Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor
Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.
Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.
Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan “tergantung” pengesahan Menteri Besar di Perak.
Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.
Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.
Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.
Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.
Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.
Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.
Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.


















I think PR will Win if a by-election are call…..10-1
Reply
utk mengekalkan kota seputeh
Reply
SPR ni salah satu sebab kedudukan index rasuah kita jatuh. Sekarang kalau mahkamah kata SPR kena ikut Speaker, maknanya….Speaker Perak…DUN Perak….MB Perak….kerajaan Perak…..Rakyat Perak…
Reply
Askm dato seri.
Mo maaf jika terkasar bahasa.tapi ni apa cerita ni , kami tengok dan dengar malah dalam konvensyen datos eri hentam najib razak. naikkans emangat kami. saya di hantar komen dan email bertubi-tubi bertanya apa cerita ini. foto dato seri dengan dato seri najib bukan main mesra. ye la dalam parlimen pun.tapi kena paham orang melayu amsih banyak yang belum paham politik. link berita foto yg jamil sertakan ini boleh membuat penyokong bawahan yg tak tahu apa-apa fikir lain.tolong jawab di blog datos eri supaya tiada tohmahan
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1796#36721
terimakasih
jamilkucing
Reply
joe rock Reply:
November 18th, 2009 at 4:10 pm
wahai saudara jamil bin kucing…
jgn lah berfikiran negatif…x salah sekiranya di ambil gambar berdua sebegitu sekali..Islam pn x menggalak kn kt bermusuh sesama islam…tetapi apa yang penting..perkara yang salah harus diperbetul kn…
jika setakat mengambil gambar bersama pn menjadi isu…susah lah mcm ni..
byk kn berfikir positif..jgn berfikir seperti kucing lapar..main terjah jer..
Reply
jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:
November 18th, 2009 at 6:51 pm
pengampu nak menjawab,gunakan islam sebagai jawapan.selalu itu semua budaya lama. suruh orang jgn terjah.ni apa hal menyabitkan kucing pula , kalau bodoh tak perlu reply tulisan orang.biar dsai yg profesional ajwab.tak payah nak mengampu atau mengipas pemimpin di sini wahai joe hantu yg tak di kenali.
Reply
n71 Reply:
November 18th, 2009 at 7:55 pm
Moleklah tu, sekurang2nya ada jugak persefahaman. Baru sistem dua parti dapat diwujudkan. Kalau asyik bercakar ja, lambat laun Malaysia akan jadi negara porak poranda macam negara X, Y, Z dll.
Moga persefahaman ini akan menjurus kepada sistem dua parti yang lebih adil dan akan lebih banyak dasar dpt dibentuk bagi memenuhi keperluan rakyat. Bukan asyik nak cari dan bukak kesalahan lawan ja. Kalau begitu, sampai kiamatlah Malaysia akan berada di takuk lama
Reply
Yang BN masih nak merayu lagi untuk ADUN malas macam YB Abu Hassan tu buat apa? Kita dok sibuk marah budak-budak ponteng sekolah. Tengok2 ADUN pulak ponteng kerja. Memang bad influence la YB nih. Lepaskan lah dia…. Dia memang tak berminat jadi ADUN kot.
Tak payah merayu, buat penat BN je. Ini jugak akan memberi peluang kepada BN untuk meletakkan calon yang lebih baik dari YB Abu Hassan tu. Betul tak? So, buat apa nak merayu – buat je pilihanraya kecil kat Siputeh tuh :)
Reply
Nak rayu apa lagi kalu dah takde disiplin ! Wakil rakyat jenis ape camtu tuh ? Takde disiplin ertinya tidak amanah. Tak amanah maknanye, khianat ! Khianat sama erti dengan ZALIM ! Habis, nak letak semula “mangkuk hayun” khianat dan zalim tu ?
Memang dah sah pengkhianat sekor tu !
Reply
Enjin rosak, motokar jalan tak betul, kerja-buat jadi masalah ! Amanah bila rosak, pentadbiran huru-hara ! Inilah contohnye ! Memang dah sah pengkhianat !
Umno-BN tu tak guna “direpair” ! Campak kat “Pelupus Sampah” yo !
Langkah bijaksana ialah, tukar baru ! Pakai jenama tersohor, PAKATAN RAKYAT !
Reply
Nampaknya BN lebih penting kerusi Dun daripada nilai perkhidmatan Dun. Mereka lebih mementingkan poket mereka dan masih nak jual epal busuk kpd rakyat walaupun rakyat telah menilainya.Kalaulah pihak atasan BN telah mengeluarkan suara.Ini adalah kemungkinan bidang Kehakiman telah diinterap oleh kuasa politik seperti apa yang terjadi kpd Dun Perak. Yang sah tak sah. Yg haram disahkan. Sekali lagi ini tentu akan memalukan politik negara ini.Kalau bubar DUN PERAK dari mula, segala masalah krisis politik DUN PERAK dapat diselesaikan dalam masa 60 hari dengan adil dan cepat.Tiada pembaziran jentera pekhidmatan awam ,tiada hakim,tiada polis yg terlibat dalam kes ini. Bagaimana pun kita doakan hakim dapat membicara kes Dun Kota Seputeh dengan bijak pada hari Jumaat ini. Rakyat perlu pilih ADUN yg sedia berkhidmat dan bukan Adun yg bergaji buta tampa berkhidmat. Perjuangan untuk keadilan mesti diteruskan. Hidup Rakya! Hidup PR ! Hidup Malaysia !
Reply
Kalo lah keputusan jumaat ini memihak kepada BN/SPR, maka memang sah lah, jubah speaker tu tukar ajer dengan pakaian seragam posmen, baru ngam. Sama ler kat Perak tu. Kat malaysia ni Speaker tak ada kuasa.
Trend masa kini, mula-mula makhamah putuskan PR menang selepas rayuan, reverse balik, BN yang menang.
Reply
WOIIII BARUAH NEGARA!!!!
Apa semua kecut perut ke??? Takde seringgit dua puluh sen ke??
