14
Nov
09

Oh Tuhan! Tunjuki Aku Untuk Terus Menegakkan Keadilan

Saya dan Azizah ke Bangsar menziarah sahabat Father OC Lim yang sedang pulih kesihatannya setelah pembedahan jantung. Beliau merupakan paderi yang tegas memperjuangkan hak asasi dan keadilan. Malah semasa saya merengkok di penjara, beliau sering mendoakan kesejahteraan saya dan moga segera dibebaskan dari cengkaman kezaliman.

Ada secebis kisah menyayat hati tatkala beliau masuk ke kamar bedah IJN. Adik perempuannya menanyakan samada tanda salib boleh diletakkan di samping adiknya. Doktor Muslim tersebut membenarkan dengan syarat dimasukkan dalam sampul plastik yg disediakan. Namun sebelum dimasukkan bius (anestatik), doktor membisikkan ke telinga Father OC Lim, “biasanya bagi pesakit Muslim, saya bacakan Al Quran; dan saudara seorang Nasrani, sila beritahu bahagian mana dari kitab Injil yang harus saya bacakan?”

Father OC menjawab sayu,”dari Psalm 23.”

Maka segera dibacakan doktor peringatan Tuhan agar tidak gentar dan meyakini kudrat Tuhan. Pesakit khusyuk dan tenang sehinggalah sedarkan diri 4 hari kemudiannya.

Kami mendoakan semoga beliau segera sembuh, berjuang sambil mencatat pengalamannya.

ANWAR IBRAHIM


24 Responses to “Oh Tuhan! Tunjuki Aku Untuk Terus Menegakkan Keadilan”


  1. 1 Saam Nov 14th, 2009 at 7:18 am

    Fr O.C Lim is a great defender of democracy. He spoke alot about the injustice you went through. He spoke for the oppressed, the poor,the helpless and victimized.
    He spoke against abuse of the government, corruption in high places, the devaluation of the judiciary etc.
    He is a man of God and you recognized him. That makes you a great man too, Anwar.

    Reply

  2. 2 zik Nov 14th, 2009 at 9:12 am

    DS,

    Inilah posting seumpamanya yg selalu saya cadangkan DS ungkapkan dekat di hati rakyat!!!
    Persahabatn tanpa mengira Ugama!!

    Reply

    zul Reply:

    untuk sdr zik,.
    takada apa yang nak dibanggakan dsai hanya melihat dan mendengar kemudian menyampaikan bukan dia yang buat.

    Pandangan saya, tidak salah untuk kita membaca apa jua kitab cuma sepatutnya tanggungjawab membacakan ayat dari kitab diserahkan kepada adik nya. Oleh kerana telah pun dibacakan saya berharap agar perkara tersebut tidak menggangu akidah beliau.. insyallah

    Reply

  3. 3 xlanxdiablox Nov 14th, 2009 at 9:33 am

    now dat’s what i call an educated person.

    Reply

  4. 4 Dr. Arshad Arif Din Nov 14th, 2009 at 9:40 am

    Dato Seri Anwar,

    Ini lah sifat toleransi dan pemahaman antara kaum dan agama yang kita mahu lihat di Malaysia.

    Mengapa kita Melayu Muslim begitu sensitif dan berpecah belah dengan sahabat sahabat kita yang lain bangsa kerana agama?

    Adakah kita begitu lemah?

    Kenapa warga Melayu begitu terkongkong fikiran mengenai agama?

    Semoga cerita Dato Seri ni mendorong kita semua berfikir dan merenung seketika…

    Terima kasih.

    Reply

  5. 5 afifisa Nov 14th, 2009 at 9:57 am

    doktor muslim bacakan bible utk pesakit dia ke?

    Reply

  6. 6 wan Nov 14th, 2009 at 5:02 pm

    Hebatnya doktor Muslim tersebut. Semoga Fr O.C Lim menerima hidayah dari Allah.

    Reply

  7. 7 papa rock Nov 14th, 2009 at 11:11 pm

    DSAI,

    I respect and salute you for caring and respect for all people regardless of their race and religion. This is the kind of leader we are looking for, unlike the hipocrite IMalaysia.

    May God Bless you DS

    Reply

  8. 8 eddyKL Nov 14th, 2009 at 11:53 pm

    Doktor baca bible tu untuk pesakit dia yang beragama kristian tu…salah ke? sekurang2 dia mampu lakukan perkara yang nampak hebat di mata orang yg bukan beragama islam…tolong jgn sempitkan fikiran islam kamu tu afifisa..mcm org2 umno yang pijak kepala lembu tu.

