18
Nov
09

Polis Jangan Bertindak Sembarangan

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Mohamad Tawfiq Noorzan. Kepada ayah dan ibunya saya berdoa agar mereka tetap bersabar menghadapi tragedi ini.

Kejadian yang berlaku awal pagi 15hb November baru-baru ini menimbulkan pelbagai sangkaan dan pertanyaan. Tidak sedikit yang mempertikaikan fakta dan kenyataan pihak polis berhubung kejadian tersebut. Saya menggesa satu penyiasatan yang telus dan bebas dibuat seberapa segera agar kewibawaan pihak polis tidak terus dipertikaikan.

Rakyat sebenarnya semakin resah dengan meningkatnya kadar jenayah di negara ini. Namun ini tidak beerti memberi restu kepada pihak keselamatan terutamanya polis berbuat sesuka hati. Pastinya kita tidak mahu tragedi Kugan dan Teoh Beng Hock berulang. Kecurigaan rakyat semakin menebal apabila jenayah meningkat manakala pimpinan polis kelihatan nya ditunjuki kehendak dan kepentingan politik pemerintah.

ANWAR IBRAHIM


38 Responses to “Polis Jangan Bertindak Sembarangan”


  1. 1 Boring Nov 18th, 2009 at 12:38 pm

    Polis Raja Malaysia and can do Wonders in this Country.

    Reply

  2. 2 membar pencen Lembah Keramat Nov 18th, 2009 at 12:49 pm

    Nampaknya Polis kita hari2 ini terlalu takut kepada orang2 apa saja orang UMNO semua nya betul dan baik tapi sebaleknya apa saja yang dibuat atau pun diperkatakan orang PR semua ditentang Habis2san mereka sanggup mati oooooooooooo untuk orang UMNO aku pun tak tau lah perangai polis kita hari ini.

    Reply

  3. 3 zik Nov 18th, 2009 at 12:50 pm

    DS,

    Saya cadangkan PAKATAN pro-aktif dalam perkara ini,,ahli2 boleh amik gambar, video atau apa bukti yg sah dan sahih serta berfakta mendedahkan kejadian sebegini!hadapakan ke mahkamah..jika mahkamah malaysia buat bodoh..bawak ke ICJ…baru rakyat nampak PAKATAN pembela rakyat Malaysia!!!SAMPAI BILA KITA NAK BIARAKAN PERKARA INI BERULANG!!Ini nyawa manusia..bukan boleh dijual beli!!

    Reply

  4. 4 1m Nov 18th, 2009 at 1:36 pm

    Salam DSAI,

    TAAT SETIA :Kitab Nizamul Hukm Fil Islam menyebutkan tujuh syarat sehingga seseorang layak menjadi Khalifah, dimana syarat tersebut menjadi syarat sah untuk diangkat menjadi Khalifah atau disebut sebagai syarat in’iqâd.

    Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
    Dengan syariah Islam setiap warga daulah Islam walau apa pun bangsa dan agamanya, akan terpelihara dan dijamin keselamatan jiwanya.
    Sebaliknya, tanpa syariah Islam, realiti hari ini menunjukkan bahawa setiap hari media ada melaporkan kes pembunuhan. Keluarga mangsa korban selalunya tak dilayan seadilnya. Berbeza dengan Islam yang menetapkan hukum qisas dan diyat.

    MASUD : Apabila taat mesti membenarkan patuh pada Amir@ketua tetapi ia juga mesti melihat susana kerajaan yang memerintah atas dasar :RUKUN NEGARA IAITU ISLAM AGAMA RASMI.

    1/Kedaulatan di tangan syara’. Hanya syara’ yang berhak menentukan apa yang halal dan haram serta apa yang terpuji atau tercela. Manusia hanya memahami ayat-ayat Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.
    2/ Kekuasan di tangan umat. Maksudnya umatlah yang memilih pemimpin dengan rela untuk menerapkan Syariat Islam.
    3/Hanya pemimpin (Khalifah) yang berhak mengadopsi hukum syara’

    IN UNTUK DIFAHAMI OLEH LAIN2 AGAMA DAN ISLAM ADA MEMPERJUANGKAN.SELAGI DSAI ADA KEARAH INI IA ADALAH DISOKONG TAPI IA JUGA TELAH DI ADILI DENGAN BAIK.

    Reply

  5. 5 nailisus1 Nov 18th, 2009 at 1:38 pm

    Kepada,
    YB Datuk Seri Anwar Ibrahim,

    YB Kenapa sewaktu saudara Teoh Beng Hock mati, inkues diadakan akibat desakan pakatan rakyat yang bertubi-tubi terhadap barisan nasional tetapi kematian lima orang malaysia yang berketurunan kaum india, pakatan rakyat diam membisu dan tidak membuat sebarang komen?

    Apakah kaum india adalah hina juga dipandangan pakatan rakyat? Mandor mandor yang sedia ada di pakatan rakyat juga diam membisu kerana india yang mati? Apakah ini dasar adil dan semangat memalaysiakan semua perkara dan kaum?

    Pada tahun 2008 bulan februari, sewaktu berkempen di Sri Andalas, Klang, Selangor, YB menyatakan kekejaman yang sedang berlaku di negara ini cukup zalim. Pakatan Rakyat pasti akan membuat kejutan dan sesuatu walaupun tidak dapat memerintah Malaysia. Kejutan sudah ada tapi keadilan dan membuat sesuatu tiada. Mana perginya?

    Tiap tiap minggu ada sahaja orang mati dalam lokap, kena tembak mati atas dasar mepertahankan diri terhadap satu senjata api, seorang dari pakatan rakyat tak buka mulut. Apa sebab? Bila nak pancing undi macam-macam janji manis tapi tak ada apa-apa. Betul betul pi mai pi mai tang tu!

    Apa guna sya hantar mesej ini yang tidak kesampaian ke tangan DSAI. Maklumlah GE 13 nak sampai, paham paham aje le. Saya hantar mesej ini menyedarkan DSAI dan PR yang apa yang berlaku di Bagan Pinang akan berlaku di GE 13 jikalau tindakan sewajarnya tidak diambil.

    Sekian.

    Reply

  6. 6 1m Nov 18th, 2009 at 1:52 pm

    “TAPI IA JUGA TELAH DI ADILI DENGAN BAIK.”

    Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

    JIKA DENGAN BAIK JIKA TIDAK MAKA :

    Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

    “mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. ”

    DSAI pertahankan kami rakyat malaysia dengan isi pengalaman yang di harapkan.

    benar atau salah mestialah ada hak pembelaan kerana kita telah diberi akal iaitu ilmu.

    Reply

  7. 7 ali imran Nov 18th, 2009 at 1:53 pm

    salam

    robbis rahli sadri wayasirli amri…

    slm sejhtera DSAI dan hanya kepada pemimpin pakatan rakyat yg berpegang kuat pada prinsip perjuangan pakatan rakyat serta seluruh rakyat malaysia yg cintakan keadilan

    DSAI…kes kes begini di lihat seolah olah sudah jadi satu trend bagi PDRM….bila dh mati tak perlulah di dakwa dakwi lagi di mahkamah….senang kata tutup kes je…tertuduh dh mati…nak tuduh apa lagi….kalau tak mati byk kerja nak buat…turun naik mahkamah sampai bertahun-tahun lamanya…itu baru satu kes…kalau seratus kes mcm ni….berpuluh tahun tak selesai….silap hari bulan si pendakwa boleh di kenakan saman balas semula jika kes pendakwa kalah…mungkin untuk mengambil jalan mudah…bila tertuduh dah mati…case close je…..alangkah kasihan dan amat malang bagi keluarga si mati tidak mendapat hak perbicaraan di mahkamah….hukuman telah di jatuhkan sebelum masuk mahkamah….

    DSAI….hal begini sepatutnya mungkin tidak perlu berlaku…mungkin PDRM hanya perlu mencederakan saja si tertuduh agar dia tidak menjadi lebih agresif….jika benar dia bertindak ganas dan mengancam nyawa pada ketika itu sebelum di tembak…
    saksi kes ini perlu di kemukakan untuk mendapat hak keadilan…

    DSAI…salam takziah seluruh rakyat malaysia terhadap arwah…

    Reply

    Shatter Reply:

    Ya, saya setuju dengan ali Imran, DSAI.Banyak kes kematian disebabkan dibunuh,biasanya polis tutup kes. Polis hari ini memang pemalaslah… Tapi kalau ada program yang ada kaitan dengan politik kususnya yang melibatkan UMNO mereka nampak cekap pula. Satu lagi perkara yang terlibat dengan kes-kes rasuah juga kebanyakannya polis. Mohon DSAI agar menyentuh di parlimen agar polis-polis ini diterapkan nilai-nilai moral dan kegamaan. Kalau kita lihat di mana-mana, polislah yg banyak terlibat dengan perjudian-perjudian haram khususnya di Sabah dan Sarawak. Apakah sikap dan amalan keji ini digalakkan oleh KPN?

    Reply

  8. 8 Azmil Nov 18th, 2009 at 3:19 pm

    Another mysterious death!!

    Past few years – we have been haunted by mysterious death with authorities being somewhere in the picture – Kugan, Teoh, Altantunya and now Tawfiq. And to think of it.. these are just the reported ones. I wonder how many more death have gone unnoticed?

    Hmmm…. I wonder why??

    Reply

  9. 9 PAK LONG COT Nov 18th, 2009 at 4:01 pm

    POLIS ITU PENGADIL.

    Untuk abang-abang kat dalam Polis, saya sarankan sentiasa berpegang kepada satu prinsip. POLIS ITU PENGADIL !

    Baik apa juga jawatan atau pangkat, tugas polis ibarat “pengadil”. Main bola tak ada pengadil, kacau-bilau jadi permainan.

    Pengadil pula nak yang terpilih lagi handal. Ilmu terbukti sarat. Bijaksana pun ada. Amanah pula sentiasa pakai. Hal adil pula kena sungguh-sungguh. Dan ingat, “pemainnya” pula, ada hati dan perasaan macam tuan-tuan. Begitu pula “penonton” yang juta-juta di luar sana.

    Pangadil adil, pemain seronok gelecek. Permainan pun jadi rancak. Penonton di luar, bukan main suka hati. Apa jadi jika pengadil “syok sendiri” ?! Main taram ikut suka hati ?! Silap-silap “makan tanah” ! Pun tidak, kena usung dengan troli ! Harapnya, tidak begitu !

    Paling menyampah, pengadil “makan sebelah” ! Hukum pakai “tutup mata sebelah” ! Sebelah sana bentis kaki, buat-buat tak nampak. Yang sebelah sini asyik tiup wisel, konon tak betul lagi salah. Huru-hara, jawabnya !

    Demikianlah peri pentingnya Polis dalam masyarakat !

    Reply

  10. 10 guni setahil Nov 18th, 2009 at 4:02 pm

    Dalam isu ini tiada siapa pun salah termasuk Polis, yang salah adalah UMNO kerana UMNO lah yang tengelamkan Suruhanjaya Penanbah baikkan Pasukan Polis. sepatutnya Suruhan jaya ini di sertai oleh berbagi pihak dari Pembangkang dan dari luar negara supaya Pasukan Polis dapat di tambah baik dari berbagai sudut demi kebaikan Rakyat. UMNO dilihat lebih mehu megekalkan apa yang ada sekarang yang mana apa yang di gunapakai oleh pasukan polis adalah saki baki Inggeris. sebagai sebuah Negara yang telah merdeka Malaysia harus merombak sistem yang di guna pakai supaya ianya lebih sesuai dengan zaman. yang lebih meruncing masa latihan polis telah di pendekkan ini salah satu punca kita melahirkan Polis yang tidak bermutu. tujuan di pendekkan adalah disebabkan Polis kekurangan angota kerana ramai yang pencen sereantak. yang mana pengambilan No pangkal 4 dan 5 bagi megatasi kekurangan serentak JPA menbenarkan penganbilan segera bagi megisi kekurangan ini jalan pintas. diambil dengan memendekkan masa latihan akibat dari itu kita telah melahirkan polis yang kurang bermutu. apa yang saya cadangkan masa latihan harus di panjangkan semula sebagai mana asal dan modul lahihan perlu di kaji semula. Polis harus melepaskan tembakan amaran ke udara dahulu sekiranya berdepan dengan suasana tegang bukan sewenangnya ikut ala cowboy!!! ini adalah “standing oder”. jika tak berani dengan cabaran jangan jadi polis. untuk melahirkan Polis yang bermutu satu kajian semuala harus dilakukan dengan cermat oleh pakar tempatan dan luar.

