Hujung minggu ini jadual saya padat dengan acara Konvensyen KEADILAN di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu. Sebelum ke Ipoh, sempat saya meluangkan masa melawat Permatang Pauh.
Pagi tadi di Shah Alam, saya sampaikan ucaptama di Konvensyen KEADILAN. Antara intipati ucapan, ditekankan Selangor adalah “pengkalan” penting merealisasikan agenda Perubahan KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Oleh itu ahli mesti beriltizam dengan agenda parti. Mereka adalah agen perubahan yang seharusnya meresap sehingga ke akar umbi dan seterusnya menjadi penyambung lidah serta penyampai dasar pentadbiran Pakatan Rakyat.
Justeru ahli mesti memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan parti baik di peringkat pusat mahupun negeri dengan maksud menjayakan cita-cita perjuangan.
Saya ulangi teguran bahawa tidak ada kompromi terhadap mereka yang melanggar disiplin parti dan perjuangan. Kepada mereka yang angkuh seolah olah diri lebih utama dari perjuangan, silakan sahaja mengundur diri. Perjuangan ini dibina dari keringat dan air mata mereka yang teguh kepada prinsip perjuangan; untuk menegakkan Keadilan buat semua, merentasi batas kaum dan kepercayaan.
Adalah tanggungjawab kita semua; ahli parlimen, adun, senator, ahli majelis dan pendokong untuk memastikan hala tuju parti tidak tersasar. Perjuangan ini adalah untuk memerdekakan bangsa dari terus diperintah regim lemah dan gagal mengagihkan kekayaan secara adil.
Marilah kita bersama sama merenung nasihat ini: “kemerdekaan berkehendak juga kepada pengetahuan, tetapi kita tidak percaya bahawasanya pengetahuan yang ditaburkan…ada mengandungi benih kemerdekaan itu.”
Kata kata tersebut dimuatkan dalam majalah Seruan Azhar yang mulai terbit pada tahun 1926 di Mesir, inisiatif pelajar-pelajar Melayu. Benar, ianya bertujuan menyemarakkan kemahuan menambah ilmu untuk memerdekakan bangsa dari penjajah asing. Walaupun begitu kata kata tersebut masih membekas manakala nasib bangsa seolah olah masih diperintah regim penjajah.
Segenap lapisan pendokong, baik kepimpinan ataupun aktivis di cabang, mesti mempunyai kefahaman dan kesedaran mengenai apa yang kita perjuangkan. Cara berfikir dan bertindak pendokong tidak boleh sama sekali mirip umno-barisan nasional.
Penyelewengan kuasa serta budaya rasuah harus segera dibanteras. Pembudayaan rasuah yang melahirkan generasi kebergantungan dan mentaliti subsidi tidak akan memangkin Perubahan, jauh sekali kemenangan.
Wahai ananda cahaya mata,
Kokohkan tegak jangan beralih,
Manfaatkan segala sendi anggota,
Kemampuan sendiri jadikan benih.
Kepimpinan juga mestilah tidak mengabaikan kebajikan pendokong dan penyokong. Tanpa mereka parti ini akan gagal berfungsi sekaligus menggagalkan cita-cita perjuangan. Pengorbanan mereka tidak harus dipandang remeh. Keberanian dan kesetiaan menempuh saat-saat sukar akan dihargai dan diingati.
Kalau kuncup sudah mengembang
Banyaklah kumbang datang menyeri
Kalau hidup berkasih sayang
Tuahnya merata di seluruh negeri
ANWAR IBRAHIM



















Hal BERKASIH-SAYANG yang disebut oleh DSAI menarik hati saya. Rumahtangga yang dibina dengan kasih sayang, melimpah rahmatnya. Badan yang diasuh dengan kasih dan sayang, sihat tubuhnya. Negara yang dipupuk dengan kasih-sayang sejahtera rakyatnya.
Memang ! Cinta dan kasih bukan bererti dimanja sampai mudharat. Asas kebenaran dan keadilan menjadi tiang untuk kukuh berdiri. Maka, ketegasan wajib dipegang. Jika tidak, hanyutlah cita-cita bagai sampah di hujung muara.
Adat organisasi ada “kepala” dan ketuanya. Ibarat gerabak tak ikut “kepala”,kesudahan kecundang di luar landasan. Maka, bersangka baik serta patuh wajib dipegang kukuh. Musyawarah jalan terbaik merongkai masalah. Jangan akhbar jadi “pengadil” ! Kelak teburai ikan di sangkar, jatuh ke sungai berputih mata !
Alang-alang menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan;
Alang-alang langkah berjuang,
Biar dihalang langkah tak mati !
Maju dan mara ke hadapan !
Reply
Salam DSAI,
Dalam sibuk mengembara ke sana dan ke mari, pastikan keishatan dan keselamatan Dato’ Seri terus dijaga rapi. Kerana kekuatan fizikal adalah mustahak agar Dato’ Seri dapat mentadbir dengan baik. Pengambilan vitamin dan tidur cukup merupakan ramuan penting.
