Nah, semalam Sdr Sivarasa Rasiah mengemukakan seorang lagi saksi utama kes VK Lingam. Bekas setiausaha Lingam itu, Jayanthi Naidu mengaku mengatur percutian mantan Ketua Hakim Negara ke New Zealand bersama bekas majikannya. Pendedahan ini jelas menconteng arang reputasi serta integriti institusi Dewan Rakyat apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengemukakan kenyataan yang bercanggah, kononnya sukar mengesan saksi utama. Ternanti nanti apa pula penjelasan SPRM. Pastinya, rakyat muak dengan segala pembohongan ini.
Ilmu kurang besarlah lagak
Tiada lawan besarlah mulut
Bersua kita putihlah tapak
Semangat lembik gementarlah lutut
Sudahlah semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi jawapan yang tidak bertanggungjawab sehingga bolehlah dianggap menghina institusi mahkamah syariah. Datuk Jamil Khir menjelaskan kes saya di mahkamah syariah ditangguhkan demi menunggu keputusan mahkamah sivil. Mengapa menteri yang sepatutnya menjaga urusan agama seumpama tidak yakin dengan keadilan Islam. Malahan ini memberi gambaran menteri mencampuri dan menunjuki urusan mahkamah.
Manakala fitnah terus dilemparkan kononnya enggan mengangkat sumpah, saya menyambutnya dengan menfailkan tuntutan qazaf sesuai dengan lunas dan prinsip syariah. Mengapa bertangguh lagi? Pendapat ulama muktabar; Syeikh Yusuf al Qaradawi, Syeikh Taha Jabir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mantan mufti Dato’ Hashim Yahaya dan Ustaz Haron Din jelas menasihati agar diadili di mahkamah syariah sesuai dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.
ANWAR IBRAHIM


















Salam..
Sabarlah Dato….penghabisan hidup kita bukan didunia…….
teruskan perjuangan….
Reply
Salam..
Sabarlah Dato….penghabisan hidup bukan di dunia..
teruskan perjuangan .
Reply
salam untuk dato seri.
nampak sangat anak pak ngah baharom ulu sedaka tu bukan berjuang untuk syariat islam, tetapi untuk perut sendiri. tak lama lagi kita tengok, akan naik lagi sebuah taman (jamil khir baharom yang punya)yang namanya TAMAN MARKISA, BERDEPAN KILANG BERNAS GUAR CHEMPEDAK KAWASAN YAN,nanti dia bubuh nama apa tak tau lagi. Seingat saya, kes ini telah difailkan dato seri sudah setahun, apa jakim/jawi buat, dok goyang kotee ke?. kita amat sedih lihat ulamak ikut jejak orang munafik. untuk jamil khir hang tok sah dok angan-angan nak tanding kawasan jerai, kami pengundi dijerai dah meluat tengok muka hang. awat, dengan duit rm15,000.00 hang bagi kat surau taman markisa orang nak sanjung ke, fikir panjang-panjang sebelum nak jawab diparlimen tu, jangan jadi kaki putar alam. sedarlah wahai mel oi.
Reply
Solat Hajat & Ceramah Perdana
(Sempena 19 Tahun Pemerintahan PAS Di Kelantan)
Tarikh
15 November 2009 (Ahad)
Masa
Bermula Jam 8.00 Malam
Tempat
PUTIK, Pengkalan Chepa
Penceramah
YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
*** Poster :
http://lot250.blogspot.com/2009/11/solat-hajat-ceramah-perdana.html
Reply
Agensi Kereta dan Lembu, bila nak gerak ni?
Reply
angkasawan nasa Reply:
November 12th, 2009 at 10:10 am
Agent penguasa di remote control oleh UMNO BN , yang terbaru keputusan peperiksaan Jambatan Gantung terruntuh dilanjutkan kehujung bulan?? mula kata siastan segera!! kemudian dilanjutkan dua Minggu yang terbaru dilanjutkan hingga hujung bulan!! apa susah sangan ke nak bagi tahu Nama Syarikat Yang beri sumbangan Jambatan tersebut?? apa yang susah sangan nak beri penjelasan??? keputusan sisatan tersebut?? takan nak tunggu keputusan DNA Jambatan tersebut?? untuk mendapat Penjelasan dari Negara UMNO BN adalah umpama rakyat terpaksa menungu bulan jatuh ke riba. jambatan itu dah “total lost”. tapi keputusan sisatan jangan lah total lost juga!!!
Awang selamat ~!! tolong selamatkan isu ini ok!!
Reply
AKU NIE Reply:
November 16th, 2009 at 11:16 pm
cantik angkawasan nasa bagi kat depa nie. aduh berketui2 batu dok singgah kat kepala. haang punye bahasa lembut betui.. tapi uih tu dia aih. anyway pelik juga kes-kes kecil ni tertangguh tertangguh dan tertangguh. nak buat camna ni green dari pihak atas xdak lagi. tungggggguuuu. kalau kes kecil cam ni pun boleh tangguh pa lagi kes besaq.
Reply
The sad fact is the Macc is short on experienced and professionaly skilful investigators.
What they have now are half-past zix investigators. The Rcyao Comm found one thing. The Macc stupidly finds another.
Reply
haisara Reply:
November 11th, 2009 at 3:22 pm
I bet they are not as you think, in fact they were all skilfully trying to deceived us.
Let us established one important point i.e The RC were let to be insignificant in Malaysia.
Reply
Salam.
