17
Nov
09

Selangor Calon Syed Husin Sebagai Senator

Dari Malaysia kini

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mencalonkan timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, 73, sebagai senator yang mewakili negeri tersebut.

Pemilihan Syed Husin diluluskan melalui undian di mana 32 ADUN menyokong, tiga ADUN berkecuali manakala 20 ADUN lagi tidak hadir.

Nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Dewan juga turut mencalon dan meluluskan S Ramakrishnan sebagai seorang lagi calon senator.

Nama Ramakrishnan, 53, dicadangkan oleh exco kanan negeri, Teresa Kok dan disokong oleh Yaakob Sapari. Ramakrishnan menjadi ahli DAP sejak 2000.

Tiga puluh dua ADUN menyokong pencalonan Ramakrishnan manakala dua ADUN membantah. Seorang ADUN berkecuali manakala 20 ADUN lagi tidak hadir.

Jawatan senator yang diisi oleh Ramakrishnan pada asalnya hendak diberikan kepada pemimpin Hindraf V Ganabatirao yang disokong oleh pemimpin-pemimpin kanan India dalam DAP kerana peranannya dalam memperjuangkan isu-isu kaum tersebut.

Sebelum itu lagi, jawatan senator itu hendak diberikan kepada pemimpin akar umbi T Kannan tetapi ianya ditolak oleh pemimpin parti seperti naib pengerusi M Kulasegaran, timbalan setiausaha agung P Ramasamy dan setiausaha publisiti DAP Tony Pua yang menyokong pemilihan Ganabatirao.

Bagaimanapun, dipercayai nama Ganabatirao digugurkan selepas Sultan tidak berkenan kerana dia tidak dilahirkan di Selangor.


4 Responses to “Selangor Calon Syed Husin Sebagai Senator”


  1. 1 AnakSelangor Nov 17th, 2009 at 4:47 pm

    Hairan kenapa semua Adun BN tidak hadir???

    Reply

  2. 2 ok@haha.mai Nov 17th, 2009 at 5:12 pm

    Saya menyokong penuh usaha TS Khalid berusaha memantapkan Kecemerlangan Selangor. Memandangkan Selangor begitu ‘mengiurkan’ dan Umno asyik ‘menitik liur’ melihat ‘ayunya Selangor’ maka perisai dan pendinding kena kukuh dan berjasa.

    Reply

  3. 3 arabkia Nov 17th, 2009 at 9:58 pm

    Saya sokong 101%.
    Makin kebal tembok Selangor nampak gayanya…

    Reply

  4. 4 lostboys Nov 18th, 2009 at 3:56 am

    patut nyer dah lama beliau di beri tempat…pengalaman politik beliau tiada batasan nyer..syabas tuk beliau..

    Reply

Leave a Reply