Dari Malaysia kini
Saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu Mahkamah Sesyen di Temerloh bahawa dia terdorong memberi keterangan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana trauma akibat didera semasa soal siasat.
Mohd Taupik Hussain mendakwa semasa disoal siasat oleh tiga pegawai SPRM Pahang pada 22 Januari lepas, dia telah didera secara fizikal dan mental.
Katanya dia dibawa ke pejabat SPRM Kuantan pada 22 Januari dan pada kira-kira pukul 5 petang telah dibawa ke sebuah bilik dan diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, melakukan ketuk ketampi serta tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya oleh pegawai terbabit.
“Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani satu surat Orang Kena Tahan pada pukul 11.14 malam,” dakwanya.
Mohd Taupik berkata demikian semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi di hadapan Hakim Azuar Che Yusof Rabu.
Katanya akibat tidak tahan dan berasa tertekan dengan penderaan dan ugutan tersebut, dia terpaksa membuat kenyataan palsu bahawa dia menemui dan menerima sampul surat putih lebih kurang 20 keping yang diikat dengan getah daripada Mohamad Norza di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 19 Januari lepas.
Mohd Taupik dengan wajah sugul dan sedih memberitahu hakim bahawa dia terpaksa mereka cerita dalam kenyataan kedua kepada SPRM selain masih merasa malu, sedih dan takut dengan penderaan pegawai-pegawai berkenaan ke atas dirinya.
Soalan Muhammad Shafee selepas itu bagaimanapun mencuit hati hadirin di galeri awam apabila menanyakan Mohd Taupik sama ada dia masih menyimpan kasut miliknya yang digunakan anggota SPRM untuk mengetuk kepalanya.
“Ya, saya masih menyimpannya dan mahu jadikan ia sebagai kenangan,” katanya sambil mengeluarkan sepasang kasut berwarna hitam dari sebuah beg sebelum Muhammad Shafee meminta kasut itu ditandakan sebagai bahan bukti.
Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas.
Dia juga dituduh memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada 6.30 petang, 20 Januari lepas.
Halimi, 47, dari No 99, Lorong IM2/88, Taman Medan Mahsyur, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pula dituduh memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar pada tarikh dan di tempat yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.



















Mohd Taupik Hussain should be thankful that he was not as unfortunate as Teoh Beng Hock.
Being tortured in the hands of SPRM goons is not something unheard of.
Let’s work hand in hard, and rid of BN in the 13th GE.
Lawan tetap lawan!
Reply
Asam Gelugor Reply:
November 12th, 2009 at 12:05 pm
Still got sound ma, not like Teoh Beng Hock no sound no more..
Reply
He is lucky to be alive because he is Umno. The MACC is the Govn most twisted tool’s. Once awhile the fallout in Umno are subjected to show the public that the BN or Govn “trying” to fight Corruption !
Reply
Cakap benar memang pahit. Tapi, dalam pahit itulah ubat. Dalam pahit ada kejayaan dan kemenangan. Yang peliknya, dipaksa untuk cakap dusta.
Insiden begini seringkali kita dengar. Seolah-olah payah untuk menolak kenyataan Datuk Mohamad Norza berdusta di hadapan hakim.
Sebenarnya, budaya apa yang ada dalam “keadilan” di bumi tercinta ? Kelihatannya, cakap benar itu salah, berdusta itu yang betul. Memang pelik !
Ayam di kepuk pandai menjaga anak, manusia berakal semacam mundur. Jika demikian halnya, peribadi yang bagaimana mahu kita bina bagi generasi pelapis. Apa akan jadi pada masa depan ? Yang nampak bagi saya prinsip celaru demikian membawa padah.
Budaya fitnah jika tidak dipadamkan, kekuatan masyarakat dan negara bakal terpadam. PM & BN kena banyak buat correction !
Reply
Bekas Ketua Pemuda Umno, Datuk Muhamad Norza kata; dia buat kenyataan palsu selepas didera sebelumnya. Kesian ! Tapi, “kalut” nampaknya situasi dalam UMNO. Celaru keadaannya.
