19
Nov
09

Mahkamah : SPRM Diharamkan Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat

Dari TV Selangor

Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu.

Seorang lagi saksi yang turut disoal siasat ketika itu, Tan Boon Wah, telah memohon Mahkamah Tinggi untuk menyemak sama ada SPRM berhak menyoal siasat saksi pada bila-bila waktu.

Boon Wah turut mendakwa beliau di kasari oleh pegawai penyiasat SPRM ketika beliau di soal siasat.

Beng Hock mati dalam keadaan mencurigakan, malah seorang pakar bedah dari Thailand tidak menolak kemungkinan mendiang mangsa jenayah.

Berikutan keterangan pakar itu pada inkues Beng Hock bulan lalu, arahan diberi untuk menggali semula mayat mendiang Sabtu ini bagi membolehkan bedah siasat yang lebih terperinchi dijalankan.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Mohd Ariff menolak tafsiran SPRM bahawa
Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM kononnya memberi kuasa kepada badan itu untuk menyoal siasat saksi sepanjang masa.

“Ungkapan dari hari ke hari (untuk jalankan siasatan) dalam seksyen itu tidak bermaksud 24 jam tetapi waktu kerja pejabat yang biasa,” kata beliau.

“Justeru, saya bersetuju bahawa pemohon (Boon Wah) dalam kes ini telah ditahan secara tidak sah untuk disoal siasat.


20 Responses to “Mahkamah : SPRM Diharamkan Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat”


  1. 1 katus Nov 19th, 2009 at 6:38 pm

    TOYO said he got no problem with MACC .

    Reply

  2. 2 LAWANTETAPLAWAN Nov 19th, 2009 at 6:41 pm

    Baru SPRM sedar bahawa undang-undang di negara ini masih ada yang mahu menegakkan kedaulatannya.

    Reply

  3. 3 smy Nov 19th, 2009 at 6:53 pm

    SPRM ni elok kawan dgn UMNO/MIC/MCA aje.

    Reply

    kuda kepang STC Reply:

    Saya taksalahkan SPRM kakaitangan awam minta bonus Najib kata kakitangan awam tak petrotik. sebab itu SPRM buat OT (kerja lebih masa) untuk dapat wang lebih!!!
    jadi SPRM lebih suka kerja lepas waktu pejabat untuk dapat OT. jadi ini semua salah UMNO. sempga kakitangan awam tolak UMNO!!!

    Reply

  4. 4 Intan Sakinah Nov 19th, 2009 at 7:50 pm

    Sikap keterlaluan serta mencemar peraturan amat dikesali. Tanggungjawab dalam menjalankan tugas dan amanah perlu saksama tanpa keraguan.

    Melihat kepada merebaknya amalan tata-tertib sumbang dalam perkhidmatan, BN wajib bertanggungjawab penuh di atas setiap kecuaian dan salah laku di jabatan kerajaan serta agensi penyokong kerajaan.

    Baik jangan memerintah jika tak pandai membina kemajuan. Yang dikatakan maju bukan bertambah pencakar langit tapi perkhimatan yang telus lagi bermutu.

    Reply

  5. 5 hopeless Nov 19th, 2009 at 9:55 pm

    Adakah keputusan mahkamah Tinggi terlewat beberapa tahun sehinggakan beratus telah menjadi mangsa didalam cekungan MACC ? Diharapkan tindakan undang-undang akan diambil terhadap perbuatan keji MACC..

    Reply

  6. 6 harimau Nov 19th, 2009 at 10:23 pm

    Salam,

    Bagus lah jika camtu, agar dapat elakkan dari penderaan mental..

    Reply

  7. 7 pena minang Nov 19th, 2009 at 11:04 pm

    Yang bodohnya. Orang yang mengatakan sistem kehakiman kita yang tak telus ni, masih terus mengharapkan mahkamah yang sama membuat keputusan. Kalau menang pada pihak anda, anda kata inilah kebebasan dan kemenangan rakyat, tapi kalau menang dekat Barisan Nasional, korang akan kata inilah mahkamah yang penuh korupsi dan penipuan….memang dasar Khawarij laa korang ni

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    Sedara pena minang,

    Yang kita desak “mutu kehakiman” dibuat perubahan. Kita tidak menolak perlunya kehakiman. Yang nak kita lihat ketelusan dan keadilan yang “sihat” di bumi Malaysia.

    Wajib berkata benar dan BN wajib menerima kenyataan serta teguran. Apakah anda berpendirian kerajaan BN dan mutu kehakiman di Malaysia cukup sempurna ? Apakah salah memberi ingatan serta teguran ?

    Nasihat tak jalan, anak kita lempang, sedara ! Bukan benci, sayang ! Sayangkan Malaysia ! Mudah-mudahan anak-cucu kamu esok hidup tenteram. Kalu asyik tak betul dan kamu asyik “membatu” silap-silap anak-cucu kamu sumpah seranah kamu, 30 tahun lagi !

    Mau pikir panjang sikit le minang !

