Dari The Malaysian Insider
Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Nov 17 — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menafikan dakwaan terbaru hari ini bahawa beliau memperoleh saham-saham bernilai sekurang-kurangnya RM2 juta ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Azmin membuat penafian beberapa jam selepas seorang bekas pembantu kanan Anwar mendedahkan dokumen-dokumen baru yang didakwa sebagai bukti Azmin telah memperoleh saham sekurang-kurangnya bernilai RM2 juta sekitar awal 1990-an.
Dakwaan itu yang dibuat oleh Anuar Shaari, bekas setiausaha peribadi Anwar pagi tadi merupakan yang kedua dalam tempoh lima hari.
Sabtu lalu, Azmin juga telah menafikan pendedahan bekas Ketua Pemuda MIC, SA Vigneswaran kononnya beliau, isteri dan adik iparnya memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an ? ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.”
“Kali pertama saya disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada tahun 1995 dan oleh polis 11 tahun yang lalu. Dan, kini mereka hendak kembali semula dengan skrip yang sama, saya serahkan perkara ini kepada orang ramai (untuk membuat penilaian),” kata Azmin kepada pemberita di bangunan Parlimen.
“Sebelum ini mereka mendakwa RM8 juta, sekarang sudah turun kepada RM2 bilion… pada tahun 1998 dakwaan yang dibuat ialah RM400 juta,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Pagi tadi, Anuar membuat laporan polis di Bukit Aman mendakwa Azmin memperoleh saham berkenaan antara 1992 dan 1994.
Anuar yang membuat laporan dengan diiringi beberapa pemimpin Pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan Pewaris memberitahu, tindakan itu diambil demi kepentingan untuk menegakkan kebenaran.
Anuar menambah, kebanyakan pemerolehan saham berkenaan dibuat atas nama isteri Azmin, Shamsidar Taharin.
Kata beliau, Anwar juga perlu disabitkan dalam transaksi yang dibuat antra tahun 1992 dan 1994 ketika itu Azmin berkhidmat sebagai setiausaha peribadi bekas Timbalan Perdana Menteri.
Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa menambah, beliau telah disoal siasat oleh polis selama lapan hari pada 1998 berhubung dakwaan memiliki kekayaan.
“Saya ditahan selama lapan hari. Saya telah mengemukakan kesemua bukti kepada pihak berkuasa,” katanya.
“Saya telah memberikan kerjasama saya kepada polis semasa ditahan selama lapan hari dan sepanjang tempoh tahanan itu, saya telah disoal siasat secara bertubi-tubi,” katanya.
Mengenai dakwaan Vigneswaran, Azmin berkata, surat tuntutan akan dihantar kepada beliau esok.
Ketika ditanya sama ada tindakan perundangan juga akan diambil ke atas Anuar, Azmin menyoal: “Siapa dia Anuar Shaari? Dia merupakan pengemis politik.”


















What are they BN talking about 2mil share…where they have Billion Of Shares…KJ himself worth at least RM 500mil now from RM700mil reported 2 years ago.
Reply
layman Reply:
November 18th, 2009 at 10:47 am
Ya..ya… KJ is the richest jobless man in the world!!!
Reply
Mainan POlitik…
siapa yg benar mnjadi persoalan..Dunia kita dapat tipu semua orang….
be a good politician…
Reply
Jika betul asas “kebenaran” yang dibawa oleh oleh Anuar Shaari dalam pertuduhannya, dia pasti tidak mengkhianati DSAI yang membawa dasar “menentang kezaliman” sejak awal!
Berhati-hati bermain api ! Kelak padah membinasakan diri.
Fitnah lambang bangkrupnya maruah diri !
Reply
Saudara Azmin, Anuar Shaari pegemis politik yang terkenal muncul kembali tapi semua orang kenal siapadia kejap tengelam dan sekarang timbul lagi.Biarkan dia terjun dengan labu-labunya bersama rakan-rakan pengemisnya ,UMNO pun dah meluat kat dia dan jangan layan sangat, buang masa sahaja.
Reply
hai..pemuda umno….tak de keje lain ke…..org nak pegi Haji dikacau….sepatutnye bagi galakanlah…bagi sponsor kat tok guru ke….ialah suruh tok guru doakan semuga Allah bukakkan hati org2 umno nie buat perkara pada jln yg betul tak mengamalkan rasuah……sbb lagi satu supaya bukakkan hati & mata org2 umno….khususnye pemuda umno….bahawasenye…. ketuanye (KJ & Najib ) lagi kuat rasuah…..iihhhhhh….iiiiihhhhh…tak nampak ke……boloh agaknye mate deme…..Ummmph…Noooo…..Be eNd….
Reply