    Reply

    afifisa Reply:

    utk eddyKL,

    awak jawab la salah ke tak
    biler awak jawab, sila kemukakan hujah awak
    saya nak baca

    saya mcm keliru ngan ayat awk
    “sekurang2 dia mampu lakukan perkara yang nampak hebat di mata orang yg bukan beragama islam”?
    baca bible hebat?
    ini bukan soal racist
    ini soal akidah
    jgn la kerana nak popular, sanggup buat apa2 sehingga membelakangkan agama atau merendahkan agama islam

    suka2 je kata saya fikiran sempit
    bila tak sehaluan ngan awk, awak kata fikiran saya sempit?
    hrrmmm…. islam sendiri kata berselisih pendapat itu atu rahmat

    ‘berkata benar biarpun pahit’

    Reply

  9. 9 Dr. Arshad Arif Din Nov 15th, 2009 at 10:07 am

    Kepada pengulas yang bernama EddyKL di atas:

    Ini bukan pasal nak bagi orang Islam ‘nampak hebat’ pada mata bukan Muslim. Itu bukan tujuan atau niatnya langsung.

    Ini isu kemanusiaan dan sifat boleh menerima kepercayaan orang lain di samping Islam. Ini bukan peraduan menunjukkan agama mana yang lagi hebat. Jadi jangan salah fahamkan cerita yg disampaikan oleh Dato Seri Anwar.

    Reply

    desperado Reply:

    good point Dr…

    Reply

    Shatter Reply:

    Askm sume. Kongsi pengalaman. Kami di Sabah hari ini hidup harmoni walaupun berbeza agama dan budaya bukan kerana tdk memahami agama Islam. Bayangkanlah dalam satu keluarga ada yg beragama kristian dan ada yg muslim. Kebanyakan yg muslim itu mualaf. Yg indahnya kerana wujud budaya saling toleransi. Wujudnya sentimen keagamaan yg melampau kerana tindakan orang-orang politik pd masa lalu khususnya BN yang sering meniupkan isu agama dan bangsa. Bila dakwah disampaikan secara harmoni dan penuh hikmah maka orang akan menerimanya dengan mudah. Sebelum saya memeluk Islam, misalnya, saya membaca bible yang sebahagian kandungannya sebenarnya ada dalamAl-Quran. Saya juga cuba mengenali Hindu dan Buddha. Alhamdulillah akhirnya saya memilih Islam. Keluarga yang kebanyakannya beragama Kristian menerimanya dengan baik. Saya juga membaca bible dan membaca al-Quran. Dan menunjukkan kpd mereka persamaan kandungan bible dan Al-quran tentang kehidupan di akhirat kelak. Serta perbezaan kedua-dua kitab itu. Hari ini semua ahli keluarga memahami. Apa perkara yg dilarang dalam Islam dan apa yg tdk. Mereka menerima dan memahami. Kami pula cuba memahami mereka. Justeru hubungan dgn ibu bapa dan sanak saudara tdk pernah putus. Bahkan makin ramai yg mengikut jejak kami. Sekadar berkongsi.

    Reply

  10. 10 AKU NIE Nov 15th, 2009 at 9:02 pm

    Kadang-kadang bila AKU NIE duduk tanpa membuat sesuatu di dalam bilik hotel (int) AKU NIE tgk dan lihat juga bible yg mereka bekalkan didlm drawer. Sesekali bg AKU NIE perlu untuk kita tahu apakah yg dicatat didlm nya. Bukan dgn niat untuk membandingkn ALQURAN kerana ALQURAN kitab suci drNYA yg AKU NIE junjung, tetapi sekadar ingin membaca. Mempunyai pengetahuan atas kitab2 lain tidak menjadi kan kita keluar dari agama suci ISLAM ini.

    Doktor yg mulia tanpa mengira kaum dan agama adalah Dr. sejati yg tahu akan skop kerjanya. buangkan sifat memntingkn diri sendiri.

    Dulu teringat AKU NIE bagaimana sebahagian Muslim yg terlalu fanatik tanpa merujuk sejarah tidak membenarkan muslim memasuki gereja, jika begitu bagaimana pula kerajaan Othoman merubah gereja menjadi menjadi masjid? Emm inilah yg sebenrnya tuntutan agama kita untuk buang segala yg telah menjadi daki dan kotoran dalam agama yg telah kita budayakan.

    Syabas DR krn meberikan satu minda terbuka kepada pesakit anda. Wallahualam.