Yang kamu dera sebelum diadil, kenapa ? Yang SiDatuk plak, kamu cakap palsu apehal ? Biar betul baru jadi betul. Memang semua orang buat silap. Tapi, takde guru dalam dunia suruh kamu cakap tipu.
Cerita “kawan makan kawan” dalam UMNO sampai dah naik muak kita dengar. Tapi, menonong juga sokong. Pelik sungguh ! PR kena kerja kuat !
Rasanya, ramai yang “tak cukup makan” dalam UMNO. Hingga kawan sendiri dibedalnye. Nilai yang baik bukan hentam kawan tapi kono utamakan kawan. Baru molek !
Reply
Macc seharusnya dihapuskan dan digantikan dengan Badan Pencegah Rasuah yang Baru.Macc yang ada sekarang adalah penjelmaan dari ACA yang dahulu.Badan yang baru bukan sahaja harus digantikan dengan ketua yang baru tetapi kakitangan keseluruhan sekali.
Reply
What a bunch of animals? Malaysians pls stand united in riding Malaysia of this tyranny. Janganlah berdiam diri dan menoleh ke arah lain sedangkan keadilan diberi tamparan yang begitu hebat.
The only way we can bring change is to make the changes ourselves. MAKE THAT CHANGE. VOTE PR. Despite all their faults, they are still better than BN!!!
Reply
Bunuh aje pengawai SPRM tu satu persatu..ape la.. negara besar la ..ape korang takut..?lame2 die org pun akan takut juga la…jangan cakap atau diam aje..besar kepala la SPRM tu..ishh ishhh ishhh..klau dekat Surabaya dah abis SPRM macam tu..knal satu persatu siapa pengawai SPRM tu dan kat mane die tinggal..kerja paling senang pun korang tak bole buat..jangan harap DSAI bole menang PRU akan datang lah..UMNO pegang semue kakitangan kerajaan la..ape korang bole buat..??tengok jer la sampai satu2 mati bongkang siapa yang nak jd HERO di bunuh oleh hantu2 krepek..hehehee..isshhh isshhh…UMNO yang akan menang..!!
Reply
ok@haha.mai Reply:
November 13th, 2009 at 10:42 am
Kalu camtu mentaliti yang ada kat kamu Slain, memang sah jadi bukti; mentaliti orang Umno takde lain : tangkap, penjara, reka tuduhan, dera, kepala batu, pantang dikritik, (pernah ada kes bunuh pun) dan tak boleh dijadikan kawan. Sebabnya, tak boleh menyelesaikan masalah.
Menambah masalah je Umno tu !
Reply
Sokong. MACC mesti dibubarkan.Badan Pencegah rasuah diawasi oleh Jawatan Kuasa yg terdiri dari 1 orang wakil dari setiap parti yg berdaftar . Rakaman sisatan untuk setiap individu yg diarah oleh BPR hendak dibuat bermasa dari mula sehingga akhir soal-siasat. Pengiring atau Lawyer beliau mesti dibenarkan bersama atau disediakan satu bilik CCTV supaya mereka dapat mengikuti prosidia soal-siasat. Ini cara adil kerana kebanyakan orang yg disiasat itu rakyat Malaysia. Ini memang hak rakyat dibawah slogan 1 Malaysia.Keadilan mesti diutamakan. Yang benar tetap benar,tidak boleh dipaksakan.Manusia itu sama, kenapa pulak pengawai SPRM itu tak ingat dia itu manusia,tapi seksa org siasatan bagai binatang. Allah tentu akan hukum mereka di akhirat nanti,
Reply
What? these moron leaders and goons are interested in akhirat!,by things going in search of truth of soalsiasat is more incline to akhirhayat.Kalau sebulu sebantal pun kena dera[bn/umno belasah bn/umno]can you imagine what will be towards opposition and rakyat biasa?,sedangkan binatang pun sayangkan anak,WILL NEVER THINK TWICE TO BOOT THEM OUT..OUT OF OUR LIVES.
Reply