19
Nov
09

Keadilan Akan Berpegang Teguh Dengan Prinsip Pertanggungjawaban Dan Ketelusan

19hb November 2009

Parti Keadilan Rakyat telah membincangkan isu pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih hutang Talam Corp Bhd kepada anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta. Isu tersebut telah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Parti, Dato Salehuddin Hashim melalui edaran email.

Keadilan sememangnya menghormati pandangan yang dibangkitkan oleh pimpinan yang menyentuh dasar mana-mana negeri, termasuklah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat(PAKATAN). Ini membuktikan iltizam kami untuk terus berpegang serta melaksanakan prinsip prinsip asas demokrasi dan tadbir urus yang baik.

Email Setiausaha Agung hanya untuk edaran dalaman sahaja dan ianya merupakan pandangan peribadi bertujuan mendapat penjelasan dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor berhubung isu tersebut. Perlu ditegaskan di sini Setiausaha Agung PKR tidak menuduh wujudnya penyelewengan oleh YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Kami berpuas hati dengan penjelasan awal oleh YAB Menteri Besar berkenaan perkara dasar yang menyangkut transasksi tersebut. Tuntas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban, malah Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa transaksi tersebut terbuka untuk penelitian awam.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat


KEADILAN Reaffirms Principles of Transparency and Accountability
19 November 2009

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) has discussed the issue of the loan taken by the Selangor State government to buyover Talam Corp Bhd’s RM391mil debt owed to subsidiaries of Selangor Development Corporation (PKNS), which was raised by the Secretary-General of the Party (Sec-Gen) through an email.

At the outset, the Biropol respects and defends the right of any Party leader to raise and question policy matters of any state government, including states that are ruled by a Pakatan Rakyat (PAKATAN) coalition government. The rigorous exercise of this right affirms fundamental principles of democracy and encourages the practice of good governance.

The email of the Sec-Gen was meant to be for internal circulation only and was his personal views that were not intended to be made public until clarification is given by the Menteri Besar of Selangor. The Sec-Gen neither alleges fraud nor impropriety on the part of the Menteri Besar or the State Government of Selangor.

We are satisfied with the YAB Menteri Besar’s initial explanation on the core issues involved in the transaction. Consistent with the principles of transparency and accountability, Tan Sri Khalid Ibrahim assured that the transaction would remain open to public scrutiny.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat


22 Responses to “Keadilan Akan Berpegang Teguh Dengan Prinsip Pertanggungjawaban Dan Ketelusan”


  1. 1 adli Nov 19th, 2009 at 5:49 pm

    Inilah yang dikehendaki oleh rakyat selama ini. Mesti ada check n balance dalam semua hal. pada aku ini bukti dalam pkr tiada pak angguk macam dalam bn tu. pertanyaan oleh dato saleh patut dipuji dan keberanian ts khalid untuk menjawap dan memberi jaminan pun bagus.

    kalau umno perghhh tobat lahummm la nak jadi camni, depa semua jaga perut sendiri je

    Reply

  2. 2 intan Nov 19th, 2009 at 6:02 pm

    confirm umno akan guna TV3,RTM,UTUSAN,BERITA HARIAN,KOSMO,ECT untuk melonjakkan isu ini. Tajuk berita malam ini dan esok muka depan surat khabar diorg ialah “PKR DIAMBANG PERPECAHAN” dan “PIMPINAN PKR MULA RAGU KEPIMPINAN KHALID” Haaaaaaa….tak caya tengokla nanti huhuhu

    Reply

  3. 3 raiz satay Nov 19th, 2009 at 6:03 pm

    pastu ada la nanti profersor taraf kangkung ulas

    Reply

  4. 4 pico Nov 19th, 2009 at 6:29 pm

    salam,

    boleh tak dapat penjelasan bagaimana pulak pendapatan pasir hanya 10 peratus sahaja dari
    yang mb selangor janjikan?

    adakah ini boleh kita konsistenkan dengan transparency dan accountability?

    ramai ada bukti mb selangor tak dapatkan hasil pasir ini kerana polisinya menyebabkan
    ia di curi.

    bagaimana yb?

    pico

    Reply

  5. 5 ok@haha.mai Nov 19th, 2009 at 7:16 pm

    Pendirian berani serta terbuka DSAI menjadi saya yakin janji ketelusan dan tanggung jawab itu benar. Tahniah !

    Reply

  6. 6 Skyland HaCKeR Nov 19th, 2009 at 7:25 pm

    that’s true, Justice Will Sticking With Accountability and Sincerity Principle

    Reply

  7. 7 abang Nov 19th, 2009 at 8:33 pm

    akhirnya nanti polis dan SPRM akan berperang dengan rakyat. Kes Kick back 30m Taib Mahmud mana? Kes Khir Tayol mana.? mana ratusan kes kes2 melibatkan pemimpin BN yang terbukti rasuah tidak diambil tindakan? mengapa kes fitnah terhadap azmin ali dan pemimpin2 PR yang lain menjadi tumpuan UTAMA mereka? Polis dan SPRM jangan terlalu bermain api!!Rakyat keseluruhannya sedang memerhati dengan dekat tindakan2 kamu!!

