Dari Harakah Daily
Oleh Mohd Rashidi Hassan
TIDAK ada sebab yang kukuh untuk ahli dan penyokong gabungan Pakatan Rakyat, berasa terlalu gusar tentang masa depan gabungan yang dikatakan sedang berkocak sehingga membawa kepada perpecahan.
Buat masa ini perpecahan tidak akan berlaku. Jika PAS yang keluar dari pakatan, PAS yang akan rugi. Jika DAP keluar, DAP akan rugi. Begitu juga dengan Parti KeADILan Rakyat.
Buat masa ini, jika ada mana-mana parti gabungan pakatan, yang mahu membuat haluan tersendiri, mereka akan ditolak oleh rakyat berbilang kaum dalam negara.
Ingat, negara tidak akan terbina dengan hanya kekuatan satu-satu kaum sahaja. Semua kaum memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk hidup aman makmur.
Justeru, apabila Pakatan Rakyat dibentuk, hasil kepercayaan rakyat kepada PAS, KeADILan dan DAP untuk berhadapan dengan Barisan Nasional, maka jika Pakatan Rakyat hendak membentuk kerajaan baru di peringkat Pusat, ianya mestilah dengan dokongan semua pihak, semua kaum dan agama.
Apa yang berlaku hanyalah permainan licik media. Tidak dinafikan memang wujud pergeseran kecil antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Ronnie Liu dan lain-lain.
Wujud sedikit ketidak puasanhati pemimpin DAP negeri terhadap Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak dalam isu kandang babi, kouta perumahan untuk bumiputera dan pembahagian jawatan ketua-ketua kampung.
Wujud ketidak puasanhati PAS dan KeADILan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, yang dikatakan tidak banyak memberi ruang kepada PAS dan KeADILan.
Dari sudut dalaman parti, tidak dinafikan wujudnya beberapa pergeseran kecil antara individu pemimpin dalam PAS, KeADILan dan DAP.
Akibatnya, ia mencetuskan kesilapan pemimpin dan ahli tertentu, yang nampaknya mudah terpengaruh dengan permainan licik media pro-Umno, iaitu secara terang-terangan mengkritik antara satu sama lain.
Bagaimanapun semua ini hanyalah seumpama, ‘kocakan sedikit air di dalam cawan sahaja’. Ianya tidak akan sama sekali menjejaskan keutuhan kepimpinan PAS, KeADILan mahupun DAP dan ia tidak sekali-kali menjejaskan kesepakatan Pakatan Rakyat.
Apa yang penting, seluruh kepimpinan PAS, KeADILan dan DAP sedar bahawa, masing-masing tidak harus terlalu ‘bold’ untuk menegakkan perjuangan ‘sectarian’.
Kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat seharusnya mencipta budaya exceptionalisme, dari sudut agama, nilai, tradisi dan moral-etika dengan menghormati perbezaan asas perjuangan parti yang berbeza.
Kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat harus disedarkan dan diikat dengan satu matlamat yang sama, iaitu berusaha mencapai hasil kesepakatan, membentuk Kerajaan Pusat dan Negeri, dengan menumbangkan Barisan Nasional.
Justeru, sasaran utama Pakatan Rakyat ialah untuk menggantikan BN, sebagai peneraju negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
BN seharusnya ditolak secara total kerana pertama; ia telah berkuasa terlalu lama sehingga melakukan banyak tindakan yang merugikan negara, kedua; BN masih gagal mengawal kestabilan agama dan kaum, ketiga; BN gagal menguruskan ekonomi negara dan keempat; pada waktu ini, hampir semua ahli gabungan utama BN sedang koyak rabak.
Cuma Umno sahaja ‘kelihatan’ kukuh. Umno dilihat kukuh kerana pergeseran dalamannya cepat ditutup media, walaupun keadaannya seperti ‘tongkang pecah’. Ini belum lagi dibahas dari sudut sama ada relevan atau tidak perjuangan agama, bangsa dan negara yang dipelopori Umno selama ini.
Tetapi jika kita lihat sekarang, apa sudah jadi dengan parti-parti gabungan BN yang lain? Gerakan nampaknya sudah semakin pupus, yang tinggal hanya Tan Sri Koh Tsu Koon. MIC sudah disisihkan terus dengan Presidennya, Dato’ Seri S Samy Vellu bergaduh dengan PM dan MIC hanya menunggu masa untuk melingkup.