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Disini jelas pandangan guni adalah benar, ini seolah olah kita tidak merancang dan megurus dengan baik pasukan polis. lain kali kalau pancen 1 ribu setahun maka satu ribulah kita keluarkan angota baru. baru pengurusan teratur maka tidaklah terjejas pasukan polis kita. walau apa pun saya ucapkan tahniah kepada Polis kerana masih dapat mejalankan tugas dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini yang menagih tugas polis dengan lebih berat. saya tidak salahkan polis dengan tekanan kerja yang berlebihan tertapi ini semua angkara UMNO yang bergitu lemah dalam meguruskan ekonomi ini amat penting kerana ekonomi dan jenayah saling berkait. merundunya ekonomi meningkatnya jenayah terutama ragut dan pecah rumah dan dan curi kenderaan dan sebagainya. saya minta maaf kepada polis kerana kelemahan ini adalah kelemahan UMNO. “yang buruk itu dari UMNO yang baik itu dari allah” semoga kita berdoa dengan penuh rendeh diri semoga ekonomi kita pulih kembali hiliran itu akan dapat megurangkan jenayah secara semula jadi.

    Reply

    kung fu panda Reply:

    Amat Ralat!!

    Utusan megatakan bahawa “kalau polis kena tembak tiada siap pun ambil kisah tertapi kalau perompak kena tembak semua ambil tahu” ini satu pandangan yang amat mendukacitakan, kita kena kembali kepada “asas” apa tugas perompak dan apa tugas polis . perompak memang sedia maklum merompak dan polis “penegak undang undang” dan polis bertindak berlandaskan undang undang jika polis bertindak diluar undang undang maka apa bezanya polis dengan perompak. sebagai penegak undang undang polis perlu mematuhi SOP sebab SOP itu di guna pakai oleh semua jabatan kerajaan. sebagai penguatkuasa polis harus mematuhi SOP. Perompak juga mengunakan SOP bila melakukan jenayah mereka tidak merompak secara menbuta tuli. kita akui tugas sebagai angota polis memang cukup mencabar jika terkorban ini satu pengorbanan amat besar kepada Rakyat Negara.

    Akhir kata saya tabit pada semua angota polis yang bertugas dengan penuh semagat kepolisian dan penuh taat setia kepada Negara “jasa mu di kenang”. yang patut pada UMNO boleh jalan!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  11. 11 Lembing tumpul Nov 18th, 2009 at 4:11 pm

    Si kpn tu tak ada lagi muka di tv,munkin naik haji kot…kat tv hari2 cerita subsidi beras dan petrol,mabuk betul si noh banggai ni,tak payah dok cerita/komen rakyat tak makan yg disedekah tu…makan je kamu org tu biar pecah perut tu…….

    Reply

  12. 12 penang3brothers Nov 18th, 2009 at 6:51 pm

    Assalamualaikum Datuk Seri,

    Selain dari mencurahkan kemarahan terhadap pihak yang memerintah melalui media ini, apakan daya kami sebagai warga biasa?? Undi telah dipangkah, kerajaan negeri telah ditukar tapi ………..
    (ketandusan idea !!!! )

    Reply

  13. 13 dizzy Nov 18th, 2009 at 6:54 pm

    DSAI,
    Desak adakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja terhadap polis sepertimana Suruhanjaya Siasatan DiRaja semasa DSAI ketika dahulu.Desak Suhakam jalankan siasatan menyeluruh terhadap PDRM.Bangkitkan perkara ini di Parlimen.Apa guna Parlimen Malaysia,bentangkan usul ini.Sekarang ini bermcm-mcm polis lakukan terhadap rakyat sewenang-wenangnya.Bukannya sy tidak percaya pd PDRM,tetapi tindakan dan tindak tanduk PDRM pd zaman ini amat kurang yakin.Yg mereka tahu kutip saman sana n sini.Cari wang lebih penting dari mencegah jenayah.Apa pulak dgn siasatan kes Bala yg telah diculik ketika dulu?Dgr kata Mr Bala sudah kembali ke Malaysia.Apa tindakan PDRM terhadap si penculiknya?Renung-renung kan lah……………Jika diberi KPI,sy rasa serupa dgn SPRM.KDN(DS Hishammudin) baru-baru ini pun tidak mengumumkan KPI untuk PDRM.Apa mcm???

    Reply

  14. 14 VEE JOHN Nov 18th, 2009 at 7:31 pm

    DSAI, Saya merasakan seandainya PR @ PRM memenangi PRU Ke-13 nanti dan menguasai Parlimen Malaysia saya mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri yg menguasai Polis D Raja malaysia @ PDRM ini d jadikan Satu jabatan khusus buat merekrut semula Institusi Kepolisian d dalam negara ini, demi untuk memperbaiki Institusi keseluruhannya.Bukanlah semua Pegawai Polis yg berkelakuan dan mempunyai Hebitat yg seperti Binatang…..Kerana Pegawai Polis ini sudah melebihi ke 70% yg mempunyai keperibadian yg kurang bagus dan tidak mempunyai Disiplin sendiri, Kebanyakan mereka terarah mencari Wang melalui aktiviti2 Rasuah dan mengugut orang awam………..

    Reply

  15. 15 zul Nov 18th, 2009 at 10:43 pm

    kalau yang mati tu POLIS tak ada sorang pun yang bela..ooooooh itu kecuaian mereka. Ada senjata tak tau guna..Gunakan lah otak. Hanya mereka yang berkenaan shj yang berada ditempat kejadian anda anda semua cuma dengar dan baca berita. Situasi sebenar tak tahu.. tak nampak. Positif lah sikit. Apakata kalau terjadi penjenayah tembak org awam.. POLIS juga yang salah tidak bertindak pantas..POLIS tak cekap .. Pendekata apa yang POLIS buat semua nya salah..Macamanalah otak korang berfikir..

    Reply

    kuda kepang STC Reply:

    Jarang perompak tembak orang awam!! yang selalu nanpak polis tembak orang awam didataran merdeka!! Mesjid Negara!! Depan istana Negara!! jalan TAR!! depan Sogo!! walau pun dengan gas dan air tapi digelar tembak juga!! ini bukan “cuma dengar” saya baca dan lihat di Utusan Malaysia dan TV3 dan RTM. Polis cuma menjalankan tugas Penjenayahnya UMNO.