Selamat berjaya… Moga PR teurs ke hadapan.
Sekian, wassalam.
Reply
Salam untuk semua,
dari ucapan dato seri hari ini jelas sudah kesabaran telah tidak boleh dikawal lagi, kesabaran orang alim seperti tok guru nik aziz pun ada batasnya. Ini lah semangat bangsa melayu yang telah diasuh oleh datok nenek moyang mereka, bila mana kesabaran boleh dikawal selagi manusia-manusia yang dipanggil haramjadah-haramjadah yang sudah melampaui batas sepertimana yang berlaku kepsda pemimpin-pemimpin umno dan bn yang begitu tamak haloba dan telah mulai ttakut dengan bayang-bayang sendiri akibat perbuatan durjana mereka.dalam hati saya, tertanya-tanya, bila masanya pemimpin-pemimpin pakatan rakyat nak bertindak?. Nah sekarang, baru saya nampak pemimpin-pemimpin pakatan mula bertindak.Tindakan begini hendaklah berterusan hingga pru13 nanti, perlu ingat JANGAN HANYA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM, terus, terus, terus mara jangan pandang belakang lagi, pandang lah kehadapan. Itulah pesanan dari alim ulamak terdahulu buat anak cucunya. Dalam setuasi sebegini juga dilihat tok guru nik aziz juga dilihat pantang dicabar. Lihat saja, bagaimana pemimpin-pemimpin umno mendidik anak-anak muda jadi samseng parti. Saya menyeru kepada pemimpin pemuda umno kelantan, jangan hanya nampak tok guru nik aziz saja, walhal pemimpin-pemimpin umno kelantan lebih banyak menerima tajaan dari koperat-koperat, mengapa didiamkan saja?.Inilah yang dikatakan KUMAN DISEBERANG LAUTAN KITA NAMPAK SEDANGKAN GAJAH DIDEPAN MATA KITA TIDAK NAMPAK. Hendak juga tanya kepada orang-orang umno, yang hampa dok pi mekah dengan cara OGS tu ambek duit mana?. Kalau nak harap duit wakil rakyat banyak mana sangat tentu duit sponser, pasai apa SPRM tak siasat?. Oh terlupa, SPRM kan ahli umno!.Buat pemimpin-pemimpin umno sekelian saya juga ingin menyeru, supaya janganlah kita memakan daging bangsa kita sendiri dek kerana mengejar kuasa, wang ringgit hingga kita sanggup memporakperandakan bangsa sendiri. Apa yang telah engkau orang lakukan kepada anak bangsa sendiri tu, mulai malam ini buat lah sembahyang sunat taubat, mohon lah kepada Allah, supaya diampun segala perbuatan yang menjijikan itu dan diberi hidayah.Kepada anak-anak muda yang menjadi penyokong kuat umno, yang diajar jadi mat rempit tu,muhasabah diri kamu sekelian supaya menjadi anak bangsa yang berguna dimasa depan. Ingatlah, setiap langkah yang kita langkah dengan niat kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, tetapi setiap langkah yang kita langkah dengan niat kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. SEMUGA KITA SEMUA BERMUHASABAH DIRI AGAR DITUNJUKAN ALLAH JALAN YANG LURUS LAGI TERANG BENDERANG UMPAMA BULAN YANG MENGAMBANG. INSYAALLAH!
Reply
Aku Nih Reply:
November 17th, 2009 at 10:03 pm
Saya setuju dgn pendapat Joe Kedah. Ingat, jangan cuba nak main kotor! Korang main kotor, korang akan dibalas dengan benda yg LAGI KOTOR!!!!
Reply
Hidup DSAI!
Reply
(Maaf diluar tajuk)
‘TOWERING MALAY’ DASAR UMNO YANG TERSASAR
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN
SEDAR atau tidak, sudah hampir 2 tahun PRU Malaysia berlalu. Mungkin sahaja bisa diagak, lagi dua setengah tahun PRU akan menjelang tiba. Para Menteri UMNO sudah mulai gusar lalu mahu mendekati rakyat di kampung. Sementara MCA, rakan karib UMNO masih berkocak. MIC ambil sikap tunggu dan lihat. PPP bergolak perebutan jawatan presiden. Najib dan Muhyiddin bimbang menantikan masa ‘bila bulan gerhana?’
Rakyat di kampung kini sudah mulai diambil keperdulian oleh Menteri-Menteri UMNO dengan memberikan beras Nasional percuma. Semua orang tahu beras Nasional beras hancur, banyak batu bercampur di dalamnya. Beras murahan untuk pemakanan rakyat di kampung. Harganya 10 kilo cuma RM17 sahaja untuk Sabah. Beras Faezah, beras wangi beras No1 untuk siapa kalau bukan pemakanan orang orang elit dalam UMNO?.
