16
Nov
09

Anwar Isytihar Perang Pertahan Selangor

Dari Malaysiakini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

“Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

“Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n,” katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

“Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

“Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu,” katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

“Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

“Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar,” katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

“Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia,” katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

“Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan,” katanya.


29 Responses to “Anwar Isytihar Perang Pertahan Selangor”


  1. 1 zu md nor Nov 16th, 2009 at 7:31 am

    Hidup DSAI…Pemimpin kita dah mula bersuara
    lawan tetap lawan

    Reply

    Satudunia Reply:

    AYAHU TERUSKAN PERJUANGAN ONE RMalaysia LAWAN ONE Malaysia HEHEHE

    Reply

  2. 2 khai Nov 16th, 2009 at 10:43 am

    Saya ingin cadangkan kpd Datuk Seri agar segera bertindak :-

    1) Check n Balance semua pergerakan ahli Dewan dan Ahli Parlimen PKR/DAP/PAS agar tidak di ugut oleh BN dan jentera sekutunya. Singkirkan mereka yang bermasalah sebelum rakyat memandang serong kepada ahli PKR/DAP/PAS.

    2) Tubuhkan jentera gerak gempur di setiap negeri dan bergerak rapat dgn pasukan dari BN. Siarkan keburukan dan kejahatan ahli BN sebagai tindakbalas kepada tomahan mereka.

    3) Adakan dari masa ke semasa solat tolak bala dan minta dijauhkan dan di lindungi dari rancangan jahat BN.

    4) Bersedia untuk Pilihanraya yg akan datang dgn lebih kuat lagi. Sampaikan berita kpd rakyat dgn lebih hebat dan jawap fitnah dan tomahan dari BN dgn apa cara sekalipun.

    ” Lupakan BN, PILIH YANG BARU…masa untuk berhijrah”

    Reply

  3. 3 ok@haha.mai Nov 16th, 2009 at 11:36 am

    Kelihatan kepada saya, hasrat untuk merampas Selangor hanya gimik politik Umno bagi membasuh mukanya yang tercalar dek tersungkur dalam PRU yang lalu. Terlepas beberapa negeri dalam naungan PR menjadi petaka yang tak terubat bagi Umno. Ibarat terkena sawan, gilanya tak keruan !

    Ada satu sketsa yang tak patut anda tak baca !
    Ini hal satu badan DUA RUPA !

    1. Bayangkan di hadapan anda seorang lelaki tua-bangka berstatus gayut !
    2. Namanya, “Awang Rembat” !
    3. Kepalanya, kepala batu. Jangan le dinasihat. Melenting dia membabi-buta !
    4. Matanya, mata duitan. Korner sana, korner sini; duit saja yang dia jilat !
    5. Penting diri sampai tahap melampau. Dia semua boleh. Kita, semua tak boleh !
    6. Rakus dan tamaknya tahap maksima nak menerjah ke optimum !
    7. Salah orang, nampak dek dia. Salah sendiri, buat-buat tak tahu !
    8. Amanahnya terburai. Tak boleh diharap. Terlepas pandang, milik kamu dia kebas !
    9. Cakapnya, tak boleh pakai. Sebabnya, kaki pembohong ! Cakap tak serupa bikin !
    10. Angan-angannya nak menungkat langit. Malang tak sedar dah nak “berkubur” !
    11. Kategori tak terpakai, dll.

    SOALAN : Kalu camtu type “haprak”, sanggup ke anda pilih dia jadi kawan atau pemimpin ?
    PANDUAN : Jika anda jawab TIDAK, 100 markah ! Jika anda jawab YA :000 MARKAH !

    “ITULAH RUPA UMNO”

    Reply

  4. 4 Azmil Nov 16th, 2009 at 12:26 pm

    Selangor merupakan salah satu ‘periuk nasi’ yang benyak menyumbang kepada ekonomi negara. Sememangnya tinggi hasrat BN untuk menawan semula negeri ini. Pelbagai cara telah dan akan dilakukan untuk mencapai hasrat itu. Ini termasuk mensensasikan isu-isu panas. Isu kandang babi, isu lembu korban, isu kepala lembu, isu tangkapan bekas mufti, isu ADUN bermasalah, isu selcat, isu penjualan beer, isu gambar YB separuh bogel dan sebagainya.

    Soalnya – Kenapa kita asyik beri mereka isu-isu ini untuk mereka sensasikan?