    Reply

    ZUL Reply:

    SDR KUDA KEPANG STC,
    KALAU YANG KENA TEMBAK DGN GAS PEMEDIH MATA ATAU AIR DI DATARAN MERDEKA, DEPAN ISTANA NEGARA,JALAN TAR, DEPAN SOGO DLL ITU MEMANG PATUT,.. MEREKA TU SEMUA BODOH SOMBONG, MENYUSAHKAN ORANG LAIN, TAK TAHU GUNAKAN OTAK YANG WARAS,
    KPD SDR AZHAR,
    WALAUPUN CUMA 1 PISTOL SUDAH CUKUP MERBAHAYA.. FIKIR-FIKIRKANLAH …. KALAU DIA SEMPAT ,MENGGUNAKAN PISTOL TERSEBUT… DALAM ADA BERAPA BIJI PELURU BEB..

    SECARA UMUMNYA AKU SETUJU KALAU PIHAK BERKUASA MEMBUNUH PENJENAYAH YANG MEREKA ANGGAP/SYAKI BERBAHAYA. HANYA DENGAN CARA ITULAH INDEKS JENAYAH AKAN DAPAT DITURUNKAN. YANG PELIKNYA KENAPA KORANG NAK BELA SANGAT PENJENAYAH2 YANG DITEMBAK MATI TU…ADAKAH KERANA…………………………….

    Reply

    kuda kepang STC Reply:

    Yang kat Dataran dan sogo tu jalan lengang kangkong tak bawa apa pun. pihak berkuasa sepatutnya megawal keadaan serta lalulintas. suhakam pun kata boleh berhimpun secara aman. yang jadi masalah apa bila pihak berkuasa mehalang , Rakyat mohon permit himpun tak dapat tapi UMNO mohon permit AP Kereta dapat pulak. maknanya UMNO lebih pentingkan kereta daripada Rakyat. Lihat sahaja demi merperkayakan pengusaha kereta UMNO hampir mematuhkan kereta usia 15 tahun keatas harus di periksa oleh puspakon atas desakan Rakyat kesudahannya UMNO terpaksa menbatakan niat curang tersebut.

    Ini jelas kereta di hati para peminpin UMNO rakyat bagaikan sampahan pada mereka. padalah kereta pembesar UMNO menjalar. Rakyat nak berjalan kaki di dataran tak diberi permit. Rakyat berjalan kaki dihalang Pembesar UMNO naik kereta di benarkan!!

  16. 16 souls Nov 19th, 2009 at 1:34 am

    zul

    ko ada ke ke kt tempatt kejadian tuh?

    Reply

  17. 17 karlstag Nov 19th, 2009 at 4:30 am

    sikit2 tembak mati..apsal nak tembak mati je keje…takut aku dok malaysia ni….nak jadik malaikat maut pulak ..teaser gun takde ke?pelali ke?kalau takde pinjam jabatan haiwan punye..yg gajah punye pelali pun takpe..takpun spray lada tu..janji tak membawa kpd kehilagan jiwe..terutama anak mude mcm allahyarham..macam org takde akal main suke2 ati je menembak mati..bukan budak tu pi romapak bank ke..merogol ke..tak paham betul aku..mase mule aku bace paper tu pun dah terdetik kat ati aku yg bende ni bakal jd kontroversi

    Reply

  18. 18 Azhar Nov 19th, 2009 at 8:45 am

    Sila tengok di you tube rakaman tentang perompak di Miri dimana polis pintas kereta perompak dan terus tembak. Kita boleh lihat semua perompak larikan diri bukan berbalas tembak dengan polis tapi polis terus tembak mati ketiga-tiga perompak. Selepas kejadian cuma ada 1 pistol aje. Fikir-fikirkan.

    Reply

  19. 19 anu berahim Nov 19th, 2009 at 5:51 pm

    ahh.. semuanya hendak dipolitikkan…

    Reply

  20. 20 akuorgmalaysia Nov 19th, 2009 at 10:48 pm

    baru2 ini kejadian tembak di perlis..1 orang pemuda mengamuk mengunakan pisau pemotong sayur di tembak mati oleh polis..alang kah sedihnya perkara seperti itu berlaku…cuma mengamuk bukan penjenayah tetapi polis bertindak luar dari batasan dengan menembak pemuda yang berusia 22 tahun dan meninggal di tempat kejadian…kejam betul lah polis tersebut tanpa memikir pemuda itu cuma mengamuk bukan penjenayah atau pembunuh…pemuda itu mengamuk di sebab di tinggal oleh kawan nya di alor setar dan balik ke perlis berjalan kaki sejauh 50km dan takada duit tambang dan terpaksa lah berjalan kaki sejauh 50km…sesampai di perlis mengacam untuk membunuh kawannya tadi…polis tak ada kerja lain dah….

    Reply

  21. 21 Mohamad Nov 23rd, 2009 at 12:43 pm

    Peminat-peminat Pakatan Rakyat sekalian, sungguh senang hati dan bernafsu anda semua menghentam pasukan polis dengan penuh ghairahnya. Anda semua mesti faham tugas dan tanggungjawab polis yang amat berat kerana ia melibatkan keselamatan negara dan keselamatan rakyat. Pasukan polis setahu saya sentiasa berusaha untuk membenteras jenayah bermati-matian hingga ada yang terkorban nyawa mereka sendiri. Tiada orang yang menggembar gemburkan dalam akhbar atau blog atau buat ceramah menghentam golongan penjenayah yang menembak mati polis berkenaan.

    Berkenaan, anggota atau pegawai polis menembak mati perompak atau pun orang yang boleh mengancam keselamatan masyarakat dan negara, tindakan yang yang diambil oleh polis mestilah bersifat segera dengan pertimbangan yang wajar seperti yang dipelajari semasa di pusat latihan dan lain-lain kursus yang berkenaan. Perkara ini melibatkannya nyawa, kalau mati atau cedera hingga putus tangan, kaki, telinga dan lain-lain, semua itu bukannya boleh dibeli dikedai atau boleh tumbuh semula terutamanya nyawa yang hanya sekali sahaja. Polis semasa menembak orang yang mengancam keselamatan awam, bertindak selepas tindakan tidak terkawal dan boleh mengancam keselamatan awam. Bukannya bertindak sesuka hati. Cuba bayangkan anda berada di tempat pegawai atau anggota polis yang berhadapan dengan penjenayah yang berbahaya atau orang yang berbahaya, mungkin anda terus lari dan membiarkan orang itu bermaharajalela hingga keselamatan awam terancam. Mungkin jika anda dapat tangkap penjenayah berkenaan, mungkin akan akan panggil kawan-kawan anda belasah penjenayah itu hingga parah atau mati. Tetapi semua itu tidak dilakukan oleh polis, kalau dilihat semasa demonstrasi di ibu kota, media pembangkang sentiasa menunjukkan polis menggari dan menangkap para pendemonstrasi yang bertindak ganas. Tetapi mereka tidak menunjukkan saat-saat pegawai atau anggota polis dipukul sesuka hati oleh pendemonstrasi berkenaan, atau pegawai atau anggota polis yang dibaling batu serta dimaki hamun dengan kata-kata lucah dan kesat, tetapi polis tetap bersabar dan meminta pendemonstrasi berkenaan beredar dengan kata-kata yang sopan dan penuh nasihat.

