19
Nov
09

Pendedahan Siong Politik Najib

Dari Perak Express

Oleh Hasmi Hashim

Beginilah saya tuliskan gelora hati; saya bacakan ke hadapan anak-anak zaman; hendaknya mencetuskan keinsafan; jadi azimat; jadi semboyan yang bergema di lubuk sanubari; apabila hari ini yakin saya rasakan, betapa telah “Sempurnalah Sebuah Kejahatan”:

Maka sempurnalah
Makna sebuah kejahatan
Pemerintah ganas bersiong tajam
Tidakkah kita mendengar?
Bertempek
Gegak gempita
Serigala dan tuannya
Bergema di gedung kekuasaan.

Dipenjara
Dipukul
Diterajang di gelap sel keseorangan
Tangan bergari tak bisa bertahan
Ditelanjangi
Diaibkan anak-isteri
Fitnah jadi senda gurau
Merampas, meragut, membunuh, tapi
Tetap sahaja tertawa riang.

Telah,
Sempurnalah sebuah kejahatan
Tatkala orang alim terhadang, untuk
Mengadap Tuhan

Hina-dinanya maruah yang diinjak di duli kaki kekuasaan.

Beruratkan keadilan
Bernadikan kebenaran
Menjelmalah kembali kuderatmu
Laksana gelombang tentera berkuda di kala malam, dan
Segagah manapun empayar keangkuhan
Takkan dapat tertahan-tahan.

Kita runtuhkan kejahatan
Jatuhkanlah segera hukuman
Keinsafan yang berseru ini
Tak dapat tertahan-tahan.

(HbH, PJ: 16 November 2009)

****

Selepas gelombang Reformasi 1998; sedekad berlalu, buat pertama kalinya Perdana Menteri Ke-6, Najib Razak bakal menyaksikan penentangan rakyat terhadapnya bermula. Politik ganas bersulam tipu-daya, mulai disedari umum kini; nan lebih ganas daripada mana-mana pemimpin Asia mutakhir, malah, tidak pernah berlaku waima di bawah rejim kuku besi Dr Mahathir Mohammad sekalipun.

Wajar kita akui, brutaliti dan penindasan sedikit mereda sepanjang tempoh Abdullah Badawi menjadi PM. Hanya itulah pilihan yang Abdullah ada selepas prestasi demokrasi dan imej buruk warisan PM sebelumnya. Tapi, Najib bukan Abdullah. Najib bukan juga Dr Mahathir.

Paras lembut hanya ‘hiasan’ apabila muncul di kaca TV dan akhbar ~ itupun dengan bayaran RM20 juta kepada APCO Worldwide, sebuah syarikat perundingan awam Yahudi yang berpengkalan di Amerika; yang segera dibayar untuk berkhidmat khusus kepada Najib. Namun, itu semua belum tentu mampu menutup pekung dan politik bertaring tajam yang sering cuba Najib sembunyikan.

Abdullah, dapat Najib persenda begitu sahaja agar segera berambus keluar dari pejabat PM. Prestasi hambar BN dijadikan mata pisau tajam mengelar dan mengakhiri karier politik Abdullah di pusara yang muram; sedangkan tanggungjawab mengemudi pilihanraya lazimnya terpikul oleh orang nombor dua. Dalam pilihanraya umum lalu, orang nombor dua itu, timbalan Abdullah, tak lain adalah Najib sendiri.

Nah! Dalam kata mudah, memang ada tanda di mana Najib mensabotaj Abdullah ~ Abdullah laksana “si bujang tidak berteman”, terkapai-kapai keseorangan. Hanya, Najib juga tidaklah menyangka sehingga sebegini banyak kerusi yang hilang di pihak BN; seketika tertelan air liur apabila menyedari BN turut terlepas dua negeri perindustrian strategik, Selangor dan Pulau Pinang.