SENARIO POLITIK DI SABAH
Rakyat Sabah dalam bandar dan di kampung-kampung kini sudah mulai rasa tertekan berpunca dari kenaikan harga minyak petrol, kenaikan pembayaran bil letrik, bil air, bil telefon, cukai pintu, cukai jalan, cukai tanah, kos pendidikan anak-anak mereka dan kos sara hidup yang paling tinggi di Sabah; maka dengan bantuan Kerajaan UMNO/BN cuma beras Nasional percuma itu dianggap oleh rakyat Sabah tidak berbaloi kalau dibandingkan dengan harga sebuah Kerajaan BN yang akan diundi oleh rakyat.
Senario politik Sabah dan Semenanjung jauh berbeza. Kedaifan orang Sabah sudah sampai kemuncaknya yang rakyat Sabah sendiri harus berfikir untuk keluar dari kepompong kemiskinan harus berusaha lebih cekal lagi untuk menukar Kerajaan BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Rakyat sudah undi BN lebih kurang 40 tahun semenjak merdeka lagi. Tidak salah kalau rakyat Sabah mencuba kali ini beri peluang 5 tahun sahaja untuk undi Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan. Siapa tahu setinggan boleh dapat rumah sendiri tanpa bayaran? Siapa tahu kalau royalti minyak dinaikan dari 5% kepada 25%? Siapa tahu kalau Kerajaan Pakatan Rakyat boleh menurunkan kos hidup rakyat? Siapa tahu kalau Kerajaan Pakatan Rakyat boleh bagi tanah pertanian kepada rakyat Sabah?
KHABAR DARI ORANG KAMPUNG
Kita sudah dengar berita dari orang kampung. Rakyat sudah baca tulisan-tulisan bloggers dalam blog. Kebanyakan orang kampung berrkata “Kali ini rakyat mesti tukar Kerajaan BN, biar pun para pemimpin UMNO bagi projek, bagi tangki air, bagi zink, bagi kain, bagi beras atau bagi duit rakyat akan ambil semua itu tapi undi tetap kepada Pakatan Rakyat.”
Yang heran hari ini, orang kampung pun sudah pandai hantar e-mail pada kita menyatakan di beberapa kawasan pilihanraya di Sabah BN akan kalah. Kini katanya fikiran rakyat sudah mulai terbuka. Katanya PRU kali ini rakyat Sabah mahu berubah, orang kampung sudah tahu menerusi blog dan sabahkini.net penipuan, rasuah, penjualan balak haram dan siapa-siapa Menteri BN yang cepat kaya dan banyak duit yang tidak sepadan dengan gaji mereka pun rakyat sudah tahu.
Kita juga sudah dapat masej dari pantai Timur dan Pantai Barat Sabah, sokongan rakyat kepada Kerajaan UMNO/BN semakin merosot. Rakyat Sabah rata-rata mengeluh kerana kemahalan harga minyak petrol dan kos hidup rakyat yang melampau dari batasan.
DOKUMEN PENTING
Kita juga sudah terima banyak surat dari kalangan pegawai ‘orang dalam’ dari Pantai Timur, Pantai Barat dan dari Pedalaman melaporkan banyak penyelewengan. Dokumen tersebut kita masih kaji kesahihannya sebelum kita dedahkan untuk siaran. Dokumen penting kelulusan kayu balak dari ‘orang dalam’ sudah ada di tangan kita. Tunggu masa ia akan meletup ke telinga rakyat. Ini pun kita akan kaji dengan teliti dari segi perundangan.
Documen Skandal xxx juga akan kita kaji dari semua segi kesahihannya, dari segi perundangan, sebelum bertindak lebih jauh. Kalau benda yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat atau berbentuk fitnah, jangan bimbang orang yang tidak termakan ‘lada’. Kita akan teliti satu persatu. Kita orang yang berpengalaman sebagai Mantan Pengarang Melayu Akhbar Daily Express tentu tahu mengendalikan hal-hal sensitif sebegini.
Kepada orang yang terasa telah terlanjur membuat kesilapan, pergi solat bertaubat dan jangan lupa selalu-selalu sedia ubat darah tinggi dalam poket. Manalah tahu, kalau kita sudah cukup bukti akan kita buat laporan polis, nanti takut kalau mati terkejut.
Reply
tahniah rakyat selangor!!!anda telah membuat pilihan yg btol utk parti keadilan rakyat menjadi kerajaan selangor…reformasi!!!!!
Reply
Askm dsai
Cuba kita baca dan teliti tulisan ( anak sungai derhaka ) di blognya ,jamil setuju benar apa yg di kata.masih terdapat dalam parti manusia-manusia yg mengikuti cara dan budaya umno.iaitu mengipas pongong dna menunjuk-nunjuk muka kepada pemimpin dari berkerja. jamil tak kisah kalau teguran jamil ini .jamil di tendang keluar parti.couse for me party is nothing. work is importent. cuba teliti tulisannya di bawah ini. kenapa amsih ada manusia begini.bila menang lompat kerana wang.
