Dari Malaysia kini
Oleh Rahmah Ghazali
Beberapa bom petrol dibaling ke rumah seorang peguam terkemuka, dipercayai ada kaitan dengan ‘wawancara’ dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Youtube baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan semalam bekas presiden Majlis Peguam, Manjeet Singh Dhillon – yang kini berada di London bersama keluarganya – berkata rumahnya di Damansara itu dibaling bom petrol pada jam 7.20 malam tadi.
Kebakaran yang berlaku telah merosakkan dinding garaj rumahnya. Laporan polis dipercayai telah dibuat oleh rakan-rakannya berhubung kejadian tersebut.
Menurut Manjeet, insiden itu mungkin satu “amaran dan ancaman” terhadapnya dan keluarganya ekoran kehadirannya dalam satu rakaman wawancara dengan Balasubramaniam baru-baru ini.
Katanya, mereka yang membuat ancaman tersebut gagal menghargai peguam yang mempunyai peranan dalam melaksanakan tugas profesional mereka.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, beliau hadir di wawancara tersebut sebagai peguam Americk Sidhu, yang mewakili Balasubramaniam dalam membuat akuan bersumpah pertamanya.
Katanya, kehadirannya dan peranannya dalam wawancara itu adalah untuk memastikan integriti dan wawancara itu dilakukan secara sukarela.
Manjeet menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan dengan mana-mana puak atau parti politik.



















Kena jaga jaga nanti kene C4….We have seen all the Abused and what they are capable of and the Law in this Country does not apply to them…Tapi Lawan Tetap Lawan ! No matters how Strong it can be…sooner or later will Fall….Nothing is Forever Or Permanent !
Reply
Ancaman adalah perbuatan liar. Tidak bermoral merosakkan masyarakat. Kebenaran yang mahu dipersenda dengan keganasan tidak mampu menghalang kenyataan. Demikianlah perumpamaan, “bangkai gajah tak mungkin ditutup dengan nyiru”.
Kenapa gundah-gelana jika kamu di pihak yang benar ? Kenapa mengoyak kesejahteraan yang ada. Jika yakin kamu yang betul, kenapa “bacul” jadi pilihan ?
“Keadilan” tidak berdiri di atas keganasan. Bijaksana jalan kemuliaan ! Mekarlah kematangan. Kenapa bersandar kepada kejahilan ?
Belajarlah beradap !
Reply