Asyik selindung balik mahkamah je…
Tandinglah macam anak jantan, baru dikatakan ‘gentleman’…
Baruah bacin betul lah puak-puak ni…
Reply
Cerita mahkamah rayuan semua org tahu dah tak payah tunjuk muka jaik kat tv tu meluat kami,sama kes DS Nizar & mamak kunte tu 100000000001?rpihak pd belacol tu,ambil jak kamu semua malaysia ni,biarkan rakyat kamu mati beragan,dipeduli apa!!!!!!nya rakyat…asal perut busuk kembong tu kenyang…..mati mati kalau mcm ini….baik kita buat mcm negeri cowboy je tak payah kenal undang2 siapa kuat dia hero….taik…taik…..
Reply
Elok “hantuk ke tiang” je wakil rakyat tu ! Rayu pun kalu dah tak boleh diharap, jadah apa wakil camtu rupa ! BN pula yang berusaha untuk “angkat semula” manusia tak bermoral, tanda mereka 10 kali ganda tak bermoral !
Reply
Kepada semua peminat Pakatan Rakyat sekalian, kerajaan bukanlah takut untuk mengadakan pilihanraya di Perak, tetapi kerajaan lebih memikirkan permasalahan yang akan dihidapi oleh negara sekiranya pilihanraya berkenaan diadakan. Faktor utama ialah keadaan ekonomi sekarang yang masih terumbang ambing, dan dana kerajaan makin berkurangan, kerajaan tidak mahu membazir, membazir saudara syaitan. Kos perbelanjaan pilihanraya di Perak melibatkan berpuluh atau mungkin beratus juta ringgit. Bukannya dua tiga ringgit. Kerajaan tidak mahu semata-mata mahu memuaskan hati sebahagian pihak tetapi mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain. Pilihanraya berkenaan melibatkan 52 DUN, bukan satu DUN sahaja.
Saya harap semua pihak bersikap rasional, jangan suka memandang sesuatu perkara itu dari satu sudut sahaja, kerana setiap perkara ada pelbagai sudut yang perlu diperhatikan sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan. Pada satu sudut mungkin kita lihat perkara itu amat baik dan begitu cantik sekali, tetapi jangan lupa lagi sembilan sudut lain yang sebenarnya memperlihatkan kita kejahatan, kekejaman, kezaliman, ketakutan, kesedihan, kemurungan, pengkhianatan, penipuan, dan kepura-puraan. Begitulah juga sebaliknya, jika pada satu sudut kita lihat buruk dan hodoh, tetapi sembilan sudut lagi menunjukkan ciri-ciri yang baik yang kita terlepas pandang.
Saya ingin mengajak peminat Pakatan Rakyat menilai kembali apa yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional dan pihak Pakatan Rakyat dalam memajukan negara, siapa yang suka mengadakan demonstrasi di sana-sini, ini menakutkan pelabur asing dan pelancong luar negara. Siapa yang gemar memaki hamun orang lain dalam ceramah, siapa yang gemar mengambil tindakan mahkamah jika ada sedikit kesalahan orang lain, siapa pula yang berdiam diri dan tidak mahu bertelagah perkara yang mengarut, siapa yang bertungkus lumus memberikan gambaran yang baik terhadap pihak luar mengenai Malaysia, siapa yang berhempas pulas meningkatkan ekonomi negara disamping terpaksa berhadapan tohmahan palsu pihak yang tidak bertanggung jawab.
Renungilah tulisan saya ini sedalam-dalamnya sebelum anda mengecam dan memaki hamun saya kerana tidak sealiran dengan anda. Sebab mengapa tidak sealiran dengan anda boleh anda selidiki dari tulisan saya ini. Sekian, terima kasih.
Reply
pjsenoi Reply:
November 19th, 2009 at 4:32 pm
sdr mohamad..
Atas dasar pengukuhan ekonomilah maka perlu diadakan PRK diseluruh Perak. Ini kerana, jika dibiarkan situasi ini berlarutan, kepercayaan pelabur sukar diperolehi. Memandangkan 3 ADUN tersebut bersikap bebas, ini bermakna mereka juga boleh menukar sokongan kembali kepada PR. Dengan demikian apakah kita semua harus menyaksikan perlantikkan semula MB yang baru?
Justeru itu, bagi mengelaknya berlaku keresahan yang berpanjangan serta menjadikan ekonomi kelihatan tidak stabil, makanya PRK WAJIB diadakan segera! Pulangkanlah kembali kuasa rakyat dan biarkan rakyat Perak membuat keputusan samada mahukan BN atau PR.
Reply
Azmil Reply:
November 20th, 2009 at 3:31 am
Saudara Mohamad,
Saudara jauh tersimpang dari kenyataan.
Fakta 1 : ‘Kerajaan haram dan tidak stabil’ adalah lebih menakutkan bagi para pelabur. Kedua-dua belah pihak (BN dan PR) masing-masing mengatakan yang mereka berhak membentuk kerajaan. PR dipilih oleh rakyat, manakala BN dipilih oleh Sultan. Selagi isu ini tidak dimaktamatkan, para pelabur akan terus menjauhkan diri dan ini tentunya lebih merugikan rakyat, negeri dan negara. Ini lebih merugikan daripada mengadakan pilihanraya negeri. Bila dah sah siapa yang menerajui kerajaan negeri, maka ini pasti akan memberi keyakinan kepada para pelabur.
Fakta 2 : Bila 3 ADUN terbabit berubah arah politik mereka, mereka sebenarnya telah hilang kepercayaan pengundi di tempat mereka masing-masing. Pengundi memberi kepercayaan kepada mereka dalam PRU12 untuk membawa perubahan berdasarkan manifesto PR yang dijulang bersama. Tiba-tiba, dipertengahan jalan, mereka berubah arah. Rakyat pasti rasa tertipu. Setidak-tidaknya, tanyalah semada rakyat bersetuju atau tidak. Kalau rakyat setuju – takpe la. Teruskan jadi ADUN di tempat tersebut. Tapi kalau rakyat tak setuju – turun la. Biar rakyat pilih ADUN yang baru. Jadi, selagi pilihanraya tidak diadakan, maka rakyat akan terus menjadi mangsa penipuan ini.