Dalam perjalanan dari Permatang Pauh ke Ipoh, aku membayangkan dengan kekuatan 24 Bahagian atau Cabang, Konvensyen Parti KeAdilan Perak pasti akan lebih ramai dari segi jumlah kehadiran AJK-AJK jika dibandingkan dengan jumlah kehadiran AJK-AJK di Pulau Pinang dan suasananya semestinya akan lebih meriah sepatutnya.
Malangnya apa yang telah aku jangkakan meleset sama sekali, jumlah kehadiran AJK-AJK dari Cabang-Cabang seluruh perak yang berjumlah 24 semuanya itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan kehadiran AJK-AJK Parti KeAdilan Rakyat Pulau Pinang yang hanya mempunyai 13 Cabang. Suasananya pula agak hambar..
Ketika melangkah masuk kedalam Dewan, apa yang aku lihat ialah walaupun Konvensyen telah bermula dan usul sedang dibentangkan masih banyak kerusi-kerusi didalam dewan yang kosong. Kosong kerana ramai AJK-AJK yang sepatutnya berada didalam dewan mengikuti ucapan atau usul yang dibentangkan berada diluar dewan menunggu ketibaan DSAI..
Amat malang buat PKR Perak kerana mempunyai AJK-AJK yang datang ke Konvensyen tetapi tidak tahu apa tujuan dan Matlamat Konvensyen. Mereka datang ke Konvensyen hanya untuk menunggu ketibaan DSAI, menunggu untuk bersalaman dan menunjukkan muka mereka kepada DSAI agar DSAI tahu bahawa mereka itu AJK PKR…
Adakah kalau diberitahu yang DSAI tidak akan hadir ke Konvensyen itu, mereka juga tidak akan hadir?
Andai ditakdirkan DSAI meninggal Dunia.. apakah mereka turut akan meninggalkan PKR kerana DSAI telah meninggalkan PKR?
Reply
Mengulas tulisan Datuk Halik Zaman, Siapa yg d harap2kan menjadi pemimpin PKR negeri Sabah ni? Kalau pucuk kepimpinan PKR (Malaya) sudah buta membuat perlantikan lebih baik lagi Datuk Halik Zaman menjadi Pengarusi Perhubungan PKR Negeri Sabah jika d bandingkan dengan Ahmad Tamrin dan Ansari Abdullah….Sama juga 2X5 kalu Datuk Halik Zaman d lantik Azmin Ali dan DSAI…Saya merasakan lebih baik lagi kerana Datuk Halik Zaman pernah lagi memegang Pengarusi LLS semasa era Zaman Parti BERJAYA sekalipun banyak kelemahannya………yang bernamakan Penyokong PKR daripada Pantai Timur ni saya rasakan tidak banyak yg betul lah tu DHZ kerana dari dulu mereka memang cara mereka begitu…Sewaktu Perjumpaan berpuluh puluh ribu yg menghadiri perjumpaan tetapi setelah PRU Calonnya hilang wang perteruhan……Kan kebanyakan mesyarakat d Pantai Timur ni orang baru sampai (PTI yg d berikan Mykad Malaysia) pada tahun 1980an…….Mereka pasti mengikut cakap2 Tun Sakaran Family’s…………
Reply
SALAM SEMUA.
PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH PADA SEMUA AHLI PKR SELANGOR KERANA SELESAI BERKONVENSYEN SEMALAM.
KEDUA IALAH BERKENAAN DENGAN SIKAP ZAHID IBRAHIM KEBELAKANGAN INI, SETELAH SELESAI GIMIK BELIAU DISABAH DAHULU – KINI ZAHID MUNCUL LAGI DENGAN GIMIK TERBARUNYA. BERHUBUNG SARANAN ZAHID TENTANG PENGERUSI PAKATAN RAKYAT, SAYA BEGITU HAIRAN MELIHAT TINGKAHLAKU ZAHID, MENGAPA IANYA DICADANGKAN DIMEDIA?????
APAKAH ZAHID PUNYA AGENDA?? MENGAPA ZAHID TIDAK MAHU MEMBERIKAN SARANANNYA ITU MELALUI MESYUARAT PAKATAN RAKYAT? SEBAGAI SEORANG YANG BERPELAJARAN TINGGI, ZAHID SUDAH TENTU ARIF DALAM SOAL ADAB PENTADBIRAN. MALANGNYA SIKAP ZAHID YANG GEMAR MELOMPAT TAK TENTU HALA TELAH MENYEBABKAN PERSEPSI ORANG RAMAI NEGATIF TERHADAP PKR.
KEPADA ZAHID IBRAHIM, HENTIKANLAH SIKAP ANDA YANG GEMAR PUBLISITI MURAHAN ITU!! HENTI BERCAKAP SOAL PENGORBANAN. PENGORBANAN KAMU MELETAKJAWATAN MENTERI DIJPM ITU TIDAK AKAN SAMA SEPERTI PENGORBANAN ANWAR IBRAHIM YANG DIPUKUL SETENGAH MATI DAHULU.
