Dari TV Antara
Ketua Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin, mengemukakan surat terbuka memohon penjelasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kes pengurupan wang sejumlah 10 juta ringgit.
Menurutnya, Mohamad tidak mengendahkan permohonan beliau dan hanya menafikan perkara tersebut melalui media.
“Seharusya menjadi adat penting,profesionalisme penjawat awam,khususnya dia selaku Menteri Besar,memberi jawapan dan menjelaskan isu isu yang dibangkitkan melalui siri siri surat saya kepada dia.Malah surat saya tidak pernah mendapat balasan,hanya penafian secara dangkal kepada media”.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Keadilan Negeri, Seremban pagi tadi.
Terdahulu, ahli Parlimen Batu Tian Chua, mendedahkan penglibatan Menteri Besar negeri itu dan sebuah syarikat pengurup wang dalam kenyataan medianya bertarikh 13 November 2009.
Mohamad dikatakan melakukan transaksi haram itu pada tahun 2008 dengan mengirimkan sejumlah besar wang ke London.
Perbuatan ini menyalahi Undang undang Akta Pengurupan Wang 1998.
Badrul menegaskan, PKR memberi tempoh 14 hari kepada Mohamad Hasan untuk menjelaskan perkara terbabit beserta dokumen yang sah membuktikan beliau bebas daripada pertuduhan itu.
Pihaknya tidak akan teragak agak untuk membongkarkan perkara ini kepada rakyat, sekiranya Menteri Besar melarikan diri dari menjelaskan tuduhan ini.
Selain itu, Badrul turut menyeru Gabenor Bank Negara, Dato Sri Dr Zetti Akhtar Aziz dan SPRM menjalankan siasatan segera ke atas transaksi haram ini.
Menurut Badrul juga, satu laporan rasmi akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman dalam minggu ini.
“Sesuatu sedang berlaku,sabotaj terhadap kegiatan ekonomi.Dan kebanyakkannya ada kaitan dengan pemimpin politik di Malaysia”,katanya.
Pada 26 November 2008 Bank Negara telah membatalkan 20 lesen perniagaan pengurupan wang, termasuk syarikat pengurup wang yang didakwa itu tanpa sebarang sebab.
Namun begitu, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil Bank Negara


















Bekas MB(toyo) depa pun tak siasat apatah lagi MB semasa. Yang akan disiasat penyamun2 ini semua adalah bila PR memerintah. Dan bila ini berlaku jangan lupa siasat institusi2 dan pegawai2 yang menolong depa buat jahat2 ini semua.
Reply
noh Reply:
November 17th, 2009 at 3:53 pm
SI TOYO MANA NAK MENGAKU, DIA AKAN KATA YANG SAPU HARTA SELANGOR IALAH TOYOL. ‘L’ (LEMBU) NYA DIKERUMUN OLEH UMNO SELANGOR, HINGGA LEMBU KORBAN PUN JADI CELAAN. MENGARAK KEPALA LEMBU MENJADI KEBANGGAAN.
Reply
Tahniah Sdr. Badrul Hisham ! Majukan langkah. Jangan biarkan mereka berselindung di belakang pura-pura. Terjah di mana juga mereka “bersarang” ! Konon, “rakyat diutamakan”…salah kerabat, bisu membungkam.
LAWAN TETAP LAWAN !
Reply
Ini semua biasala bagi pemimpin BN. Takkan nak park duit kat sini. Nak hantar kat australia nanti kena ambik ‘english test’ pulak. Jadi park la duit kat London macam kawan-kawan dia. Kalau tak jadi MB nanti tak apa, duit pencen dah cukup. Kat Malaysia ni dia orang ni buat muka toye-toye je, cuma yang tak pandai kawan kita si Toyol tu, ‘terbeli’ banglo mewah. Yang tu memang tak pandai…..cover line.
Reply
WHY ?
Kenapa Umno buat pekak kes DS Mohamad Hasan ?
=A= Pura-pura baik
=B= Takut kalah pilihanraya
=C= Memang sekor tu buat salah
=D= Takut PKR ‘naik markah’
=E= Semua betul !
Jawab jang jawab !
Reply
saudara badrul,
bongkar jgn tak bongkar supaya rakyat siapa sebenarnya pengkianat melayu
Reply
Laporkan kepada MACC. Kenapa pula MACC diam? Kalau berkait dengan Pakatan, cepat-cepat bertindak. Rakyat Malaysia bukan bodoh. Rakyat dah sedar semua. Pilihanraya nanti rakyat tetap akan menjadikan Barisan Nasional DINOSAUR. Lihat nanti.
Reply
noh Reply:
November 17th, 2009 at 3:38 pm
MACC MANA ADA TELOK… TELOK SI HAMDAN DAH DIGENTEL DEK ROSMAH.
Reply
Steadylah Che’gu Bard,
Gegarkan pengkhianat-pengkhianat ni cukup-cukup.
Sekarang giliran SPRM dan Bank Negara siasat, beri kenyataan dan ambil tindakan.
Apa kesudahan kisah penyelewengan bacin ni…
Reply
Sdr Badrul Hang tunggu apa lagi bongkar la hal pengurupan wang 10 juta ni dekat blog hang, kami rakyat nak tau, jangan sekadar bercakap kami rakyat berhak tau, kalu betul mintak maap la next PR kami betul-betul tukar dari perlis ke sabah, kalu tak kepala hang kami putaq!!!
Reply