    Selain itu, ia juga akan cuba melaga-lagakan pemimpin PR di negeri ini agar kestabilan negeri akan terjejas dan memberi kesan kepada rakyat. Sedikit sebanyak mereka telah berjaya lakukan, dimana pemimpin PAS dan DAP dinegari ini seolah-oleh tidak sepakat dalam banyak perkara. Perkara ini pasti akan ditimbulkan semula menjelang pilihanraya akan datang.

    Soalnya – mengapa pemimpin-pemimpin kita asyik bertelagah secara terbuka?

    Mereka juga akan terus berusaha menggagalkan projek-projek kerajaan negeri. Kita dapat lihat bagaimana saluran pambangunan untuk negeri tidak lagi dimandatkan kepada kerajaan negeri, tetapi terus kepada agensi-agensi dibawah kerajaan pusat.

    Soalnya – adakah kita mampu membangunkan negeri tanpa sokongan kewangan dari kerajaan pusat?

    Reply

  5. 5 Man Pulau Nov 16th, 2009 at 2:26 pm

    Ayuh Pendokong Keadilan…Kita Pertahankan Perjuangan…..

    Reply

  6. 6 masterzi Nov 16th, 2009 at 4:08 pm

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum,DSAI…

    1sekali saya ucap tahniah diatas pelantikan DSAI,Harapan saya kepada DSAI setelah dilantik menjadi penasihat ekonomi Selangor ialah tolong selesaikan masalah kami bekas Penduduk Kg.Rimba Jaya yang menolak untuk berpindah kerana atas dasar ‘Prinsip Keadilan dan Kebenaran’ dan tidak mahu tunduk kepada Rejim ZioKhirtoyol sehingga dipukul oleh fru,dihalau dan rumah kami dirobohkan tanpa sebarang pampasan sedangkan gelombang rimbajaya salah1 faktor tumbangnya rejim BN…kami takut ada pihak yg menggula2kan isu ini untuk mghentam pakatan..kerana mrk yg setuju bpindah(baca penyokong BN) dan akur dgn khendak rejim ZioKhirtoyol dulu,skrg ini bahagia seadanya di Pangsapuri idaman mereka tapi kami(baca penyokong PR) sehingga kini tiada apa-apa pampasan atau sumbangan telah merempat merata tempat…tolonglah selesaikan masalah kami dan kembalikan hak kami sebagai bekas Penduduk Kampung Rimba Jaya..

    Reply

  7. 7 PAK LONG COT Nov 16th, 2009 at 6:10 pm

    Hal yang jelas dalam pemikiran saya ialah :-

    1. PR dapat meyakinkan rakyat, Malaysia lebih gemilang di bawah PR.
    2. PR dapat membuktikan Umno dan BN adalah ‘petaka’ dalam hidup mereka !

    Inilah cabaran dan inilah teka-teki yang bersarang dalam minda para pengundi atau rakyat. Jika PR dapat menjawab dengan markah penuh, kejayaan pasti mendatang. Jika, tawar “adunan dan ramuan”, tidak enak rasa masakan !

    Baik di Selangor atau di mana-mana, harapan rakyat kepada pembaharuan tetap menyala. Maka, formula dan perubahan dapat mengikat keyakinan. Ibarat doktor yang membedah. Yakin kepakaran baru “badan rela diserah” !

    Bukan PR tidak positif. Tapi, jadikan PR sentiasa di hadapan dalam amanah serta benar !
    Selamat berkhidmat !

    Reply

  8. 8 zulfikar Nov 16th, 2009 at 7:48 pm

    NAJIB PENGKHIANAT BANGSA AGAMA DAN NEGARA…MEMBOHONGI RAKYAT KATA EKONOMI BAGUS..TAPI BILA BENTANG EKONOMI KAKITANGAN KERAJAAN DAPAT RM500 JA..APANI NAJIB?? UMNO HAPRAK DAN PENIPU..WAHAI RAKYAT SEKALIAN MARILAH KITA LIHAT SAMA2 BAGAIMANA HANCURNYA NEGARA DI BAWAH PEMERINTAHAN BN INI. APAPUN TAKDA…PEMBOHONG…MENTERI PENIPU RAKYAT…OLEH ITU PILIHANRAYA AKAN DATANG MARILAH KITA AJAR MEREKA2 INI DENGAN TUMBANGKAN KERAJAAN PUSAT BN. BAGI PAKATAN PERINTAH NEGARA PLAK….HIDUP RAKYAT…HIDUP..HIDUP RAKYAT RAKYAT…..REFORMASI…TAKBIR TAKBIR TAKBIR…

    Reply

    arm_infors Reply:

    bila najib kate ekonomi bagus..tak semestinye ekonomi ok..realiti ekonomi global camne??..cube baca balik laporan belanjawan..bagus kerana ade pertumbuhan ekonomi dan negara masih mampu bertahan..hidup rakyat?? hidup anwar kot…hehheh

    Reply

  9. 9 Cikgu Why Nov 17th, 2009 at 2:13 am

    WHY ?
    Kenapa Umno gelojoh nak rampas Selagor ?

