Kehadiran blogger-blogger terkemuka ke majlis pertemuan di Kelab Taman Tasik memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka sekaligus berusaha menguburkan segala kekeliruan yang berlegar selama ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi datang walau pun dari jauh terutamanya kepada rakan-rakan PerakExpress.
Sungguhpun dalam beberapa ketika ini ada tulisan di antara mereka sedikit pedas, saya percaya mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk. Apa yang dinukilkan adalah merupakan satu hasrat untuk melihat Perubahan segera terlaksana dan rakyat dapat mengecap hasilnya.
Malah pertemuan tadi menyaksikan mereka menghujani saya dengan pelbagai soalan yang jujur dan kadangkala panas. Namun saya sendiri sebagai seorang blogger memahami gelojak hati penulis yang mahukan ruang bebas dan tidak dikongkong.
Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa.
ANWAR IBRAHIM


















Saya berpendapatan agak lumayan 65 angka dan ada teman-teman yang berjaya dalam perniagaan berpendapanan 6 angka, smuanya tinggal dan beroperasi di Selangor, pada setiap tahun membayar cukai pendapatan dan cukai perniagaan dengan harapan dana yang terkumpul ini dapat disalurkan kembali ke Selangor untuk pembangnan dan sebagainya. Malangnya pemunggut cukai-cukai ini yang diketahui oleh Dato Nijib Abdul Razak enggan memulangkan satu sen pun dana ini kepada kerajaan Negeri Selangor. Inilah dia dasar perompak dan pencuri pemimpin-peminpin UMNO dan BN.
Reply
Saya berpendapatan agak lumayan 5 angka dan ada teman-teman yang berjaya dalam perniagaan berpendapanan 6 hingga 7 angka, smuanya tinggal dan beroperasi di Selangor, pada setiap tahun membayar cukai pendapatan dan cukai perniagaan dengan harapan dana yang terkumpul ini dapat disalurkan kembali ke Selangor untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Malangnya pemunggut cukai-cukai ini yang diketahui oleh Dato Nijib Abdul Razak enggan memulangkan satu sen pun dana ini kepada kerajaan Negeri Selangor. Inilah dia dasar perompak dan pencuri pemimpin-peminpin UMNO dan BN.
Reply
Saya berpendapatan agak lumayan 5 angka dan ada teman-teman yang berjaya dalam perniagaan berpendapatan 6 hingga 7 angka, smuanya tinggal dan beroperasi di Selangor, pada setiap tahun membayar cukai pendapatan dan cukai perniagaan dengan harapan dana yang terkumpul ini dapat disalurkan kembali ke Selangor untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Ini tidak dikira teman-teman lain yang bertugas dan beroperasi di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Malangnya pemunggut cukai-cukai ini yang diketahui oleh Dato Nijib Abdul Razak enggan memulangkan satu sen pun dana ini kepada kerajaan Negeri Selangor. Inilah dia dasar perompak dan pencuri pemimpin-peminpin UMNO dan BN. Tak pernah insaf sampai bila-bila pun.
Reply
Joe-kedah Reply:
November 19th, 2009 at 10:30 pm
tak payah shift, bayar zakat perniagaan saja, dikecualikan dari cukai pendapatan. Dengan zakat saja kita boleh membantu golongan fakir miskin diselangor, termasuk lah pengemis dijalanan khir anak toyo tu.
Reply
shift Reply:
November 20th, 2009 at 3:34 pm
Cadangan yang baik.
Reply
shift Reply:
November 20th, 2009 at 8:48 pm
Cadangan Joe-Kedah ni baik untuk membangunkan ekonomi negeri Selangor, sebab saya membayar cukai pendapatan tidak kurang dari 15 ribu setahun, kalau 10 ribu orang yang tinggal di Selangor membayar zakat dengan jumlah ini, bererti Negeri Selangor boleh mengumpul dana sebanyak 15 bilion, dan jika pembayar cukai di negeri-negeri lain di bawah PR juga membayar zakat, bererti kerajaan PR boleh memjadi blok ekonomi kedua terbesar di Malaysia. Saya cadangkan kerajaan PR menjalankan kempen untuk menggalakkan semua pekerja dan perniaga di negeri-negeri ini membayar zakat.
alhamdulillah…sekian kali rasa ada jugak orang yg menghargai pandangan dari blogger marhaen ini..tp persoalan nya mampukah orang2 yang di sekeliling berubah mengikut rentak dan naluri rakyat?? ini yg menjadi persoalan rakyat…
Reply
benar DSAI..kalu pedas pun sebab blogger semua sayang perjuangan DS untuk membebaskan rakyat dari kezaliman dan menegakkan keadilan!!!
Reply
Langkah pertemuan DSAI dengan blogger menepati ruang serta kekangan yang ada. Bersesuaian dengan kemudahan IT serta celik IT yang semakin meluas, peranan blogger dalam menyampaikan mesej perjuangan yang sebenar dapat disalurkan.
Sikap terbuka DSAI sangat dihormati. Saya yakin pertemuan demikian dapat membantu kecemerlangan parti. Memang ! Pendirian benar perlu ditawarkan dengan hati yang terbuka. Menjadi yakin pegangan serta sokongan.
Dalam era “citizen journalist”, rakyat semakin maju dalam menikmati info terkini melalui saluran online internet dan IT. Gambar serta berita mampu diperolehi secara pantas serta meluas tanpa halangan yang bersyarat.
