10
Nov
09

Penjelasan Menteri Tidak Munasabah

Semalam seharian saya di parlimen, mendengar para menteri menjawab persoalan dan penghujahan mantap dari ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Tampak berani dan membanggakan sekali apabila ahli parlimen Pakatan bingkas menafikan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; bahawa SPRM tidak menemui sebarang salah laku VK Lingam dan mantan Ketua Hakim Negara, walhasil adik Lingam sendiri membuat pengakuan. Dalih kononnya saksi utama tidak dapat dikesan pastinya tidak mampu diterima akal sihat. Bukan kah kita sering angkuh mendabik dada pasukan polis negara antara yang terbaik seantero dunia?

Tambahan lagi jawapan menteri menggesa kita memisahkan di antara prinsip moral dan undang-undang! Alahai tidakkah ini menyebabkan rakyat hilang rasa hormat, bukan sahaja kepada institusi kehakiman, bahkan juga institusi Parlimen itu sendiri. Kita masakan lupa ungkapan “korek, korek, korek.”

Malamnya saya menghadiri acara anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan MPAJ. Program diskusi belanjawan ini merupakan susulan dari yang berlangsung di Dewan MPPJ tempoh hari. Turut serta Dr Tan Seng Giaw, Dr Hatta Ramli dan Sdr. Yaakob Sapari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Saya berpeluang mengupas dua karya ahli ekonomi klasik dan pemuka Pencerahan Skotlandia itu; Wealth of Nations dan Theory of Moral Sentiments. Jarang sekali wacana ekonomi di rantau ini membandingkan kedua-dua karya tersebut bagi mendapat gambaran jelas pemikiran Adam Smith, seorang filasuf yang sering disalah anggap.

Harus diingat Smith merupakan seorang ahli falsafah moral di Universiti Edinburgh, karya awalnya Theory of Moral Sentiments, berusaha mengungkapkan betapa kesejahteraan masyarakat juga dimungkinkan akibat dari kehendak perseorangan. Beliau tidak menolak kesejahteraan juga berpunca dari rasa hormat dan berbakti kepada masyarakat. Adam Smith memberi perhatian untuk merungkaikan kebejatan monopoli kerajaan dan makarnya dengan saudagar-saudagar kaya. Bagi beliau itulah kerosakan yang membinasakan. Asalkan mereka berkomplot, ianya membuahkan hasil yang tidak sihat sekaligus merugikan rakyat.

Nah! Pemerhatian berabad usianya masih mengesankan dan memberi pengajaran. Perhatikan sahaja Laporan Audit Negara, skandal seperti Landasan Keretapi Berkembar bakal menelan sejumlah RM 1.4 billion akibat dari kegelojohan dan ketamakan. Manakala skandal PKFZ, sekiranya diteruskan juga, akan menelan wakg rakyat bernilai hampir RM 12 billion! Makar sebegini, demi kepentingan keluarga dan tembolok taulan malah menyingkirkan negara jauh dari pemulihan apatah lagi pertumbuhan.

Sayugia menjadi peringatan jangan semberono menukilkan angka, ketika Dato’ Sri Najib beriya-iya membuat kenyataan negara akan mencatatkan pertumbuhan sekitar 9 %, sekonyong konyong memperbetulkannya dengan menyatakan pertumbuhan hanya sekitar 6%. Jangan sesekali bersambil lewa mengurus ekonomi negara! Sedangkan Bank Dunia melaporkan, Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) akan mengalami penguncupan sekitar 2.3 dan hanya pada tahun hadapan mencatatkan pertumbuhan sekitar 4.1%.