SESUNGGUHNYA PKR TIDAK MEMERLUKAN SEORANG YANG GILA PUBLISITI DAN PERASAN PANDAI SERTA ANGKUH DALAM PARTINYA. ADALAH LEBIH BAIK KAMU PULANG SAHAJA KETEMPAT ASAL KAMU YAKNI PARTI KEBANGSATAN MELAYU UMNO!!
Reply
ayop Reply:
November 16th, 2009 at 6:02 pm
setuju!
Zahid kalau nak berlagak sombong dan angkuh sila berambus rujuk semula dengan UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply
Ada orang berpandangan, “Biarlah BN seleweng, asal tetap boleh makan” ! Biasa bagi sebahagian orang. Tapi, pelik benar jika berterusan.
Racun demikian menjadikan mereka pasif tentang masa depan. Alpa tentang kesan dan akibat. Maka, demikianlah tanggapan serong yang ditanam oleh Umno dan BN. Lebih kejam mereka dirasuk dengan malapetaka jika beralih sokongan.
Saya mencadangkan jentera PR positif dalam mengubah perseptif mundur demikian. Moga diasah menjadi tajam serta sensitif dalam membuat pilihan. Mereka kabur dalam menilai !
Asuhan dan didikan wajar disampaikan menepati keupayaan dan kongkongan yang ada. Mendekati mereka dengan kasih sayang dapat menjiwai fitrah kemuliaan. Mereka tidak tahu. Dan mereka tidak faham. Kasihanilah mereka. Bukalah ruang persahabatan yang lebih luas dengan mereka !
Usaha dan ilmu dapat membawa kemenangan dan kejayaan.
Salam hormat !
Reply
ulam batar Reply:
November 16th, 2009 at 10:32 pm
Siapa punya pendapat yang “biar lah UMNO seleweng, asalkan tetap boleh makan” dizaman Jambatan bengkok,jambatan separuh,jambatan selat melaka dan jambatan runtuh ini masih ada rakyar malaysia yang berfikiran purba kala!! setahu kita kat malaysia ini campak apa pun tumbuh!!. sebulur bulur di afrika tetap di beri makan oleh UN.kenapalah kolot sangat pemikiran Rakyat malaysia ni!!kalau UMNO tak bagi makan pada Rakyat, UN akan jatuhkan gandum berguni guni dari kapal terbang!!, sebab apa di gugurkan dari udara?? sebab dunia beri makanan tak kira Parti BN atau PR. kalau beri melalui UMNO kana guna kupon!!!!.
selagi ada seorang Rakyat kita yang berfikiran kolotki maka itu kemenangan kecil pada UMNO.
Reply
angkasawan nasa Reply:
November 17th, 2009 at 9:52 am
Saya melalu!! dengan pandangan ulam, Rakyat jangan binbang tak makan kalau UMNO jadi kerajaan buangan atau tiada kerajan yang perintah negara ini UN akan gugurkan makanan bagaikan Hujan apa nak risau!! yang penting rakyat harus bersatu padu dan yakin pada dunia bahawa “masih ada yang sayang” apa yang penting minda harus Global. jangan berfikiran cawangan atau Bahagian!! rombak cara kita berfikir tontonlah filem 2012 bahawa dunia ini tidak bersempadan!!
Awang Selamat!! apa dah jadi jambatan kedua pulau pinang???
Reply
Datuk seri Anwar, i personally think you minimize your international commitments and
instead spend MORE of your time in malaysia.
PLS spend more time in strengthening Pakatan rakyat, prepare for the upcoming Sarawak state elections and promote PKR in Johor and Sabah.
get your priorities right!!
Reply
DS,
TDM telah mengutuk dan menghina DS dengan perlantikan DS sebagai penasihat ekonomi Selangor!!
Saya rasa inilah rangsangan motivasi utk menutup rapat mulut si Tua tu!!Buktikan pada tahun 2010 Selangor boleh mencatatkan pertumbuhan tertinggi sepanjang sejarah penubuhan Malaysia dan berjaya tingkat kadar pendaptan penduduk2 negeri Selangor!!
Reply
Joe-kedah Reply:
November 17th, 2009 at 8:55 am
Salam untuk semua.
Saya tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang begitu angkuh menzahirkan bahawa DSAI tidak ada pengalaman berkaitan ekonomi yang mana beranggapan negeri selangor akan muflis jika kerajaan negeri selangor DSAI sebagai penasihat ekonomi selangor.