MCA sebagai parti terbesar mewakili kaum Cina sekarang ini berada dalam keadaan yang amat teruk dan sudah hampir lumat dikerat 18. Presidennya, Dato’ Seri Ong Tee Keat dan Timbalannya, Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek ditolak oleh Mesyuarat Agung Khas MCA.
Kedua-dua pemimpin yang bergaduh antara satu sama lain, kemudian ditolak oleh perwakilan, sebaliknya bergabung semula untuk berhadapan dengan satu kumpulan lain yang diketuai Naib Presiden MCA, Dato’ Seri Liow Tiong Lai.
MCA sudah ‘koyak’ kata seorang pimpinan tertingginya sewaktu sembang-sembang dengan penulis di lobi Parlimen baru-baru ini.
Namun yang harus diteliti adalah, gesaan Ahli Parlimen Seri Gading, Dato’ Mohamad Aziz yang menggesa Tee Keat dan Tsu Koon supaya meletakkan jawatan kerana tidak perform. Tuduhan ini amat serius dan tidak harus dikesampingkan sahaja.
Bukan soal Mohamad Aziz, tetapi persoalan yang lebih besar ialah mengapa Kerajaan BN, SPRM, Umno mendiamkan sahaja dakwaan Pengerusi BBC BN, Dato’ Seri Tiong King Sing yang memberikan wang tunai RM10 juta kepada Tee Keat.
“Tee Keat sendiri yang datang ambil, 10 juta (RM) berkotak-kotak, dia pandu kereta sendiri, Dato’ Tiong tak bohong, figure yang dia bagi tepat,” kata beberapa orang ahli parlimen BN semasa berborak sesama sendiri.
Ini belum lagi dibincangkan secara terperinci isu rasuah pemimpin Umno, dakwaan rasuah ke atas Samy Vellu dan lain-lain.
Isu-isu mengenai ‘kejahatan’ pemimpin-pemimpin BN, melakukan jenayah rasuah dan salah guna kuasa ini cuba dilindungi media massa pro mereka.
Akibat daripada penguasaan yang begitu lama, mereka tidak segan silu ‘menyapu bersih’ wang rakyat. Apa yang mereka lakukan amat dahsyat sekali.
Jika diteliti dan diperhalusi, ‘kejahatan’ mereka dan perpecahan yang melanda mereka, iaitu parti-parti komponen BN, jauh lebih dahsyat daripada pergeseran kecil dalam Pakatan Rakyat yang dipaparkan dalam artikel ini.
Malangnya ramai dari kalangan kita, sering terpengaruh dengan dakyah media jahat ini.
Justeru Umno-BN tidak kukuh sebenarnya, hanya media yang ‘menambah-solek’ dan menutupi kecacatan wajah mereka.
Pakatan Rakyat tidak berpecah sebenarnya, hanya media yang mengapi-apikan perpecahan.
Oleh itu jangan sesekali kita termasuk perangkap mereka dengan mempercayai dakyah bahawa Pakatan Rakyat merupakan pakatan yang rapuh.
Jika kita percaya dengan dakyah media, maka kita sendiri yang menghalang kemajuan dan tidak yakin keupayaan kita untuk menggantikan BN selepas PRU ke-13 nanti.









I think PR still trying to learn to work together, it is always better than BN that already together for so long or control this country but still don’t know what is “cares about people”
Reply
Adat dunia, yang menyokong pembangkang, memanglah akan mengatakan yang betul kepada rakan yang menyokong perjuangannya walaupun hakikat sebenarnya mereka yang rapuh. Oh ya, Pakatan Rakyat tewas lagi, tapi kali ini dalam Piala Malaysia. Tahniah kepada BN (untuk Negeri Sembilan)
Terima kasih.
Ir. Engkuli
Reply
MBA.BPA.(Oxford University) Reply:
November 10th, 2009 at 12:29 pm
aiya..lu otak tdk pakai ow..jng samakan bola dng politik la kwan..kita sudah bosan la dng BN ni..kalau mahu 1malaysia,bubar parti umno.mic.mca,upko,pbds(parti perkauman) dan wujudkan Parti Barisan Nasional Malaysia(BNM)..baru la saya respect..