    =A= Saja nak jual iklan lapuk.
    =B= Kes malu tersembam kalah dalam PRU.
    =C= Nak cover celaru kini dan selamanya dalam Umno.
    =D= Dengki kat PKR n PR.
    =E= Kira semua betul !

    Jawab Najib jawab !

    Reply

    arm_infors Reply:

    salam…malu la guna gelaran cikgu..tapi sokong pembangkang..elok letak jawatan n buka skolah sendiri yg tak bergantung pada kerajaan..tak tau bersyukur n berterima kasih langsung!!

    Reply

    zamy Reply:

    apa lu ingat ini negara komunis ke…..biar bute mate …jgn bute hati…..

    Reply

    zamy Reply:

    buat arm_infors :

    lu ingat negara nie komunis ke….kene ikut je ape kerajaan buat…biar bute mate jgn bute hatiiiiiii….perut…..

    Reply

    Cikgu Why Reply:

    WHY ?
    Kenapa hak peribadi mahu di halang ?

    =A= Tanda jumud pemikiran Umno.
    =B= Bukti hak kebebasan Umno jajah.
    =C= Jahil erti syukur.
    =D= Confuse hak demokrasi.
    =E= Kena belajar banyak lagi !

    Jawab den nak jawab ! Den cikgu karate, bang !

    Reply

    noh Reply:

    HEY MANGKOK, SEKOLAH BUKAN UMNO/BN YANG PUNYA. RAKYAT YANG PUNYA. HASIL NEGARA DAN CUKAI KEATAS RAKYAT YANG MENJADIKAN TERBINANYA SEKOLAH. UMNO/BN SECARA MENIPU JADI PEMERINTAH BINA SEKOLAH YANG TAK BERKUALITI. BAIK PELAJAR ATAU BINAANNYA. HASILNYA RIBUAN PELAJAR ROSAK AKHLAK, MURTAD DSBNYA. RIBUAN LEPASAN GRADUAN MENGANGGOR TAK ADA KERJA. INI KERJA SAPA?

    Reply

  10. 10 Janet Nov 17th, 2009 at 10:58 am

    Salam DSAI,

    Saya harap DSAI dapat meminta ADUN-ADUN Negeri Selangor memantau Majlis Perbandaran di kawasan masing-masing. Adakah mereka menjalankan kerja seperti yg paling asasnya maintenance jalan, menurap lubang di jalan raya, mengganti lampu yg rosak dan sebagainya. Perkara seperti ini yang rakyat nampak.Sebagai rakyat yg membayar cukai, mereka akan bercakap perkhidmatan apa yg mereka dpt setelah kerajaan bertukar. Siasat segera pegawai-pegawai yg tidak sebulu dgn kerajaan PR yg tidak menjalankan tugas sepatutnya dan sabotaj Kerajaan PR.

    Reply

  11. 11 benar Nov 17th, 2009 at 12:27 pm

    hello arm_infors…??apa cikgu mesti wajib sokong BN ke? apa..kalo undi PR..haram, berdosa ke? ko pakai fatwa mana? aku pon cikgu gak, aku undi PR sbb aku cikgu yg mahu kerajaan yg telus,insyllh pru13 PR menang membentuk kerajaan..yg cikgu2 or pegawai kerajaan yg undi BN kene berenti keje ke?? kenapa ada spesis mcm ni kat Malaysia??
    BN tu bukan nye sultan..BN sbgai kerajaan persekutuan kutip cukai darpd rakyat..dan bayar gaji cikgu2 mcm aku utk berkhidmat utk rakyat..FAHAM? aku adalah cikgu yg dilantik oleh kerajaan Malaysia kerana kepandaian aku utk berkhidmat dan bertanggungjwb utk mendidik rakyat Malaysia supaya mencadi cerdik dan tidak bangang seperti ko wahai arm_infors. Sebab ada ramai org yg bangang mcm arm_infors ni yg PR susah nak menang..meh kita doa depa mati..sbb hidup pon nyusahkan org. nak gak undi pemimpin yg khianat dan rasuah.
    Lawan Tetap Lawan

    Reply

  12. 12 Kucing Malam Nov 17th, 2009 at 2:09 pm

    Apow2 aje kamu orang ini…tiada ke yang kamu bersyukur dari dulu…sedar lah diri kamu…yang memimpin kamu skang nie pun dari UMNO jgk dahulu…bila dibuang dah bertukar wajah plak..kecian bah..!!!~~

    Reply

    Cikgu juga Reply:

    Kucing Malam JKKK cawangan mana?