ANWAR IBRAHIM


17 Responses to “Penjelasan Menteri Tidak Munasabah”


  1. 1 Lutfil Nov 10th, 2009 at 3:38 pm

    sampai bila pemerintahan korup ini hendak bermain wayang..
    Datuk Seri, saya dan semua tetap menyokong perjuangan Datuk Seri. Semoga Allah melindungimu dari ancaman fitnah jahat kerajaan korup/media pro-dacing.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Pembesar UMNO BN ni memang agak kalut, mereka suka melihat sesuatu itu dari kotak yang kecil. contohnya isu penyokong bola sepak kelantan, amok!! ini adalah satu kemajuan dalam sukan negara sebab dunia ini bulat bukan empat segi, apa yang belaku sukan bola sepak di barat tempiasnya turut dimiliki oleh penyokong bole sepak tempatan. dulu pernah pembesar sukan UMNO BN kebingungan kerana sukan bola sepak lesu stadium sering kosong, tertapi bila Rakyat kembali minat sukan bola Negara ada pulak yang tak kena, dalan sukan bola sepak amokan! adalah rasminya sukan tersebut!! apakah UMNO BN mahu Rakyat kaku bila menonton bola sepak, hak rakyat nak bersuara dalam sukan pun tak boleh??? , jika mahukan sukan kita setanding dengan negara asing kita kena beri ruang kepada rakyat untuk menanamkan semagat yang kuat bermula dari Negeri!! Naluri rakyat tidak boleh di sekat! kita kena lihat sadi berbagai sudut bila kita menilai sesuatu permasalahan yang timbul apa yang kita amalkan cukup “kanibal” salah hukum!! banyak ruang lain yang harus kita baca, puncanya!! dimana silapnya seingga tercetusnya perkara tersebut . bila kita mengunakan kuasa “salah hukum” ini bukan jalan penamat, sepatutnya pihak polis berlajar dari kemalangan jalan raya berbagi hukuman di tabalkan kepada rakyat tertapi kemalangan terus berlaku!!, pada saya isunya kena kaji semula cara sekolah memandu megajar apakah ianya sesuai dengan zaman??? apakah modul yang kita gunakan masih jalan sehala sedangkan Negara telah mengunakan Lebuh raya!!! dilihat modul lebih kepada perundangan bukan kepada skil, cara memandu ketika hujan macaman?? menmandu ketika dalan kawasan banjir atau jalan licin?? berdepan dangan selekoh berbahaya dan licin!! cara atau bila berdepan dengan kemalangan apa yang harus dilakukan?? selesai masalah atau pergi kekelinik dulu dan sebagainya. UMNO BN lebih kepada undang undang jika tidak patuh hukum ini cara UMNO mermerintah!! salah hukum!! apa ingat Negara ini UMNO BN punya!!! sistem salah hukum adalah sistem komunis jelas bukan ching peng komunis tertapi komunis sebenar adalah UMNO BN. tak pandai perintah lepas tu mudah memhukum.

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    Saya setuju pandangan Ulam Batar. Hal pendidikan sangat penting. Rakyat perlu dicambah dengan ilmu dan kebenaran. Supaya rakyat bijak menilai mana yang baik lagi manfaat dan mana yang mudharat serta patut dibuang.

    Jati diri terbina dari ilmu dan kebenaran. Mudah-mudahan ilmu yang baik, rakyat punya visi yang jauh demi kejayaan masa depan. Menjadi tugas para pemimpin menawarkan ilmu dan kebenaran. Memang berkata benar sangat pahit. Tapi, itulah amanah.

    Hal amanah ini jika dipandang ringan. Tak menjadi manfaat untuk sesiapa pun. Khianat namanya. Jika keegoaan mengatasi kebenaran, maka tunggulah masa kehancuran. Itu sedutan dari pengajaran Al-Quran.

    Maka, para pemimpin khususnya yang diberikan amanah; perlu banyak muhasabah diri. Bagus memperbetulkan diri daripada mengintai kesalahan orang lain serta menghukum. Dunia ini dicipta untuk semua. Bukan untuk satu individu atau satu kumpulan.

    Fikir-fikirkan aduhai teman.

    Reply

  2. 2 Dr. Vikram Nov 10th, 2009 at 3:50 pm

    Saudara Anwar,

    Satu pertimbangan yang amat cantik dan bernas sekali mengenai ‘Theory of Moral Sentiments’ oleh Adam Smith. Tidak kedengaran pemimpin politik dari Barisan Nasional yang memahami intipati isu kebajikan rakyat meskipun ada di antara mereka yang mempunyai ijazah dalam ‘industrial economics’.

    Saya mencadangkan saudara juga meneliti tulisan Amartya Sen dan Herman Daly, dua ekonomis kontemporari yang masyhur. Saya juga menggesa saudara Anwar untuk mengkaji bidang ’sustainable development’ dan ‘ecological economics’. Barisan Nasional belum lagi komited dalam polisi-polisinya mengenai ’sustainable development’ (pembangunan lestari). Harapan saya adalah agar ’sustainable development’ menjadi dasar kepada wawasan ekonomi Pakatan Rakyat.

    Sekian.

    Reply

  3. 3 Dr. Vikram Nov 10th, 2009 at 3:51 pm

    Saudara Anwar,

    Satu pertimbangan yang amat cantik dan bernas sekali mengenai ‘Theory of Moral Sentiments’ oleh Adam Smith. Tidak kedengaran pemimpin politik dari Barisan Nasional yang memahami intipati isu kebajikan rakyat meskipun ada di antara mereka yang mempunyai ijazah dalam ‘industrial economics’.