Reply
ericind Reply:
November 10th, 2009 at 3:33 pm
Ir buah guli,memang mcm budak2 tadika,bola nak samakan politik,baik pi kat luar main buah guli hang itu.
Reply
Satu artikal yang baik. Berhati-hati dengan media UBN. UBN sedang melaksanakan latihan dan kursus kepada bloger-bloger mereka untuk serang balas media-media PR, tak kira dengan apa cara pun, fitnah, bohong dan sebagainya.
Reply
but rakyat has high expectation from pr. at least from pkr, zulkifi nordin must be sacked. it seem dasai did nothing about him. i would want to see disiplin from pkr if pkr still need my supports…
Reply
Kalau betul seperti yg diterjemahkan diatas…..
buktikan dari segi pimpinan pakatan lah dulu,
pergi mampus dgn BN dgn tohmahan mereka, jgn dilayan,
kalau asyik bergaduh, sampai bila ekonomi negara nak recover,
kami rakyat marhain dah jemu dgn politik yg tak sudah,
kenapa taknak bersatu dlm pakatan, kenapa perlu bergaduh,
ada rakyat yg dah hampir nak muflis, bila nak ambil tindakan?
takkan nak tunggu mereka mati,apakan jadi dgn anak2 mereka? anda yg rugi.
kebanyakan kami mendukung PR pun kerana bencikan UMNO sangat2,
jgn sampai kami dapat lihat tindakan UMNO yg berubah perbetulkan ekonomi rakyat,
buat masa sekarang belum nampak UMNO nak kearah itu,
jadi….kenapa tak PR yg terlebih dahulu menjurus kearah perbetul ekonomi negeri,
tak dinafi ada tindakan berikut, namun penerangan yg tak menyeluruh mematikan semangat kami,
buat pemimpin yg masih bermimpi sebagai contoh ADUN batu Amiruddin Shaari,
mengapa banyak sangat porfolio yg dipegang? mampu ke anda melaksanakan semua?
jgn nanti anda dibenci penyokong PR di batu caves, masih lena dibuai mimpi menjadi YB?
memang seronok jadi YB, tapi kalau tak nampak batang hidung, jgn mimpi akan dilantik lagi,
anda jgn lupa… digombak masih ramai insan yg berkebolehan memimpin, malah lebih hebat lagi.
INGAT !!!!!! gombak adalah pemangkin kebangkitan PKR.. aku tak rela lihat PKR tumbang digombak
kerana sikap anda tg masih bermimpi disiang hari. Ikhlas buat Rahim Khasdi….tabahkan hati,jgn menyimpang dari arah yg telah anda serapkan kepada kebanyakan kami.
Reply
Walaubagaimanapun, kalau dilihat-lihat,
i) Setiap komponen PR masih utuh. Tiada pergolakan besar seperti MCA.
ii) Setiap komponen PR ada ketua baru,muda dan ‘segar’ tak seperti BN yang MIC balik-balik muka tu juga ibarat ‘dulu, kini dan kelmarin’ kata ketua dia la.
iii) Perjalanan komponen PR dalam negeri yang memerintah tiada berpuak-puak macam di Terenganu.
iv) Setiap komponen PR yang memerintah negeri baik dari segi laporan audit dan pentadbirannya.
v) Setiap masaalah besar akibat ‘kepala lembu’ diselesaikan dengan musyawarah dan penjimatan wang rakyat. Di mana akhirnya kebijaksanaan pemerintah terserlah.
vi) Ketelusan dan amanah PR dapat dilihat dalam pentadbiran PAS di kelantan walaupun duit kurang, pertadbiran negeri tetap bejalan lancar .
vii) Kecekapan pemerintah di Penang dalam arus pemodenan dan pembangunan jaauh lebih baik dari komponen BN yang hanya ‘GERAKAN’ tukar geran tanah rakyat.
Jadi kesimpulannya, Komponen PR menunjukkan leadership yang berlainan yang mana kalau di gabungkan akan menjadi lebih baik kerana mereka boleh belajar antara satu sama lain cuma mereka perlu lebih masa macam kita kalau baru mula bekerja.