Kemudahan setara seperti yang dinikmati Umno dan BN melalui media perdana amat jelas tertutup. Maka, peluang “berdamping dengan blogger” adalah bijak ! Janganlah ditanya, kenapa Perhimpunan Agong Umno dapat disiar melalui media cetak mahupun elektronik ! Keadilan cemar yang telah sebati dalam jiwa mereka langsung tidak menjadi manfaat diambil kira. Inilah jalan pilihan ! Ruang yang ada dapat dimanfaatkan secara maksima.
Terima kasih !
Reply
bersamalah kita berjuang menegakkan keadilan, kekalkan yang ada… tambahkan yang kurang semoga kesatuan kita akan diberkati demi agama bangsa dan negara….
Reply
terima kasih dan tabik saya tok DS kerana berani..
panas mana pon soalan, berani kerana benar. tak perlu menjadi PKFZ senyap sebab takut..
Umno terus bacul berhadapan dengan kenyataan..
Terima Kasih..
Reply
tahniah dsai.. walaupun dihujani soalan pedas dsai tetap menjawab soalan mereka tanpa perlu lari atau berselindung seperti orang2 umno bn…
umno bn ni kalau ajak berdebat pun tak berani apatah lagi nak menjawab soalan2 panas..dalan suratkhabar dia orang cakap gunung pun runtuh..pelawaan debat oleh Tuan Guru Nik Aziz ke atas najib…emmmm..langsug tak jawab…tapi dalam paper jawab yang bukan-bukan..
aku rasa kalau kepimpinan PR boleh masuk tv atau paper dia orang..confirm tumbang kerajaan dia orang tu..
and now…rakayt tidak seperti dulu yang hanya hari2 babca paper utusan dan berita harian.sekarang dunia dah maju dan banyak lagi info yang kita boleh dapat melalui internet..nak harapkan paper utusan and berita harian hanya dia orang dan cerita yang menghasut unutk membenci sesama manusia….
Reply
salam untuk semua dan tabek hormat kepada DSAI.
Tahniah DSAI, memberi laluan kepada blogger untuk berinteraksi. ini lah pemimpin yang gentlemen, yang sentiasa terbuka dalam membincangkan perkara-perkara penting untuk kebaikan rakyat seluruhnya. Apa ertinya kalau hanya pemimpin yang ego saja memberi pandangan padahal pandangan dari rakyat yang susah perlu diberi keutamaan. Lihat sekarang ini, mana-mana pemimpin yang terus membela rakyat akan pasti terus difitnah dan mereka cerita yang sepuloh tahun yang lepas diungkit dengan fitnah seterusnya menggunakan PDRM dan SPRM sebagai kuda tunggangan mereka. Kasihan kita kepada pegawai-pegawai PDRM dan SPRM yang menjadi bahan cerca rakyat jelata, walhal mereka itu SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Ungkapan sebegini saya berpandangan perlu diubah kepada SAYA YANG MEMBERI KHIDMAT DENGAN IKHLAS.
Sekarang ini juga didalam pentadbiran kerajaan telah berlaku berleluasa sekali pengambilan kakitangan baru yang didalamnya telah ada kroni. Pengambilan sekarang tak perlu kelulusan yang terbaik, kalau ada ijazah kelas ketiga pun boleh menjawat jawatan tinggi asal ada keluarga dan kroni didalamnya, walhal pemohon yang betul-betul ada kelayakan diketepikan kerana tidak ada keluarga. Sekarang ini kroni boleh berbisik kepada pegawai penemuduga, YANG INI ANAK SAUDARA SAYA, YANG INI ANAK SAYA, YANG INI ANAK BUAH SAYA SEBELAH ISTERI SAYA, YANG INI CUCU SAUDARA SAYA, YANG INI ANAK PENGERUSI JKKK KG SAYA, YANG INI ANAK YB-YB-YB KAWASAN SAYA.Inilah fenomina yang berlaku sekarang didalam perkhidmatan awam, kalau tak percaya pergi kaji selidek, kita boleh kesan ada talian kekeluargaan dalam satu-satu jabatan.Akibatnya peluang orang lain untuk menjawat sebarang jawatan didalam satu-satu organisasi tidak dapat. Inilah kesannya sekarang, ramai pemegang ijazah kelas pertama/kedua atas jadi PENGANGGOR TERHORMAT. Sikap seperti ini perlu diubah demi memantapkan organisasi itu seterusnya menghindarkan gejala PENYALAHGUNAAN KUASA, PENYELEWENGAN DAN RASUAH.
Buat masa ini didalam perkhidmatan awam terdapat suatu jabatan yang terlibat sepenoh masa dalam parti umno, iatu JABATAN KEMAS. Jika dilihat fungsinya untuk parti umno, tetapi menggunakan hasil wang rakyat untuk membayar gaji mereka. Apa makna semua ini?. Ramai dikalangan kakitangan kemas diambil dari kelulusan darjah 6, pmr, spm 3 asalkan telah menjadi ahli umno sekian-sekian tahun dan telah memegang jawatan parti diperingkat cawangan/bahagian. Berapa juta wang rakyat disalurkan kepada mereka, walhal cerdik pandai terus menjadi penganggor. Saya berpandangan ketua pengarah jabatan perkhidmatan awam kena kaji balik dan juga KSN kena teliti.
SEKADAR PANDANGAN UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA.
Reply
KEMBALIKANLAH HAK2 RAKYAT……………………
KITA SEBAGAI RAKYAT TIDAK AKAK IZIN DAN TAK HALALKAN KALAU PEMIMPIN YG SERAKAH MENCURI DUIT RAKYAT..MENAFIKAN HAK RAKYAT.
Reply