Archive for November 19th, 2009

19 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu. (more…)

19 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysia Kini

By Hafiz Yatim

In a landmark decision today, the Kuala Lumpur High Court ruled the Malaysian Anti-Corruption Commission is not entitled to interrogate witnesses late at night.

Justice Mohd Ariff Md Yusof ruled that it was illegal for the MACC to question its witnesses at night as such questioning must be done during the daytime.

“The term day to day as stipulated in the MACC Act cannot mean round the clock.” (more…)

19 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

19hb November 2009

Parti Keadilan Rakyat telah membincangkan isu pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih hutang Talam Corp Bhd kepada anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta. Isu tersebut telah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Parti, Dato Salehuddin Hashim melalui edaran email.

Keadilan sememangnya menghormati pandangan yang dibangkitkan oleh pimpinan yang menyentuh dasar mana-mana negeri, termasuklah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat(PAKATAN). Ini membuktikan iltizam kami untuk terus berpegang serta melaksanakan prinsip prinsip asas demokrasi dan tadbir urus yang baik.

Email Setiausaha Agung hanya untuk edaran dalaman sahaja dan ianya merupakan pandangan peribadi bertujuan mendapat penjelasan dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor berhubung isu tersebut. Perlu ditegaskan di sini Setiausaha Agung PKR tidak menuduh wujudnya penyelewengan oleh YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Kami berpuas hati dengan penjelasan awal oleh YAB Menteri Besar berkenaan perkara dasar yang menyangkut transasksi tersebut. Tuntas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban, malah Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa transaksi tersebut terbuka untuk penelitian awam.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat

(more…)

19 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Perak Express

Oleh Hasmi Hashim

Beginilah saya tuliskan gelora hati; saya bacakan ke hadapan anak-anak zaman; hendaknya mencetuskan keinsafan; jadi azimat; jadi semboyan yang bergema di lubuk sanubari; apabila hari ini yakin saya rasakan, betapa telah “Sempurnalah Sebuah Kejahatan”:

Maka sempurnalah
Makna sebuah kejahatan
Pemerintah ganas bersiong tajam
Tidakkah kita mendengar?
Bertempek
Gegak gempita
Serigala dan tuannya
Bergema di gedung kekuasaan.

Dipenjara
Dipukul
Diterajang di gelap sel keseorangan
Tangan bergari tak bisa bertahan
Ditelanjangi
Diaibkan anak-isteri
Fitnah jadi senda gurau
Merampas, meragut, membunuh, tapi
Tetap sahaja tertawa riang.

Telah,
Sempurnalah sebuah kejahatan
Tatkala orang alim terhadang, untuk
Mengadap Tuhan

Hina-dinanya maruah yang diinjak di duli kaki kekuasaan.

Beruratkan keadilan
Bernadikan kebenaran
Menjelmalah kembali kuderatmu
Laksana gelombang tentera berkuda di kala malam, dan
Segagah manapun empayar keangkuhan
Takkan dapat tertahan-tahan.

Kita runtuhkan kejahatan
Jatuhkanlah segera hukuman
Keinsafan yang berseru ini
Tak dapat tertahan-tahan.

(HbH, PJ: 16 November 2009) (more…)

19 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Berikut adalah rakaman ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim diKonvensyen PKR Wilayah.

19 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia kini

Oleh Rahmah Ghazali

Beberapa bom petrol dibaling ke rumah seorang peguam terkemuka, dipercayai ada kaitan dengan ‘wawancara’ dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Youtube baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam bekas presiden Majlis Peguam, Manjeet Singh Dhillon – yang kini berada di London bersama keluarganya – berkata rumahnya di Damansara itu dibaling bom petrol pada jam 7.20 malam tadi.

Kebakaran yang berlaku telah merosakkan dinding garaj rumahnya. Laporan polis dipercayai telah dibuat oleh rakan-rakannya berhubung kejadian tersebut. (more…)

19 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kehadiran blogger-blogger terkemuka ke majlis pertemuan di Kelab Taman Tasik memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka sekaligus berusaha menguburkan segala kekeliruan yang berlegar selama ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi datang walau pun dari jauh terutamanya kepada rakan-rakan PerakExpress.

Sungguhpun dalam beberapa ketika ini ada tulisan di antara mereka sedikit pedas, saya percaya mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk. Apa yang dinukilkan adalah merupakan satu hasrat untuk melihat Perubahan segera terlaksana dan rakyat dapat mengecap hasilnya.

Malah pertemuan tadi menyaksikan mereka menghujani saya dengan pelbagai soalan yang jujur dan kadangkala panas. Namun saya sendiri sebagai seorang blogger memahami gelojak hati penulis yang mahukan ruang bebas dan tidak dikongkong.

Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa.

ANWAR IBRAHIM