    Reply

  11. 11 sabahbah Nov 16th, 2009 at 8:35 pm

    sememangnya ini lah yang kita kehendaki. sifat toleransi antara kaum dan agama. tidak taksub kepada satu-satu ajaran yang dianuti. semoga Paderi itu sihat dan Dokter itu mendapat kelimpahan sepanjang hidupnya.

    Reply

  12. 12 UPSI's Student Nov 17th, 2009 at 7:40 am

    tidak perlu kita bangga dgn “lagu tema” atau pun bermacam2 ungkapan retorik untuk menipu diri sendiri dengan topeng perpaduan. perpaduan sebenar itu takkan wujud selagi masih ada yang mempromosikannya. ibarat barang2 di pasar raya..begitu hebat dipromosikan,sebab ianya tak laku. cukuplah sekadar kita sedar dari hati yang ikhlas dan kita amalkan ia. DSAI, terus tiupkan api perpaduan,tapi ingat, jangan sampai ianya hanya jadi satu lagi retorik. kami generasi muda ada di belakang DSAI selagi DS bersama dengan rakyat.

    Reply

  13. 13 nilam Nov 19th, 2009 at 10:16 am

    Assalamualaikum dan salam sejahtera….

    Memang DSAI tak buat (bacakan potongan bible tu) tapi dia yang sampaikan. Kalau dia tak sampaikan, ada ke menteri sekarang ni nak tolong sampaikan?

    menyampaikan tu kan dituntut dalam Islam. Tak gitu ker?

    Reply

  14. 14 Qutuz's Legacy Nov 22nd, 2009 at 12:53 am

    Assalamualaikum Dato’ Seri. Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.Ada ulasan saya berlegar dari peristiwa yang Dato’ ceritakan ini. Harapnya, Dato’ sudi membaca dan memikirkannya.

    Reply

  15. 15 bunian Nov 23rd, 2009 at 12:10 pm

    salam
    saya suka bila ada perbezaan pendapat tentang hal yang disampaikan DSAI…secara kesimpulan nya

    dari persepsi saya…macam mana kita nak ukur keimanan seseorang itu..padahal yang pasti keimanan diri sendiri belum pun teruji..dan sesiapa yang pernah masuk penjara dia tentu lebih tahu dan faham sebab “rasa” penjara itu dia saja yang tahu…begitu juga la dengan hal kitab bible yang dr. itu baca kepada pesakitnya..kalu kail panjang sejengkal..jangan la pula kau salahkan ikan besar yang tak makan umpan..atau kau salah kan laut yang membantu..

    kepada yang merendahkan perspektif islam secara konservatif dan dangkal..tolong lihat dimana yang perlu anda pelajari dengan lebih syumul dan menyeluruh..hal baca bible belum boleh mengugat iman yop…kau lupa sejarah oleh Pemidato Ahmad Deddat..bukan sekadar baca ..malahan boleh menghafal bible tu..yop..apa cerita?..kau nak persoalan keimanan Ustaz tu ka..atau kau nak ajar dia tentang sejarah bible ke? atatau kau nak suruh dia faham sejarah Al-Quran tu ka? atau kau sendiri yang tak kenal Pemidato Ahmad Deddat tu?..

    ayuhhhhhhhhhh DSAI teruskan pejuangan!!!!

    Reply

  16. 16 utuhkaryajaya Nov 24th, 2009 at 7:22 pm

    kesian dia ingat dah ada Dr boleh keluarkan hujah mengenai isklam tanpa panduan alquran dan assunah.Toleransi lagi…mtafsiran masing-masing.Semua tafsiran masing-masing jangan sandar kepada islam.Kerana tidak ada hujah islam pun.Jangan ingat dah ada Dr kita boleh suka-suka cakap pasal hukum islam.Belajar…..
    hujah pun tidak ada faktah hanya cerita sang kancil boleh bercakap

    Reply

  17. 17 utuhkaryajaya Nov 27th, 2009 at 11:55 am

    Memang janggal dan tidak islam langsung bila membaca ulasan Saudara Saam,Zik,Dr Arshad Arif Din,afifisa,Wan,Aku Nie,Nilam, dan lainnya yang beragama islam.Saya tidak menyebut nama yang lain kerana saya melihat pada nama yang mungkin tidak beragama islam.Jadi tidak manis kalau saya tegur pandangan mereka .

    Saya memohon maaf kalau ada di antara nama yang saya sebut ini bersalahan dengan terkaan saya.Mungkin saya keliru dengan nama hingga menyangkahnya islam.