    Mungkin peminat-peminat Pakatan Rakyat akan maki hamun saya dan menuduh saya sebagai talibarut kerajaan. Saya bukan talibarut kerajaan atau kerbau yang boleh dicucuk hidung sesuka hati, tetapi saya menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap perkara berkenaan. Sekian, terima kasih.

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    Saudara Mohamad,

    Sila fokus huraian anda berdasar tajuk setiap kali berhujah ! Hal yang dibicarakan sekarang, polis halang ceramah yang diberi kebenaran tanpa alasan munasabah.

    Kita berpandangan, tindakan itu tidak adil ! Sebab, nyata pilih kasih. Puncanya, program Umno dan BN tidak dihalang demikian rupa !

    Kita tidak tuduh tugas polis itu hina malah memerlukan kerjasama polis dalam setiap keadaan. Polis perlu untuk membantu terjamin keselamatan. Demikian pula, kita tidak menganggap tugas polis itu ringan. Kita memberi pandangan dan cadangan supaya tugas polis lebih lancar, mudah serta adil.

    Jangan sandarkan hujah anda dengan “kalau” atau “mungkin” ! Kalau dan mungkin bukan fakta. Itu andaian dan kekeliruan anda.

    Kita berhujah untuk mempertahankan “kebenaran” bukan menagih “glamour” ! Polis adalah sebahagian daripada ahli keluarga kita. Maka, demi kasih dan ingin membantu; jalan pilihan kita tawarkan.

    Anda juga jangan mudah “panas telinga” . Terutama bila Umno dan BN diberi teguran dan kritikan. Umno dan BN perlu “terbuka” untuk menerima cadangan dan bantahan ! Tujuannya, menawarkan “sumbangan” membina kecemerlangan negara.

    Anda sebagai pemerintah wajib adil dan amanah. Bila terpampang bukti tidak adil dan tidak amanah, kita tegur dan kemukakan cadangan. Malah, tugas Pembangkang satu amanah daripada rakyat. Rakyat yang memilih mereka. Selain itu, Perlembagaan memberi hak untuk bertegas serta bersuara. Jadi, tunjuk gentleman le sikit…!

    Memang menjadi kelaziman. Sebahagian orang membantah dengan “suara keras” dan sebahagian pula “berlembut cara” ! Hakikatnya, sama-sama mahu melihat kejayaan Malaysia dari semua suara. Kerana itu hak mereka !

    Secara peribadi, saya mengalu-alukan pandangan anda. Latar belakang ilmu kita tidak sama. Maka, berkongsi lebih banyak manfaat. Sedangkan taksub yang menolak fakta dan kebenaran tak membawa sebarang kejayaan.

    Saya sudi untuk terus membaca tulisan anda ! Terima kasih !

    Reply

    mat langih Reply:

    janganlah kerana gajah bergaduh dengan paus {sesama mamalia), dugong dan todak mati tersepit!bahana bila yang besar bergaduh yang kecil tersepit (Rakyat dan Polis). akau cukup sedih dengan budaya yang Gajah (UMNO) bawa mereka menpergunakan pasukan POLIS dengan niat untuk terus menurus berkuasa ini adalah sikap haloba yang ada didada UMNO.

    Reply

  22. 22 Mohamad Nov 23rd, 2009 at 4:57 pm

    Kepada Saudara Pak Lang Cot, saya bukanlah membuta tuli menyokong Barisan Nasional, tetapi jika saudara membaca komen-komen saya di blog ini, saudara akan dapati bahawa saya mengemukakan fakta dan disusuli dengan contoh-contoh dan kemungkinan yang akan berlaku jika kita bertindak atau berbuat sesuatu perkara. Kita mesti ingat bahawa setiap perkara yang terjadi mesti ada sebab dan akibatnya. Misalnya orang mati mungkin sebab sakit, kemalangan, dibunuh, membunuh diri, terlibat dalam bencana alam. Saya memberikan fakta, contoh dan gambaran kemungkinan yang akan berlaku supaya kita lebih berwaspada dan bertindak mengikut keperluan.

    Saya percaya bahawa saudara menganggap saya penyokong kerajaan Barisan Nasional, secara dasarnya saya memang menyokong Barisan Nasional, tetapi saya tidak mengaggotai mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional termasuk UMNO. Saya melihat dan dapat merasai kewajaran pemerintahan Barisan Nasional berbanding dengan Pakatan Rakyat berdasarkan tingkahlaku pemimpin-pemimpinnya, dasar-dasar yang didokong oleh kedua-dua pihak berkenaan, dan samada apa yang dicakap itu dibuat atau sekadar cakap kosong untuk raih undi semata-mata, saya juga amat mengalu-alukan pandangan dan kritikan dari saudara dan lain-lain pengunjung blog ini jika saya ada salah, kerana sebelum ini, saya ada katakan bahawa, saya tidak selalunya betul dan saya juga tidak selalunya salah, saya manusia biasa seperti orang lain yang ada kelebihan dan kelemahan yang tesendiri. Sekian, terima kasih.

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    Maafkan saya, saudara Mohammad. Saya menghormati kejujuran anda. Dan saya tetap menaruh harapan kita tetap maju dalam memberi sumbangan dalam membina kecemerlangan negara walaupun sebahagian kecil tanggap kita bercanggah.

    Saya tertarik dengan pandangan Intan Sakinah dalam komentarnya sehubungan dengan perbezaan. Katanya, ibarat tulang, isi dan kulit meskipun zarahnya berbeza tapi bila berpegang kepada muafakat dan kebenaran boleh bersatu mereka. Sungguh indah !

