14
Nov
09

Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan

KONVENSYEN PKR WILAYAH PERSEKUTUAN

ISNIN, 16 NOVEMBER 2009

De Palma Hotel,Ampang

“MENGGILAP HARAPAN RAKYAT”

ATURCARA PROGRAM

6.00 P.M : Pendaftaran

7.00 P.M : Solat Maghrib Berjemaah

7.30 P.M : Makan Malam

8.30 P.M : Ucapan Aluan YB Azmin Ali (Pengerusi MPN Wilayah)

8.40 P.M : Ucapan Y.A.B Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim

8.55 P.M : Ucapan YBhg. Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden Parti)

9.10 P.M : Ucaptama Oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Yb Dato’ Seri Anwar Ibrahim

“Menggilap Harapan Baru Rakyat”

10.00 P.M : Halatuju AMK Wilayah

10.15 P.M : Ucapan Ketua Wanita Wilayah

10.30 P.M : Pembentangan Kertas Kerja “Menggilap Harapan Rakyat”

YB Wee Choo Keong (AP Wangsa Maju/Timb. Pengerusi 2 MPN WP)

“Keselamatan”

10.50 P.M : YB Tian Chua – “Perumahan Awam”

11.10 P.M : YB Nurul Izzah Anwar – “Local Government Election”

11.30 P.M : Rumusan oleh YB Azmin Ali(Pengerusi MPN Wilayah)

11.45 P.M : Bersurai


8 Responses to “Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan”


  1. 1 ok@haha.mai Nov 14th, 2009 at 6:54 pm

    Selamat Bersidang dan Tahniah kerana membawa tajuk bicara yang baik. Semoga dengan pertemuan itu akan membuahkan usaha yang lebih gigih ke arah keadilan dan kesejahteraan rakyat.

    Seperkara yang ingin saya sebut di sini adalah tentang cabaran Umno dan BN yang seolah-olah menafikan kepentingan “pembangkang” dalam politik negara. Hal ini memang kebudak-budakan. Jika sihat akal dan pegangan Umno dan BN, wujudnya Pakatan Rakyat adalah rahmat kepada Demokrasi dan rakyat. Setidak-tidaknya, suara pembangkang dapat menjadi jalan pilihan dalam memajukan negara.

    Perjuangan tak sunyi dari cabaran namun cabaran liar yang berselindungkan “pura-pura” lebih membawa padah kepada kecemerlangan negara. Rakyatlah bakal ditimpa malapetaka. Maka, perisai dan kawal-selia “serangan” Umno dan BN perlu ampuh dan siap-siaga.

    Cabaran tetap rahmat. PKR dan PR mampu menilai ketajaman usaha melalui asakan Umno dan BN. Maka, tidak mengapa cabaran. Jadikan cabaran “di tapak kaki kita” ! Bukan cabaran yang menunggang kita. Tapi, cabaran; pentas laluan kita !

    Selamat Bersidang !

    Reply

  2. 2 ali imran Nov 14th, 2009 at 8:26 pm

    salam
    robbis rahli sadri wayassirli amri….

    Slm sejhtera DSAI dan seluruh pemimpin pakatan rakyat yg ada prinsip dan berpegang teguh pada dasar perjuangan pakatan…mana mana pemimpin pakatan rakyat yg takde prinsip dan hanya mencari peluang nak tikam belakang sangat elok letak jawatan dan bagi pada yg benar benar hendak bekerja untuk rakyat…

    salam sejhtera juga kepada seluruh rakyat malaysia yang cintakan prinsip keadilan….

    DSAI…gilap DSAI gilap…gilap hingga berkilat…..gilap mana mana yg dh pudar dan yang dh kabur….apabila dah di gilap dan berkilat…barulah di asah agar tajam….nah!!!!…apa lagi…laksanakan lah pemotongan / sembelihan daging kurban….dan agih agihkan lah pada seluruh rakyat malaysia yg mendambakan agihan daging kurban itu….agih agihkan lah ekonomi kepada seluruh rakyat malaysia yg amat memerlukan…

    DSAI,…jgn sesekali ada unsur-unsur tidak ada keadilan dlm penagihan kemakmuran ekonomi malaysia nanti…nescaya rakyat akan berontak dan jawapannya ialah pada PRU 13 nanti….

