KENYATAAN AKHBAR
13hb Nov 2009, Jumaat
BANK NEGARA MALAYSIA MENYIASAT SEGERA TERHADAP MOHD HASSAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN YANG MENGIRIM DANA SEBANYAK RM 10 JUTA KE LUAR NEGARA
Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.
Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.
Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,
Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;
Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.
Persoalannya, adakah MB Datuk Seri Mohd Hassan bersedia menjelaskan sama ada transaksi ini dijalankan melalui saluran sah mengikut Undang-undang Malaysia? Bolehkah beliau secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?
Saya menyeru kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.
Saya turut menyeru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yangditujukan.
Dari maklumat yang saya perolehi, terdapat banyak tokoh-tokoh pernigaan serta ahli-ahli politik sering mengguna langkah ini mengirim dana ke luar negara. Saya percaya dana sedemikian datang dari punca-punca yang melanggar undang-undang.
Perniagaan pengurupan wang merupakan bidang perniagaan yang multi-billion. Berikut merupakan statistik yang diperolehi daripada BNM
Jumlah Kes yang disiasat oleh Bank Negara Malaysia yang disyaki melanggar seksyen 30 adalah seperti berikut:
Tahun
No. Kes
2006
3
2007
7
2008
12
2009
92
Jumlah
144
Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.
Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998. Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006.
Saya ingin tahu kenapa BNM tidak menyiasat kes-kes yang lain dan tiada sebarang perkembangan dalam siasatan semua ini. Saya harap Gabenor BNM menjelaskan perkara ini.
Akhir sekali, saya menegaskan sekali lagi BNM dan SPRM harus ambil tindakan undang-undang yang tegas untuk melindung kedudukan ekonomi negara kita daripada korupsi dan kegiatan jenayah. Hanya siasatan yang adil dan telus dapat mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi-institusi pentabiran negara.
YB TIAN CHUA
AHLI PARLIMEN BATU



















Saya ucapkan tahniah kepada YB Tian Chua kerana tampil mendedahkan kepincangan yang berlaku. Ini hal amanah. Sebagai pemimpin, soal amanah sangat penting. Kecuaian serta perbuatan khianat yang berlaku wajib ditangani. Jika tidak dengan hati, bersuara ! Atau anda mampu mengubah dengan “tangan”. Pangkah PR, setidak-tidaknya.
Sikap ambil mudah, merugikan masa depan depan. Rakyat Malaysia lebih maju saya kira, jika penyelewengan tidak berlaku. Rancangan Membasmi kemiskinan tidak memakan masa panjang jika ketelusan diamalkan. Memang kita tetap boleh makan jika “sipenyeleweng” bermaharajalela. Tapi, anda sepatutnya mendapat lebih daripada apa yang yang dapat masa kini.
Jika tidak “ditangani”, sipengkhianat akan lebih gila melakukan sesuka hati. Terbukti dalam lipatan sejarah. Pemerintah khianat sering bertindak sewenang-wenang. Peraturan dan undang-undang baru dicipta demi menyelamatkan individu serta kroni.
Soalnya, Malaysia bukan milik individu. Malaysia milik semua ! Cukai, lesen, tol dan sebagainya yang anda bayar adalah modal yang sepatutnya anda mendapat untung lebih besar daripada apa yang ada diberikan sekarang.
Sokong PR, jangan tak sokong ! Siapa kata, BN ngak bisa tumbang ?
Reply
Para peminpin UMNO BN cukup binbang dan rusing dengan megalirnya wang Negera yang di bawa keluar oleh perkerja Asing di Malaysia ke negara asal dari Indonesia, Indis, banggala, Nepal dan sebagainya!
Rupanya depa UMNO BN pun sama megalirkan keluar wang Negara!!?? nanpanya depa serumpun dengan pendatang menbawa keluar wang Negara, saya cukup malu dengan status ini sebagai rakyat kita telah dimalaukan oleh penaraf asing bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang mana tiada ketulusan dalam soal wang dalam isu Labuan sebagai kewangan persisir yang telah di labelkan sebagai yiada ketulusa dalam sistem kewangan dan ini amat memalukan kepada saya sebagai Rakyat negara ini, dimana saya nak letak muka bila saya keluara Negara?? sekarang musim H1N1 boleh lah saya guna penutup mulut tetapi dari jangka panjang bagai mana?? sebab itu saya keluar Negara saya tak bawa IC Malaysia. malu!!! bila diluar negara say akata saya orang mongolia!!!
Reply
Mohd hasan dia ni mcm tikus,ambil duit bawa dlm sarang,harap org2 kroninya tak mcm tu ikut buat sarang tanpa diketahui rakyat,suka kenyang sendiri…..
Reply
ramai betul menteri melayu seleweng duit tapi tak tahulah betul atau fitnah. tapi, menteri cina dengan india tiada kes baru ker YB? Korek korek korek….
Reply
SATU KENYATAAN YANG BERANI YANG WAJIB DISOKONG. ADAKAH BNM DAN SPRM MEMPUNYAI MARUAH UNTUK BERTINDAK. KALAU TIDAK LETAK JAWATAN SAJA KERANA KHIANAT PADA RAKYAT.
Reply
biasalah bagi UMNO/BN perkara begini dari itu rakyat harus fikir dan bertindak dalam PRU 13 nanti. Hari-hari kita tengok di tv rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain tapi tiada tindakan dari SPRM/Polis.
Reply
Dis is MONEY POWER!!sure si mat n9 nie LEPAS CLEAN=LATER2!!Mcm si isa kentot 2
Reply
Kesian orang NS, yang miskin banyak kek kampung-kampung tapi asyik-asyik dapat pemimpin macam ni tapi orang kampung den tak baco blog-blog ni, mano nak tau cite-cite ni. Mano kawan den si KJ ni, Dulu dio bonar-bonar sibok pasal si DSAI simpan duit berbilion-bilon. Apa kono eh jang?
Reply
Dia main FOREX kot??
Siasat jangan tak siasat ye BNM & SPRM.
Reply