    Dari sudut tanggung-jawab Parti Pembangkang, saya optimis ia adalah satu keperluan bagi negara. Dalam sistem demokrasi yang sihat, Parti Pembangkang menjadi badan pendorong serta selia bagi tugas Parti Pemerintah yang diberi amanah. Demikian leluhur yang dapat saya baca dari ruang yang dibuka oleh Perlembagaan Negara.

    Pandangan saudara tentang ketelanjuran peribadi pemimpin, ia sesuatu yang berbentuk subjektif. Ia lahir dari tanggap berdasarkan ilmu serta fakta yang dimiliki oleh masing-masing. Anda berhak untuk mempunyai tanggapan sendiri dan demikian pula saya dan rakan-rakan yang lain. Isteri pun ada kalanya, buat kita mencuka hati dan perasaan. Tapi, dek kerana kasih dan jasa; kemaafkan kita hulurkan. Muafakat dan penyatuan tetap kita pelihara !

    Apa yang mahu kita “lihat dan nikmati” ialah keadilan dan kemajuan yang menyeluruh. Malah, merentas bidang dan alam sejagat. Sesungguhnya, cintakan perubahan itulah jalan menuju kejayaan.

    Selamat Menyambut Aidil Adha untuk saudara Mohamad serta semua rakan-rakan dan pemimpin. Maaf zahir dan batin ! Semoga terus berubah langkah kelak negara bertambah indah ! Terima kasih.

    Reply

  23. 23 Mohamad Nov 25th, 2009 at 6:42 am

    Kepada saudara Pak Lang Cot, anda menyatakan tentang kesalahan dan kesilapan seseorang yang perlu dimaafkan. Tetapi saya hairan kerana mengapa pihak Pakatan Rakyat suka menghentam pihak kerajaan sewenang-wenangnya bila ada sedikit kesalahan dari pihak kerajaan. Contohnya dalam kes ADUN Kota Seputeh, beliau bukan tidak hadir selama satu tahun berturut-atau tidak pernah hadir langsung persidangan DUN Negeri Kedah, mengapakah Speaker DUN Kedah, Dr. Abd. Isa Ismail tidak dapat memaafkan kesilapan beliau kerana terlambat menghantar surat cuti sakit. Beliau sakit, sebab itulah tidak dapat hadir sidang DUN berkenaan dan bukan suka-suka hati tidak datang. Mengapa beria-ia sangat Speaker DUN Kedah itu mahu melucutkan kelayakan ADUN Kota Seputeh berkenaan? Begitu juga dengan Tun Mahathir yang banyak berjasa pada negara selama lebih 22 tahun pentadbiran beliau di Malaysia, Tun Mahathir dimaki hamun dan dicerca seolah-olah beliau seorang bangsat yang menjahanamkan negara. Tun Mahathir banyak bekorban untuk negara, tetapi beliau dicerca dimaki hamun, dihina, dikeji dengan tuduhan mahafiraun, mahazalim dan macam-macam lagi dalam ceramah pemimpin PAS, DAP, Keadilan. Memang beliau (Tun Mahathir) ada buat salah, tetapi lihatlah kebaikkan yang dilakukkannya seperti yang saudara katakan itu. Kalau kita lihat semasa pentadbiran beliau beliau tidak menggalakkan anak-anaknya terlibat dengan pentadbiran kerajaan dan seboleh-bolehnya tidak mahu anak-anaknya terlibat dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan kerajaan supaya tidak dituduh kronisme dan mengaut harta benda rakyat ke dalam poket keluarga beliau. Lihatlah bila beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, anak beliau, Datuk Mokhzani telah dilantik oleh Pemuda UMNO menjadi Bendahari Pemuda UMNO, beliau telah menasihatkan anaknya supaya menolak jawatan tersebut supaya tidak menjadi fitnah, dan anak beliau taat kepada bapa telah mengikut dan mematuhi arahan beliau. Mengapa contoh yang baik ini tidak diteladani oleh pihak Pakatan Rakyat.

    Baru-baru ini ada kes melibatkan menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi iaitu CEO PBMK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) yang disyaki menyalahgunakan kuasa, pihak Pakatan Rakyat bermati-matian mempertahankan Abdul Ariffahmi dan Nik Aziz, tetapi jika melibatkan pihak Barisan Nasional, meskipun baru khabar-khabar angin, bergempita Malaysia dengan ceramah-ceramah oleh Pakatan Rakyat yang menghentam dan menggodam sepuas-puasnya Barisan Nasional terutama UMNO. Tetapi akhirnya apa yang digempitakan itu tidak benar sama sekali. Tiada pula permohonan maaf dari pihak Pakatan Rakyat, malahan terus menuduh mahkamah tida adil, kerajaan mengugut hakimlah dan macam-macam lagi. Mohon komen saudara Pak Lang Cot berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

  24. 24 Mohamad Nov 25th, 2009 at 11:04 am

    Kepada Saudara Pak Lang Cot, apa yang saya persoalkan berkenaan perkara ini ialah Pakatan Rakyat bertindak berat sebelah, apa yang menguntungkan dari sudut politik mereka, semua betul, tiada yang salah, melainkan betul belaka walaupun salah, tetap betul. Kalau ianya tidak memberikan keuntungan politik kepada mereka, semuanya salah dan konspirasi belaka, tiada apa yang benar, melainkan semuanya konspirasi jahat dari Barisan Nasional terutamanya UMNO meskipun apa yang didedahkan itu benar.