    DSAI…adakah pakatan rakyat boleh menang jika PRU13 di adakan minggu depan atau hujung bulan Disember ini….? sama-samalah kita mahasabah diri….mana mana janji kita pada rakyat eloklah di lunaskan….mana mana ADUN pakatan yg tak perform singkirkan sekarang….jgn beri masa dan muka lagi…tindakan tegas mesti di ambil….

    Reply

  3. 3 pena sesawang Nov 14th, 2009 at 8:40 pm

    Siapakah ” anak quraisy dan pembantu-pembantu sesat “…

    cukup licik percaturan politik ” SHIT ” ini!

    Reply

    kulub amrin Reply:

    Siapakah anak quraisy dan yahudisy di malaysia ini!!

    Sebuah Rumah milik rakyat rusak di Pangkalan TUDM Kepala Batas Penang angkara latihan TUDM dan USAF Amerika dengan kerajaan UMNO Pendokong US. sebuah pesawat F15 milik USAF yang berpekalan di Okinawa Jepun telah merosakan sebuah rumah Rakyat di Pulau Pinang kerana terbang terlalu rendah kut!! walau apa pun sekongkongnya UMNO dengan US telah menjadi Negar ini tempat US saring menjalankan latihan bersama dengan TUDM, UMNO serin menuduh Anwar milik Amerika sedangkan jelas UMNO adalah Kembar US!!. sedangkan Jepun sedang berusaha untuk menutup pangkalan di Okinawa yang Kerajaan UMNO BN bergitu berkerjasama dengan US!! jika UMNO BN menang PRU12 dengan selesa kerusi 99% kita percaya satu pangkalan tentera US akan di benarkan di Sabah!! Tuah masih sebelah Rakyat!!!.tertapi rakyat tidak boleh bergantung pada Tuah!! sebab kita tudak mahu senasib dengan Hang Tuah. Rakyat harus jadi Jebat hajat rakyat adalah memastikan Negara ini berdarjat bukan semurah yang di lebalkan oleh UMNO.

    Reply

  4. 4 Joe-kedah Nov 15th, 2009 at 11:34 am

    Terlebih dulu diucapkan selamat bersidang kepada semua, cuma yang perlu dititikberatkan ialah perkara-perkara berikut;-
    1. Strategi menawan semua parlimen dalam wilayah. Jika dilihat, kawasan yang menjoriti cina dan india tidak bermasaalah sangat, tetapi tumpuan hendaklah diberi kepada kawasan yang mejoriti melayu yang kerap melatah dan gelap mata dengan wang ringgit.
    2. Semua pimpinan PKR perlu bersatu hati, jangan bercakaran sesama sendiri. Jangan tonjolkan diri kepada wartawan dari utusan meloya dan berita tersangat hairan, jika boleh keutamaan diberi kepada wartawan yang sealiran dengan kita.
    3. Setiap perancangan hendaklah secara berhemah. Beri perhatian kepada pemimpin yang diibaratkan gunting dalam lipatan yang tidak ada pendirian umpama lalang. Singkirkan segera pemimpin mata duitan yang dianggap sebagai barah dalam perjuangan pr.
    4. Pastikan fitnah kepada DSAI dan YB Azmin ditangkis secepat mungkin, kerana jika tidak dijelaskan segera akan berlaku salah faham dikalangan ahli.
    Sekian, selamat bersidang dan orang wilayah lebih mahir dalam mengatur strategi.

