Dari Khairul Hidayat
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.



















Tahniah buat Dato’ Seri. Walaupun ramai yg tersenarai saya merasakan juga layak dgn anugerah ini spt TG Nik Aziz, al-Shaikh al-Qaradawi, al-Shaikh Mish`aal, al-Shaikh `Aakif saya tak pasti ttg kelayakan mereka spt SIS dan pendokong Islam Liberal. On second thought, tidak pula disebutkan senarai ini membawa pengaruh positif atau negatif, jadi saya fahamlah kedudukannya yg ‘all in’. :)
Reply
storm62 Reply:
November 21st, 2009 at 2:47 am
eh…eh….Pak Lah (Islam Hadhari) duk tangga ke berapa?
Reply
Both Anwar Ibrahim and Tuan Guru Nik Abdul Aziz deserved the award. Congrats and best wishes. Please continue your struggle for the sake of Islam, the Malays, Malaysia and Malaysians. My doa for both of you, AMIN.
Reply
Tahniah DSAI & TGNAZ.
Feeder dengan Killer gitu.
Cayalah.
Reply
Well Done DSAI and Tok Guru…Islam for Peace.
Reply
Congratulations to DSAI and TGNA.lawan tetap lawan.
Reply
TAHNIAH TGNA & DSAI
Reply
Tahniah DSAI & TGNA ! Semoga bertambah maju azam dan sokongan !
Reply
Tok Guru Nik Aziz dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mmg layak diangkat sebagai pemimpin Islam di abad ini.
Reply
tahniah untuk DSAI,TGNA dan tak lupa untuk TDM jugee…
Reply
Taniah DSAI & TGNA, satu dunia tahu anda berdua adalah hebat dari segi pelbagai bidang tetapi malangnya rakyat malaysia dari kalangan penyokong BN masih lagi tidak menghargai subangaan & pengorbaan anda berdua kepada malaysia.
Pemimpin BN seharusnya sedar yang sekarang ini sudah tiba masanya untuk mereka ketepikan perbezaan fahamaan politik, mereka seharusnya menerima pandangaan dari semua pihak untuk menjadikan malaysia lebih maju.
DSAI mempunyai pengalamaan yang luas dalam bidang ekonomi manakala TGNA adalah seorang ulama yang tersohor di dunia islam ,apa salahnya sekiranya mereka berdua dilantik sebagai penasihat kepada Perdana Menteri.
Reply
Kedua2 mereka ini memang berilmu dan ikhlas serta konsistan dalam perjuangan menegakan keadilan
dibumi Allah ini, Semuga Allah memberi pertolongan dan hidayah kepada kita semua. Takbir!
Reply
nik aziz dan anwar – semua orang cakap cam tu ..
susah juge nak jadi pemimpin yang menyediakan diri mereka untuk perjuangan
tanpa mengira kepentingan apa yang mereka akan dapat ……..
malah mungkin seksaan atau cerca fitnah ….
susah nak jadi macam anwar ‘yang bagi’ matanya kena lebam …
atau yang 20 tahun jadi mb tak sapu harta tanah segala
sebaliknya mana nak cari mb minta anak menantu letak jawatan ..
Reply
salam tuan…
semoga Allah memberkati usaha murni kalian..
Reply
Mabrouk TG Nik Aziz dan DS Anwar Ibrahim…
Reply
ADA TAK TOKOH
Tersenarai Antara 500 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Dunia
YANG IKTIRAF ISLAM HIDARI????????
Reply
mabruk TGNA dan DSAI!!….malangnye ade puak yg x nampak atau buat2 xnampak usaha anda berdua…
semoga terus istiqamah..
Reply
Apa lagi ahli ahli UMNo. ALLAH sudah menanugerah pemimpin melayu yang akan membawa perubahan yang besar. Masih kah kamu mahukan melihat anak cucu kita melarat kerana pemimpin UMNO yang tidak tahu yang mana halal dan yang mana haram di mana zaman gila pemimpin yang baik di fitnah di aibkan yang jahat disanjung dipuja.
Reply
Tahniah DSAI & Tok guru mengharumkan nama Malaysia
Reply
tahniah dato seri anwar dn tok guru nik aziz
Reply
Rupanya Dr.M tersenarai jugak dalam 500 Tokok terkemuka. Maklumlah macam-mcam dia buat dulu….!
Reply
TUN MAHATHIR JUGA TERSENARAI
Reply
TAHNIAH!! shahrukh khan pun ada dalam senarai
Reply
Wajar sekali, tahniah
Reply
shahrukh khan pun tersenarai jugak
Reply
Congrates both of you..i m salute DSAI & TGNAz..
Reply
shah rukh khan yang bininya hindu, pakai salib besar masa buat pertunjukan dan mengaku pernah ikut sembahyang di kuil pun tersenarai, begitu juga zainah anwar yang mencerca ulama muktabar seperti ibnu taymiyyah juga disenarai. nampak sangat buku ini tak berkualiti dan sengaja nak memporak perandakan akidah islam. wallahualam
Reply
apa yang nak dibangakan dengan nama tersenarai .apa kelebihan kepada orang ramai serta masyarakat islam didalam dunia atau didalam negara sendiri ,Tiada apa yang mampu merika buat .Kalau kedudukan berasaskan politek membenci kerajaan serta kebodohan didalam negara islam baik tak payah.Lihatlah apa yang terjadi dinegara kita …..orang orang bukan islam terlalu kurang ajar …..salah siapakah ini ?.Kita serta kerajaan perlu bertindak berani serta mengambil tindakan keras kepada sesiapa juga yang secara terang terang memusuhi islam .Sudah terang lagi bersuluh DAP serta parti parti didalam BN sendiri bermain sindiwara didalam perkara ini.Yang menjadi mangsanya dan yang menerima akibatnya adalah orang orang islam sendiri .Merika yang membuat provokasi dahulu , tentu saja orang orang islam marah dan melakukan sesatu …..disini kita lihat matalamat dan objiktif probokasi terhadap orang orang islam sudah berjaya …..dimana kita dilihat ekstrim.dan ganas .
Nasihat saya kepada saudaea anwar serta nik aziz agar berhati hati bila berpolitek….anda semua boleh berpolitek tapi jangan gadai maruah ugama serta negara ini …..negara ini negara islam …dan orang orang bukan islam boleh hidup aman damai denganorang orang islam.Jangan melampau batas .Undang undang bukan segalanya bila hati dah marah ingat pesan orang orang tua buat baik berpada pada jangan sampai dipijak kepala .
Reply