    Saya mengikuti pandangan saudara sekalian,dah secara umunnya pandangan saudara bersalahan.Ada kalanya pandangan itu terlalu jauh dari islam itu sendiri.Sempit dan memperlihatkan kejanggalan ilmu sendiri.

    Untuk saudara bunia mengenai Ahmad Deddat yang boleh hurai kitab injil saudara kena lihat dulu individu yang melihat kita bible tu.Iman dan ilmunya setaraf kita ke….Kalau setaraf kita tidaklah bolah jadi terpengaruh.Lagi pun Ahmad Deddat adakah beri tahu dia hafal Bible?.Kenapa tidak baca buku ulama masyur lainya yang tolernsi tapi tidak pun baca bible untuk berhujah dengan orang bukan islam.Secara logiklah, Al-quran tidak cukup lengkapkah sampai kena guna bible baru dapat hujah dengan mereka.Naik bengang pula orang kat Malaysia,kenapa lari keyakinan kita dengan islam.Cangkul-cangkul kenapa nak menyangkul……….

    Untuk pengetahuan saudara Bunia ulama-ulama yang bertaraf wali dan ulama-ulama ini lebih masyur dan lebih hebat berdebat dengan orang bukan islam tapi tidak guna bible pun.Jangan kerana satu berita yang bercanggah dengan hadis nabi semua nak di hukum mesti begitu.Ilmu kita setakat mana adanya.Mana fakta hujah saudara…..

    Ulama-ulama saat yang ada hari ini pun setakat ada ilmu atau maklumat saja tapi maklumat sehebat manapun tidak mampun mengangkat islam itu mencapai taraf wali kerana sering melanggar dan meremehkan larangan islam..Kerana bab fekah,tauhid,usuluddin,dan lain-lain ilmu islam dewasa ini sekadar ilmu.Orang bukan islam pun boleh belajar.Wali bukan boleh dapat kepada orang lain,setakat DR,Phd,ulama biasa jangan mimpi tidak dapat kecuali ada dua sifat tawaduk dan takwa kepada Allah swt.Untuk pengetahuan semua Tawaduk dan takwa ikut tafsiran al-Quran dan assunnah,bukan ikut pendpat Prof atau Dr.Termasuk bukan tafsiran ulama apa lagi Dr,Phd dan apa saja degree yang ada di dunia ini

    Semua pendapat peribadi saja sebenarnya tidak ada fakta dan nash yang menyokong pun.Semua guna logik akal.Kena ingat saudara, islam bukan main logik akal saja.Islam tidak di paten sebagai islam dengan logik akal penganutnya.Suka atau tidak islam ikut ukuran Al-quran dan assunnah.Kalau islam ikut pendapat saudara semua itu rasanya itu agama rekaan saudara.

    Kalau saudara hendak berhujah bawakan nas agama al-quran dan hadis menghurai kewajarannya.Bukan main akal-akal saja.Akal boleh bawa sampai mana?.Dunia pun tidak lepas inikah akhirat.Yang boleh lepas di dunia dan akhirat hanya al-quran dan assunnah.Ilmu dunia sehebat mana,sampai mana pun saudara belajar dari ada sampai kiamat hujungnya di pintu kubur.Islam sampai ke akhirat.Kejahilan paling nyata bila bercakap pasal agama tapi hujah akal di guna.

    Kalau guna hujah akal saja,perompak pun boleh dapat pingat Dato.Kalau tidak ada perompak mana nak ada system pengerang yang canggih macam sekarang.Belum fikir masa depan lagi.Kerana ilmu akal tidak boleh mengejar perkembangan ilmu di dunia.

    Tapi saya cukup hairan kalau dengan letak degree seolah-olah ada kemampuan menghujahkan hukum islam tanpa nas.Dr,Phd dsbagainya Apa saja saudara denganya itu cuma kemahiran untuk cari makan, tidak lebih.Hari ini kita kuasai sejenis ilmu lima sepuluh tahun datang ilmu itu berubah.Dunia itu-itu saja.Tidak terfikirkah ilmu apapun yang mampu kita fikirkan masa depan sebenarnya sudah ada di sekitar kita,tinggal kita yang belum menemuinya.

    Untuk pengetahuan semua ilmu di temui adalah kerana keinginan.Keinginan membawa manusia melakukan percubaan demi percubaan sebelum dapat mengadaptasikan ilmu di sekitar kita untuk kegunaan manusia,itu saja.Itu pun kerana kekurangan manusia maka untuk mencapai hajat keinginan manusia mengunakan perantara benda di dunia ini.Ilmu itu sendiri tidak akan pernah dapat menciptakan kejadian.Sekadar meniru kejadian yang ada di dunia ini.Cuba tanya mana Phd yang boleh menolak bahawa segala ilmu di dunia dengan nama-namanya sendiri,yang mana boleh mendakwa dirinya tidak bersangkutan dengan kejadian didunia.