Reply
PAKATAN RAKYAT MUST HAVE>SOLIDARITY&UNITY LIKE THE INSEPARABILITY OF THE FISH & WATER IN WHICH THEY SWIM>TOGETHER WITH THE RAKYAT>LETS FIGHT UMNO BN WHO IS PRO-INJUSTICE>PRO-ABUSE OF POWER>PRO-CORRUPTION>PRO-OPPRESSION>PRO-MISGOVERNMENT
UMNO BN REALLY DEVIOUS>UNSCRUPULOUS>ANTI-RULE OF LAW>ANTI-HUMAN RIGHTS
Reply
Saudara Pengarang,
Kelemahan dalam PR jangan dipandang remeh. Kalau sekadar nak sedapkan hati – takpe. Tapi pergeseran kecil ini kalau tidak dibentung, maka ia akan pasti merebak. Tambah pula bila ada batu api dari dalam dan luar parti.
Dan saya ingin mengingatkan juga kepada para pemimpin PR – jangan masih tak percaya yang awak tu pemimpin. Setiap kata, setiap gerak, setiap jeling dan setiap emosi yang dipamerkan akan dipandang dan dinilai. Saya risaukan pemimpin/wakil rakyat yang dulunya bertanding sebagai ‘bidan terjun’. Dalam pemerhatian saya, ada dikalangan pemimpin yang bersikap keanak-anakkan dan tidak sedar yang dirinya dah menjadi ‘public property’ sekarang.
Reply
memberi komen senang tapi hakikatnya adakah pemimpin PR dpt menyelami hati rakyat sebenar.
jika mau tunjuk gah tunjuk baik2 dgn contoh dan tauladan yg baik. setakat buat Budget PR tiru budget BN nak buat apa .
Malu dibuatnya bila meniru. Sepatutnya budget PR mesti lah satu budget yg lebih dinamik bukannya meniru dan kemudian berbangga dgn angka defisit 3.0% .
Setiap parti komponen PR mesti tunjukkan perpaduan bukannya depan bersatu tapi dibelakang bercakaran . Apa bunyi manifesto PR ? adakah negara islam atau over my dead body atau justice for all ?
sebelum membenamkan BN , PR mesti timbul bukan tenggelam timbul !
Reply
BN is more kecoh with MCA and MIC problem but unfortunately this are all well covered up by the Media.
PR small problem but are sounded Big Problem by the Media to the World….so the PR Rep’s are advised to be Patient as whatever one may want to say or impressed is not important until the PR are in Putrajaya…other wise is regards as Dog bite Dog’s Bone,Immatured and Stupid !
Reply
Siapa tak nak bersatu-padu ? Semua mahu. Pakatan mahu bersatu. BN demikian pula. Hal tuduh, ada macam-macam tujuan. Adakala tuduhan itu benar. Ada ketika, satu pembohongan. Memang adat pihak lawan menuduh “musuhnya” pincang. Mainan dalam politik kadangkala “di luar jangka” ! Kawan bisa tikam kawan. Apalagi dalam menghentam pihak lawan.
Pada saya, Gagasan One Malaysia adalah strategi BN mahu mengatasi pengaruh Pakatan setelah kecundang beberapa negeri di tangan Pakatan. Menuduh Pakatan lemah, belum tentu benar. Tapi, strategi mahu melemahkan Pakatan ertinya Pakatan “berbisa”.
Banyak strategi lain diguna-pakai untuk melemahkan Pakatan. Cabaran demikian perlu dihadapi dengan hati terbuka. Bukan dikatakan perjuangan tanpa cabaran. Yang penting ketabahan dan jati diri.
Kejayaan dalam perjuangan bermula dari keyakinan. Keyakinan kukuh di atas kebenaran. Biar berani kerana benar. Bukan semberono menongkah arah.
Kemenangan adalah milik “yang benar”. Biar sebatang karah namun kebenaran tetap dijulang. Jika demikian dasar dan prinsip, bukan saja perpaduan akan berbuah tetapi gerun musuh di seberang.
Sejarah membuktikan, tamak dan penting diri adalah punya kemusnahan. Maka, majukan kepentingan rakyat dalam perjuangan. Jika rakyat lebih diutamakan maka mejoriti akan menjulang ke persada kemenangan. Biar berlumba dalam kebaikan daripada menimba kehancuran.
Maka, jadikan Pakatan “NOMBOR 1″ dalam mengutamakan rakyat.
Reply