Tapi bagi kelompok Najib, tak mengapa, kalau itulah harga yang perlu dibayar demi melempar Abdullah ke luar pagar Putrajaya, maka ‘langsaikan’ sahaja ~ bernasib baik juga mereka belum putus nyawa di peringkat federal. Bagi mereka, itulah yang penting! Di sinilah peranan dan ‘khidmat’ Dr Mahathir seketika pernah digunakan kembali. Kelihatan sepanjang menjelang pilihanraya umum ke-12, bahkan sepanjang tempoh kempen, Dr Mahathir seolah-olah ‘berkempen’ untuk oposisi. Seolah-olah…

Objektif pun tercapai! Menantu Abdullah, yang memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno sekalipun gagal menelaah dari sudut dan peringkat ini. Atau, tak berani…

Dia dengan bangga pula menyebutkan bahawa Najib memintanya “menguatkan kembali parti”; sementara Najib melantik anak Dr Mahathir yang kalah lawan menantu Abdullah, sebagai timbalan menteri. Betapa dangkalnya, sehingga begitu rupa bapa mertuanya diperlakukan, sumpah setia diikrarkan buat Najib. Alahai lemahnya! Sekali ini:

Tidakkah kita mendengar?
Bertempek
Gegak gempita
Serigala dan tuannya
Di gedung kekuasaan.

Rekod Najib naik takhta bukan hanya dengan tipu helah menikam dari belakang ketuanya sendiri, tetapi juga ketika hebohnya kes pembunuhan model Monggolia. Kes itu dikatakan terkait dengan Rosmah Mansor, isteri Najib. Kemudian, kematian Teoh Beng Hok, setiausaha seorang ADUN Selangor, memeranjatkan seluruh negara.

Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan hanya untuk menyiasat bidang tugas dan cara penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suruhanjaya itu bukan menjurus langsung kepada kematian anak muda berkenaan tetapi hanya kepada “soal-soal teknikal”. Licik sekali bukan?

Projek pertama Najib seraya menggenggam kuasa ialah menghalakan serbuan ke Perak. Rampasan kuasa pun dilakukan, berapa sahaja modalnya yang diperlukan pasukan khas itu, sebutkan~ sesuatu yang tak pernah terjadi dalam sejarah politik tanahair, pun berlaku.

Itu semua telah benar-benar mencemarkan ketulusan demokrasi. Tak kiralah budak suruhan mana yang dibayar untuk menjayakan “projek” itu; sehingga wujud laporan berlakunya ugutan dan penculikkan. Isteri dan anak-anak ‘orang yang hilang’, tidak tahu di mana suami atau ayah mereka berada… tiba-tiba muncul di dalam sidang media, bersama Najib. Politikkah ini?

Isu ugutan, isu penculikkan, juga berlaku ke atas beberapa orang melibatkan beberapa kes yang lain. Kerakusan rejim ini tak mengenal warna kulit. Penyiasat bebas, yang pernah membuat Akuan Bersumpah yang menggemparkan seluruh negara, tiba-tiba hilang, tak dapat dihubungi. Kemudian muncul semula dengan mengubah akuan sumpahnya, dan menarik balik mana-mana kenyataan yang melibatkan Najib mahupun Rosmah.

Ketiga: kita tak lupa kes yang menimpa Raja Petra Kamaruddin. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh pengendali portal Malaysia-today menyebabkan Petra terpaksa berhadapan dengan laluan mustahil mendapat pengadilan. Beliau nampaknya tak punya pilihan lain, kecuali menghilangkan diri demi keselamatannya, isteri dan keluarga.

‘Kejayaan’ Najib ialah beliau dapat belajar gaya politik Dr Mahathir ~ “matlamat membenarkan cara”. Pengkhianatan dilakukan kepada sesiapa sahaja, termasuk bos atau ketua sendiri. Abdullah adalah si malang itu: contoh yang ada.

Dr Mahathir bukannya tak tahu. Dia juga tahu semua file Najib, dan seperti biasa, file-file itu perlu disimpan untuk ‘tujuan lain’. Kalau tidak menurut perintah, bakal “ku bongkar semua.”