Fakta 3 : Perbelanjaan untuk syarikat Apco bagi tujuan menaikkan nama PM diperingkat antarabangsa adalah lebih ‘membeliakkan mata’ daripada perbelanjaan untuk tujuan demokrasi di Perak. Kalaulah perbelanjaan itu dihulurkan kepada mereka yang memerlukan, pasti negara ini akan lebih makmur.
Fakta 4 : Biarlah rakyat Perak menentukan bagaimana nak bangunkan negeri ini dengan acuan kami sendiri. Janganlah BN jadi macam Amerika – menceroboh negara orang atas nama ‘demokrasi paksaan’.
Reply
Berkenaan pilihanraya baru yang hendak sangat diadakan oleh Speaker DUN Kedah, saya tak pastilah motif sebenar beliau, tetapi mungkin kerana YB. Radzi Salleh ADUN Lunas sokong BN, maka kesempatan atas kesilapan kecil YB. Abu Hassan Sarif untuk mendapatkan kerusi Kota Seputeh bagi pihak Pakatan Rakyat. Dalam blog ini saya dapati YB. Abu Hassan dimaki hamun habis-habisan oleh peminat Pakatan Rakyat, teruk sangatkah YB. Abu Hassan tu?
Mengapa di DUN Kota Seputeh mahu sangat diadakan pilihanraya baru, macam mana pula dengan DUN Bukit Lanjan yang dikuasai oleh PKR, bermati-matian pemimpin dan peminat Pakatan Rakyat pertahankan supaya tiada pilihanraya baru diadakan di situ meskipun ADUN terbabit hendak meletakkan jawatan? Bagi saya kes di Kota Seputeh tidaklah terlalu ngeri berbanding di Bukit Lanjan. Mengapa ada pilih kasih dalam dua kes berkenaan, mentang-mentanglah Kota Seputeh diwakili BN, semua nampak jahat dan zalim, tetapi kalau melibatkan pihak Pakatan Rakyat, semuanya baik-baik sahaja, orang lain sengaja ainaya, hak asasi manusialah, itulah inilah. Apa semua ini? Pandai sungguh Pakatan Rakyat berdrama untuk menggasak kerajaan. Daripada menggasak kerajaan terhadap perkara-perkara tak berfaedah, lebih baik memberi pandangan dan bantuan kepada kerajaan untuk memajukan ekonomi, sosial, pendidikan, akhlak, budaya 1Malaysia dan lain-lain yang berfaedah. Ini tidak kerajaan berhempas pulas untuk memajukan dan menyatupadukan negara, Pakatan Rakyat dan peminat-peminatnya berhempas pulas menggagalkan usaha kerajaan. Kalau kemaruk sangat nak jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Besar, tunggulah sampai pilihanraya umum ke-13 nanti.
Bersabar dahulu, jangan gelojoh sangat, kalau makan gelojoh nanti tercekik, boleh mati. Selesaikan dulu hal-hal di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Macam-macam masalah berlaku di negeri-negeri berkenaan, kes Kg. Buah Pala di Pulau Pinang, kes arak, judi dan kuil di Selangor, masalah pengangguran di Kelantan dan lain-lain lagi. Rakyat sudak muak dengan polemik dan drama Pakatan Rakyat, saya yakin dengan keadaan semasa ini, rakyat tentu akan memulangkan semua negeri-negeri berkenaan kepada pemerintahan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Berhubung dengan cita-cita Pakatan Rakyat hendak merampas Sabah dan Sarawak, tak payah bermimpi di siang hari, Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri berkenaan cuma tahu cari isu untuk buruk-burukkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat, tetapi tiada cadangan penyelesaian yang diberikan, air tercemarlah, arang batu merosakkan ekosistemlah, tanah peribumilah, dan macam-macam lagi. Rakyat Sabah dan Sarawak makin sedar permainan pembangkang terhadap terhadap isu-isu terbabit. Sebenarnya apa yang berlaku ialah kerajaan negeri dan kerajaan pusat berusaha bersungguh untuk memajukan kedua-dua negeri berkenaan supaya setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Sekian, terima kasih.
Reply
pjsenoi Reply:
November 19th, 2009 at 4:41 pm
Nampaknya sdr sekali lagi keliru tentang isu ini. Kes dikedua DUN sangat berbeza dimana DUN Bukit Lanjan adalah isu sabotaj sedangkan ADUNnya begitu aktif menjalankan tugasnya. ADUN Kota Siputeh pula gagal menghadiri sesi perbahasan didewan dan jelas telah melanggar peraturan tetap dewan.
Disinilah kelihatan ADUN Kota Siputeh Zalim terhadap diri serta mengkhianati amanah rakyat kawasannya. Sewajarnya beliau hadir kesidang DUN dan berdebat isu rakyat yang diwakilinya.
Janganlah sdr cuba menongkat langit dengan mendakwa kononnya umno-bn begitu jujur mahukan penyatuan rakyat. Lihat insiden 1 Malaysia yang dipelopori oleh PM manakala TPM giat mempromosikan 1 Melayu. Disinilah nampak percanggahan nyata! isu ekonomi juga banyak bergantung kepada ketelusan dan krdebiliti badan kehakiman. Siapa yang mahu berniaga jika saksi kes boleh terbunuh?
VK.Linggam yang secara terang melakukan kesalahan dengan rakamannya juga terlepas bebas.Sedangkan SuruhanjayaDiraja mendapati ada kes dan mereka yang terlibat wajib didakwa!alahai….
Reply
Kepada Saudara/i PJsenoi, dahulu masa 31 ogos 2008 kemudian 16 september 2008, siapa yang mulakan dulu isu lompat parti, pihak Pakatan Rakyat mengalu-alukan wakil rakyat Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk lommpat parti, tetapi malang bagi Pakatan Rakyat, ia tidak mendapat sambutan kerana wakil rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan lebih pentingkan semangat setiakawan dan perpaduan dalam Barisan Nasional, merujuk kepada tiga wakil rakyat dari Perak yang lompat parti, mereka bukan suka-suka lompat parti, tetapi mereka terpaksa sebab mereka ditekan secara keterlaluan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat disamping mereka melihat dasar Pakatan Rakyat di Perak yang bersifat kosmetik yang boleh merugikan dalam jangka masa panjang. Selain itu juga Pakatan Rakyat di Perak tidak menghormati Sultan Perak. Sanggup berdemontrasi di jalanan hinggakan ada yang baring ditengah jalan untuk menghalang kereta kerabat diraja Perak. Kalau sultan pun sanggup dipermainkan oleh Pakatan Rakyat, apatah lagi rakyat biasa.
