10
Nov
09

Selangor Pertikai Pusat Tidak Salur Dana

Dari Malaysia Kini

Oleh Salhan K Ahmad

Tindakan kerajaan persekutuan mengurangkan peruntukan kepada kerajaan Selangor dipertikai sedangkan negeri itu menyumbang hasil sebanyak RM16 billion kepada kerajaan pusat, kata menteri besar ketika mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk Bajet 2010.

“Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepada negeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada kerajaan persekutuan lebih dua kali ganda daripada bajet semasa,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan bajetnya di sidang DUN hari ini.

Beliau juga berkata pemberian daripada kerajaan persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober tahun ini hanya berjumlah RM408.26 juta.

“Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007,” katanya.

Turut dipertikaikan adalah amalan baru menjalankan projek-projek persekutuan secara terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri.

“Sebelum ini, projek-projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengambil kira kesesuaian projek berdasarkan keperluan penduduk dan daerah masing-masing.

“Kini ia terus dilaksanakan oleh ICU selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Malahan, pembangunan projek-projek ini sekarang tidak lagi dilaporkan kepada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan ataupun pejabat daerah walaupun projek ini sepatutnya untuk tujuan pembangunan negeri,” katanya.

Khalid juga berkata, jumlah projek yang semakin berkurangan dan penyaluran peruntukan yang turut merosot menunjukkan kerajaan pusat bersikap tidak adil dalam menyalurkan peruntukan ke negeri itu.


10 Responses to “Selangor Pertikai Pusat Tidak Salur Dana”


  1. 1 zamy Nov 10th, 2009 at 6:12 pm

    kita tak boleh cakap je…kerajaan persekutuan tak adil dlm menyalurkan peruntukan….memang UmNO-BN memang tak adil dulu kini dan selamanya…….ialah kronni didahulukan dan rasuah diutamakan…….kita kene ajar uMno-BN secukup-cukupnye…….fikirkan caranye…..

    Reply

    abg.din Reply:

    Sekarang dah jadi zaman dulu balik… siapa kuat dia kudrat… agak nya kena tumpah kan darah dulu baru ada perubahan …

    Reply

  2. 2 art 2010 Nov 10th, 2009 at 8:38 pm

    Memang pemimpin UMNo kebanyakkan berhati busuk dan tidak mahu menerima hakikat kalah atau menang.Satu Malaysia hanya untuk kepentingan mereka sahaja. Ya ALLAH kau bukakan hati mereka ini supaya sedar dan sekira nya masih macam perangai abu jahal kau hukumlah mereka didunia sebelum di hukum pula di akhirat.

    Reply

  3. 3 PAK LONG COT Nov 10th, 2009 at 8:52 pm

    Dari satu sudut, tindakan BN itu satu hukuman. “Awak tak pilih saya, saya bedal kamu”. Camtu le, agaknye…! Memang tak adil. Manusia ni kan, jika egonya melampau-lampau, sanggup zalim dan khianat. Zamy minta fikirkan caranye ! Caranya, terus pilih Pakatan. Jati diri mesti mau ada.

    Hal “pilih bulu” macam kata Zamy tu, memang lumrah. Pilih bagus. Tapi, biar pilih yang jadi manfaat. Pilih yang tak betul, bak kata orang nogoghi, mengabihkan bogheh yo !

    Apa pun saya pikir, reformasi pemikiran perlu ada. Rakyat perlu diberikan maklumat yang benar dan punya visi yang jauh. Kalu setakat “visi poket dan perut”, sampai khiamat tak selamat. Apa lagi nak berjaya.

    Reply

  4. 4 dulukini Nov 10th, 2009 at 9:27 pm

    UMNO mmg sudah tidak boleh diperbaiki lagi. Pak Najib PM pekak lagilah hampas.
    Waktu berucap tentang bayaran royalti Negeri Kelantan Najis nie macam sial aje buat pekak.
    Najib adalah PM malaysia yang paling bangsat.

    Reply

  5. 5 desperado Nov 11th, 2009 at 12:13 am

    betul, umNO-BeeEnd memang dulu, kini dan selamanya tak adil…satu cara yang boleh dilakukan oleh pembangkang ialah dengan mendedahkan ketidak adilan ini ke pengetahuan umum namun penyampaian maklumat perlulah dengan bijaksana agar tidak terkesan sentimen kesihan terhadap pemerintah durjana ini daripada rakyat…

    Reply

  6. 6 minganu Nov 11th, 2009 at 12:42 am

    kita sebagai pembangkang kene tunjukkan bukti yang menunjukkan kerajaan persekutuan (BN) tidak adil, contohnya 5 tahun sebelum ini berapa kerajaan persekutuan memberi peruntukkan semasa era Dt.Khir dengan jumlah dari tahun ke tahun. Beri penerangan kepada rakyat biar kami semua tahu. Turun disetiap DUN memberi penjelasan kepada rakyat. Alang-alang berjuang biar sampai kepuncak keAdilan. Berikan risalah-risalah seperti mana yang berlaku dahulu, sejarah telah menunjukkan yang risalah-risalah inilah yang memberi kesan yang hebat dalam pemikiran mereka. Kami tidak mahu Selangor di rampas semula oleh BN.

    Reply

  7. 7 I.Hanafi Nov 11th, 2009 at 10:56 am

    Kebiasaan kami selalu dapat baca kat blog betapa marahnya kita dengan umno/bn yang melampau, zalim dan korup.Adakah mencaci, marah kat umno di blog itu cukup. Adakah kita bertanya apa yang kami rakyat jelata boleh buat untuk membawa perubahan,atau pun secara jelas menewaskan umno.Bolehkah saudara2 di luar sana mulakan satu blog di mana cadangan2, idea2 dan apa pun di cadangakan kepada rakyat jelata untuk ambil tindakan. Contohnya galakan pemuda2 di kalangan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi. Berikan informasi kepada mereka yang apa sedang berlaku dll.
    Jangan lupa negara ini rakyat yang punya bukan umno punya. Terlalu lama rakyat di bodohi oleh umno dah. Kalau bukan untuk sendiri, kita harus berjuang untuk anak2 kita.

    Reply

    zul Reply:

    berjuang untuk anak2 cucu kita adalah dgn memantapkan silatulrahim antara kita sesama islam tetapi senario sekarang ialah kearah memecahbelahkan hubungan sesama islam.jangan sampai bila kita dah tiada tanah melayu hanya tinggal sejarah..dikhuatiri nama MALAYSIA JADI MALAY SI AA

    Reply

  8. 8 Boring Nov 12th, 2009 at 12:27 am

    Is very difficult to Govn a state without Fund and the Federal Govn as Opposition…Time To Changed for 2 party system. PR or BN !

    Reply

Leave a Reply




tunfaisal: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
10 minutes ago
tommydiansyah: RT @anwaribrahim: Waras.Jgn hukum rakyat! @HeditiaDamanik: Kenapa nolak mahsswa msia kuliah di Indonesia. Padahal banyak mahsswa indonesia d
15 minutes ago
tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
17 minutes ago
khayrulumam: Reformasilah RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini kejayaan perjuang2 reformasi
23 minutes ago
tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini menandakan kejayaan perjuang2 reformasi & kuasa rakyat!
28 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30