    Berhubung dengan kata-kata saudara berkaitan dengan kemaafan, saya hairan bila mengenangkan tingkah laku Speaker DUN Kedah yang bukan sahaja tidak mahu menggunakan budi bicara untuk memaafkan ketidaksengajaan YB. Abu Hassan Sarif yang terlambat mengemukakan sijil cuti sakit, tetapi juga beliau begitu ghairah sekali untuk mengadakan pilihanraya baru di Kota Seputeh tanpa memikirkan masalah kewangan negara, YB. Abu Hassan bukannya penjenayah atau penjahat yang merbahaya, tetapi hanya tidak hadir mesyuarat DUN sebanyak dua kali sahaja, bukannya beliau suka-suka hati tidak mahu datang, tetapi beliau sakit, malangnya Speaker DUN Kedah, Dr. Abd. Isa Ismail tidak peduli itu semua, mungkin beliau berharap agar jika ada pilihanraya baru diadakan, kerusi pembangkang akan kembali bertambah selepas YB. Radzi Salleh dari Lunas hilang kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional jarang kedengaran bertindak sedemikian melainkan jika ianya keterlaluan, barulah tindakan undang-undang diambil. Misalnya Tun Mahathir, sepanjang beliau berada dalam kerajaan dan selepas bersara pun dihina, dicerca, dimaki hamun dan ditohmah macam-macam, tetapi beliau bersabar dan tidak ambil tindakan undang-undang sesuka hati seperti yang dibuat oleh YB. Anwar Ibrahim yang menyaman En. Nallakarupan yang cuba mendedahkan bukti-bukti salah laku YB. Anwar Ibrahim. Adilkah ini? Orang yang tidak bersalah seperti Tun Mahathir ditohmah sebagai mahafiraun, mahazalim, perampas hak rakyat, penentang hukum Allah dan macam-macam lagi. Beliau tidak mengambil tindakan undang-undang kerana tidak mahu menyusahkan pihak polis, hakim, dan pihak-pihak lain dengan melayan tohmahan orang-orang yang melampau berkenaan. Lihatlah perbezaan antara Tun Mahathir dan Anwar, anda boleh buat penilaian secara jujur dari hati nurani anda.

    Begitu juga dengan tohmahan terhadap polis yang kononnya menjadi kerbau yang dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari oleh kerajaan terutamanya UMNO, kenyataan ini adalah keterlaluan. Tugas polis adalah menjaga keamanan negara dan keselamatan negara, jika polis tidak benarkan permit ceramah, polis telah membuat penilaian yang teliti berkaitan, keperluan diadakan ceramah tersebut dan implikasi ceramah tersebut kepada ketenteraman awam. Banyak ceramah-ceramah Pakatan Rakyat suka menghentam kerajaan Barisan Nasional, malahan banyak kenyataan fitnah juga diselitkan dalam ceramah berkenaan. Jika dibenarkan ceramah berkenaan, mungkin akan berlaku pergaduhan antara penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang jika apa yang diceramahkan terlalu mengguris hati mana-mana pihak. Jika perkara itu berlaku, pihak polis juga yang akan disalahkan. Kita kena berfikiran rasional dalam setiap perkara supaya tidak berlaku perkara yang buruk dikemudian hari. Seperti kata orang tua-tua, jangan sudah terhantuk baru nak terngadah, itu sudah tidak berguna, sepatutnya kita perlu berhati-hati sebelum musibah menimpa kita akibat penilaian salah kita, itu yang diamalkan oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia berhubung permit ceramah ini.

    Berkaitan isteri, saya amat terkejut dengan kenyataan dari Ahli Parlimen Shah Alam, YB. Khalid Samad berhubung baiah untuk menceraikan isteri talak tiga jika tidak bersama PAS lagi. Apa perkara mengarut ini? Mengapa sampai dibabitkan keluarga dalam hal politik? Sukakah kita jika suami isteri bercerai berai, anak-anak mereka terabai dan terlibat dalam masalah sosial? Apakah ini yang PAS mahukan? Agak mengejutkan bila pihak Pakatan Rakyat mendiamkan diri dan ada juga yang menyokong tindakan baiah berkenaan dengan menggunakan agama sebagai alasan. Agama telah digunakan untuk kepentingan politik oleh pihak Pakatan Rakyat. Muliakah tindakkan ini? Saudara nilaikanlah sendiri.

    Berhubung perpaduan, Pakatan Rakyat suka memecah belahkan perpaduan antara kaum, berbagai isu perkauman dibangkitkan. Kononnya kerajaan menindas kaum bukan bumiputeralah, kerajaan tidak adil dalam berbagai hal berkaitan bukan bumiputeralah, apa ini? Lihatlah di negara-negara luar sana, ada negara yang melayan rakyat minoriti dengan begitu amat baik seperti Malaysia, di Singapura, tiada kawasan yang majoriti Melayu, orang Melayu di sana diasing-asingkan supaya kekuatan politik mereka lemah. Apakah ini berlaku di Malaysia? Saudara nilailah sendiri. Jika beginilah sikap parti komponen dalam Pakatan Rakyat, bagaimanakah mereka mampu mentadbir negara jika asas-asas kenegaraan diabaikan oleh mereka? Apa akan jadi dengan rakyat kita? Entah-entah akan berlaku perang saudara seperti di Rwanda, Zaire, Persekutuan Yugoslavia, Afghanistan, Sri Lanka, Ireland Utara dan lain-lain tempat kerana perbezaan etnik dan agama serta pegangan politik. Malahan jika kita lihat dari perspektif Yugoslavia, tiada lagi Persekutuan Yugoslavia, yang ada kini hanyalah negeri-negeri bersekutu Yugoslavia yang kini menjadi negara merdeka seperti Serbia, Croatia, Slovenia, Montenegro, Kosovo dan Bosnia Herzegovina. Malahan Bosnia Herzegovina sendiri terbahagi kepada dua ketika ini iaitu Persekutuan Bosnia Herzegovina yang dikuasai oleh orang Islam dan Croatia, manakala satu lagi Republik Srpska yang dikuasai oleh etnik Serb. Sebelum ini En. PJsenoi menempelak saya dengan mengatakan jangan diambil contoh dari negara luar, tetapi bagi saya contoh dari negara luar yang saya ambil sebagai iktibar dan pedoman, sejarah umpama roda, hari ini di atas, esok di bawah, lusa di kanan, kemudian di kiri dan begitulah seterusnya. Kepada semua pembaca termasuklah saudara Pak Lang Cot, terpulanglah kepada anda menilai segala sesuatu, jangan dibutakan mata kita oleh kepalsuan yang dimekap tebal-tebal. Kerana Saidina Ali pernah berkata kepalsuan yang terancang akan dapat mengatasi kebenaran yang tidak tersusun. Kerajaan Barisan Nasional ketika ini tidak dapat menyusun kebenaran dengan teratur kerana diasak bertubi-tubi oleh Pakatan Rakyat dengan kepalsuan yang telah lama dirancangan, tak cukup dengan itu, dengan kemelesetan ekonomi, dan tohmahan oleh pihak yang dengki dengan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional terpaksa membiarkan dirinya ditohmah tetapi berusaha membaiki keadaan ekonomi negara daripada bertelagah dengan puak-puak yang tidak sedar diri dan lupa darata untuk kepentingan perut sendiri. Ingatlah kuasa politik bukan boleh di bawa ke dalam kubur. Nanti di akhirat, akan ditanya oleh Allah taala terhadap sikap tidak bermoral politik yang dibuat oleh kita untuk mengainaya orang lain. Sekian, terima kasih.