    Rakyat akan menjadi marah kalau kamu bertindak keterlaluan!!

    Reply

    Joe-kedah Reply:

    Salam untuk semua,
    memang betul kata ABANG tu, cuba kita perhatikan banyak pegawai SPRM pakai kaca mata, sebab tu depa kurang nampak, tambah pula depa terima gaji tu bukan duit rakyat, depa kata duit umno. SPRM kita kena panggil haramjadah, itu lah bahasa yang paling sesuai untuk depa ni. kita hairan, kes-kes pemimpin umno, mca dan mic seleweng, report kat polis, polis peram fail sampai jadi lasam, tak dak KPN NAK MELALAK PUN, tapi kalau umno report kes PR, pukul 2 ptg, 3 ptg dah siasat. memang haramjadah. begitu juga hal dengan SPRM, sama saja. Jadi kita seru lah kepada puak-puak PDRM dan SPRM, jaga lah maruah hampa, jangan dok jadi barua depa, hampa kena ingat, kalau hampa mati nanti jangan rakyat malaysia kencing/berak atas kubor hampa sudahlah. fikirlah kita selaku manusia yang waras, jangan kita fikir selaku manusia yang gila kuasa. INSAF LAH, INSAF LAH, INSAF LAH!

    Reply

  8. 8 malaysian Nov 19th, 2009 at 9:09 pm

    saya setuju benda2 milik rakyat harus kembali kpd kerajaan negeri sebab ia adalah hak rakyat….tidak perlu kroni menjaganya…..spt air and tnb, yang penting sekali perkhidmatan kesihatan percuma …kesihatan rakyat amat penting ….. sekarang hospital swasta muncul mcm cendawan yg rakyat sederhana apa nak buat…….hospital kerajaan prasarana harus di tingkatkan..pergi …… satu hampir 1 tahun kena tunggu …..bodohnya pemikiran sesetengah pemimpin apa milik rakyat nak dijadikan hak kroni….ingat milik dia punya……….

    Reply

  9. 9 tajrid Nov 19th, 2009 at 10:02 pm

    tak kisah lah apa pun, janji talam corporation bayar hutang aku rm8k sbb apartment yang sepatutnya dijadualkan siap pada tahun 2007 terbengkalai malah tanah untuk projek tersebut masih kosong dan tidak ada satu pun pailing dinaikkan. jadi pulangkan duit ok. tq

    Reply

  10. 10 mat langih Nov 20th, 2009 at 12:06 am

    Tampa was was saya penuh yakin dengan MB selangor!! dia pernah pegang amanah berpuluh puluh billion di PNB, dan pernah buat pelaburan wang PNB berbilion, pernah beli MMC dan syarikat gergasi Inggeris dan bawa pulang dijadikan milik Malaysia (Seranga subuh di bursa London)suatu ketika dahulu. dia adalah pakar dalam menbuat MBO serta Group CEO seluruh anak syarikat di bawah PNB. menjayakan penubuhan Taiton dipasir gudang. dia juga berjaya menbeli ladang di Indonesia untuk syarikat perladangan Negara. setakat ini tiada cacat cela yang di cela oleh Bursa Malaysia sepanjang dia mengendalikan saham amanah. pada saya 390 juta itu adalah transaksi kacang pada MB. dia pernah urus berpuluh billion !! apa barang ratusan juta!!!

    saya cadangkan di rombak pengurusan tinggi di bawah anak syarikat MBI terutama pengurusan utama dalam Yayasan Selangor,KEDB dan Hotel De Palma dan berberapa anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor tidak menberi kerjasama sepenuhnya dengan TVSelangor.com Diharap MB ambil tindakan sewajarnya.

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Saya 100% setuju dengan pandangan En.Mat Langeh sudah sampai masa matangnya!! untuk MB Selangor menbuat rombakkan atau di struktur semula semua Sayrikat di bawah MBI. kita harus menbuat “penjenamaan pengurusan” yang dah patut pencen tidak disambung semula ini penting supaya ada ruang ronga baru untuk pengurusan muda asah bakat. peluang kerja umpama Pramid satu keluar beratus ratus dibawah akan maik!! harap penasihat baru negeri selangor melihat isu yang diketegahkan oleh mat langih!! supaya ekonomi negeri dapat di pacu oleh darah muda.