    Reply

  13. 13 radin ikhwan Nov 17th, 2009 at 2:24 pm

    lawan tetapppp LAWANNNNN…….AGI idup agi ngelabannnn….

    Reply

  14. 14 Cikgu juga Nov 17th, 2009 at 3:44 pm

    Salam

    kepada arm_infors

    apa ingat semua kakitangan kerajaan wajib sokong BN ke. Kau ni memang sah la Pemuda/Puteri Umno.

    Pembetulan untuk statement kau. Kerajaan bergantung pada guru-guru yang merupakan “ibu bapa kedua” dalam mendidik anak-anak bangsa di sekolah termasuk anak kau nanti. Bukannya guru-guru bergantung kepada kerajaan.

    Rezeki Allah yang bagi bukannya UMNO yang bagi. Dah nama pun bekerja, wajiblah diberi bagi upah (gaji/elaun dan lain-lain kemudahan kan. Itu tanggungjawab majikan.

    Sekolah kat mana?

    Reply

  15. 15 zul Nov 17th, 2009 at 11:34 pm

    Cikgu kurang AJAR , maka anak2 murid turut kurang BELAJAR..AJAR lah anak2 sekarang dengan pelajaran yang BERGUNA.. AJAR lah mereka arti KEMERDEKAAN itu pun kalau CIKGU tahu..AJAR lah mereka ERTI KEHIDUPAN..AJAR lah mereka tentang SEJARAH MALAYSIA….

    Reply

  16. 16 lu pikir la sendiri Nov 18th, 2009 at 9:11 am

    Oi Cikgu Why & Cikgu Juga,
    Orang2 jahat macam kau orang ni lah yang sebenarnya punca kepada anak2 muda kita yang menjadi terlalu taksub kepada pembangkang, kalau tidak masakan ramai budak2 sekolah sudah pandai membenci kerajaan. Pihak Kementerian Pendidikan wajib membuat pembersihan segera untuk membersihkan sekolah2 Malaysia dari guru2 macam kamu berdua ni. Kepada TPM, sila jalankan penyiasatan dalaman dengan kadar segera, tak susah nak kenal pasti orang2 macam kamu ni. Bila dah kenal pasti terus hantar jauh2 ke pendalaman biar kamu mengajar di sekolah yang memang tiada kemudahan asas seperti internet yang selalu digunakan untuk memburukkan orang lain, contohnya melalui laman blog, laman web Malaysiakini dan sbgnya. Kamu tidak langsung menghargai segala peluang dan rezeki yang kamu dapat malah yang kamu tahu hanya kutuk mengutuk saja. Memang gaji kamu bukan duit UMNO, elaun, bonus dan sebagainya bukan hak UMNO tapi kamu sedar tak selama ni UMNOlah yang berjuang menentukan lebih ramai orang melayu kampong macam kamu jadi guru, pegawai perkhidmatan awam, tentera dan sebagainya. Ini bukan isu perkauman tapi isu mengagihkan kekayaan dengan adil, kalau tidak setiap masa akan berlaku Mei ‘69, ingat lagi tak? Munkin kamu berdua belum dilahirkan lagi waktu tu. Jadi sedarlah sikit, kamu ni orang muda kot, terlalu ikut perasaan, jadilah melayu progresif yang masih memgekalkan semangat bangsanya, nak jadi 1Malaysia bukan bermakna kita sama dengan kaum lain, kita hanya perlu bekerjasama dengan lebih baik, nak sama macam mana lagi, tak kan nak makan babi macam dia orang atau menghalal minuman keras, kita tak boleh sama sebab akar umbi melayu tak sama dengan kaum2 lain. Di negara Cina, Thailand, Indonesia, Filipina pun kalau bukan penduduk asal/pribumi jangan nak harap dapat keistimewaan malah orang Cina Indonesia dan Thailand dimestikan membuang nama2 cina mereka, contoh Rudy Hartono, pemain badminton Indonesia yang asalnya orang Cina. JADI CIKGU2 YANG TAK SEDAR UNTUNG DIMALAYSIA NI, FIKIR2 LA SIKIT SEBELUM NAK KUTUK TANGAN YANG TELAH LAMA MEMBERI. KETIRISAN TETAP ADA, RASUAH TETAP ADA, MEMANG TIDAK ADA KERAJAAN PERFECT DI DUNIA NI.KALAU ADA BUKTI KES RASUAH,CONTOHNYA, LAPOR SAJA KAT SPRM, INI TIDAK, HANYA KUTUK SPRM SAJA, MACAM MANA SPRM NAK BUAT KERJA???