    Reply

  25. 25 kurt Nov 30th, 2009 at 8:02 pm

    salam…..

    hmmmmmm….

    imho, gari dan tembak adalah sesuatu yang tak mungkin. dalam keadaan tangan bergari ke belakang, kedudukan bahagian atas lengan akan berada setentang dengan kedudukan jantung. ader tak kecederaan pada bahagian atas lengan sebab kalau gari dan kemudian tembak, kemungkinan untuk peluru menembusi anggota tubuh dan mencederakan bahagian atas lengan adalah besar. ini kerana tindakan gari dan tembak akan melibatkan tindakan melepaskan tembakan pada jarak amat dekat. ader ker kes penembakan jarak amat dekat yang menyebabkan anak peluru terhenti di dalam tubuh badan? (kena tanya pegawai forensik, anak peluru tu tembusi tubuh atau terhenti dalam tubuh?)

    perkara (5) dirujuk. kalau dikatakan dua das tembakan dilepaskan, adakah kesan tembusan pada tubuh/mayat juga adalah dua? kalau hanya satu, maknanya ada usaha telah dibuat agar tembakan tidak sepatutnya mengenai tubuh mangsa.

    kewujudan tanda cedera pada bahagian belakang (trauma). adakah ini menunjukkan bahawa telah berlaku tempur jarak amat dekat sebelum tembakan dilepaskan. mungkinkah anggota polis berkenaan diserang dan bertindakbalas dengan melakukan libasan yang bertujuan menjatuhkan dan menghentikan serangan namun tidak berjaya dan serangan diteruskan sehingga memaksa tembakan dilepaskan?

    nakkan kepastian. ader ker kalau kes jenayah (bukan melibatkan kes bunuh oleh pihak ketiga), senjata dibiarkan begitu sahaja? bukankah jadik tanggungjawab pegawai di tempat kejadian untuk kenalpasti dan ‘secure’ senjata yang terlibat?

    walaupun anggota polis tak boleh melakukan pengesahan klinikal berkaitan kematian, sebagai golongan pengendali senjata yang terlatih, sedikit sebanyak tentu mereka telah dilatih untuk menilai keadaan mangsa.

    trajektori peluru bukannya lurus macam pembaris. banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi arah pergerakan anak peluru. kalau tembak sasaran statik pun boleh tersasar, inikan plak tembakan di bawah tekanan dan subjek yang bergerak.

    kalau memang sedari awal nak tembak mati, tak derlah kekecohan tu berpanjangan. elok-elok dia mecabar tu dah kena tembak dah sebab sedari awal dah memang bersenjata dan mempamerkan niat yang jelas untuk mendatangkan kemudaratan.

    kalaupun digunakan akal yang waras, kalau kita dah bersenjata dan telah wujud kehadiran anggota polis di sekitar tapi kita teruskan jugak bermakna kita dengan sendirinya sudah mencabar kuasa polis. kehadiran anggota polis sepatutnya sudah menjadi signal supaya dihentikan tindakan tersebut.

    cerita versi polis dah dengo, cerita versi keluarga si mati dah dengo, cerita versi tukang-tukang pemanjang cerita pun dah dengo. mana plak cerita versi ‘rashidi and the gang’? bukankah mereka jugak terlibat secara langsung? dengo semua mungkin baru boleh buat kesimpulan menyeluruh.

    diandaikanlah sekiranya pada hari kejadian, yang tercedera atau terbunuh adalah orang lain. contohnya anggota polis yang bertugas. adakah situasi sama akan wujud? adakah anggota polis yang berkenaan dan keluarganya akan menerima pembelaan sepertimana yang berlaku pada si mati dan keluarga sekarang? atau kalau musibah tersebut hanya akan didiamkan?

    pada saya, untuk sementara waktu, biarlah rasanya justifikasi sedia ada diterima.

    -kurt-

    Reply

  26. 26 Mohamad Dec 4th, 2009 at 9:49 am

    s

    Reply

  27. 27 jusoh mamat Dec 28th, 2009 at 11:23 am

    isu polis tembak mati taufik noorzan di guar sanji sebenarnya tidak harus diperbesarkan.kalau dilihat faktor2 mengapa polis terpaksa berbuat demikian,ia berkaitan dengan keselamatan awam dan keselamatan polis itu sendiri.jika anggota polis itu tidak melepaskan tembakan, kemungkinan nyawa anggota polis itu sendiri yang melayang,jadi apa pandangan masyarakat kalau itu yang terjadi..soal taufik pula,bukanlah hendak memburukkan orang yang telah mati,kami orang2 di guar sanji tahu siapa taufik sebenar.taufik pernah masuk penjara kerana berbagai kesalahan jenayah.pernah menyamar jadi polis, samun,kaki mabuk,kaki perempuan dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah..justeru itu, fikir2kanlah…

    Reply

  28. 28 adie Aug 15th, 2010 at 3:27 pm

    apa pun yang belaku.sebagai umat islam kita kena patuh pada allah dan rasul .ikut sepenuh ajaran islam,maka tidak ada tindas danmenindas.untuk apa nak takut pada orang yang patut kita takut akan dosa ynag telah kita lakukan.apa pun kembali pada yang hak insyallah semua umat di dunia ini aman

    Reply

  29. 29 adie Aug 15th, 2010 at 3:28 pm

    kembali pada allah.

    Reply

Leave a Reply




AnwarIbrahim: RT @NM_Firdaus: salute to anwar ibrahim.today marks his freedom from prison.salute to the malaysian reformis!reformasi!!fb
3 minutes ago
tunfaisal: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
18 minutes ago
tommydiansyah: RT @anwaribrahim: Waras.Jgn hukum rakyat! @HeditiaDamanik: Kenapa nolak mahsswa msia kuliah di Indonesia. Padahal banyak mahsswa indonesia d
23 minutes ago
tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
24 minutes ago
khayrulumam: Reformasilah RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini kejayaan perjuang2 reformasi
30 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30