    Reply

    ulam batar Reply:

    “Charter life” untuk orang berhaluan lama dalam semua Syarikat dibawah MBI harus di undurkan saya sokong penuh saranan mat langih!! yang mendokong penuh kerajaan Negeri sedia ada sahaja dibenarkan yang mendapat Tauliah!! dari Rakyat sahaja boleh berada sebagai Pengerusi,Ceo,MD,CFO dan semua ahli lembaga pengarah harus memegang teruju Kerajaan negeri, apa makna simpan guting dalam lipatan!! kelak kain jadi perca!!!

    saya dengan penuh harapan kepada MB dan Penasihat Ekonomi kerajaan Negeri patuhlah pandagan Rakyat sekiranya tiada tindakan yang waras untuk meletakan semua anak syarikat di atas landasan yang sama, saya dengan penuh hormat akan meningalkan BLOG ini buat selamanya. ini tunas di hati rakyat!!!!!!!!!!

    Pendek kata cantas orang UMNO dalam syarikat syarikat di bawah MBI!!!!!!!!!!!

    Reply

    pakgah santan Reply:

    Bukan sahaja didalam GLC Negeri selangor bahkan ramai Orang Toyo (UMNO) yang masih berada di SUK. usaha pembersihan saki baki ini harus dilakukan dengan segera supaya tidak terencatnya usaha untuk menaikan ekonomi selangor apatah lagi dalam menhadapi cabaran ekonomi semasa. ulam jangan mudah berkecil hati untuk menegakan Benang Kering bukan mudah. obor yang di bawa adalah obor rakyat kalau kita bersedia menbawa obor di peringkat awal kita harus truskan demi Rakyat yang kita kita kasihi. salam tauliah buat ulam.

    Reply

  11. 11 VEE JOHN Nov 20th, 2009 at 2:17 am

    Saya tengok DSAI tidak ada rasa tnaggung jawab d atas Perlantikan Pengarusi Perhubungan PKR Negeri Sabah…Saya masih kurang berpuas hati d dalam perkara ini…Kebanyakan Mantan Calon PKR d seluruh Negeri ini kurang berpuas hati d atas lantikan PPPKRNS yg baru itu…Saya fikir pada mulanya saya sendirian sahaja yg kurang berpuas hati…..Nahaslah PKR Sabah kali ini……Tersenyumlah BN@Umno Sabah khasnya Datuk Musman………

    Reply

    ok@haha.mai Reply:

    Kalu semua berebut mahu jadi “kepala” susah juga, Vee John ! Elok jadi macam keretapi. “Satu Kepala”, gerabak di belakang semua ikut. Bapa mana mahu lihat anaknya susah ? Nasihat, marah dan “pukul” bukan benci, itu prihatin dan sayang namanya ! Kan biasa begitu, kita sama anak-anak !

    Memang semua orang tidak suka susah tapi kadang-kadang kita sendiri yang bikin susah. Jadi, bila kawan tegur kita buat salah moga-moga kita tidak susah maka, terima saja ! Kawan ibarat cermin. Apa lagi pemimpin !

    Saya tak nampak DSAI saja-saja nak cari susah ! Sebab “susah” dari cabaran sekarang pun sudah banyak ! Lebih baik bersatu, Vee John ! Nanti, sendiri pula yang susah !

    Reply

  12. 12 Boring Nov 20th, 2009 at 2:55 am

    Come the day when PR Rule this country…Just Be…Just And Fair To All Malaysian Of All Race And Religion. Rule By Merits ! The Country Need Every Race To Contribute For It Success…Not Just Any 1 Race !

    Reply

  13. 13 latelarus Nov 20th, 2009 at 2:52 pm

    syabas dengan penerangan sebegini..

    cuba tengok sat kat blok khir TOYOL.. bukan main
    risau lagi sekarang pasal Selangor bakal muflis..

    time dia dulu apa benda yang dia buat..

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    Hal khir toyo !

    Orang “gila talak” macam tu le rupa, sedara ! Masa bersama, tak sedar diri ! Sesuka hati jer ! Sekali dah berpisah, “mencakar” jadinye ! Dah tu, yang bukan-bukan diungkitnya. Harap-harap ada yang simpati. Berputih mata le nampaknye !

    Nak kata kesian, memang tak kesian pun !

    Reply

  14. 14 reformasi Nov 23rd, 2009 at 1:18 am

    khir toyo, khir toyo specis apa ni tak perrnah ada di dunia ini.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Keadilan Akan Berpegang Teguh Dengan Prinsip Pertanggungjawaban Dan Ketelusan at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 19th, 2009 at 4:46 pm
  2. 2 uberVU - social comments Trackback on Nov 19th, 2009 at 5:18 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
6 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @afifbahardin Rehat?ya sempat dimahkamah saja.Kesihatan dijaga doktor peribadi dirumah #fb
6 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30