Hatta akan bersyarah lah si Jamil dgn beberapa alasan yang berputar putar untuk menunda perbicaraan tuntutan qazaf. Sudah terang lagi bersuluh agensi penguatkuasaan di Malaysia hanya condong kpd BN. Ustaz-ustaz yang berdekah dekah berceramah kat mana? Kena tunggu kes di mahkamah sivil dibicarakan dulu lah ya.
Reply
please protect jayanthi.
please protect jayanthi.
please protect jayanthi.
dont let the special branch get to her like they did with p.i. bala.
4RAKYAT
Reply
GO ON DSAI………STEP UP THE ATTACK ON NAJIB………..HE IS TRYING TO PRETEND LIKE AN ANGEL
Reply
DEAR ALL,
WE ALL NEED TO GIVE PAKATAN RAKYAT AN OPPORTUNITY FOR THE NEXT ELECTION. WE NEED PR FOR THE FEDERAL GOVT. THERE COULD BE INTERNAL FIGHTINGS BUT LET’S FACE IT. THEY ARE NEW AND THEY ARE LEARNING TO GET INTEGRATED AS THEY GO. I THINK THEY ARE LEARNING WELL AND I’M SURE PR IS MUCH MUCH BETTER THAN BARISAN NASIOANL.
WE NEED ALL THE HELP FROM ALL THE READERS AND THE RAKYAT TO SAVE DATO SERI ANWAR IBRAHIM FROM ANY CRIME FABRICATION. I HOPE EACH AND EVERY SINGLE MALAYSIAN WILL WORK OUT A STRATEGY TOGETHER NOT JUST TO SAVE DSAI BUT FOR A BETTER FUTURE FOR THE COUNTRY.
THE MALAYSM CHINESE, INDIANS AND OTHERS NEED TO LIVE IN HARMONY AND ONLY PR CAN DO IT. PLEASE ENSURE PR WIN THE NEXT ELECTION OR THERE MAY NOT BE A FUTURE FOR ALL OF US.
GOD BLESS MALAYSIA THROUGH PAKATAN RAKYAT
Reply
Kelakar jawapan SPRM. bukan saksi ini yg dorang tak jumpa cari.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/11/mstar_berita/20091111180911&sec=mstar_berita
Reply
Salam DSAI,
isu ini akan diperjelaskan keakar umbi rakyat yg kini sangat dahagakan maklumat yg tepat & mutakhir, berdasarkan aktiviti2 yg telah & akan diatur oleh setiap cabang di masa terdekat, saya amat yakin rakyat akan terus menyokong perjuangan kita. insyALLAH negeri 9 akan mengikuti 5 negri yg telah menjadi kerajaan Pakatan Rakyat.
Reply
Saya merupakan penyokong kuat DSAI,cuma ada yg saya tidak setuju dgn beberapa tindakan parti PR yg mengikut telunjuk BN demi kepentingan politik seolah-olah mahu dilihat oleh rakyat yang PR ini telus, sebagai contoh, kenapa bila Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan BPR dijadikan SPRM tidak ada ahli PR menentang? Bukankah diketahui yg itu agenda BN hendak nampak telus sedangkan menantu PM sendiri ketika itu berbillion makan duit rakyat? Apakah PR juga hendak nampak telus diluar sahaja dgn menyokong tindakan menjadikan BPR sbg SPRM yang seolah-olah SPRM ini tidak melakukan kesalahan ataupun mungkin dianggap sebagai ‘Malaikat’? Disini saya lihat nampak dangkalnya pihak PR walaupun saya penyokong PR. Begitu juga bila kes melibatkan instisusi istana, berduyun-duyun baik pihak BN atau PR yang menyokongnya walaupun jika diteliti rakyat sendiri tidak setuju kadang-kadang dengan sesuatu yang datang dari istana sebab ada kalanya tidak selari dengan kehendak agama Islam, sebagai contoh isu Dr Asri yang mana mengikut pengarah Jais pihak Istana mahukan kes ke atas DR Asri diteruskan. Bukankah ini bertentangan dgn hukum agama? Apakah arahan sebegitu jika benar perlu diakui? Kita perlu juga melihat setakat mana pengetahuan agama mereka yang memegang teraju agama Islam sekarang ini tanpa mengira kedudukan mereka, apakah mereka ini dapat kita samakan dengan Kalifah sahabat nabi saw? Jauh sekali nak disamakan dengan Rasulullah SAW, jadi kenapa nak disetujui?
Reply
Apa yang Jamil Khir tahu. Jadi General tak tahu kawad. Yang di pelajari nya dalam ATM ia lah pandai bermain Golf dan Bodek Najib, itu sebab dapat jadi menteri.
Reply
Begitulah, saya rasa sejak BPR ditukar kepada SPRM, saya lihat lebih banyak kepincangan dan arahan @ tangan ajaib yang menjadi modus operandi setiap tindakan. Pada saya tindakan UMNO mengheret tuan guru adalah kesilapan besar di dalam politik & memberi kelebihan kepada PR terutamanya PAS untuk PRU13 nanti. Seorang yang tinggi nilai akhlaknya diperlakukan begini. Tetapi tidak merisaukan kerana unsur2 fitnah tidak selalunya kekal lama. Adakah UMNO sedar atau tidak tindakaan ini menjadikan UMNO dan BN semakin dibenci dikalangan orang Kelantan dan orang melayu diseluruh malaysia. Mereka lupa Tn. guru bukan hanya milik rakyat kelantan malah seluruh malaysia yang menunjukkan contoh akhlak paling baik berbanding dengan pemimpin UMNO…sejauh mana cubaan UMNO dan SPRM mengambil tindakan. Rakyat semakin menyampah dengan serangan media yang menjadi2 sekarang….bertahan DSAI…doa kami tetap bersama DSAI
Reply