    Kesimpulannya di sini untuk manusia mencapai ilmu-ilmu yang ada hari ini dan yang akan datang,manusia memerlukan expremen demi expremen untuk memahami kejadian.Manusia dan ilmu itu sendiri tidak akan dapat menciptakan kejadian.Itu muktamad.Kalau tidak cuba ,bawakan hujan saudara.

    Sedangkan Allah adalah pemilik kejadian.Kejadian adalah hamba Allah swt.Itu islam.Jangan ingat dah dapat Phd dsbgnya dah yakin boleh mengeluarkan hujah tanpa nas agama.Kalau mengenai agama lain silakan gunakan akal saja.Jangan libatkan islam dengan hujah akal saudara yang sempit.Itulah sebenarnya kesempitan fikiran

    Kesempitan fikiran apabila kita tidak dapat berfikir secara islam.Orang yang berfikir berdasarkan islam sebenarnya jauh kedepan kerana jauh memikirkan hidupnya di akhirat.Bukan kita fikir ikut akal kita yang di katakan ada Dr tu.Dunia milik tuhan ,jadi berfikir tidak menggunakan turasan petunjuk wahyu dan hadis adalah sempit kerana ianya tidak akan membawa kita kemana-mana melainkan kesengsaraan di dunia tanpa had masa di akhirat.Dr,Phd tu apa sangat berbanding dengan ilmu syaitan.Jauh manusia ketinggalan dari segi kemajuan ilmu dunia dengan syaitan..Ingat ini ,syaitan tidak berhajat kepada sains dan teknologi kerana mereka menguasai apa yang manusia bangga sampai lupa tuhan iaini sains dan teknologi itu.Syaitan dari api manusia dari tanah jauh bezanya dan kemampuanya.Tetapi manusia hebat dengan Imannya.Manusia tidak hebat dengan ilmu setinggi manapun kerana hujungnya hanya di gunakan di dunia saja.Untuk kehidupan

    Bagaimana dengan binatang ,juga ada kemahiran seperti jurutera,Dr dan sebagainya.Kemahiran binatang untuk hidup yang di anuggerahkan Allah swt secara tetap tidak ada boleh di tiru oleh manusia.Sekalipun teknologi manusia sering cuba menyamainya.Anjing,ikan lumba-lumba,tikus dan banyak lagi semua ada kemahiran yang tidak di tandingi oleh manusia.Kenapa tidak bagi PHD.Hakikatnya manusia terus berusaha meniru kemahiran binatang dan alam sekeliling sama ada sedar atau tidak mahupun suka atau tidak.Kemudian mereka panggil sains dan lali dengannya.Tapi tanpa dunia sains di mana??????.Hukum pemalar itu sendir sains megahkan tetapi islam sedar itulah hukum kepatuhan alam yang Alalh swt tetapkan kepada segala isis dunia ini.

    Penyu misalnya dengan system GPRSnya jauh wujud sebelum manusia kenal apa itu setelait.Anjing dengan hidunya,memerang dengan kejururuteraan empangannya menjadi ikutan manusia yang keluar universiti.
    Kalau kita tidak kenal tuhan dan tidak mahu berhujah berdasarkan nas agama apa bezanya kita dengan haiwan ini.Mungkin bezanya haiwan tidak di pertanggungjawapkan ilmunya di akhirat kerana ilmu dan kemahiran mereka tetap, tanpa boleh memilih.Manusia harus bertanggungjawap kerana mereka ada akal boleh memilih jenis kemahiran dan ada panduan alquran dan assunnah untuk melawa hujah syaitan.

    Saya mintalah saudara jangan berani mengeluarkan pendapat yang tidak ada nasnya.Islam bukan boleh sandar pada Dr,Phd,jurutera,PM,Menteri atau apa saja.Islam harus di sandarkan kepada nash islam iaini Al-quran dan assunnah.Kalau tidak tahu jangan becakap.Bercakap tanpa ilmu itu sendiri sejelas-jelas kejahilan dan kecetakan dan kesempitan berfikir.
    Nak berfikiran terbuka,Berfikiran terbuka tu,saudara tahu dan mengertikah…berfikiran terbukkah atau berfikiran celaru.Tengok hujah saudara-saudara tidak ada nampak terbuka pun bercelaru adalah.Caap tapi tidak faham apa yang di cakap.

