17
Nov
09

Selangor Digesa Boikot Program BTN

Dari Malaysia Kini

Oleh Salhan K Ahmad

Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

“Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata,” kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.

Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

“Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN,” kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.

Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.

Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.

“Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN.

“Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan,” tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.

“Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja.”

Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri – yang pernah mengikuti program BTN – mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.

“Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat,” katanya.

“Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM.”

Tambahnya, peserta juga “dimomokkan” tentang tentang “ancaman orang Cina” dalam program yang disertainya itu.

“Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut).

“Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman,” katanya.


13 Responses to “Selangor Digesa Boikot Program BTN”


  1. 1 Boring Nov 17th, 2009 at 11:17 pm

    Is not surprising as the BN tool’s to devide and rule..the Uni does not produced Grad’s With Brain Power For Future Malaysia Development And Advancement…except Ketuanan Melayu… Everybody knows that !

    The Future of Malaysia…Only the Malay can help the Malay to acquired knowleged and wisdom thru proper and good education system !

    Reply

    Boring too Reply:

    teringat semasa zaman sekolah menengah kena pergi BTN tahun 2001.

    Setiap malam kena basuh. PAS kena hentam teruk. Rasa kelakar pun ada.
    Cuma itu lah salah satu cara untuk menyuntik rasa benci pada pembangkang oleh kerajaan kita. Bayangkan seawal zaman persekolahan pun rasa benci itu cuba di tanam di minda kanak-kanak/remaja.

    Berubahlah.

    Reply

  2. 2 PAK LONG COT Nov 18th, 2009 at 8:46 am

    BTN adalah bukti Jabatan Kerajaan dimanupulasi oleh Umno. Ertinya, BTN mmencabar hak seluruh rakyat dan menyalahgunakan cukai yang dibayar oleh rakyat untuk kepentingan “parti reput” mereka !

    Bermaruahkah Umno ?

    Reply

  3. 3 ok@haha.mai Nov 18th, 2009 at 10:39 am

    BTN tu bukti salah guna kuasa Umno-BN.

    Bandingan “salah guna kuasa” dalam pentadbiran sangat mudah. Ibaratkan amanah itu “penukul” ! Kamu pijamkan “penukul” kepada kawan, balasannya “penukul” tu plak dibelasahnya kepala kamu !

    Camtu le kerja-buat Umno-BN kat Rakyat Malaysia.
    Habis, kamu nak tambah lagi penukul untuk pangkhianat tu ?

    PR cabar Umno-BN kerana khianat. Bagus ingat mengingat ! Pun bagus “dijentik” jika tak makan nasihat. Bukan cakap kosong. Seluruh dunia kenal amalan rasuah dalam Pentadbiran Malaysia. Mudah-mudahan insaf & betulkan diri ! Balasannya, menjadi-jadi korupsi ! Sesuka hati guna duit rakyat ! Biadapnya Umno-BN, yang tolong ingatkan difitnahnya mereka !

    Patut jadi kawan ke Umno-BN tu ?
    Yang terang nyata, kamu lebih makmur jika Umno-BN tak diberi amanah !

    Potong jangan tak potong ! Potong BN !

    Reply

    abg uda Reply:

    beb ayat lu bestlah wa sokong lu kita cincang BN UMNO sampai lumat.

    Reply

  4. 4 TokJa Nov 18th, 2009 at 12:22 pm

    Saya amat menyokong cadangan sdr. BTN perosak minda belia negara. Selain selaku ejen perosak, BTN juga bertindak membunuh calon-calon BN sendiri semasa pilihanraya. Ini diakui sendiri oleh beberapa calon BN yang bertanding pada pilihanraya ke 12 baru-baru ini.

    Reply

  5. 5 Mat Tol Nov 18th, 2009 at 3:30 pm

    PM Najib cakap pasal 1 MALAYSIA, BTN cakap 1 HAK MELAYU .BTN dah tipu PM Najib kerana gagalkan satu malaysia, maknanya BTN dah tak releven dan patut dibubarkan.Patutlah Selangor boikot BTN kerana mereka telah ketingalan zaman 1 MALAYSIA…….

    Reply

  6. 6 MBA Nov 18th, 2009 at 5:54 pm

    BTN is cruel and inappropriate

    I have to stay apart with my lovely wife to give her way for BTN recently.

    Based from my understanding, this BTN is not a development nor training program for better work performance. Indeed it racist and everything regard Ketuanan Melayu..

    Please be aware, did this ketuanan melayu did help Melayu? who contol our economy? whom mainly employer and employee? what went wrong? I am Malay and work with private company.. I dont need any protection.. all I need is competition and learning to go further!

    Reply

  7. 7 matadewa Nov 18th, 2009 at 6:58 pm

    Menyingkap isu BTN,masih segar dan panas suatu upacara momokan,’brain wash’,pendoktriran atau kata-kata lain maha hebat yang cuba untuk menggambarkan suatu agenda busuk bagi menyuntik kefahaman politik maha sesat karya Barisan Nasional.