Amat jijik sekali seorang manusia seperti itu membuat kenyataan yang dia sorang saja yang lebih pakar bab ekonomi. Bukan dia sorang yang nak urus selangor tu, DSAI ada komiti dia, bermakna merancang dalam susun atur satu pasukan mengembeling tenaga membina ekonomi negeri. Issue IMF yang dibangkitkan, rasanya Tun sendiri pun terlibat, mengapa sering menyalahkan orang lain pula. Ini lah petunjuk dari Allah memberi ruang kepada manusia yang bernama mahathir untuk melihat dunia yang berkembang ini. Ini lah sifat manusia yang diberi hati yang terlalu busuk penoh dengan hasat dengki tidak suka melihat orang lebih maju. Dia hanya beranggapan konon dia yang lebih baik dari orang lain. InsyaAllah dengan baki umur yang ada kat dia tu, Allah akan tunjuk kepada dia, bahawa orang yang selalu dia hina dan tuduh tidak ada bukti ni akan berada ditahta, cuma menunggu masa yang sesuai Allah akan beri dia melihat.
BUAT DSAI, AYOH JANGAN ULAS DENGAN KENYATAAN MANUSIA YANG MUDAH LUPA INI, TERUSKAN AGENDA PERJUANGAN, ANGGAPLAH UCAPAN ORANG NYANYOK TU SEBAGAI CABARAN BAGI MEMBINA SELANGOR YANG LEBIH SEJAHTERA UNTUK RAKYAT. SAYA PERCAYA DSAI BUKAN SAPERTI MANUSIA YANG BERNAMA MAHATHIR TU. SEKIAN.
Reply
kublai khan Reply:
November 17th, 2009 at 5:04 pm
TUN mudah lupa!! bukan melayu mudah lupa!!.
TUN kata Anwar ikut telunjuk IMF dan World Bank???? Tun sedarkah bahawa Malaysia sewaktu ketika dahulu diawal kermerdekaan berpaut pada kewangan asing World Bank!! bukankah world bank telah menberi pinjaman kepada Malaysia untuk menbuka FELDA dan Felcra. kenapa TUN gigit tangan mereka yang beri Rakyat malaysia makan dan turut serta menbangukan Negara ini sebaik sahaja kita merdeka?? apakah tun lupa jasa mereka atau Tun sahaja buat buat lupa???
Tun lah seorang yang buta sejarah!! apakah setelah kita maju kita lupa jasa Warld Bank kita harus berterima kasih kepada sesama manusia walaupun rezeki itu dari allah. sebab manusia adalah perantara rezeki kita. Tun marahkan nyamuk tun bakar rumah!! kalau tun marahkan seseorang tun tidak harus kaitkan dengan orang lain. Tun dilihat tidak Pro dalam diplomatik taukah Tun bahawa cara tun itu menjejaskan nama baik World Bank dan IMF. tahukan tun bahawa badan badan ini telah ujud sebelum kita Merdeka. mereka makan garam dahulu sebelum kita makan garam. kalau tun dah terlebih makan garam itu tun tanggung sendiri.
Reply
Tuan, kalau boleh pimpinan PR cuba membawa masuk Saudara Norizan Shariff bloggers terkenal untuk bertanding atas tiket PR untuk PR Dun Kota Seputeh, beliau orang sana.
Reply
AKU NIE Reply:
November 16th, 2009 at 11:37 pm
tok sagor. Norizan ni ada parti tak? AKU NIE tgk dia selalu ada bila ulasan pilihanraya, cara penyampai agak bernas tidak menuju kepada mana-mana pihak dan rasanye Norizan ni neutral orang nya. walaupun begitu elok gak org yg tahu akan situasi politik ini menjadi calon. semoga impian menjadi kenyataan.
Reply
Joe-kedah Reply:
November 17th, 2009 at 12:27 am
setuju sangat kalau norizan sharif dicalunkan!
Reply
Askm dato seri
Hari ini Isnin kelmarin jamil tidak ke bukit bintang kerana jamil di jemput ke konvensyen keadilan wilayah persekutuan yang di adakan di De Palma Hotel berhampiran ampang point. jamil di jemput oleh sdr azman pegawai khas menteri besar selangor bahagian tun razak. Antara pimpinan yang hadir ialah ketua umum dato seri anwar ibrahim, presiden datuk seri dr wan azizah ,dato menteri besar tan sri dato khalid ibrahim , dato seri chua jui ming , sdr azmin ali, sdr mustafa kamil ayob , sdr onn bakar putrajaya , dll.
Selepas pendaftaran . sementara menunggu waktu solat dan jamuan makan. apabila jamuan di mualakn jamil hanya makan agar-gara dan buah-buahan .makanan lain semuanya berminyak. sorry.lepas kena kolestrol tinggi selepas puasa toh hari jamil dah serik. tengah makan sdr onn bakar ketua keadilan putrajaya minta tolong kepada jamil untuk mengambil ayahanda datuk seri dr wan azizah iaitu dato wan ismail sebab jamil tahu di mana rumahnya. dengan mengunakan Bmw sdr daud ahli keadilan purajaya dan pemandu nya jamil ke rumah dato wan untuk mengambil beliau dan mengiring beliau ke dewan makan tingkat 1 hotel de palma.