Saudara/i PJsenoi janganlah terlalu taksub membuta tuli terhadap pemimpin Pakatan Rakyat itu, istilah Pakatan Rakyat itu pun adalah gimik politik dan gimik parti-parti pembangkang untuk menarik perhatian rakyat, cara itu tak ubah seperti iklan di televisyen bila cuba mempromosikan barangan keluaran mereka. Pakatan apa jika prinsip perjuangan berlainan. Pakatan Rakyat umpama sebuah kereta yang ada tiga pemandu, masing-masing berebut stereng nak pandu, tapi akhir sekali semua terbabas, kalau cedera ok lagilah, boleh berubat, tapi mungkin cacatlah atau tinggalkan parut, tapi kalau mati terus, macam mana? Begitu juga negara kita ini, jangan sampai Malaysia berpecah seperti di Persekutuan Yugoslavia disebabkan perbezaan etnik, agama, dan pegangan politik. Sekarang Persekutuan Yugoslavia menjadi sejarah, tiada lagi Persekutuan Yugoslavia tetapi berpecah kepada Serbia, Montenegro, Slovenia, Croatian, Bosnia dan Herzegovina dan Kosovo. Bosnia dan Herzegovina sendiri berpecah kepada dua Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dan Republik Srpska kerana perbezaan etnik dan agama. Apakah ini yang anda mahukan? Fikirkanlah dengan mendalam setiap perkara, yang pahit tak semestinya buruk dan yang manis tak semestinya indah. Sekian, terima kasih.
Reply
pjsenoi Reply:
November 19th, 2009 at 6:38 pm
Sdr Mohammad
Nampaknya sdr lari tajuk hahaha…baiklah, memang benar isu lompat parti dikemukakan oleh DSAI. Tetapi sdr harus teliti terlebih dahulu tentang bagaimana jemputan untuk MP BN bersama dengan MP PR. DSAI jelas menyebut bahawa jika mahukan perubahan kearah kebaikkan disamping memecahkan tembok perkauman dan membina Malaysia Baru, marilah bersama-sama PR.
Jemputan seterusnya membawa kepada rundingan diantara MP BN dengan DSAI hanyalah berpaksi kepada janji menjalankan agenda perubahan tersebut.Sudah tentulah sukar untuk pihak DSAI mahu mengugut mereka sepertimana yang terjadi kepada ADUN lompat diPerak.
Umum mengetahui bahawa ADUN lompat diPerak telah diheret kemahkamah diatas pertuduhan rasuah.Mereka dituduh kononnya menerima sejumlah wang bagi meluluskan sesuatu projek, malangnya ialah projek tersebut tidak wujud sama sekali. Selesai drama tersebut, ADUN lompat mula hilang entah kemana. Dan akhirnya mereka muncul disatu sidang media bersama Najib dengan membuat pengumuman yang mereka kini ADUN BEBAS.
Reply
pjsenoi Reply:
November 19th, 2009 at 6:39 pm
Dalam senario terbabit, sudah tentulah timbul keraguan dikalangan rakyat tentang keikhlasan ADUN lompat tersebut dalam membuat keputusan untuk menyokong BN. Nah! akhirnya kes rasuah mereka digugurkan dan ADUN lompat kini benar-benar bebas. Bermakna telahan rakyat dan orang kebanyakkan bahawa terdapat unsur rasuah dan ugutan dalam kes ADUN lompat yang membawa keruntuhan kerajaan PR nyata benar.
Bekenaan dengan penghormatan terhadap Sultan, setuju dengan pandangan sdr bahawa sememangnya terdapat mereka yang bersifat keterlaluan. Tetapi janganlah sdr hanya memandang satu sudut sahaja pabila berhujah. Mari kita singkap sejarah awal pengkhianatan terhadap raja-raja melayu, kekebalan raja melayu ditarik oleh UMNO dan BN. Mereka membuat tohmahan yang maha dahsyat terhadap institusi tersebut. Dr.M mengarah media memburukkan dengan mengeluarkan dimuka hadapan
jumlah perbelanjaan raja-raj pada waktu itu. Mungkin sdr tidak ingat kerana peristiwa itu sudah lama berlalu. Tetapi sudah tentulah sdr masih ingat tentang insiden MB terengganu! siapa yang mengangkat kain rentang yang ditulis perkataan “natang”??
Saya tidak taksub dengan mana-mana pemimpin, tetapi taksub mahu melihat terjadinya suasana keadilan sejagat.Mengaitkan dengan apa yang berlaku dinegara luar adalah suatu alasan yang paling dangkal sekali.Cara sdr tak ubah seperti media penguasa milik UMNO yang sedaya mungkin mahu mencipta persepsi takut dikalangan rakyat. Sebaiknya sdr renung tentang kehilangan tanah rezab melayu dan kemana perginya saham-saham milik bumiputra? Yang paling menarik sekali ialah sikap kerajaan yang sangat terbuka diWilayah Pembangunan Iskandar, Jelas disana akan jadi milik Singapura dan dakwaan bahawa WPI bakal tergadai adalah datangnya dari mulut TUN MAHATHIR SENDIRI!
Akhir kalam, buat sdr mohammad tolonglah keluar dari tempurung!
Reply
ok@haha.mai Reply:
November 19th, 2009 at 9:22 pm
Tahniah pjsenoi ! Cinta anda kepada keadilan sejagat wangi buat saya !
