09
Nov
09

Menggilap Harapan Rakyat

“Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami.”

Petikan ayat ke-88 dari Surah Hud di atas menjadi pembuka kata Perisytiharan Permatang Pauh yang telah sama-sama kita lafazkan pada tanggal 12 September 1998.

Agenda Reformasi yang menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) hari ini bukanlah untuk menyanjung dua tiga kerat pimpinan yang dipilih tetapi untuk mengangkat harapan rakyat yang dahagakan perubahan.

Bertemakan “Menggilap Harapan Rakyat”, Konvensyen Negeri di Pulau Pinang memulakan siri konvensyen negeri KeADILan di seluruh negara.

Saya membawa ingatan semua yang hadir agar kembali kepada Perisytiharan Permatang Pauh akan dasar dan asas perjuangan Reformasi yang telah kita mulakan lebih 10 tahun dulu.

Komitmen dan kesetiaan kita kepada asas prinsip perjuangan parti kita – yang berjuang dengan gagasan Ketuanan Rakyat dan keadilan sejagat serta mendukung cita-cita negara bangsa Malaysia yang berbilang bangsa dan agama – harus digarap dan dihadam oleh setiap pimpinan dan aktivis parti.

Saya juga dengan tegas memberikan amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal untuk patuh pada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkir.

Turut diingatkan tentang tipu daya parti pemerintah yang begitu ghairah melaungkan slogan 1Malaysia – kononnya membela rakyat seluruhnya tetapi hakikatnya masih terus membiarkan rasuah berleluasa, ketirisan perbelanjaan yang makin parah, sistem kehakiman yang nazak menanti ajal dan kezaliman serta salahguna kuasa yang terus menekan kehidupan rakyat.

Hak rakyat di negeri-negeri Pakatan terus dinafikan. 1Malaysia hanyalah sekadar slogan lunak dan enak bak madu namun di dalamnya terlarut racun bisa yang busuk, jijik dan meloyakan.

Saya menyeru seluruh pimpinan untuk sama-sama mengembleng tenaga dan upaya untuk terus komited dan setia dalam perjuangan Reformasi ini.

Semangat perjuangan baru perlu terus dicari. Anak muda mesti berani untuk terus melawan rasuah dan salahguna kuasa. Wanita srikandi Reformasi perlu bersungguh meraih sokongan dan menyampaikan mesej perjuangan yang kita bawa. Reformasi harus terus!

Di akhir pidato, saya lontarkan pantun ini buat hadirin:

Telur tembakul disimpan rapi,
Sekian lama sudah kempunan;
Akan kuredah lautan api,
Asal rakyat memberi perkenan.

ANWAR IBRAHIM


36 Responses to “Menggilap Harapan Rakyat”


  1. 1 thaqif Nov 9th, 2009 at 1:02 pm

    DS, terus terang saya katakan sejak kebelakangan ini saya sudah merasa lemah semangat utk terus bergiat cergas di dalam PKR.Ini adalah kerana saya merasa keciwa terhada gelagat dan tingkah laku para pemimpin dan para YB Pkr yg sudah di pilih,ramai di kalangan mereka tidak melaksanakan tangung jawab dengan baik,tidak berdisplin dan tidak memahami perjuangan parti.Oleh itu ingatan DS kali ini kepada mereka semua adalah tepat pada masanya.Tapi ingatan semata-mata tidak bermakna,sebagai seorang ahli PKR sejak dari awal lagi saya sangat ingin melihat tindakan yg wajar di ambil kepada mereka yg engkar.