    Saudara dah jumpakah nash al-quran dan assunnah yang membolehkan kita belajar bible atau baca bible.Saudara semua barangkali tinggi sekolah cuba guna modal yang ada untuk mendalami islam.Jangan ingat degree dah dapat islam otomatik dapat.Jangan jahil dan kolot sangat

    Nak toleransi?.Toleransi cara yang di benarkan oleh nas islam.Bukan di benarkan oleh pendapat orang islam.Pendapat orang islam tidak akan islam kalau ianya bercangah dengan al-quran dan assunha.sekalipun dia 20 kali naik haji atau katham al-quran seminggu sekali.Nak apapun dalam islam ada nashnya.Jangan kerana sesetangah perkara berjaya tanpa berpandukan nas kita rasa pendapat kita betullah islam.Selagi dia tidak ada nash selagi itu ianya tidak islam.

    Saudara faham apa itu dunia…..Ini dunialah.Mungkin kita berjaya sukses,dengan pahaman kita tetapi kalau ianya tidak di ukur dengan nash islam dan tidak di sokong nash islam, kejayaan dan kesuksesan itu cuma di fikiran kita di sisi islam tidak ada nilainya.Nilainya hanya di dunia ajelah.Paling senang nak faham lihat sekelilinglah.berapa banyak orang lawan islam tetapi kaya-raya sukses.Tidak ikut islam sukses,kerana ini dunia.gelangang percubaan.Yang di guna pakai kelak yang ikut islam

    Nak hurai mengenai sains kecil dalam islam,mungkin ianya memakan masa.Mudah-mudahan saja saya ada kesempatan menulis mengenainya suatu waktu nanti.Tapi saya beri sedikit bayanganlah setakat ini manusia mempunya pelbagai jenis tenaga.Punca-punca tenaga ini ternyata memiliki jisim tetapi dalam Alquran sudah di ceritakan mengenai tenaga tanpa jisim.Dan dewasa ini manusia dan para ilmua di Amerika berusaha merelisasikanya untuk digunaan dalam kenderaan menghantar manusia ke planet Marikh bila bumi hancur,kerana mengikut hukum fizik dunia ini suka atau tidak akan hancur.Hukum fizik ini pun dah lama di terangkan dalam islam.Bagaiman perkara paling laju yang dapat mengalakkan kelajuan,cahaya,bunyi atau processor .Kalau rasa hebat dengan Dr tidak perlu nash islam,fikirkanlah ada degreekan..Cari dalam Al-quran dah lama di nyatakan .

    Untuk pengetahuan saudara ,wali-wali Allah swt juga tidak jumud dengan teknologi kerana mereka menikmati pelbagai teknologi di zaman mereka yang sesetangahnya baru di nikmati di dunia hari ini.Nak tahu wali-wali inilah yang banyak mengarang buku-buku islam yang menjadi rujukan ratusan ribu tahuan sehingga kehari ini.Dewasa itu tak ada Dr atau Universiti pun sekolah pondok saja.Orang sekarang ada orang boleh karang buku macam imam Ghazali dewasa ini.

    Sekarang ni nak dapat Dr pun cuplik-cupli tulisan ulama dahulu seperti ibnu sina dsbgainya.Tidak ada ilmu tulin dari pemerhatian asli mereka.Asik siapkan tises dengan mencuplik buku orang lain untuk dapat Phdlah,Dr,dan lain-lainlah.

    Ulama pula dewasa ini asik cuplik buku ulama-ulama wali(tabi-tabien)ratusan tahun dahulu untuk di buat buku untuk di jual.Tabi-tabien tulis puluhan buku beratus jilid jadi panduan manusia hingga kehari ini ,tapi mereka bila keluarkan pendapat mesti ikut panduan al-quran dan assunah.Mereka tidak berhujah kerana gelaran mereka sebagai Imam besarkah atau apa pun tetapi mengunakan nash agama.

    Kita yang baru doctor atau sebagainya yang dapat degree tu dengan mencuplik tulisan orang yang dah ada Dr nak berhujan mengenai islam guna akal sandarkan pada degree.Siapa kita banding Iman Ghazali,Syed Abdul Kader Jailani dan lainnya.Siapa kita.Itukan menunjukkan kejahilan dan kesemptan pemiiran kita.

    Paling senang jangan bagi hujah kalau tidak tahu.Kalau nak juga hujah ikut agama ciptaan masing-masing teruskanlah ,jangan sebut islam.

