10
Nov
09

Jamil Khir Tidak Faham Gender Mainstreaming

Kenyataan Media

Wanita KEADILAN
November 10, 2009

Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom tidak tahu terminologi yang tepat dan tidak faham tentang pengarus utamaan gender (gender mainstreaming). Bagaimanakah pengarus utamaan gender boleh berlaku dalam sistem pentadbiran kerajaan, khususnya sistem Mahkamah Syariah, sekiranya Menteri sendiri tidak faham terminologi yang dianggap umum oleh dunia seluruhnya?. Ia membuktikan bahawa pengrus utamaan gender adalah jauh dari sasaran dan masih gagal. Tidak menghairankan jika kedudukan Global Gender Gap Index Malaysia merudum sejak tahun 2006 di tangga ke 72 jatuh ke tangga 101 tahun ini, 2009. Hanya dalam masa tiga tahun.

Wanita dan lelaki yang prihatin juga akan merasa bimbang dengan keadaan sedemikian kerana kejahilan Menteri hanya akan meneruskan sebahagian unsur ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita (yang menjadi anak, adik, kakak, ibu, ibu saudara, nenek, ipar dan teman kepada ramai lelaki) dalam sistem pentadbiran negara, khususnya dalam sistem pentadbiran Mahkamah Syariah.

YB Zuraida Kamruddin telah mengemukakan soalan asal dalam sesi jawab lisan Dewan Rakyat9 November 2009 kepada Setiausaha Dewan Rakyat yang berbunyi:

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA, DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat bagi memastikan berlakunya pengarus utamaan gender dalam pentadbiran dan sistem mahkamah syariah?

Soalan di atas telah diubah kepada:

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah Kementerian bagi memastikan berlakunya pengaruh utama gender dalam pentadbiran dan sistem Mahkamah Syariah.

Soalan yang dikemukan seharusnya dijawab oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bukan Menteri di JPM kerana bukan bidang tugasan utama Menteri di JPM mengarus utamakan gender.

Jamil Khir menyatakan bahawa perlantikan hakim-hakim wanita sedang di susun proses perlantikannya. Dasar Wanita Negara yang telah wujud lebih 20 tahun juga telah menyusun perkara yang sama. Tidak ada penyelarasan di antara Kementerian Pembangunan Wanita dengan kementerian-kementerian dan Jabatan Perdana Menteri sendiri kerana sehingga kini masing-masing hanya terus menerus menyusun proses perlantikan hakim-hakim wanita berdekad-dekad lamanya tanpa sebarang tindakan yang menyerlah.

Pengarus utamaan gender (gender mainstreaming) bertujuan antaranya supaya berlaku dengan mudah dan telus, akses terhadap keadilan di Mahakmah Syariah dalam menuntut keadilan yang dibenarkan oleh undang-undang syariah agar ekonomi, keselamatan, kesihatan biologi, fizikal, mental, spiritual wanita dan anak-anak terjamin. Sudahkah ada gender focal point dalam sistem pentadbiran Mahkamah Syariah di setiap negeri? Adakah berbagai masalah yang sedang berlaku dalam sistem pentadbiran Mahkamah Syariah, ditangani serta-merta? – timbunan kes yang tertunda, unsur-unsur rasuah yang wujud, merayatkan pengetahuan mengenai proses dan prosedur mahkamah syariah kepada rakyat, khususnya wanita dalam mendapatkan hak mereka, mempermudahkan sistem dan prosedur dalam kes-kes tuntutan nafkah yang dihadapi oleh wanita dan penguatkuasaannya, dan adakah wujud suatu sistem pemantauan terhadap sejauh mana pengarus utamaan gender yang akan menghasilkan keadilan hakiki berlaku? Beratus-ratus wanita dalam sistem sokongan pentadbiran Mahkamah Syariah bukan ukuran bahawa pengarus utamaan gender telah berlaku dan berjaya, lebih-lebih lagi jika wanita miskin dan terpinggir masih merasa terbeban oleh prosedur dan kelembapan sistem Mahkamah Syariah.

Seorang Menteri seperti Jamil Khir Baharom juga amatlah perlu untuk menjalani proses pengarus utamaan gender bagi memastikan wanita Malaysia yang menjadi pelanggan atau pengguna sistem Mahkamah Syariah mendapat pembelaan dan perlindungan yang sewajarnya dalam masa sesingkat-singkatnya.

Rozaini binti Mohd Rosli

EXCO Wanita KEADILAN

Biro Penerangan


6 Responses to “Jamil Khir Tidak Faham Gender Mainstreaming”


  1. 1 mat som pergau Nov 10th, 2009 at 11:44 am

    aku dah boring dengan kerenah ulama-ulama bodoh ni!

    Reply

  2. 2 Bukan Jamil Khir Nov 10th, 2009 at 12:15 pm

    Kalau kita tengok Jamil Khir berceramah, cuba perhatikan matanya…… galak beno… Kalau dia sedang solat…… kalau kita sedang solat, jangan pula perhati dia, tapi kalau kita tak solat, cuba peerhati …… sendiri mau tahu la……

    Reply

  3. 3 bayangan Nov 11th, 2009 at 12:35 pm

    bukan kah mahkamah syariah terletak dlm bidang kuasa kerajaan negeri .
    jadi utk menangani masalah di mahkamah syariah , kerajaan negeri harus bertindak mengubah proses kehakiman itu sendiri.
    jadi di negeri2 bawah kerajaan PR , buat pembaharuan dulu perbaiki sistem yg dikatakan pincang kemudian tunjukkan kepada dunia islam , cara terbaik ini bukan menanya soalan di parlimen dan tunggu jawapan .
    sama saja dgn melepas batuk ditangga. lepas tu bagi alasan undang2 syariah negeri tidak dpt dipinda kerana bercanggah dgn perlembagaan. sama saja bunyi masa kerajaan kelantan tidak menjalankan hukum hudud .
    kenapa tidak dilaksanakan secara berperingkat , yg mana ada halangan cari jalan penyelesaian tapi tiap kali bagi alasan .
    membazir masa nak dengar dgn alasan hangat2 tahi ayam.

    Reply

    mujahideen Reply:

    Bayangan sila bc perlembagaan malaysia perkara 4. Sekian, terima kasih.

    p/s:tulis mcm org xsekolah je

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Jamil Khir tidak faham gender mainstreaming at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 10th, 2009 at 10:55 am
  2. 2 uberVU - social comments Trackback on Nov 10th, 2009 at 8:31 pm

Leave a Reply




fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
13 minutes ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
18 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
21 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
25 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
25 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30