    Reply

  2. 2 zabhas Nov 9th, 2009 at 1:44 pm

    Ketegasaan pemimpin parti itu harus ujud,agar perjuangan dan prinsip parti dapat di pertahankan
    Singkir mana mana anasir yang cuba mempengarohi ahli parti,
    Sumpah dan kesetiakawan adalah lambang prejuangan,kejayaan tidak akan datang dengan tanpa tekanan dari kerakusan pemerentah

    Reply

  3. 3 Saiidatul Nasir Nov 9th, 2009 at 2:45 pm

    salam bahagia:

    teringin sangat nak kongsi sesuatu…

    kebelakangan ini sering kali terdengar bahawa, ada penjawat awam tidak dapat menuntut sebarang bayaran jika telah menghadiri kursus serta mesyuarat.. pihak kewangan pula asyik beri jawapan bahawa, kerajaan tak ada duit, duit kerajaan tak turun lagi, tuntutan ini akan dapat balik lambat sikit, bila tanya lambat berapa lama, dia pun senyap, seolah-olah bagi tau kami bahawa, duit yang kami dah bayar itu tidak akan dpat balik. kita hanya makan gaji, dan tambah pula nilai gaji dah lah kecil, sekarang jadi pula keadaan macam ini, nak hidup pun susah lah..

    harap dato dapat bantu kami menyuarakan masalah ini suppaya masalah ini tidak meleluasa dan membebankan kami yang berpendapatan rendah.

    Reply

  4. 4 lalang Nov 9th, 2009 at 3:19 pm

    to mr anwar
    kalau dsai janji mahu turunkan harga kereta nasional saya akan undi pakatan utk next election.

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    sdr lalat,

    Kau ni pakuk kah midin,takkan hanya kerana kereta kau bendolkan peralatan kamu,kau memang otak midin…….

    Reply

    Shatter Reply:

    Tak perlu saudara hina orang lain kerana pandangan beliau, itu hanya pandangan beliau, bukan mengambarkan diri beliau.

    Reply

  5. 5 zam Nov 9th, 2009 at 4:32 pm

    Saya ingin mengetahui komen tuan mengenai NAP

    Kami rajkyat dibawah ditekan supaya membeli kereta proton yang tiada kualiti dan mahal.

    Sayaharap tuan dapat membantu rakyat seperti kami

    Reply

  6. 6 wah Nov 9th, 2009 at 4:51 pm

    DSAI, saya rasa PKR dan PR hendaklah mengambil tindakan berani untuk menapis dan membuang kutu dalam rambut untuk mengelak sebab nila setitik rosak susu sebelangga.Bahagian Atasan Pemimpin PKR dan PR hendak bertindak secepat mungkin membuangkan katak yg tak duduk diam mengancam kestabilan pemerintahan negeri PR. Pihak atasan DAP,PKR,PAS dan PR mesti sepakat dan sehala dalam perkara ini. Jangan kerana katak tersebut adalah YB dari parti sendiri,DAP,PKR atau PAS berlegah masa untuk membuat tindakan, ini akan merosakkan sistem pemerintahan sediada. Semua parti komponan hendak anggap mereka adik-beradik dalam satu keluarga besar PR dan jangan meluahkan apa-apa pandangan yg meburukkan imej PR. Carilah penyelesaian di dalam.Musuh sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan gabungan PR. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Jangan penyokong PR mempercayai khabar-khabar angin yang memnangkitkan was sangka anatara penyokong. Dapatkan pengesahan. Ini cara harmoni dan orang berpelajaran. PR mesti terus berjuang di bawah pimpinan mereka yg benar-benar mendahulukan hak rakyat,keadilan,keamanan,semangat sayangkan negara tampa kira agama dan bangsa berdasarkan Prinsip Rukun Negara.

    Reply

  7. 7 wah Nov 9th, 2009 at 4:53 pm

    DSAI, saya rasa PKR dan PR hendaklah mengambil tindakan berani untuk menapis dan membuang kutu dalam rambut untuk mengelak sebab nila setitik rosak susu sebelangga.Bahagian Atasan Pemimpin PKR dan PR hendak bertindak secepat mungkin membuangkan katak yg tak duduk diam mengancam kestabilan pemerintahan negeri PR. Pihak atasan DAP,PKR,PAS dan PR mesti sepakat dan sehala dalam perkara ini. Jangan kerana katak tersebut adalah YB dari parti sendiri,DAP,PKR atau PAS berlegah masa untuk membuat tindakan, ini akan merosakkan sistem pemerintahan sediada. Semua parti komponan hendak anggap mereka adik-beradik dalam satu keluarga besar PR dan jangan meluahkan apa-apa pandangan yg meburukkan imej PR. Carilah penyelesaian di dalam.Musuh sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan gabungan PR. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Jangan penyokong PR mempercayai khabar-khabar angin yang membangkitkan was sangka antara penyokong. Dapatkan pengesahan. Ini cara harmoni dan orang berpelajaran. PR mesti terus berjuang di bawah pimpinan mereka yg benar-benar mendahulukan hak rakyat,keadilan,keamanan,semangat sayangkan negara tampa kira agama dan bangsa berdasarkan Prinsip Rukun Negara.