    Cakap pasal sabah saya pun dari sabah,tapi persefahaman yang ada dewasan ini kerana kita tidak menyentuh hal agama orang sepertimana orang tidak menganggu agama kita.Tapi ada juga kejadian yang tidak dingini berlaku cuma berita tidak tersebar.Dalam keluarga saya ada bukan islam .Pernah terjadi masalah perebutan anak bila bercerai sampai mengganggu agama orang lain.Caci-maki agama islam,tapi tika itu islam kita islam taugeh kita diam sajalah.Tapi kita islam selalu mengalah kerana agama kita ajar agar tidak hina agama orang.sekalipun adik saya pernah di hina kerana agama.Begitu juga di sekolah.Cuma islam sekarang selalu di kecutkan oleh kebendaan dan faham-faham orentalis sehingga bila di hina mereka diam saja.Desprado tidak boleh mengukur setuasi sabah dengan dalaman keluarganya saja.Keluar dari kepompomg dan lihat reaiti sebenar di sekeliling saudara yang lebih jauh.Ingatlagi bila nagis ternakan hi lempar kedalam masjid negeri ???.Yang di salahkan kerajaan ialah orang islam.Yng di hentam media orang islamkan.Tidak korek siapa puncanya orang islam mengamuk.sampai ada orang bukan islam di bogelkan di khalayak ramai.Ingat tak..Jangan buta saudara.

    Memang mereka menerima islam,islam yang kita celup dengan warna islam,tetapi hidup kita jauh dari islam sebenarnya.Ini ramai di sabah ni.Ada masuk islam kerana jawatan senang dapat jadi bos.Ada satu tempat tu,bapa haji(kuburnya nama haji lagi)anak tidak ada satupun kenal islam itu apa.Musuhi pelajar islam di sekolah pula.Kerana cara hidup(pakaian,pergaulan,pemikiran)orang islam rata-ratanya tidak islamik lagi.Ini paya dan kronik di sabah.Di sekitar Kota kinabalu berapa banyak orang islam tinggal serumah lagak suami isteri.Tinggal makan ubat perancang .Nanti nak khawin baru berhenti makan ubat.Bagaimana yang hidup seperti suami isteri tetapi lain-lain agama.Itukah toleransi,keharmonian tafsiran desperado…..Itu kedunguan namanya.Kita saya yang toleransi tapi itu laan tuhan namanya.Faham ke tak faham…

    Sebagai satu contohlah,ini terjadi dalam kampung sayalah.seorang ustaz,kerja majlis agama untuk bagi kuliah di kampung terpencil,tapi bila balik kebandar selalu pula jumpa di tangga sekitar kampung air.Kebetulan pasar malam kain adalah laluan saya balik dan pergi kerja.Itulah islam celup.Dalam ilmunya dia banyak maklumat islam tapi tidak ada islam dalam jiwanya.Islam kerana nak makan gaji dengan kerajaan
    Begitu juga sekolah agama dengan niat nak dapat jawatan penting ,gaji lumayan.Hafalan.ilmu islam bukan main macam kacang, tapi jiwa tidak ada islam.Kalau baca Al-quran dan assunnah saja bererti kita dah boleh hujah tanpa sandaran alquran dan assunah kerana dah baca, orang bukan islampun ada yang boleh.Adakah mereka islam .Tidak selagi setiap gerak-gerainya sepanjang hidupnya di sandarkan kepada Al-quran dan asssunna

    Saya minta janganlah berani berhujan mengenai islam kalau tidak berdasarkan panduan nash islam itu sendiri terlebih dahulu.Islam itu bukan milik sesiapa.Rasulullah saw pun tidak berhujah melainkan di dasarkan kepada wahyu Allah swt.Ini kita pandai-pandai hujah sandar pada Dr pula tu…Kesian….Hebat sangatkah Dr tu saudara sampai nak ketepikan Al-quran dan asunnah.sebaik saja masuk kubur tidak ada nilai DR saudara.

    Utuh karya jaya
    Kota Kinabalu.