Selepas jamuan selesai semua hadirin mengambil tempat masing-masing ,seronok sebab jamil
dapat berjumpa kawan-kawan lama di era reformasi. banyak yg terkejut jumpa jamil sebab banyak yg kata jamil dah masuk umno sial. dapat juga tengok karenah-karenah mansuia yang kaki bodek. nampak dsai masuk berebut-rebut nak bersalam sampai tolak orang.jakun sangat.nak tunjuk muka dekat pemimpin. apa penting sangat ke salam dengan pemimpin .kita salam dgn pemimpin maknanya nak bodek. tapi kalau pemimpin datangs alam dgn kita maknanya pemimpin itu berjiwa rakyat.
Jadi macam sdr azmin ali , walaupun semenjak dsai bebas jamil tak berjumpa dengan beliau. jamil sendiri pun tak sedar beliau ada di belakang sebab ashik bersalam dgn kawan-kawan lama. sampai Yb azmin ali pegang bahu belakang dan berkata dalam bahasa biasa ( sampai aku pun ko tak kenal dah jamil ) Ini baru pemimpin. tegur orang bawah seperti jamil. buat Yb azmin bukan jamil tak kenal Yb .mohon maaf tak nampak atau sedar Yb ada di belakang jamil. terimakasih kerana menegur jamil. ingat lagi Yb dekat manusia kecill ini.
Jiran saya seorang makan roti
dia juga seorang bengali
dari mula kami sokong parti
tapi sampai sekarang tidak dapat kad ahli
budak- budak bermain guli
sudah besar main poli
dulu sibuk mencari ahli
tapi sekarang ahli tidak di peduli.
wanita india di panggil aci
duduk rehat makan kuaci
jamil tegur bukanlah benci
tapi kerana sayangkan parti.
Foto-foto boleh di lihat di blog jamil
jamilkucing
Reply
Salam DSAI, Pimpinan dan Pendokong PKR / PR.
Mohon semua supaya kuatkan kepercayaan dan kesepakatan sesama jemaah, hormati dan teguri pimpinan secara berhikmah dan kasih sayang, begitu juga pimpinan hendaklah dekati pendokong dengan rasa kasih sayang,rasai apa yang mereka alami dan sentiasa berada dalam hati dan jiwa mereka sepanjang masa supaya rasa hormat mereka sentiasa utuh sepanjang masa.
HIDUP PKRPR
zib09
Reply
The Pakatan Federal Government
LETTERS/SURAT
Tuesday, 17 November 2009 admin-s
By Hakim Joe
Things and events do not bode well for the Opposition. To win by a simple majority, Pakatan would need to win more than 65% of the votes, and that is being optimistic about it.
Will this become a reality after the next Federal Elections? Pakatan Rakyat will have the best opportunity to form the next Federal Government then. If they fail to do so, the next one after that (before 2018) will be just too far in the distant to contemplate and would also have permitted the Najib administration to entrench and strengthen themselves, that it would perhaps prove to be impossible to dislodge.
But then again I might be wrong. With the ultra lob sided policy of helping themselves, these people might just cross the invisible line of no return, or shoot themselves on their own feet frequent enough to become gangrenous.
To state that the majority of Malaysians are plain tired of the BN government would be a lie. No matter how we decry the fact that the people are being systematically discriminated upon, there exist a large segment of the population that survives on the handouts from Umno. These are the people that are fully indoctrinated by the Malay’s Special Rights and Social Contract and truly believe that the other half of the Malaysians exist only to serve their needs. These are the hardcore Umno supporters.
And then there is the segment that prospers on the handouts from Umno. Do these people believe in fairness and equality? The problem for them is not what they choose to believe in but how they can make a quick buck out from it. In fact, if they know for certain that being fair will earn them a few bucks, I am certain that they will go for it, that is until the next opportunity to make another buck turns up.
Additionally, there is the small segment that can be considered financially secured (plus or minus a few hundred of millions Ringgit) that is on an ego trip to amass the type of political power that will make them untouchable now and in the future. Ditto their hanger-on (aka cronies to a few and parasites to the majority). These groups of people can be trusted to give their undying support to the political party that had provided them with such a power base.
Lastly, there is this segment which needs to secure the authoritative positions bestowed upon them by BN to remain where they are. Status quo is what they need to continue doing what they have done so far. Some might just be starting off and require the present government to stay put while they do their thing and some might be on their last legs and require the same in order to protect what they have amassed. What good is a RM40 million mansion of epic proportions if it is seized by the authorities?
For these people, having the same political party in power as the federal government is not only the minimum requirement, it is mandatory for their survival. The threat of having to spend time in jail is not exactly the type of mental recreational pastime to sustain them on their retirement. These are the people that Pakatan will need to confront. To win them over would require a blanket amnesty or some sort of an arrangement that could conversely be proven detrimental in the long run. But then again, becoming the next Federal Government is of utmost priority. Bagan Pinang was probably a very good example of how BN might still be able to win the next federal elections. Add a touch of postal votes and the pendulum starts swinging in their direction. Just a pinch of gerrymandering and a half teaspoon of angpows will sway the pendulum even more. (No one ever said that it was supposed to be a fair fight.)
