Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana melantik saya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri.
Kepercayaan kepimpinan Negeri Selangor yang diketuai Tan Sri Khalid terhadap kemampuan saya bagi membantu memperkukuh dasar “Merakyatkan Ekonomi” dengan menjana pertumbuhan serta menarik minat pelabur, merupakan satu tanggungjawab yang tidak akan saya sia-siakan.
Inshaallah akan diusahakan sebaiknya untuk bantu menjana pertumbuhan, mengagih kekayaan buat rakyat Selangor seluruhnya.
ANWAR IBRAHIM
