    Reply

  8. 8 salimostan Nov 9th, 2009 at 6:18 pm

    Salamulaikum Pak Syeh DSAI,,,

    Al maklum saya telah mengikuti perkembangan DS sejak masih dalam UMNO lagi ,,saya ternanti dan tertunggu DS untuk mengambil alih tampuk kerajaan Malaysia sebagai PM… tapi malangnya persitiwa hitam semalaysia telah melanda DS pada Sept 1998…terkejut saya ..terkejut dan tergamam penduduk semalaysia,,
    Berikutan dari persetiwa itu saya terus memberi sokongan gerakan REFORMASI yang DS laungkan ,,,sokongan di terjemahkan melalui apa cara yang penting memberi sokongan kepada REFORMASI (PERUBAHAN)…
    Mengikuti perjalanan perbicaraan DS hingga DS di bibaskan akibat dari bukti yang tak jelas dan di ada adakan…setiap hari saya mengikuti perjalanan prosiding melalui apa saja sumber maklumat… mencitak berita prosiding DS dan di jadikan koleksi simpanan sehingga sekarang…

    Semuga DS cekal terus berjuang,,saya sentiasa mendoaakan kesejehteraan DS dan keluarga serta pejuang2 PR yang lain…segala onak ranjau duri masalah dalam perjuangan, tikaman dari belakang dan depan, penghianatan adalah lumrah dalam perjuangan..bukan senang nak senang…

    Salam perjuangan ,,REFORMASI/TAKBIR…ALLAH AKBAR

    salimostan…LEDANG 9muar0 JOHOR

    salimostan@yahoo.com

    Reply

  9. 9 salimostan Nov 9th, 2009 at 6:29 pm

    Salamulaikum Pak Syeh DSAI,,,

    Al maklum saya telah mengikuti perkembangan DS sejak masih dalam UMNO lagi ,,saya ternanti dan tertunggu DS untuk mengambil alih tampuk kerajaan Malaysia sebagai PM… tapi malangnya persitiwa hitam semalaysia telah melanda DS pada Sept 1998…terkejut saya ..terkejut dan tergamam penduduk semalaysia,,
    Berikutan dari persetiwa itu saya terus memberi sokongan gerakan REFORMASI yang DS laungkan ,,,sokongan di terjemahkan melalui apa cara yang penting memberi sokongan kepada REFORMASI (PERUBAHAN)…
    Mengikuti perjalanan perbicaraan DS hingga DS di bibaskan akibat dari bukti yang tak jelas dan di ada adakan…setiap hari saya mengikuti perjalanan prosiding melalui apa saja sumber maklumat… mencitak berita prosiding DS dan di jadikan koleksi simpanan sehingga sekarang…

    Semuga DS cekal terus berjuang,,saya sentiasa mendoaakan kesejehteraan DS dan keluarga serta pejuang2 PR yang lain…segala onak ranjau duri masalah dalam perjuangan, tikaman dari belakang dan depan, penghianatan adalah lumrah dalam perjuangan..bukan senang nak senang…

    Salam perjuangan ,,REFORMASI/TAKBIR…ALLAH AKBAR

    salimostan…LEDANG (muar) JOHOR

    salimostan@yahoo.com

    Reply

  10. 10 jo Nov 9th, 2009 at 7:34 pm

    Assalamualikum DS,

    Many are doubtful that dato najib would be so foolish as to retain musa hasan as igp,patail
    as ag and tun azmi as chief justice.one would imagine he knows he would look much better without
    them.
    These guys are there to please one old man.
    Let’s show them hell!

