13
Nov
09

Memenuhi Undangan Habibie Center

Saya ke Jakarta kelmarin memenuhi undangan Habibie Center untuk acara Memantapkan Konsolidasi Demokrasi dan Mengakhiri Masa Transisi: Agenda Bangsa 2009-2014. Selain siri diskusi, turut diadakan pertandingan debat mahasiswa, expo dan pertunjukkan seni serta majlis penyerahan Anugerah Habibie (Habibie Award).

Acara pidato berkenaan demokrasi serantau tak dapat saya penuhi kerana ka mahkamah memberi keterangan untuk kes saman akhbar New Straits Times. Turut hadir ialah Wakil Presiden Indonesia, Boediono; mantan Presiden, BJ Habibie; Gabenor Lembaga Ketahanan Nasional (Lemhanas), Prof. Dr. Muladi SH dan mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Prof. Wardiman Djojonegoro.

Mengulas tentang Habibie Award, Prof. Wardiman menyatakan ianya sebagai inisiatif untuk mendorong pengembangan sumberdaya manusia agar terus berkarya dalam ilmu dasar, teknologi, falsafah dan kerekayasaan. Manakala Wakil Presiden pula dalam ucapan beliau mempertahankan rekod Indonesia di era demokrasi yakni kestabilan ekonomi yang lebih baik dari kebanyakan negara jiran lainnya dan yang paling utama adalah perjuangan menegakkan hukum dan hak asasi.

Majlis berakhir dengan bacaan puisi oleh saudara Taufik Ismail berjudul Renungan dan Doa Untuk Bangsa (Setelah 64 Tahun Merdeka).

“Sebuah rumah sakit kedatangan seorang pasien pria,
Dari kartu penduduk ternyata 64 tahun umurnya,

Karena terbiasa suap-menyuap terbentuklah ilusi,
Bahawa harta orang lain tak apa diambil jadi milik sendiri,
Dan disuapkan ke mulut sendiri,
….
Rabbana
Karuniakan kapada bangsa kami
Kemampuan membedakan antara benang putih dan benang hitam
Didalam hutan ditengah malam
Kemampuan membedakan rezeki halal dan rezeki haram
Sehingga akhlak bangsa menjadi cemerlang…..”

 

Saya, Wakil Presiden, Habibie, menteri dan para hadirin mendengar dengan khusyuk dan hiba. Bagaimana agaknya jika berpuisi di khalayak bersama para menteri di Malaysia?

ANWAR IBRAHIM


5 Responses to “Memenuhi Undangan Habibie Center”


  1. 1 PAK LONG COT Nov 13th, 2009 at 12:03 pm

    Saya merakamkan ucapan TAHNIAH untuk DSAI kerana undangan Habibie Centre. Bagus mengeratkan “silaturRahim”. Penyatuan hati bermula dari perhubungan yang baik. Dari perhubungan yang baik menjadi kita akrab serta dapat bekerjasama. Ibarat “lidi yang bersatu”, jadi tambah gagah dan bercambah rahmat.

    Hal “satu” dan bersatu ni, saya nak komen sikit hal “One Malaysia” yang diiklankan secara gah oleh BN. Bagai saya, gagasan itu membuktikan BN BELUM BERJAYA menyatukan rakyat Malaysia. Setelah puluhan tahun diberi mandat, “keharmonian” dalam erti kata sebenar; belum tercapai.

    Bersatu atas dasar kepentingan diri bukan keharmonian. Itu gambaran, “ada udang di sebalik batu”. Keharmonian yang benar membawa rahmat. Kepentingan rakyat terbukti diutamakan. Kalau setakat azam untuk “rakyat diutamakan”, ertinya rakyat belum diutamakan. Iklan je lebih !

    Macamana rakyat diutamakan kalu kawan sendiri sanggup “telan kawan”. Ini hal dalam Umno. Bukan cerita baru. Ramai yang “makan hati” dek gelojohnya Umno. Mesti mahu berkorban. Amanah sebagai pemimpin ialah berkorban diri untuk rakyat. Kalu setakat “satu untuk engkau, 16 untuk aku”….

    Boleh jalan le Umno-BN tu…

    Reply

  2. 2 ck@superboy Nov 13th, 2009 at 4:05 pm

    Salam Keadilan YAB DSAI,

    Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini.

    Saya harap YAB DSAI dan semua orang boleh tolong Tuan Guru meneruskan hajat Tuan Guru…………kalau ada demo sila ajak saya sekali……………..