Reply
Kepada PJsenoi, apa yang kamu tahu tentang kejahatan/kezaliman yang dilakukan oleh YB. Abu Hassan? Kamu ini cikgu diakah, atau ibubapa diakah atau mungkin adik beradik diakah sampai kamu tahu sikap YB. Abu Hassan ini. Apakah kejahatan/kezaliman yang dilakukan oleh YB. Abu Hassan di Kota Seputeh, adakah di merampas hak milik rakyat di sana, atau dia merampas anak bini orang sesuka hati, atau dia terlibat jenayah di sana? Kalau ada, beritahu harta benda siapa yang dirampas, anak bini siapa yang dirampas secara zalim oleh beliau dan jenayah apa yang beliau buat di Kota Seputeh? Kalau anda dapat berikan butirannya, maka betullah dia zalim, tetapi kalau anda tidak dapat buktikan, maka andalah yang zalim kerana memfitnah beliau hinggakan beliau malu kepada masyarakat.
Kalau tak hadir sidang DUN sebab sakit, zalimkah? Ada orang di Kota Seputeh yang sakit atau cedera atau mati atau kehilangan harta benda disebabkan beliau tidak hadir sidang DUN hanya DUA kali, bukannya sepanjang tahun atau tak pernah datang sekalipun. Berkenaan isu ADUN Bukit Lanjan pula dimana sabotajnya? Siapa yang sabotaj, beritahu nama dia supaya di boleh disiasat oleh polis dan disumbat dalam penjara. Ada orang paksa ADUN itu bertindak sedemikiankah? Siapa paksa dia? Kalau anda tahu lapor saja pada polis. Kalau anda tak yakin dengan polis meskipun polis di Malaysia adalah baik, anda boleh lapor kepada Sultan Selangor. Apakah semua pemimpin Pakatan Rakyat maksum serta mulia tingkah laku dan semua pemimpin Barisan Nasional jahat dan tak bertimbang rasa serta tak bermoral?
Berkenaan 1Malaysia dan 1Melayu, tujuannya adalah murni, kalau orang Melayu sebagai majoriti di Malaysia tidak boleh bersatu, macam mana nak ada 1Malaysia? Kaum bukan bumiputera akan sangsi dengan pihak mana yang perlu disokong supaya tidak menjejaskan kepentingan mereka. Mereka perlu menjaga kepentingan mereka juga. Saya berharap anda tidak berfikir pendek dalam sesuatu perkara, sebelum ini saya dalam tulisan saya, saya ada katakan yang setiap perkara ada berbagi sudut yang perlu dilihat secara menyeluruh sebelum sesuatu keputusan diambil, satu sudut yang kita nampak tidak elok, tapi sembilan sudut lagi adalah elok dan memberikan faedah kepada ramai pihak dan kalau ada mudarat pada satu sudut yang pertama tadi tidaklah terlalu teruk berbanding faedah yang akan diperolehi, begitu jugalah sebaliknya satu sudut yang kita nampak cantik, indah dan menawan, tetapi sembilan sudut lagi menunjukkan pelbagai malapetaka dan musibah yang akan membaham kita dan orang lain.
Berkenaan isu klip video VK Linggam yang kononya besubahat dengan Tun Ahmad Fairuz dan Tun Mahathir berhubung perlantikan ketua hakim negara, Tun Mahathir sendiri tidak setuju kes itu ditutup begitu sahaja kerana beliau mahu rakyat tahu tentang kebenaran yang beliau tidak bersikap curang dalam tindakan semasa menjadi perdana menteri. Jahat sangatkah Tun Mahathir? Berapa ramai orang mati disiksa oleh Tun Mahathir semasa menjadi perdana menteri? Adakah Tun Mahathir memundurkan ekonomi negara sepanjang pentadbiran beliau? Lihatlah Proton, KLCC, Putrajaya, KLIA, peluang-peluang perniagaan dan peluang-peluang pekerjaan yang menggunung semasa Tun Mahathir mentadbir negara. Masa krisis kewangan tahun 1980an dan 1990an dulu pun Tun Mahathir tidak ambil kesempatan bersubahat dengan IMF dan Bank Dunia untuk kepentingan dirinya, kerana beliau sayangkan agama, bangsa dan negara ini. Saya tak katalah Tun Mahathir itu maksum atau terpelihara dari dosa, dia juga manusia biasa dan ada buat salah dan silap tetapi lihatlah apa yang baik dibuat oleh beliau semasa mentadbir negara, beliau mentadbir negara bukannya memerintah negara, itu cara beliau.
Minta maaflah kalau anda tersinggung dengan komen saya ini, tetapi anda juga perlu tahu yang pihak-pihak yang anda tuduh itu lebih tersinggung dari anda kerana mereka tidak bersalah tetapi dituduh sesuka hati seolah-oleh mereka itu orang-orang yang rakus dan ganas sedangkan mereka tidak ganas dan rakus tetapi baik dan bertimbang rasa. Sekian untuk makluman dan pengetahuan anda, terima kasih.
Reply
ok@haha.mai Reply:
November 20th, 2009 at 1:17 pm
Pertimbangan dan keputusan terhadap wakil rakyat Seputeh telah dibuat. Langgar peraturan tetap salah. Tidak berperaturan dianggap zalim puncanya amanah diabaikan.
Demikian seriousnya persipsi ‘masyarakat yang celik’ dalam menilai mutu pengurusan. Maka, mereka berhak menyatakan pendirian. Jika anda melihat isu itu sebagai ringan dan tidak munasabah, tidak salah mereka bercanggah pandangan dengan anda. Entahlah saya, jika saudara ambil mudah hal engkar serta akibatnya !
Engkar peraturan memang zalim, Mohamad ! Binasa badan jika diamalkan !