Serangan peribadi, yang langsung tak punya asas, hanya dek dendam kesumat, mula dilancarkan kepada Azmin Ali, Dr Wan Azizah Ismail, apatah lagi Anwar Ibrahim sebelum tiba giliran Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kesemua serangan tak lebih hanya isu yang sangat peribadi; daripada soal merekayasa fitnah liwat kali kedua, tuduhan “RM3 bilion”, mengungkit kerjaya isteri Azmin yang pernah bekerja dalam bidang jual-beli saham, sampai ‘rasuah’ naik haji. Tak wujud langsung soal dasar dan polisi; membicarakan soal kepentingan ekonomi dan rakyat.

Najib tahu erti kuasa adalah apabila beliau “berkuasa muthlak”, sepertimana Dr Mahathir dahulu. Tidak cukup hanya sekedar bergelar Perdana Menteri. Watak lain harus ditikam mati, dan memakai teori betapa “orang Melayu bodoh” dan “mudah lupa”.

Perlu dibentang semua peristiwa dan kes-kes tadi di selembar halaman agar benar-benar dapat tergambar gaya politik Umno-BN di bawah rejim Najib ~ nampaknya akan lebih tajam siongnya daripada rejim sebelum ini. Politik yang penuh tipu-daya ini sesungguhnya bukan sahaja membuang masa dan tak menguntungkan, malah akan menghancurkan seluruh tamadun bangsa. Kerana itulah ia cukup berbahaya.

Sepertimana rakyat pernah bangkit dahulu, sekali lagi kita perlu bangun melawan demi menyelamatkan bangsa dan umat. Ayuhlah kita lakukan sebelum terlambat!

Kita runtuhkan kejahatan
Jatuhkanlah segera hukuman
Keinsafan yang berseru ini
Tak dapat tertahan-tahan.


12 Responses to “Pendedahan Siong Politik Najib”


  1. 1 zehan Nov 19th, 2009 at 4:32 pm

    Cara tipu helah dan muslihat adalah cara British masuk dan menjajah negara. Malangnya rakyat tidak pernah belajar daripada sejarah. Kekayaan negara dikaut oleh segelintir warga yang tamak haloba. Jangan biarkan generasi akan datang mencemoh kita kerana kebodohan dan kealpaan kita sehingga tertipu buat kali kedua.

    Reply

  2. 2 zehan Nov 19th, 2009 at 4:47 pm

    Cara tipu daya dan muslihat adalah cara British masuk dan menjajah negara. Malangnya rakyat tidak belajar daripada sejarah. Kekayaan negara kini dikaut oleh segelintir warga yang tamak haloba. Jangan nanti kita dicemuh oleh generasi akan datang kerana tertipu buat kali kedua.

    Reply

  3. 3 Boring Nov 20th, 2009 at 2:48 am

    No Matter How Strong And Powerful A Person Or Party…Nothing is Permanent. The Greatest Power Are The Almighty And The People’s Power Come Voting Day ! Time To Changed.

    Reply

  4. 4 mat jawa Nov 20th, 2009 at 5:33 am

    Rasuah sedap macam roti canai waktu pagi, fitnah enak macam kopi o, khianat seronok macam bersetubuh dengan bini, zalim memang jadi permainan, hidup akhirat tak pernah terlintas dalam hati…… baik lagi Amerika apabila pada wang kertasnya tercatat In God We Trust……

    Reply

  5. 5 art 2010 Nov 20th, 2009 at 9:08 am

    Sejarah dari zaman Hang Tuah lagi telah menceritakan tentang perebutan kuasa dari kalangan pemimpin pemimpin melayu. Baik secara terangan menikam dari hadapan mahu secara senyap dari belakang. Maruah dan undang undang tidak lagi menjadi pegangan asalkan mendapat kuasa untuk memerintah. Hinggalah dari sekarang tidak berubah dan telah menjadi satu amalan dan budaya dalam mendapatkan kuasa.

    Maka apabila sudah berkuasa harta dan wanita menjadi tumpuan. Berbagai cara untuk mendapatkan hingga terpaksa melupakan dosa dan pahala demi mencapai cita cita. Apatah lagi dilkelilingi oleh pula penyokong penyokong yang termakan dengan kata kata manis, pujuk rayu serta janji yang tidak sebigitu rupa. Maka banyak yang boleh dikaut dari kuasa yang ada, yang lemah akan terpadaya, yang kurang celek akan cuba dibutakan, yang pekak ditutup matanya.