    Saya mencadangkan saudara juga meneliti tulisan Amartya Sen dan Herman Daly, dua ekonomis kontemporari yang masyhur. Saya juga menggesa saudara Anwar untuk mengkaji bidang ’sustainable development’ dan ‘ecological economics’. Barisan Nasional belum lagi komited dalam polisi-polisinya mengenai ’sustainable development’ (pembangunan lestari). Harapan saya adalah agar ’sustainable development’ menjadi dasar kepada wawasan ekonomi Pakatan Rakyat.

    Sekian.

    Reply

  4. 4 Look Feel Nov 10th, 2009 at 3:52 pm

    Sudah terang lagikan bersuluh.

    Undang-undanglah yang membentuk moraliti. Tampak ganjil dipisahkan kedua dua ini. Contoh mudah diambil kira = undang-undang jalanraya, sekiranya tiada sudah tentu kemalangan, kecelakaan di sana sini akibat pemandu tiada moral memecut sesuka hati.

    Sampai bila korupsi-korupsi hendak bermain wayang. Sakitnya hati melihat gelagat si pemerintah yang menipu rakyat sambil diselindungi media pro-penipu yang semacam pro-amatur menutup segala pembohongan. Rakyat tidak akan tertipu.

    Datuk Seri saya dan semua menyokong perjuangan Datuk Seri. Semoga Allah melindungimu dan perjuanganmu.Insyaallah.

    Reply

  5. 5 alrawa Nov 10th, 2009 at 4:45 pm

    Kenyataan Menteri diJabatan Perdana Menteri menunjukkan betapa konsistennya BN didalam menangani soal2 rasuah dan moral. Masih ingat kah kita akan BAGAN PINANG?

    Reply

    joe-kedah Reply:

    Semuanya berselindong dibelakang mahathir. kena tanya dato dr afiffuddin omar, dia lebih arif dengan perangai mahathir yang pendendam tu.Bagi orangx umno, fikir dan timbang lah, jangan dacing senget sudah lah.

    Reply

  6. 6 Shatter Nov 10th, 2009 at 4:53 pm

    Dato’ Seri,

    Tabahkan hati, istiqamah dalam perjuangan, kami semua dibelakang.

    Reply

  7. 7 pudil Nov 10th, 2009 at 8:45 pm

    sudah2 la tu DSAI. sebenarnya DATO SERI berdendam lagi ngan Dr M. Bukan pasal keadilan sgt.porahh….Di USA, loby meloby ni dh biasa.Takkan Dato Seri tak tau. Dato kan jambu diorang.

    Reply

    Shatter Reply:

    Kalau berdendam pun? bayangkan kalau kamu, tiba-tiba dituduh meliwat rakan baik kamu? dan orangnya ialah bos saudara, apa tindakan saudara?

    Letak diri saudara ditempat DSAI

    Reply

    ledangMan Reply:

    hai saudara pundil…
    kalau kena batang hidung sendiri tau la …tak kan tak nak bangkit melawan..aku bersama mu DSAI

    Reply

  8. 8 ar04 Nov 10th, 2009 at 9:08 pm

    CAKAP TIADA SAKSI YANG DATANG SENDIRI DI DEWAN RAKYAT TU SIAPA…..ITULAH SAKSI BERTINDAKLAH, JANGAN CAKAP TAK TENTU..

    Reply

  9. 9 M4L4YSI4N 4 4LL Nov 10th, 2009 at 9:48 pm

    Kalau tonton berita TV, yg buruk dan x baik semuanya negeri PR, tp kalau yg baik sikit semuanya negeri BN. Apa yg dibuat UMNO/BN nampak terlalu ketara. Sy yakin semakin ramai rakyat Malaysia yg sedar akan hal ini.

    Reply

  10. 10 anwar junior Nov 10th, 2009 at 11:26 pm

    Hujah-hujah dari para menteri sekarang lebih menonjolkan kebebalan daripada kebijaksanaan seorang yang dilantik memegang jawatan penting untuk masadepan negara.
    Ada masanya mereka cuba bersandiwara tapi tidak kena pada watak dan skripnya, manakala tuan pengarahnya hanya pandai mengarah dari satu sudut yang mana para penonton dapat melihat dengan jelas kegiatan-kegiatan di belakang pentas yang berkelaru dengan seribu kejelekan mata yang memandang.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Penjelasan Menteri Tidak Munasabah at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 10th, 2009 at 3:24 pm
  2. 2 uberVU - social comments Trackback on Nov 10th, 2009 at 8:30 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
3 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
3 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
3 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
3 hours ago
anwaribrahim: @afifbahardin Rehat?ya sempat dimahkamah saja.Kesihatan dijaga doktor peribadi dirumah #fb
3 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30