is not running as well as they had hoped. Corruption is still rampant. There is no change in the state administration compared to the days that Umno or Barisan Nasional ran the state. It is still the same shit, just different days.

    Businessmen, in particular the Chinese, still need to seek out the Umno warlords to get things done. Pakatan Rakyat may be officially running Selangor. But Umno decides what happens. And unless you make deals with the Umno warlords then nothing happens.

    The dog is not wagging the tail. The tail is wagging the dog. And only if Umno says it happens will it happen, never mind what the Pakatan Rakyat people at the top, the EXCO Members included, have to say. What Pakatan Rakyat says does not cut it as far as the state machinery is concerned. They take orders from the Umno warlords. And there are no two ways about it.

    Anwar Ibrahim has just been made the ‘economic adviser’ to the Selangor State Government, whatever that means. Why does Selangor need an adviser? It needs a CEO. In the days of the British Colonial Government before the Second World War, when the Sultans were the heads of state, Selangor had a British Adviser. Now we want to turn the clock back and appoint an adviser to the Selangor State Government like in the pre-war days. The only thing is we have exchanged a white skin for a brown skin.

    No, Selangor does not need an adviser. It needs a capable CEO. And Khalid Ibrahim is not quite the CEO that Selangor needs. So what do they go and do? Instead of replacing the CEO they go and appoint an adviser to hold the hands of the ineffective CEO.

    Some suspect the move to appoint Anwar the adviser to Selangor is the first step to eventually appoint Azmin Ali as the new Menteri Besar to replace Khalid. So, before Anwar can make his next move, they pre-empt it by trying to bring Azmin down. Thus that police report against Azmin as reported by Bernama above. They want Azmin dead in the water before Anwar can have visions of replacing Khalid with Azmin.

    Personally, I have no problems with Azmin taking over as the new Selangor Menteri Besar. At least he is vicious enough to break some heads. And many heads need to be broken to get the Selangor state machinery to toe the line and to stop all the sabotage. But there are many who shudder at the thought of Azmin taking over from Khalid. The party will surely end and Pakatan Rakyat will be able to restore order in the state machinery if Azmin takes over. Thus the move to neutralise Azmin with various allegations about what he did in another life.

    There is just too much rhetoric going on and people are getting very tired of all this rhetoric. They want to see some action. But there will be no action unless Anwar is prepared to grab the bull by the horns. It boggles the mind why in the first place Anwar appointed Khalid instead of Azmin as the Selangor Menteri Besar. Maybe it is because Azmin is too close to Anwar so he does not want to be accused of favouritism. But Selangor is too important a state. It is the jewel in the crown. Anwar should have thrown caution to the wind and gone ahead and appointed Azmin, and the critics be dammed.

    Khalid has to be brought into line. And if he can’t be brought into line then he has to be axed. That is the long and short of it. Appoint Azmin if need be. Azmin can’t be worse than Khalid. Khalid is making a mess of things that if they dissolved the Selangor State Assembly and called for fresh elections Pakatan Rakyat will be hard-pressed in retaining the state. That is the reality of the situation.

    Anwar has made many mistakes since 8 March 2008. We have talked about this so many times so we do not need to recap the issue. We are prepared to overlook these mistakes. We are prepared to forgive although we will never forget and will constantly remind Anwar about these mistakes. But unless Anwar corrects the biggest mistake of all, handing Selangor to someone not capable of doing the job, there is no way we are going to forgive him and the voters will demonstrate their displeasure come the next election when they give Selangor back to Barisan Nasional.

    The ball is now at Anwar’s feet. And he had better know which side of the field the goal is. Currently, he appears to be shooting the ball into his own goal. Or is this being done on purpose?

    Reply to this comment
    ..

  7. 7 pjsenoi Nov 20th, 2009 at 4:22 pm

    Kepada semua ahli terutama yang punya jawatan! bersatulah kalian semua jangan kerana hanya sedikit berbeda pendapat atau pandangan tidak diterima, kita semua merajuk dan bertindak yang bukan-bukan.

    Patuhlah pada amanah rakyat, manakala pemimpin peringkat cabang hendaklah bertindak selaku pemimpin yang berjiwa besar. Disiplinkan ahli serta perkukuhkan jentera peringkat akar umbi dan bukannya memperkudakan mereka sahaja. Hentikan segala perilaku yang menjurus kepada adu domba.Ingat! kalian harus melaksanakan perubahan itu terlebih dahulu keatas diri kalian dan barulah perubahan itu berjaya diterima masyarakat.

    tak guna kita berpidato berdegar-degar tetapi dibelakang kita hanya ada 40 orang sahaja.

    Reply

  8. 8 Boring Nov 20th, 2009 at 4:29 pm

    MUST CHANGED…TIME TO CHANGED !

    Reply

  9. 9 hmpdubumi Nov 20th, 2009 at 5:03 pm

    Saudara saudari seperjuangan semua,

    Berilah maklumat yang tepat kepada sahabat handai, saudara mara, jiran taulan dll. perkembangan besar ini, yang terkini.