    Reply

  5. 5 Anak Nelayan Nov 15th, 2009 at 6:03 pm

    Dato’ Seri,

    Persepsi negatif yg terpalit pada PAS angkara 2-3 kerat pimpinannya seperti Ustaz Nasha, Hassan Ali dan Mustafa Ali juga memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Kaum Cina dan India mula merasa curiga dengan keihklasan PAS…

    Harap Dato’ Seri berperanan untuk kembali memberi keyakinan kepada rakyat seterusnya menghilangkan kembali persepsi negatif tersebut…

    Lakukan sesuatu sebelum PRU ke 13 menjelma tiba…selagi UBN masih memegang kuasa, usah haraplah mahkamah akan bebas, SPR tidak bias, SPRM tidak berat sebelah dan sebagainya lagi…

    Ayuh Dato’ Seri…jgn biarkan peluang keemasan akan ditunggu pada 50 tahun lagi…

    Reply

  6. 6 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Nov 17th, 2009 at 2:33 am

    Askm dato seri

    Hari ini Isnin kelmarin jamil tidak ke bukit bintang kerana jamil di jemput ke konvensyen keadilan wilayah persekutuan yang di adakan di De Palma Hotel berhampiran ampang point. jamil di jemput oleh sdr azman pegawai khas menteri besar selangor bahagian tun razak. Antara pimpinan yang hadir ialah ketua umum dato seri anwar ibrahim, presiden datuk seri dr wan azizah ,dato menteri besar tan sri dato khalid ibrahim , dato seri chua jui ming , sdr azmin ali, sdr mustafa kamil ayob , sdr onn bakar putrajaya , dll.

    Selepas pendaftaran . sementara menunggu waktu solat dan jamuan makan. apabila jamuan di mualakn jamil hanya makan agar-gara dan buah-buahan .makanan lain semuanya berminyak. sorry.lepas kena kolestrol tinggi selepas puasa toh hari jamil dah serik. tengah makan sdr onn bakar ketua keadilan putrajaya minta tolong kepada jamil untuk mengambil ayahanda datuk seri dr wan azizah iaitu dato wan ismail sebab jamil tahu di mana rumahnya. dengan mengunakan Bmw sdr daud ahli keadilan purajaya dan pemandu nya jamil ke rumah dato wan untuk mengambil beliau dan mengiring beliau ke dewan makan tingkat 1 hotel de palma.

    Selepas jamuan selesai semua hadirin mengambil tempat masing-masing ,seronok sebab jamil
    dapat berjumpa kawan-kawan lama di era reformasi. banyak yg terkejut jumpa jamil sebab banyak yg kata jamil dah masuk umno sial. dapat juga tengok karenah-karenah mansuia yang kaki bodek. nampak dsai masuk berebut-rebut nak bersalam sampai tolak orang.jakun sangat.nak tunjuk muka dekat pemimpin. apa penting sangat ke salam dengan pemimpin .kita salam dgn pemimpin maknanya nak bodek. tapi kalau pemimpin datangs alam dgn kita maknanya pemimpin itu berjiwa rakyat.

    Jadi macam sdr azmin ali , walaupun semenjak dsai bebas jamil tak berjumpa dengan beliau. jamil sendiri pun tak sedar beliau ada di belakang sebab ashik bersalam dgn kawan-kawan lama. sampai Yb azmin ali pegang bahu belakang dan berkata dalam bahasa biasa ( sampai aku pun ko tak kenal dah jamil ) Ini baru pemimpin. tegur orang bawahs eperti jamil. buat Yb azmin bukan jamil tak kenal Yb .mohon maaf tak nampak atau sedar Yb ada di belakang jamil. terimakasih kerana menegur jamil. ingat lagi Yb dekat manusia kenil ini.

    Foto-foto boleh di lihat di blog jamil

    jamilkucing

    Reply

  7. 7 keadilan selangor Nov 18th, 2009 at 12:24 am

    kami pkr di selangor mengucapkan selamat berkonvensyen utk pkr wp

    Reply

Leave a Reply