Reply
Kepada Saudara/i Pjsenoi, anda berkata Barisan Nasional mengugut Adun Pakatan Rakyat di Perak. Siapa paksa YB. Fairus Khairuddin letak jawatan? Anda juga mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memecahkan tembok perkauman dan untuk keadilan sejagat kononnyalah. Siapa yang bersifat perkauman, orang bukan bumiputera dari MCA, Gerakan, PPP, MIC, LDP, SUPP dan lain-lain komponen Barisan Nasional bersikap lebih terbuka dan bertoleransi terhadap orang bumiputera. Begitu juga orang Bumiputera dalam UMNO, PBS, UPKO, PBRS, PRS, dan PBB begitu bertoleransi dengan kaum bukan bumiputera dalam pelbagai hal meskipun ada sesetengah isu yang dibangkitkan begitu mengguris hati kedua-dua pihak berkenaan, tetapi mereka mengambil kata sepakat untuk mengetepikan isu yang mengguris hati itu dan bukannya bertumbuk di sana sini. Sebagai contohnya, Senator T. Murugiah sendiri tidak setuju dengan tindakan segelintir pihak bukan bumiputera yang majoritinya dari Pakatan Rakyat yang mempertikaikan artikel 160 perlembagaan Malaysia berkenaan kedudukan bahasa dan orang bumiputera. Begitu juga dengan Tun Mahathir, sepanjang pentadbiran beliau, beliau tidak hapuskan sekolah vernakular Tamil dan Cina tetapi mewujudkan sekolah wawasan sebagai persediaan ke sekolah satu aliran tetapi pihak bukan bumiputera dari pembangkang menghentam kerajaan seolah-olah kerajaan zalim terhadap kaum bukan bumiputera. Kalau kita lihat di DUN Bukit Selambau, DUN Tenggaroh, Parlimen Kota Raja, Parlimen Bandar Tun Razak, Parlimen Hulu Perak, DUN Pelagus, DUN Merotai, DUN Cheka, DUN Kota Lama, DUN Gurun, DUN Pasir Panjang dan lain-lain lagi majoritinya adalah orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, tetapi BN atas dasar setiakawan dan supaya tiada peminggiran kaum bukan bumiputera telah ikhlas hati mencalonkan calon-calon dari MCA, MIC, Gerakan, dan calon-calon bukan bumiputera di Merotai dan Pelagus. Begitu juga dengan Parlimen Nibong Tebal di mana 55% peratus ialah orang bukan bumiputera, calonnya ialah dari UMNO. Inikah perkauman. Boleh anda lihat calon dari DAP dari orang bumiputera dicalonkan dan menang? Ahmad Ton bertanding di Pulai, tumbang, kemudian Ahmad Lebai Sudin bertanding di Bentong juga tumbang. Kedua-dua kawasan itu adalah kubu Barisan Nasional. Mengapa mereka dicalonkan di sana, calonkan saja di Seputeh, Cheras, Kota Melaka, atau di Triang kawasan tradisi DAP. Kalau ini, barulah perkauman.
Berhubung tuduhan saudara Tun Mahathir semasa pindaan perlembagaan terhadap kedudukan Sultan dan Raja pula, ia bertujuan untuk keadilan untuk semua, Tun Mahathir bukannya menghapuskan sistem beraja dan merampas istana raja seperti yang dibuat oleh kerajaan Singapura apabila kerabat diraja di Singapura terpaksa tinggal di rumah bertingkat dan Istana Glam dijadikan muzium. Pindaan ini bertujuan jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh Sultan, Raja dan kerabat diraja yang lain, mereka juga boleh didakwa di mahkamah. Sebelum itu, Sultan, Raja, dan kerabat diraja adalah kebal dari tindakan undang-undang. Mengikut Islam ini adalah keadilan kerana Nabi Muhammad S.a.w pernah berkata jika Siti Fatimah, anak baginda sendiri mencuri, akan dipotong tangan Siti Fatimah meskipun dia anak baginda kerana keadilan dan undang-undang perlu dipatuhi.
Berkenaan media pula, media arus perdana yang dituduh sebagai talibarut kerajaan kononyalah, tidaklah seteruk surat khabar nyamuk milik pembangkang. Dalam media arus perdana adakah anda tengok artikel maki hamun, menghina, mencerca, menfitnah peribadi orang? Anda lihat akhbar Harakah, Siasah, Aliran, Roket dan beberapa akhbar pembangkan yang lain, banyak membincangkan hal-hal perkauman, fitnah dan maki hamun orang, memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dan membangkang setiap usaha kerajaan tanpa ada pandangan untuk menyelesaikan satu masalah, kalau ada cadangan penyelesaian yang hendak diberikan, cadangan itu cadangan yang mengarut seperti cadangan budak tadika.
Orang-orang muda sekarang ini suka melihat sesuatu dari sudut dan mengabaikan pandangan dari sudut lain, tingkah laku ini adalah bahaya kepada diri sendiri dan juga kepada negara. Sesuatu mestilah dari konteks negara kita, kalau kita lihat dari konteks orang lain ia mungkin tak sesuai dengan kita. Umpamanya kalau budak tadika hendak berlumba lari dengan Usain Bolt, tak sesuailah, dia kena lari dengan budak tadika lain baru ada peluang menang, kalau bersaing dengan Usain Bolt, tunggu dia besar dulu, tapi masa tu Usain Bolt dah tua, tak sesuai lagi. Fikirkanlah pandangan saya sedalam-dalamnya. Nasi kalau dah jadi bubur boleh makan lagi tapi kalau terlupa tutup api sampai api membakar rumah, itu dah tiada guna, kita kerugian harta benda dan kena merempat hidup di jalanan. Sekian, terima kasih.
Reply
zaid Reply:
November 20th, 2009 at 11:46 am
saya cadangkan en mohamad buat buat blog sendirila.. bagila orang lain buat response plak.. kepada pjsenoi, hujah anda sangat bernas sekali.. tahniah!