    Dalam satu program BTN khusus untuk para pelajar tajaan ke luar negara,kami disuntik dengan fahaman bahawa anwar pengkhianat bangsa,ajen yahudi,manakala PAS dibobrok hebat bahawa parti ini ajarannya sesat,ekstrimis dan mengajar anak-anak kecil tentang nyawa dan darah semata-mata.Tidak cukup dengan itu,sentimen emosi serta minda dimainkan,tika mana peristiwa Ambon dipaparkan,dengan harapan jangan ada siapa berani mahu mengkucar-kacirkan negara,jika tidak mahu tragedi sama berulang semula.Maka ada beberapa kujur tubuh atau minda sempit beberapa peserta sedikit-sedikit menerima ‘santapan minda’ ini,padahal mereka pada awalnya dangkal apa itu sejarah,bodoh apa itu politik,juga mentah apa itu negara serta bangsa.Usah bercakap soal negara andai sejarah masih terpinga-pinga

    Ketika diajukan soalan siapakah tokoh negara yang menjadi idola,maka jawapan yang diberi adalah DSAI,ibarat menggali kubur sendiri,saya ditekan bertubi-tubi oleh fasilitator yang bijak bermain kata serta minda.Tidak dilupakan seorang anak cina yang menjadi peserta diugut dan dikecam atas alasan dia hanya insan menumpang dan layah dihalau jika mahu.

    Mungkin banyak lagi mata-mata perlu dibeliakkan,hati-hati wajib diputihkan,agak konspirasi jijik ini diketahui semua.Jika mahu bertikam anak jantan,alangkah malu keris disembunyi belakang badan..

    Reply

  8. 8 art 2010 Nov 18th, 2009 at 9:12 pm

    Saya cadangkan kerajaan negeri di bawah PR adakan pula program PBTN (pemulihan Biro Tata Negara) untuk pelajar pelajar dimana module nya maklumat dan fakta rasuah pemimpin di bawah jajahan UMNO dan BN. Gambar gambar kekayaan Ketua ketua bahagian UMNO dalam sekelip mata.

    Reply

  9. 9 lim hua sin Nov 19th, 2009 at 4:55 pm

    HI,BTN is good kerana i dapat belajar sejarah kemerdekaan,bagaimana org melayu dijajah 446tahun dan mereka bangun.saya faham kenapa orang melayu sedikit marah dengan bangsa lain sbb pedagang cina tidak pernah diganggu sejak portugis serang melaka sehingga jepun menakluk malaya.10 generasi melayu pun belum tentu dpat menandingi kekayaan bangsa cina yang berdagang di melaka sejak 1511 sehingga 1942.banyak sejarah yang didedahkan dalam kursus BTN.politik pula pada saya adalah hak rakyat dan BN/MIC/MCA/SABAH/SARAWAK/UMNO telah banyak berjasa dalam memastikan Malaysia berada ditahap ini.Saya faham kalau saudara PR marah pada mereka kerana ketidakadilan yang dilakukan oleh mereka terhadap segelintir kita.tapi saya sedih kalau kita berterusan menyalahkan BTN sahaja.lebih baik kita salahkan KEMAS,JKR,PBT,SEKOLAH,UNIVERSITI,HOSPITAL,TENTERA,POLIS sekali kerana merekalah punca kekalutan dan punca orang cina xdapat kontrak kerana hanya bumiputera sahaja yang dapat kontrak.apapun saya harap PR terbuka dengan nota saya ini

    Reply

  10. 10 DOKOK Nov 30th, 2009 at 10:48 pm

    Saya buka Melayu dan bukan, bukan melayu…. Ini bumi milik ku dan keturunan ku. Kau semua lapah dan lempias tanpa melihat aku dan bangsa ku. Kau cakap semua orang tak betul. BN RASUAH PKR PENIPU RAKYAT DAP AMBIL KESEMPATAN…. PAS SEMUA ORANG SALAH DIA AJE BETUL… Kamu semua nak jadi apa..gaduh tuduh, maki, aku dan keturunan ku tak akan maafkan kamu semua… datang ketanah aku… godam sampai lumat tingggalkan gondol dan apa yang kamu semua beri kepada aku dan keluarga ku. Kalau JHEOA boleh di pangkah kami dah lama pangkah mereka termasuk muka mereka. Kalau Melayu tak boleh, kalau cina tak boleh, kalau india tak boleh perintah tanah ini, biar Tok Bathin kami aje yang memerintah… Kamu semua ingat kamu semua betul ke? Hari hari tengok tingkap sendiri nampak baju orang yang diluar rumah kamu tidak sebersih baju kamu, kamu tunggu bangsa aku datang dan cuci tingkap kamu baru kamu tahu yang sebenarnya kotor bukan baju orang tapi tingkap kamu. Kamu semua nak jual tanah ini kepada orang ke? Aku takkan relakan walau seinchi, kalau aku mati, roh aku akan duduk di pohon-pohon tinggi tunggu kamu dan keurunan kamu lalu akan aku usik dan kacau biar meracau sehingga biru lidah…

    Biar Tok Bathin kami memerintah sementara kamu semua buat keputusan atau bertumbuk sampai mati

    Reply

  11. 11 ala Dec 2nd, 2009 at 9:03 am

    mungkin BTN boleh dianggap masih relevan sekira pembaikpulihan dilakukan terhadap program dan agenda yang ingin direncanakan oleh kerajaan pemerintah. saya rasa sebagai rakyat malaysia, kita tidak perlu melatah seperti keanak-anakan. semua bangsa harus diberi suntikan dan pengisian yang sama dan lebih menjurus kepada persefahaman, perpaduan dan kesepakatan dalam mendukung cita-cita negara demi menjadi sebuah bangsa yang SATU

    Reply

Leave a Reply