    Selagi UMNO memerintah selagi itulah orang melayu susah hendak berubah melainkan orang yang betul betul beriman ke Jalan ALLAH, sanggup menerima segala dugaan dalam perjuangan kejalan yang benar.

    Reply

  6. 6 Arsad Nov 20th, 2009 at 3:30 pm

    Kami rakyat malaysia yang dibawah ini lebih suka membaca artikel mengenai memajukan ekonomi rakyat terutama golongan melayu dan bumiputera yang jauh sekali ketinggalan ini.

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    Tahniah kepada Arsad yang sukakan kemajuan. Hanya bezanya sedikit ! “Slot” dalam Blog DSAI ini kita manfaatkan untuk menyuarakan hasrat dan cita-cita untuk semua pemimpin khususnya Umno dan BN yang diberikan mandat memerintah supaya “lebih maju” dalam kerja mengurus semua bidang termasuklah bidang ekonomi.

    Lebih dari itu, kita manfaatkan peluang yang ada untuk “bergerak” walaupun dengan “komentar” mudah-mudahan penyatuan hati dan suara dapat membantu perubahan ke arah yang lebih cemerlang bagi Malaysia tercinta.

    Kenyataan yang mesti kita terima, Malaysia terdiri daripada pelbagai suku bangsa. Masing-masing-masing diberikan “hak kerakyatan” mengikut lunas perlembagaan yang sedia ada. Jadi, bila hak yang sepatutnya diterima terabai, kita tegur. Kita beri pandangan dan cadangan. Bukan saja hal ekonomi tapi semua perkara. Dan bukan hak satu kaum saja yang kita utamakan tetapi semua kerabat bangsa yang hidup sebagai Rakyat Malaysia.

    Kami cintakan perpaduan, kedamaian serta keadilan yang saksama bagi semua kaum. Itulah harapan kami di sini. Tak rugi menambah ilmu serta “menjamah juadah kami” !

    Terima kasih kerana menjadi tetamu. Moga-moga terus berkunjung !

    Reply

    desperado Reply:

    pengulasan yang matang PAK LONG COT, tahniah!

    Reply

    ZUL Reply:

    pak long cot..,

    Selama ini pun kaum kaum lain tidak terabai.Cuma kita kita sahaja yang merasakan mereka terabai. Kita bebalik kepada “KONTRAK SOSIAL”..B\Kita tanya diri kita bagaimana kontrak sosial itu boleh wujud..dan kenapa ianya mesti diujudkan Kita perlu memahami kenapa dan mengapa… Dan seperkara lagi kenapa kontrak sosial tidak boleh diperbincangkan walau pun di parlimen…akan tetapi orang orang melayu masakini cuba untuk menidakkannya.. mengapa??????? Kerana sedikit kuasa mereka melaungkan “KITA HAPUSKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU”..jANGAN KERANA SEGELINTIR PEMIMPIN YANG TIDAK BETUL, TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA DIPERTARUHKAN.. Pandanglah disekeliling apa dah jadi dengan saudara-saudara kita di negara seberang,, RAJA melayu pun tinggal sejarah..Dan sekarang.. Saudara seislam kita di PP .. nak terima bantuan sekampit beras pun kena ambil di tokong.. mungkin anda semua tahu akan hal ini tapi malu untuk menerima kenyataan..

    Reply

    asdasdsa Reply:

    betul zul,

    ramai yang jadi kristian dah pun

    PAK LONG COT Reply:

    Terima kasih, zul !

    Camnilah, besok kamu tolong bawa usul kat Najib, konvensyen PKR dan mesyuarat Agong lain-lain parti dapat disiar secara langsung macam Umno buat. Amacam ?

    Pastu, kamu tengok apa jawapan dan alasan !
    Soalan mudahnya, “pilih kasih” tak terabai ke, zul ?

  1. 1 Tweets that mention Pendedahan Siong Politik Najib at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 19th, 2009 at 4:45 pm

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
27 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
37 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
40 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30