Reply
Kepada Saudara Zaid, anda telah hilang pertimbangan dirikah? Tak bolehkah anda berfikir dahulu sebelum terima? Saya dapati kamu, PJsenoi, ok@haha.cmy terlalu taksub dengan Pakatan Rakyat sampai tak pedulikan pandangan orang lain. Kamu semua terima membuta tuli apa kata-kata pemimpin pakatan rakyat tanpa berfikirkah. Mungkin jika pemimpin Pakatan Rakyat suruh kamu jilat kaki lembu pun mungkin kamu buat. Tak bolehkah kamu semua buat analisa terhadap komen saya di sini sebelum menghentam saya? Tulisan kamu semua seperti orang yang kerasukan, menyokong membuta tuli, menentang juga membuta tuli. Jangan butakan hati nurani saudara semua demi perkara retorik. Kalau kekosongan DUN Kota Seputeh adalah faktor perundangan, di Perak juga sama, tak ada dalam undang-undang mana-mana wakil rakyat tak boleh melompat ke parti lain, lebih-lebih lagi parti yang ditinggalkan itu, tidak boleh dipercayai dan membuli mereka. Kamu nak tunggu semua orang Melayu dan bumiputera lain disapu ke laut baru kamu nak menyesal? Masa itu dah tiada guna, kamu meraung macam Nyona Mansur atau cucuk mata sendiri seperti Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku pun dah tak berguna. Paling kurang, UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC, PPP, Gerakan, LDP, SUPP mereka adalah golongan bumiputera yang bertoleransi terhadap orang Melayu dan bumiputera seperti mana UMNO, PBS, PRS, PBRS, UPKO, PBB bertoleransi terhadap kaum bukan bumiputera. Sebab kedua-dua pihak tahu bahawa bangsa apa pun, atau agama apa pun, kita tetap manusia dan bukannya makhluk yang berbeza. Sekian, terima kasih
Reply
ok@haha.mai Reply:
November 21st, 2009 at 12:26 am
Terima kasih, aduhai Mohamad !
Taksub kepada yang benar memang dituntut. Yang zalim tetap kita bertegas zalim dan khianatnya. Apa saudara mahu kita menipu ? Yang salah memang pun dah bersalah. Apakah kamu bersekongkol dengan manusia salah ?
“Disapu ke laut” itu andaian atau fakta atau apa ? Yang saya nampak kamu meracau macam tak cukup makan. Apahal kamu ? Umno kerjasama dengan MCA, MIC dll., kamu tak bimbang plak disapu ke laut ? Yang kita nak bersatu dengan DAP jadi sawan plak kamu !
Saya minta satu jer, jangan taksub atas kejahilan kamu. Taksub atas kejahilan, bahalol namanya !
Reply
Azmil Reply:
November 21st, 2009 at 6:55 am
Harap saudara mohamad jangan emosional dan menghemtam orang lain semberono. Sebagaimana saudara, mereka yang lain termasuk PJsenoi, ok@haha.cmy dan zaid cuma meluahkan pandangan mereka. Jadi janganlah marah.
Dan janganlah terlampau taksub sampai kata PR nak sapu orang ke laut. Takkan saudara dah lupa, yang tukang bagi penyapu tu adalah Dr Khir Toyo!! So, bagitaulah pada dia jangan suka memalukan orang – bagi anugerah penyapu. Nah sekarang rakyat dah bagi ‘penyapu’ pulak pada BN.
Dan hal ini mudah saja. Yang saudara tulis panjang lebar di atas tu adalah hujah, pandangan dan analisa saudara sendiri. Pendak kata, saudara tidak bersetujulah agar pilihanraya di adakan untuk Seputeh atau Perak keseluruhannya? Tapi bayangkan, kalau diikut hujah saudara, maka tak payahlah di ada pilihanraya langsunglah, kerana PRU lebih besar kosnya. Jadi akhirnya negara kita ni nak jadi negara apa? Demokrasinya dimana??
Dan samada saudara percaya atau tidak, setiap orang ada hujah, pandangan dan analisa mereka sendiri. Biarlah rakyat menyatakan hasrat mereka melalui pilihanraya. Ini asas demokrasi yang telah kita persetujui bersama. Jadi janganlah dikesampingkan untuk kepentingan pihak tertentu. Kalau kerajaan boleh bayar jutaan ringgit kepada syarikat Apco untuk menaikkan image kerajaan – maka pastinya kos pilihanraya ini tidak lah seberapa.
Asas demokrasi – keputusan rakyat. Tolong dihormati!
Reply
SALAM
KERANA BERGAMBAR BERSAMA NI JGN PULAK DSAI..DITUDUH MELIWT NAJIB PLAK HAHAHA
TAKPELAH KITA DOAKAN JER NAJIB MASUK PARTI KEADILAN KELAK..HAHAHA
Reply
bUAT JER PILIHAN RAYA..SENANG RAKYAT KAN TAU MENILAI..RAKYAT BUKAN RAKYAT ZAMAN MERDEKA ASAL CUKUP MAKAN PAKAI AMAN DAN MAKMUR NEGARA TULAH YG DIPILIH…BENARKAN..
SEKARANG NI RAKYAT LEBIH BIJAK…TAK MASUK UNIVERSITI PUN BIJAK GAK…
MANA PEMIMPIN YG KORUP,MALAS,PENIPU RASUAH MCM2 LAH PERKARA KEJI YG DILAKUKAN..TULAH YG RAKYAT TOLAK..SATU JER NAK TANYA PADA PEMIMPIN SEKARANG.KENAPA SUSU DALAM TIN BUAT KANK2 MAHAL…..?
Reply
sdr Azmil,ok@haha.cmy dan sdr zaid ,nampaknya sdr mohamad masih sukar memecahkan keraguannya.hujah sdr mohamd jika diteliti sama seperti media milik penguasa yang penuh mitos dan propaganda.
Reply
Kepada semua peminat Pakatan Rakyat sekalian, anda tetap dengan pandangan anda. Saya tidak dapat mengubah pandangan anda melainkan anda sendiri. Seperti pepatah Inggeris “You can pull a horse to a river, but you can’t force it to drink”. Saya telah memberikan pandangan saya beserta bukti-bukti yang perlu, tetapi ianya tidak dihiraukan oleh anda sekalian.
Banyak kenyataan yang saya utarakan di sini telah disalah tafsirkan oleh anda sendiri. Berhubung dengan pilihanraya di Perak, adakah ia satu keperluan atau kehendak sebenarnya? Pilihanraya umum dengan pilihanraya yang hendak diadakan oleh pihak pembangkang di Perak jauh bezanya. Anda mesti faham perkara berkenaan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, pilihanraya di Perak melibatkan 52 DUN, kosnya melibatkan berpuluh atau beratus juta ringgit, selain itu, faktor kesesakan lalu lintas, penggunaan pasukan keselamatan terutamanya polis atas faktor keselamatan dan lain-lain perkara mesti anda fikirkan. Pilihanraya umum adalah umpama membina rumah yang belum ada, tetapi pilihanraya di Perak yang diingini oleh Pakatan Rakyat adalah umpama merobohkan rumah sedia ada untuk membuat rumah baru. Bukankah ini satu pembaziran?