    Tunjukkan dan beritahu kepada semua dari manakah maklumat yang tepat dan benar itu diperolehi.

    Boikot terus (cerai talak 3) terhadap akhbar-akhbar pencacai, saluran televisyen yang nyata ‘double standard’.

    YB DSAI, hamba di sini sentiasa bergerak bersama dalam mencapai tujuan memartabatkan bangsa Malaysia yang bermaruah di mata dunia.

    Letakkan Islaam pada tempatnya atas kapasiti sebagai khalifah di muka bumi’

    Wakaf Tapai
    Terengganu

    Reply

  10. 10 din2 Nov 20th, 2009 at 6:02 pm

    1 1malaysia semua 1negara kena tipu media bn

    Reply

  11. 11 SILENT MAJORITY GROUP Nov 20th, 2009 at 7:24 pm

    sdr anwar & penyokong2 PR:

    ada satu “rapist” telah cadangkan DR MAHATIR supaya menjadi
    SENIOR MINISTER dlm KABINET PM najib!

    so sekarang pihak PR AWAS…..kamu semua akan berdepan dgn MAHATIR!
    MAHATIR IS A POwERFUL MAN..DURING HIS REGIME HE CAN SACK THE
    LORD PRESIDENT!

    ALHAMDULLILAH DATUK ZAID(x MINISTER) TELAH MEMBERI BALIK MARUAH
    KPD TUN SALLEH & SENIOR JUDGES(YG STILL alive) YG DI BUANG
    SI TUA MAHATIR DENGAN MEMBAYAR WANG PAMPASAN MALU KPD MEREKA!

    DONT TAKE MAHATIR FOR GRANTED..THE SUCKER CAN STILL INFLUENCE
    PM NAJIB!

    SO all PR PEOPLE…GET READY TO FIGHT MAHATIR & HIS CRONIES!
    KEEP TRACK OF HIS MOVEMENT!

    HE ALREADY TOPPLED PAK LAH…
    NOW PR>>>>GET READY!

    Reply

  12. 12 PKR d great Nov 20th, 2009 at 8:12 pm

    DSAI, kami mengucapkan tahniah kerana dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor. Berdasarkan kepada rekod, kami percaya dan yakin, DSAI mampu menjana pelbagai aktiviti berasaskan ekonomi, sekaligus menaikkan lagi ekonomi Selangor. Namun begitu, kami tertanya-tanya, kenapakah DSAI memilih Selangor yang memang telah diketahui mempunyai pengurusan ekonomi yang mantap dan sistematik di bawah kendalian Tan Sri Khalid? Kenapa DSAI tidak memilih untuk menjadi penasihat ekonomi di Kedah, Pulau Pinang, dan negeri yang memiliki tahap ekonomi terendah di Malaysia iaitu Kelantan??? Kami berfikir adalah lebih elok kalau DSAI dapat berganding bahu dengan Datuk Nik Aziz bagi meningkatkan lagi ekonomi Kelantan daripada dirompak oleh BN.

    Reply

  13. 13 kopi kampung Nov 20th, 2009 at 8:58 pm

    bro anwar…

    teruskan perjuangan…rakyat akan sentiasa mendokong pada perjuangan kebenaran,keadilan dan mempertahankan hak rakyat….

    bravo…

    Reply

  14. 14 VEE JOHN Nov 21st, 2009 at 12:41 am

    Pada mulanya saya berpendapat PKR ataupun PR ini memanglah boleh kita harap2kan untuk 1Malaysia….Ternyata perlantikan Pengarusi Perhubungan PKR negeri Sabahpun Pucuk Kepimpinan PKR (Pusat) pun tidak boleh merungkai permasaalahan kami…….Macam mana mahu boleh menawan sebarang kerusi d negeri Sabah ini? Melantik dan menilai peribadi Kepimpinan yg betul pun DSAI,DSWA dan Azmin tidak boleh melihat dengan mata hati dan mata kasar laaa……….Pucuk kepimpinan PKR lebih rela memilih Permata daripada memilih Intan….Macam mana mau mentadbir sebuah Negara yg besar seperti Malaysia ini….

    Reply

    Intan Sakinah Reply:

    Pada pandangan saya, engkar keputusan pimpinan itulah masalah !

    Reply

  15. 15 besutboys Nov 21st, 2009 at 1:33 am

    kami semua akn menyokong penuh usaha DSAI utk sistem 2 parti
    menampakkan kesungguhan DSAI(Pakatan Rakyat)utk perubahan KEARAH MALAYSIA BARU
    teruskan…DSAI & Teman2 Pakatan Rakyat.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Permuafakatan Yang Jelas at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 20th, 2009 at 11:11 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
4 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
4 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
4 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @afifbahardin Rehat?ya sempat dimahkamah saja.Kesihatan dijaga doktor peribadi dirumah #fb
5 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30