The feasibility of Pakatan assuming federal power will depend a lot on approximately 17% of the overall Malaysian population, or about 4.6 million people. If half of these people vote Pakatan in the next elections, the viability becomes evident. Should this happen, the probability of Pakatan Rakyat becoming the next federal government can almost be assured. Half of 57 parliamentary seats (including Labuan) should just about clinch it for Pakatan on a simple majority.
And what should the leaders of Pakatan do should they assume the position as the Federal Government? Will they go on a massive manhunt to investigate past wrongdoings to punish those who had illegally profited through their former positions of power, or will they hold this as a constant threat to make them conform? If everything holds true, it will be a bit of both. Some will be held ransom and some will be made examples of but three things are for certain. One, there will be a lot of people being politely asked to retire quietly. Two, there will be a mass migration overseas to countries without an extradition treaty with Malaysia and three, the local lawyers will become (not rich but) richer.
As and when a new party becomes the government, there will be a lot of shuffling and a lot of posturing. A government bureaucracy is after all a humungous network of power grabbers. For those who had missed out during the elections, this is the opportunity to stand up and be counted. Constant in-fighting will be the event of the day (initially) until everything stabilizes but who cares? The new Pakatan government would have the next five years to sort things out and it had better be sorted out by then if they want to continue governing the country.
But I am overtaking events by the assumption that Pakatan could really have a fair chance of winning. Even assuming that they had won it, there is still a minute chance that BN could secure sufficient PR frogs to alter the situation akin to the Perak Fiasco. With a healthy war chest and truckloads of past records in confidential files, anything could happen.
Let us get back to the two by-elections that were won by BN. One was in the BN stronghold where half of the abovementioned critical 17% lives whilst the other stronghold is south of Selangor. Both areas hostile to PR’s ambitions, but in the vital areas where the Opposition specifically needs to concentrate all their efforts on. Mere belief and reliance on the Northern and Central peninsula states to carry them through is wishful thinking and impossible to achieve with only 103 parliamentary seats on offer (Perlis, Kedah, Perak, KL, Putrajaya, Penang & Kelantan).
An indication of whether PR can go all the way this time will be the Sarawak state elections and BN will call for it very soon and not wait till the very end (May 2011), the reason being having the time to hand out more goodies should the results prove disastrous. And what are the results that could be judged a disaster for BN? The answer is the Opposition winning more seats this time around than in 2006, and the magical number is nine. Anything less than 9 could see a snap federal election as well.
That Pakatan’s challenge will be greater this time around is a forgone conclusion. One, it cuts out multiple challenges for a single seat from the Opposition parties. Two, campaigning can be conducted together and this will be more far reaching than any individual effort. Three, common resources can be shared and henceforth have a greater impact, especially when a concerted effort is channeled towards a mutual goal. But will it be enough?
Look at the numbers. The southern peninsula states (NS, Melaka & Johor) have a total of 40 parliamentary seats and the eastern peninsula states (Terengganu & Pahang) have 22 seats. These pro-establishment states command a total of 62 seats. Add that to the 57 across the South China Sea and the number become 119.
103 versus 119 is a recipe for a PR catastrophe. The postal votes would see to that. (There are approximately 120,000 personnel in the military and 92,000 personnel within PDRM.) The Home Ministry intends to increase the PDRM personnel to 150,000 by 2012. And then there are the government civil servicemen (and women) that are allowed to register as postal voters should they be on duty during the elections. Another thing one should know is that the spouses and family members of uniformed personnel living in the camps are also categorised as postal voters (if they are eligible to vote). BTW, the army is building a massive military camp in Pekan. (Anyone wanna bet it’ll be ready and fully staffed before the next elections?)
Things and events do not bode well for the Opposition. To win by a simple majority, Pakatan would need to win more than 65% of the votes, and that is being optimistic about it. Hate being the rabble-rouser here (remembering the “Diehard Hardcore PR Supporters’ Oath”) but unless the PR hierarchy does something substantial now and especially with the abovementioned 17% of the population, Pakatan lawmakers will remain seated on the “other” side of Parliament.
2018 is just too distant in the future.
Note: The “Diehard Hardcore PR Supporters’ Oath” can be accessed at:
http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=25695:diehard-hardcore-pr-supportersa-oath&catid=71:archives-2009&Itemid=100106
ZIK:DS, May I say, PR are now playing a badminton match..we’re now in a rubber set game!!We won the first round and seems BN are winning in the second round..it’s up to PR Federal to win in the rubber set round to ofset what have PR leaders at the state level lost in the 2nd round!!
I know you understand what I’m saying
Reply