Selain itu saya dapati Pakatan Rakyat bersikap berat sebelah, jika melibatkan kepentingan mereka, benda yang salah pun boleh jadi betul. Umpamanya kes Bukit Lanjan yang saya bangkitkan sebelum ini, semuanya menuduh ia adalah konspirasi dan sabotaj dari Barisan Nasional, tetapi bagi kes di Kota Seputeh, baru perkara kecil sudah nak paksa ADUN berkenaan meletak jawatan, bukankah ada budi bicara, gunakanlah budi bicara. Selain itu, dulu semasa UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain parti bukan Islam untuk membentuk Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, telah dituduh bekerjasama dengan orang bukan Islam haram dan berdosa. Sedangkan golongan bukan Islam yang bekerjasama dengan UMNO adalah golongan bukan Islam kategori Zimmi atau Dhimmi yaitu golongan bukan Islam yang bersahabat dan tidak berniat untuk bermusuh dengan orang Islam. Orang bukan Islam dalam MCA, MIC, PPP, Gerakan, PBS, UPKO dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional telah lama menerima agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan amat menghormati agama, budaya dan adat Melayu/Bumiputera Islam di Malaysia. Jika ada konflik antara agama, kedua-dua pihak berbincang dan mengambil kata sepakat yang bersifat menang-menang bagi kedua-dua pihak dan sanggup mengalah dan melepaskan sebahagian tuntutan masing-masing selagi tidak bersifat unsur teras agama masing-masing. Selama pentadbiran Barisan Nasional, semua masyarakat hidup aman damai tanpa mengira kaum dan agama. Tetapi, bila PAS dan PKR bekerjasama dengan DAP yang dari dahulu menentang negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS, PAS dan PKR menyifatkan mereka perlu mendidik DAP untuk lebih memahami Islam dan menuduh UMNO mengabaikan Islam. Malah bila UMNO meminta supaya PAS bekerjasama dengan UMNO untuk kebajikan Islam, PAS dengan sombong dan angkuh menolak kerana merasakan mereka telah kuat dan mendapatkan sokongan rakyat. Kerjasama dengan UMNO bukanlah dari segi kuasa pemerintahan sahaja, tetapi kerjasama dengan UMNO adalah dari segi pembangunan ekonomi, akhlak, pendidikan, dan perpaduan.
Saya berharap dan berdoa jika pilihanraya baru diadakan di Kota Seputeh, kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional kerana Barisan telah diainaya oleh Pakatan Rakyat dengan menggunakan fasal dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah tanpa ada budi bicara langsung. Sedangkan di Perak, kerajaan Negeri yang diambil alih secara sah oleh Barisan Nasional melalui sokongan bekas tiga ADUN dari PKR dan DAP malahan Sultan Perak sendiri telah berkenan menerima Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri Perak, telah dituduh zalim dan mengabaikan demokrasi. Ini adalah mainan politik yang amat keji dan teruk oleh pihak Pakatan Rakyat yang sentiasa bersikap dirinya saja betul dan orang lain semuanya salah belaka, Pakatan Rakyat merasakan mereka sahaja yang pandai dan mulia tingkah laku sedangkan pihak lain terutama Barisan Nasional ditohmah sebagai jahat, zalim, kejam, perasuah, pengugut, pembuli kaum bukan bumiputera, dan tidak memihak kaum bumiputera. Sedangkan itu semua adalah tohmahan semata-mata, memang Barisan Nasional tidak seratus peratus bersih kerana ia digerakkan oleh manusia yang tidak sempurna dalam semua hal. Tetapi jika dilihat pihak Pakatan Rakyat pula, mereka selalu kelentong atau menipu rakyat, mereka menjanjikan itu dan ini tetapi setelah mendapat kuasa, janji entah ke mana. Sebagai langkah melepaskan diri, mereka akan menuduh kerajaan Barisan Nasional yang patut disalahkan atas sebab itu dan ini. Begitu juga bila mereka berceramah, jika di tempat orang Bumiputera Islam, lain yang diceramahnya, tetapi jika di tempat orang bukan Islam, lain pula yang diceramahnya, tetapi ia melibatkan perkara yang sama. Inilah sikap Pakatan Rakyat, nama Pakatan Rakyat itu adalah gimik politik DAP, PAS dan PKR sahaja, mereka menggunakan perkataan RAKYAT supaya masyarakat melihat mereka adalah bersama rakyat demi undi pilihanraya semata-mata. Nama Pakatan Rakyat adalah umpama jenama barangan yang diiklankan di televisyen, radio, majalah atau surat khabar untuk menarik perhatian pelanggan, tetapi barangannya entah-apa apa. Pakatan apakah jika berlainan prinsip perjuangan, umpama sebuah kereta mempunyai tiga orang pemandu yang mahu ke tiga destinasi yang berlainan. Sepanjang jalan, mereka saling bercakaran untuk merampas stereng supaya matlamatnya ke destinasi yang dikehendakinya, bila sampai di sekatan polis trafik, mereka akan berpura-pura sopan, tetapi selepas itu bercakaran kembali. Kemungkinan mereka terbabas dan terlibat kemalangan adalah tinggi. Kalau cedera ok lagilah, tapi mungkin tinggal parut atau cacat, tapi kalau mati terus macam mana? Begitu juga kalau mereka melanggar orang lain hingga cedera atau mati. Macam mana pula tu, kerana nafsu dan gila kuasa, diri sendiri dan orang lain menjadi korban. Memang ini adalah perumpamanaan semata-mata, tetapi sebagai manusia yang berhati nurani dan mempunyai akal fikiran yang waras sepatutnya kita mempertimbangkan sesuatu perkara dari setiap sudut sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan supaya keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk diri kita dan orang lain, sekian, terima kasih.
Reply