    jo

    Reply

  11. 11 mazu mdnor Nov 9th, 2009 at 7:53 pm

    Takbir…pemimpin pas tido lagi ke

    Reply

  12. 12 awas Nov 9th, 2009 at 7:57 pm

    Salam DSAI

    Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

    DSAI,

    Al-Quran > Surah An-Nuur> Ayat 5
    Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Al-Quran > Surah Al-Hujuraat> Ayat 6
    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

    DSAI,

    Apa yang terjadi baik atau buruk itu adalah ujian ALLAH maka DSAI mesti yakin apa-apa tomahan
    tidak akan menjadi nyata dengan keyakinan kita sendiri.Kepada penuduh ia telah meragukan kerana http://www.youtube.com/watch?v=setloOvKOOw kenapa senang berjumpa http://www.youtube.com/watch?v=J4X5_G67mZw berkenaan sumpah http://www.youtube.com/watch?v=IWb7ORIxCTQ dan http://www.youtube.com/watch?v=uEMcKYo52VM.

    DSAI,

    SUMPAH TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI KERANA MALAYSIA ADA UNDANG-UNDANGNYA YANG JELAS DAN DI DALAM MAKHAMAH ISLAM PUN SUMPAH BUKAN SATU JAWAPAN UNTUK MENGHUKUM.

    ULAMAK SEPENDAPAT ATAS HUKUM SUMPAH.ITU BUKAN SATU PENYELESAIAN DIDALAM AGAMA ISLAM TAMPA SAKSI DAN SEBAGAINYA.

    DSAI,

    Rakyat jelas melihat apa yang belaku ini adalah satu rahmat dari keburukan yang sebenarnya belaku didalam kerajaan malaysia.

    DSAI,

    Dulu DSAI sudah rasa pahit gentirnya didalam tahanan maka ini sepatut menjadi kekuatan sebenar DSAI untuk membela diri ingat dengan pekataan “LAWAN TETAP LAWAN” rakyat tidak berdiam diri.DSAI terlah berjuang untuk menuntut apa-apa keadilan untuk Agama Bangsa dan rakyat”negara” Malaysia.

    Reply

  13. 13 anafnk Nov 9th, 2009 at 8:08 pm

    SALAM DSAI’

    DSAI tidak perlu diragukan.
    DSAI mesti yakin kemenang tidak semestinya didunia tapi diakhirat.
    DSAI beberapa manusia didalam kes pertama sudah mengadap ajalnya.
    DSAI tetap sihat / kuat / bersemangat / beriman / dan berkeluarga didalam agama.
    DSAI “LAWAN TETAP LAWAN”

    Reply

  14. 14 Ismail Amir Nov 9th, 2009 at 9:29 pm

    Satu penegasan yang jelas mengenai masa depan PKR dan Pakatan Rakyat. Rakyat tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang hanya mengutamakan kepentingan diri dan lemah dilambung ombak cabaran perjuangan.

    PKR harus memperkukuhkan jati diri ahli dan para pimpinan. Manusia akan lemah dan menjadi hamba nafsu serta kepentingan diri apabila rohnya lemah. Usaha memperkuatkan roh dengan mewujudkan takungan pembangunan ahli berdasarkan kepada gabungan warisan indah dalam agama Islam dan yang lain-lain.

    Fahaman baik yang diteladani melalui falsafah konfucisme haruslah digarap sebagai mauduk untuk membangunkan jati diri pemimpin selain menelaah teori-teori pengurusan barat.

    PKR wajar mempunyai ‘set of value’ yang dikongsikan bersama oleh semua ahli dan pimpinan.

    Selamat Maju Jaya. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan kesabaran serta memperkuatkan ikatan persaudaraan untuk saudara memimpin Malaysia kearah negeri yang sejahtera dan adil untuk semua.