    Reply

  3. 3 Halik Zaman Nov 13th, 2009 at 5:13 pm

    Dari Kacamata Halik Zaman:

    TIDAK SALAH ANWAR BUAT STRATEGI TURUN PADANG

    Strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara. Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, tindakan Datuk Seri Anwar itu akan menyebabkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara terhakis.

    Kata Awang Adek, Namun apabila wujud usaha yang digerakkan Anwar dan sekutunya untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan, sudah tentu ia akan menyebabkan keyakinan pelabur terhakis dan mereka tidak akan menanam modal di negara kita,”

    Ada kah Datuk Dr. Awang Adek bermaksud agar Dato Seri Anwar terus berdiam diri dirumah sabagai ’sudah cukup’ dari beliau menjalankan tugas selaku Ketua Umum PKR Malaysia? Atau terus terang sahaja lah yang para pemimpin UMNO takut kalau Anwar turun padang memberi tahu rakyat semua kelemahan, rasuah, kejatuhan ekonomi Negara dan kelembapan Najib untuk menangani masalah rakyat dan Kerajaan Barisan Nasional?

    Para pelabur luar negara bukan mendengar dari mulut Anwar sahaja tentang kestabilan politik dan ekonomi Malaysia sudah memang lemah dan lesu, mereka punya banyak maklumat dari berbagai bagai saluran yang mereka boleh tahu kestabilan politik dan ekonomi Malaysia kukuh atau tidak kukuh.

    Dengan menganggap strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang kepimpinan Dato Seri Najib dianggap sebagai satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara adalah satu pendekatan yang sempit tidak bertamadun dan paling memalukan, kerana mentah bermain politik lalu membuat tuduhan melulu sama seperti pepatah Melayu yang ada menyatakan, “Tidak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah”.

    Dalam politik dimana mana negara Barat pun serang menyerang dalam politik satu perkara biasa ia bukan ditakrifkan sebagai sabotaj ekonomi negara tapi ia lebih menjurus kepada kematangan kepimpinan, berwibawa dan berketrampilan. Kalau apa yang akan diperkatakan oleh Dato Seri Anwar itu betul maka tidak ada sebab kenapa mesti disembunyikan kepengatahuan rakyat.

    Sepatutnya kenyatakan yang bodoh itu tidak dikeluarkan oleh seorang cendiakiawan atau ahli politik yang matang dan berpendidikan tinggi, kenyataan tersebut merupakan satu kebimbangan bahawa kelemahan kepimpinan UMNO/BN akan dapat dicium oleh rakyat.

    Kita menanggap tuduhan untuk sabotaj ekonomi negara dengan menyerang kepimpinan Najib adalah tidak benar, tapi ia lebih merupakan suatu pendedahan yang baik supaya pengundi akan tahu memilih Kerajaan yang mempunya wawasan dan halatuju yang membawa keuntungan kepada rakyat. Kepimpinan PKR juga akan bersedia menerima serangan demi serangan dari para pemimpin UMNO demi untuk kepentingan rakyat Malaysia.

    Biasanya UMNO zaman Mahathir dan UMNO zaman Najib sama sahaja, para pemimpinnya tidak suka dikritik. Para pemimpin UMNO cuma suka ‘pesta puji memuji sahaja’ siapa yang lebih tebal pujiannya maka orang itu akan mendapat tempat dihati para pemimpin UMNO dan akan bertambah lagi kroni maka rezekipun melimpah ruah.Bila kah UMNO mahu berubah?

    Reply

  4. 4 jimi Nov 13th, 2009 at 10:49 pm

    jom pg jugak..

    Reply

  5. 5 Aku Nih Nov 14th, 2009 at 8:26 am

    Salam DSAI,

    Dalam sibuk memenuhi undangan di luar negara, kami berharap agar Dato’ Seri tidak melupakan isu2 tempatan dan usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

    Percayalah, rakyat tempatan lebih memerlukan Dato’ Seri berbanding masyarakat antarabangsa. Lagi pun Dato’ Seri skrg sudah bergelar wakil rakyat Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.

    Kami risau kalau kejadian2 yang melibatkan imej PR berlaku apabila Dato’ Seri di luar negara. Kalau betul Dato’ Seri nak pergi juga, baliklah cepat2…

    Sekian, wassalam.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
6 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @afifbahardin Rehat?ya sempat dimahkamah saja.Kesihatan dijaga doktor peribadi dirumah #fb
6 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30