    Reply

    pengemisbudi Reply:

    TANGAN YANG TELAH LAMA MEMBERI KINI SUDAH TIDAK SAMA DENGAN DULU. KINI TANGAN YANG TELAH LAMA MEMBERI ITU TELAH DIGANTIKAN DENGAN TANGAN SYAITAN YANG HANYA BERANI MENINDAS ORANG MELAYU SENDIRI TETAPI PENAKUT DENGAN BANGSA LAIN.

    UMNO SEKARANG SUDAH JADI JEMBALANG YANG SANGAT JAHAT KERANA DIENGGOTAI DAN DIPIMPIN OLEH MANUSIA YANG DIBESARKAN DENGAN DUIT HARAM, DIKELILINGI TAUKE2 JUDI, PEMILIK KELAB MALAM, PEMBEKAL DADAH, PENGUSAHA PELACURAN DAN PENYULUDUPAN MANUSIA. SEBENARNYA PENGELIBATAN BARAH2 UMNO DALAM KEJAHATAN SEMEMANGNYA TIDAK TERKIRA.

    CUBA TANYA CIKGU SELURUH MALAYSIA BERAPA RAMAI ANAK2 WAKIL RAKYAT UMNO YANG BERMORAL DAN BERBUDI PERKERTI. 99% JAHAT, BERLAGAK, BONGKAK, MENUNJUK2, BERMORAL RENDAH DAN GEMARKAN MAKSIAT MERASA DIRINYA SEPERTI BERKUASA TETAPI BODOH BANGANG SEBAB BAPAK DIA MAKAN DUIT RAKYAT DAN MENYEDUT RASUAH.

    Reply

    Cikgu juga Reply:

    lu pikir sendiri ni JKKK cawangan mana pula?

    malas nak menjawab. Ubah topik sikit. Em, bila nak tukar wang ehsan jadi royalti semula? Mana perjanjian 1975 yang dipersetujui. Kesian rakyat Melayu terengganu dan Kelantan. Lu pikir la sendiri ingat takda melayu ke kat kelantan & terengganu. Sadis.

    Memang tak dinafikan kerajaan kita dah buat banyak benda untuk kesejahteraan rakyat (bukan Melayu sahaja) kau ni racist betul la.

    Tapi kalau dah terlalu lama sangat sampai banyak kesilapan dalam memimpin, apa salahnya rakyat yang ada hak bersuara untuk luahkan apa yang terbuku di hati ni. Cakap sikit terus ungkit pasal Mei 69. Mana pergi demokrasi.

    SPRM sampai hari ni tak clarify betul2 kes VK Lingam, PKFZ, dan_______________.
    Kes DS Nik Aziz nak pergi Haji sebab orang sponsor, Kes Agihan Lembu Korban itu memang superb. So komen sikit la lu pikir sendiri.

    Orang muda mudi hanya perlukan perubahan, itu sahaja. Sebab itu kami pergi pada pembangkang. Yang salah tetap salah. Jangan la ingat kami tak pernah lupa pengorbanan Pejuang Bangsa kami dari sebelum merdeka sampai sekarang. Sekarang pun kerja aku juga menakbur bakti pada negara. Tak pernah sesekali aku menghasut anak bangsa. Aku pun cintakan negara ini, sebab itu perubahan dicari.

    Reply

    Cikgu juga Reply:

    Sampai hati panggil aku orang jahat…

    Reply

  17. 17 danny_187 Nov 18th, 2009 at 9:15 pm

    Hakikatnya UMNO memang bangang!..dah abis cite..k, bye…

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Anwar Isytihar Perang Pertahan Selangor at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 16th, 2009 at 5:19 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Pimpinan Umno Gusar Berhadapan Dengan Rakyat Perak: Saya tidak terkejut dengan penghakiman Mahkamah Persekut... http://bit.ly/c5Iueg
57 minutes ago
anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
7 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
7 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
7 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
7 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30