    Reply

    afifisa Reply:

    panjangnya awak taip
    saya maafkan awak
    saya sekadar bertanya

    jika doktor itu boleh menjaga akidahnya, rasanya tidak apa
    (betulkan jika salah)
    ustaz sekolah saya pernak cakap, jika rasa diri tidak kuat, pergi depan gereja pun jangan
    ini bukan soal racist atau tidak bertoleransi
    tp ini soal akidah

    lagi satu, apa perlunya dia bacakan bible
    adakah bible itu lebih baik drpd al-quran?
    x nmpk la rasionalnya
    x pernah juga dgr ulama2 baca bible utk org yg sakit
    jika ada, sila kemukakan
    hrmmm….

    lagi skali, saya tnya je

    Reply

  18. 18 bunian Dec 1st, 2009 at 11:56 am

    salam

    tahniah dan terima kasih kepada uth karya jaya.

    pendapat anda sungguh bernas walaupun tanpa nas-nas yang boleh menunjukkan tahap apa yang anda cuma maksudkan dalam tulisan saudara.

    saya amat tertarik dengan contoh contoh yang saudara gunakan dan tokoh tokoh wali yang anda sebut dalam tulisan diatas..dan sesekali terasa macam bercelaru walupun cuba untuk membuktikan atau meyakinkan apa yang saudara maksudkan.

    “jangan Sesekali bercakap tanpa nas’???hah boleh sauadara jelaskan?
    makna berbahasan dari kumpulan “dunia” menggunakan senjata akhirat?
    apa kaedah yang digunakan?adakah islam berpantang dalam setiap isu…jadi dimana kata islam itu mudah,?

    Islam menghormati,setiap apa yang baik..walaupun dari agama lain asalkan kadar keimanan tidak pernah terganggu.dan bukan berhujah menunjukkan sesuatu yang kita sendiri tidak pernah sampai ke tahap yang dimaksudkan…

    apakah sesorang yang tidak pernah punya ilmu agama yang kuat tidak boleh langsung bercakap tentang hal yang bersangkutan agama…kerana risau dilabel kan “jangan bercakap kalau tidak faham”..adakah salah untuk dia mengenali dan mempraktikan yang yang duia faham dari perspektifnya.atau adakah boleh saudara boleh jelaskan “jangan solat selagi tidak mampu baca alfatihah dengan baik”kerana bacaan alfATIHAN yang baik ini adalah amalan para wali…bagaimnaa Syekh kadir Jailani mengatakan “Tuhan Dalam Jubahku” untuk orang baru mengenali islam faham.dan kalau suadara tafsirkan kenyataan tersebut mengikut amarah suadara mengkin mengatakan kita mempertikaikan apa yang dikeluarkan oleh wali.itu salah.

    bagaimana Jalaluddin Rumi mengatakan “aku sedang menari sedangkan pada waktu tersebut beliau sedang bertafakur”..boleh sauadara jelaskan mengikut kaedah saudara pada orang yang baru mengenali dan berminat mendalami agama Islam kerana buku buku dari wali ini untuk dibaca umum..sesiapa pun berhak beli dan baca.kaedah faham pula bagaimana? ada kah kaedah faham atau jalan faham itu mutlak begitu saja.

    isu yang dibawa bukan ditekan kan PHD atau Dr..akan tetapi bangsa lain dari agama lain berjaya dari sudut sains bagaimana pula dengan bangsa Islam..kerana alasan semua dah ada dalam Al Quran,terawal dan terdahulu..itu saja alasan orang islam..akan tetapi penerokaan ilmu tidak berlaku..dari perenggan ayat suadara tentang jisim atau tenaga…persolan sekarang sejauh mana penglibatan orang islam dalam kajian tersebut?..kalau zaman wali dulu mungkin ada..kita sekarang lebih bersifat menggunakan saja bukan mencipta dari panduan nas-nas al quran.tidak ada langsung daya untuk menkaji.Islam pun suruh suruh belajar..dan bila belajar ini merangkumi mengkaji,experiment dan bermacam macam lagi cara.bila mana jumpaan terbaru ditemui barat kita seringkata oooo dalam Islam sudah ada..tak percaya rujuk Al-Quran..akan tetapi siapa yang berusaha menemukan untuk panduan dan kelangsungan ilmu pada generasi akan datang..generasi akan datang akan terhidang dengan segala macam temuan baru dan biarlah mereka bersyukur dengan orang islam yang menemukan..mungkin Ibn Sina,Ibn Rush,Al khwarismi akan sedih kerana temuan mereka tidak pernah dikembangkan oleh oleh islam sendiri waupun mereka sudah menyediakan asas kajian “materi” atau dalam bahasa suadara “dunia”..

    setiap segala perlukan nas dan keyakinan juga praktikal..untuk menemukan apa itu indahnya dan kehebatan Islam.
    bersambung dikemudian hari…

    salam dan selamat.
    jumpa lagi.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Oh Tuhan! Tunjuki Aku Untuk Terus Menegakkan Keadilan at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 14th, 2009 at 5:21 am

Leave a Reply