    Reply

  8. 8 akunyer Nov 19th, 2009 at 11:53 pm

    Sampai nak kena masuk mahkamah baru sedar bidang kuasa dia ??? Gila babi betul SPRM nie.. mmg saja carik pasal .. rendah sungguh mentaliti dan kerjaya SPRM nie.. buat malu satu dunia…

    Reply

  9. 9 shahrul Nov 20th, 2009 at 1:19 am

    Tiada siapa lebih tinggi dari undang2, termasuklah SPRM

    Reply

  10. 10 layman Nov 20th, 2009 at 2:44 am

    Berdoalah kita supaya kita keputusan ini kekal.

    Kita tidak mahu “SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL” di mana keputusan makhamah akan ditukar semula selepas rayuan dibuat. kes sebegini banyak berlaku sejak kebelakangan ini.

    Reply

  11. 11 ZUL Nov 20th, 2009 at 2:51 am

    bILA MKMH MEMIHAK KEPADA PR….HAKIM BAGUS..MASIH ADA YANG SUDI MENDENGAR..KALAU TAK SEMUANYA TAK BAGUS.. SEMUANYA RASUAH DLL..PR= PEMIKIRAN ROSAK

    INTAN SAKINAH..
    TAMBAH SIKIT LAGI BUKAN SETAKAT ITU SHJ.. PEMIKIRAH JUGA HARUSLAH MAJU KEDEPAN JANGAN BERFIKIR DARI ARAH BELAKANG MACAM TOK KETUA TU….

    Reply

    Intan Sakinah Reply:

    Terima kasih, zul !

    Jalan kalu tempang, orang kata cacat ! Pencakar langit banyak, amanahnya cacat; tergadai kesudahannya. Teguran benar kamu angggap mundur, memang sah BN kepala batu ! Yang kita nak, bukan kebendaan saja tapi “kualiti pengurusan” !

    Kamu pilih bini pakai taram jer ke, zul ?

    Reply

    layman Reply:

    Kita tidak perlu belajar tinggi-tinggi ke tahap PhD untuk menilai yang baik dan buruk, yang benar dan salah. Bukankah begitu?

    Reply

  12. 12 Boring Nov 20th, 2009 at 3:12 am

    In Short The MACC Must Be Apolitical And Professional…THEN THEY CAN HAVE ALL THE RIGHTS…To Fight Against Corruption…They Should Not…Be Use As A Tool’s By The Corrupted Or Any Leader That Come And Go In Politic !

    Reply

  13. 13 suara orang muda Nov 20th, 2009 at 9:12 am

    Buat pena minang & zul..
    smoga Allah buka kan hati anda kasi terang cket hati tu..
    mmg benar xde parti yg perfect, 100% bersih..
    tpi setakat ini pakatan rakyat lah yg terbaik & perjuangan nya
    menepati kehendak rakyat..
    kalo UMNO & Barisan Nasional cakap sje boley la,,
    tpi habuk pun xdak..

    stuju dgn intan sakinah
    “Yang dikatakan maju bukan bertambah pencakar langit tapi perkhimatan yang telus lagi bermutu”.

    Reply

  14. 14 mimi Nov 20th, 2009 at 12:07 pm

    salam semua.kekadang terfikir juga,apakah pengundian wakil rakyat ni valid atau tidak.cuba lihat,siapakah pengundi2nya.adakah semuanya faham keadaan politik sebenarnya? yang tak tahu membaca dan tak tahu keadaan sebenarnya politik tanahair ni turut membuat pilihan berdasarkan fahaman tua mereka.mereka cukup setia pada pegangan lama,tak akan berubah.Pilihan yang dibuat tak tepat sebenarnya,mereka inilah yang memenangkan calon yang tak patut menang.

    Reply

  15. 15 Daniel Nov 20th, 2009 at 12:28 pm

    Bagaimana pula dengan pihak berkuasa yang lain seperti PDRM dalam menjalankan siasatan ke atas saksi-saksi kes.Adakah dengan keputusan Mahkamah Tinggi Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam juga terpakai dalam siasatan saksi polis Sek 112 CPC.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Mahkamah : SPRM Diharamkan Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 19th, 2009 at 5:45 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Elit Pemerintah Semakin Hari Semakin Terdesak.: Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak... http://bit.ly/cSLzLG
1 hour ago
anwaribrahim: @Mh3 pl ref London prog-18th March 5pm LSE.19th 7pm Westminster U #fb
2 hours ago
anwaribrahim: London(my prog):18thMarch-LSE 5 to 6pm academic lect.19thMar-Westminster U Hall 7 to 9pm Malaysia debate. #fb
2 hours ago
anwaribrahim: Penny Dubes Australia:minum teh dirumah maklumkan tugas beliau diKL berakhir.Tk atas ks dan keprihatinan beliau #fb
2 hours ago
anwaribrahim: Blog: Isu Ceramah:”Semua Program ini Kita Jalankan Dengan Permit (Polis)”.: Dari MalaysiaKini Oleh Salhan K Ahmad... http://bit.ly/bR4DP1
8 hours ago

Galeri Flickr

Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan US Islamic World Forum in Doha, February 2010 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30