    Reply

  15. 15 ijat2007 Nov 9th, 2009 at 9:46 pm

    Memang rakyat mahukan perubahan tapi apakan daya, UMNO/BN mengguna segala aparatus kerajaan untuk menggagalkan usaha murni tersebut. Harapan tinggal harapan. Jalan ke PutraJaya penuh dengan liku berduri yang sungguh menyulitkan.Dulu, kini apa bezanya? Depa masih lakukan apa yang tak sepatutnya dilakukan, yang tak masuk akal, yang tak ikut undang2, yang tak ikut logik semua masih berlaku 10 tahun dulu dan sekarang dan apa rakyat boleh lakukan? Tak ada!Ramai juga yang tak kisah langsung dengan apa yang sedang berlaku….life goes on as usual, who cares??To UMNO….kalau undang2 Allah boleh dipermainkan, diperlecehkan, what is undang2 ciptaan manusia!

    Reply

  16. 16 yahzah Nov 9th, 2009 at 10:02 pm

    Semangat dato membuat saya jauh pandang kehadapan. saya mengikuti kisah dato sejak tahun 1998 pada masa tu, saya tingkatan dua. Dan kisah dato hampir sama dengan kisah saya.Tapi bukan kisah sodomilah. Kisah tikam dari belakang. Kisah dato menjadi satu motivasi bagi saya. Terima kasih dato.

    Reply

  17. 17 mahasiswa Nov 9th, 2009 at 10:29 pm

    InsyaAllah DS.. kami anak muda akan tetap meneruskan perjuangan reformasi demi kebangkitan rakyat.. Kalau dulu 1998 saya masih di bangku sekolah… sekarang saya sudah selesai kuliah… azam dan semangat saya masih tetap tidak berubah!!… ayuh sahabat2 semua.. mari kita berbuat sesuatu utk kesinambungan reformasi yg masih belum tuntas ini!!!

    Reply

  18. 18 ijan Nov 9th, 2009 at 10:32 pm

    Teruskan usahamu DSAI semoga rakyat dapat pembelaan yang sewajarnya. Nak harapkan kerajaan sekarang jauh sekali. Untuk tempolok pemimpin sendiri ada lah.

    Reply

  19. 19 mie Nov 9th, 2009 at 10:58 pm

    saya amat berharap dan berdoa agar PR akan terus menang pilihanraya akan datang..teruska usaha dsai..saya tetap terus menyokong datuk seri!!

    Reply

  20. 20 zaligani Tmn T Jaafar Nov 9th, 2009 at 11:26 pm

    YB Dato Seri,

    lagu sepi pujangga bermadah
    ilham segunung tidak terkarang
    lautan api saudara meredah,
    biarku rentung menjadi arang.

    ikan buntal di pulau Jawa
    dipukat bersama ikan gelama
    bagitu kental semangat dijiwa
    tidaklah gentar ku redah bersama

    Kain sampin ukiran berseni
    tambah berseri pakai sedondon
    Inilah pemimpin harapan kami
    perkenan diberi,doa dipohon.

    Reply

  21. 21 arabkia Nov 10th, 2009 at 12:42 am

    Salam Dato Seri,

    Saya balas pantun diatas…

    Berjalan petang waktu di pekan
    Membeli buah untuk dimakan
    Rakyat lama sudah perkenan
    Menunggu izin Allah memakbulkan

    ———-

    Come on everybody, let’s say a big NO to UM– this coming PRU13 elections.

    Nak cerita sikitlah…
    Kelmarin, saya berniat nak kemas bilik stor di rumah yang memang dah berselerak.
    Barang-barang, perkakas dan peralatan yang dah rosak semuanya saya buang. Yang mana
    masih elok lagi dan boleh digunakan saya simpan, biarpun barang lama dan dah ‘season’.
    Kesudahannya, bilik stor tu kembali bersih, kemas dan teratur.

    Moral:-
    AMNO ni dah lama jahanam. Rosak sampai ketahap tak boleh nak di’repair’ lagi.
    Jadi tak payahlah buang-buang masa simpan, humbankan jauh-jauh. Buat menyemak je…

    Reply

  22. 22 rakyat perak Nov 10th, 2009 at 1:07 am

    rasa tidak adil bn merampas kuasa di perak salah satunya bukan ahli parlimen yang menang tetapi rakyat yang menang,wajar la kerajaan perak di bubarkan sultan perak,ahli parlimen yang melompat parti harus berasa malu sebab rakyat amt membenci mereka sesudah menang rakyat tergadai yang hakikatnya setiap undi pkr yang dapat majoriti bukan 2 ekor tu.

    Reply

  23. 23 RAJA DUIT Nov 10th, 2009 at 2:23 am

    Salam semua saya baru je terjum pa blog ini. salam perkenalan.. saya berbanga dengan apa yang tertulis di artical ini. penuh semanggat!! hidup PKR

    Reply

  24. 24 Gembala Suara Nov 10th, 2009 at 7:20 am

    Salam….
    ayahnda…..
    saya dan barangkali ramai sudah tidak mempedulikan perjuangan UMNO-BN yang dilihat sangat bobrok sejak pemerintahan Tun Mahathir lagi….
    sekarang ini apa yang kami ingin lihat adalah bagaimana kerjasama, usaha keras lawan kepada UMNO-BN bekerja dan bersungguh berkhidmat untuk rakyat kerana saya percaya rakyat hanya menanti waktu dan masa sahaja untuk membuat perubahan….
    jika PR masih tidak jitu pendirian, malas dan sering berbalah maka tidak hairanlah jika PRU-13….keadaannya tetap sama…..masih ada sokongan tetapi bukanlah majoriti…..
    justeru…
    saya mohon agar ayahnda dengan penuh hikmah dapat berusaha agar memperkasakan PR demi kelangsungan perjuangan keadilan menentang kebatilan….

    Reply

  25. 25 Zabidie Abas Nov 10th, 2009 at 8:31 am

    oleh : http://amkj.blogspot.com

    Kini jutaan umat Islam berpusu-pusu menuju ke mekah Almukarah bagi mendirikan rukun Islam kelima.

    Ibadah Haji merupakan Sunnah Nabi yang menjanjikan keampunan serta balasan surga dari Allah S.W.T. Malah, bukan sahaja diakhirat didunia juga telah dijanjikan manfaatnya.

    Hari ini satu lagi penerbangan dari Senai terus ke Arab Saudi.. Minggu ini pencatat dimaklumkan Lapangan Terbang Senai menyediakan beberapa penerbangan untuk jemaah Haji dari Johor.

    Pencatat serta rakan-rakan muslimin dan muslimat PKR Johor mendoakan kesejahteraan kepada semua jemaah Haji dari seluruh dunia , amnya dari Johor dan Malaysia.

    Semoga Allah menunaikan hajat semua jemaah untuk memperolehi Haji yang mabrur. Dengan kesahduaan pencatat berharap semua selamat berangkat dan kembali.

    Sampaikan salam pencatat kepada Rasullullah S.A.W, Rasul-Rasul, Nabi-Nabi A.S dan para Sahabat yang shayid di jalan Allah bila sampai ke makamnya.

    Reply

  26. 26 Zabidie Abas Nov 10th, 2009 at 8:36 am

    Oleh : http://amkj.bolgspot.com

    Kini jutaan umat Islam berpusu-pusu menuju ke mekah Almukarah bagi mendirikan rukun Islam kelima.

    Ibadah Haji merupakan Sunnah Nabi yang menjanjikan keampunan serta balasan surga dari Allah S.W.T. Malah, bukan sahaja diakhirat didunia juga telah dijanjikan manfaatnya.

    Hari ini satu lagi penerbangan dari Senai terus ke Arab Saudi.. Minggu ini pencatat dimaklumkan Lapangan Terbang Senai menyediakan beberapa penerbangan untuk jemaah Haji dari Johor.

    Pencatat serta rakan-rakan muslimin dan muslimat PKR Johor mendoakan kesejahteraan kepada semua jemaah Haji dari seluruh dunia , amnya dari Johor dan Malaysia.

    Semoga Allah menunaikan hajat semua jemaah untuk memperolehi Haji yang mabrur. Dengan kesahduaan pencatat berharap semua selamat berangkat dan kembali.

    Sampaikan salam pencatat kepada Rasullullah S.A.W, Rasul-Rasul, Nabi-Nabi A.S dan para Sahabat yang shayid di jalan Allah bila sampai ke makamnya.

    Reply

  27. 27 caldina Nov 10th, 2009 at 10:04 am

    Saya percaya Saf kepimpinan keadilan sentiasa berusaha untuk membersihkan parti dari anasir-anasir yang cuba memecah belahkan parti. Golongan munafik ini memang telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi.
    Apa yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia amnya ialah sebagai parti baru yang mana keahliannya dibuka kepada sesiapa sahaja, Keadilan perlukan masa yang agak panjang bagi membersihkan parti. BN sudah tentunya telah pun memasang ramai tali barut untuk menyusup masuk ke dalam PKR. Mereka ini akan keluar seorang demi seorang dalam usaha merosakkan kepercayaan rakyat terhadap PR dan dijangka akan berterusan sehingga PRU 13 nanti.
    Anggaplah ini salah satu proses pembersihan walaupun memeritkan. Yang penting, perkukuhkan kesefahaman dalam PR dan berusaha memberi penerangan sejelasnya kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

    Reply

  28. 28 mat kilau Nov 10th, 2009 at 12:24 pm

    Dear datuk sri,

    Salam sejahtera diucapkan semoga sihat,
    Reformasi sekali lagi…………..

    Reply

  29. 29 fz1303 Nov 10th, 2009 at 2:48 pm

    Salam Saudaraku DSAI,

    Keadaan beberapa balaci umno dlm pkr menjadi semakin menonjol. Adakah kerana mereka ini dari Umno? Bak kata pepatah Anjing dah biasa makan tahi, dapat hidu pon jadilah.. Darah daging dah tepu dengan sumber haram..

    Kenapa golongan bangsat ini dipilih menjadi wakil PRU 2008?
    Adakah ketika itu golongan barua ni sedang memakai topeng manusia? Cukup mengaibkan kepada semua rakyat yang dahagakan ketelusan dan keadilan..

    DSAI, lakukan sesuatu. Kami setia dibelakangmu, jgn punahkan harapan kami dan keturunan kami…

    jgnlan disimpan gunting dlm lipatan..

    Reply

  30. 30 zul Nov 11th, 2009 at 3:03 am

    SALAM PERKENALAN,
    KEPADA FZ1303..ADAKAH MENYAMAKAN MANUSIA DGN HAIWAN MENJADI SESUATU YG LUMRAH KEPADA ANDA? JANGANLAH KITA MEMANDANG RENDAH SESAMA INSAN..HARUSLAH MENJADI INGATAN SEBELUM TERTUBUHNYA PAKATAN DIMANAKAH KITA BERNAUNG…ADAKAH ANWAR IBRAHIM ITU INSAN YANG TIDAK BERDOSA? SEHINGGAKAN APA JUA PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUTNYA DIANGGAP BENAR? DAN APA JUA YANG DIBUAT OLEH PEMERINTAH SEMUANYA TIDAK BETUL ?BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA. NOBODY IS PERFECT MELAINKAN RASULLULLAH S.A.W…ADAKAH JIKA KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA B,A PADA PRU 13 NANTI KITA ORG2 MELAYU AKAN BERASA SELAMAT? BELUM TENTU BEB..PANDANG2 LAH HIRAKI PADA BA DAN PKR…BACALAH ARTIKEL HARI INI ZULKIFLI NORDIN DAN SIVARASA..SAYA SALUTE KEPADA YB ZULKIFLI NORDIN..PEJUANG SEJATI BEGITU JUGA DGN DATO HASSAN ALI..DIMANAKAH MEREKA2 YANG SELAMA INI MELAUNG LAUNGKAN SLOGAN SLOGAN ISLAMIC..SATU PERTANYAAN SAYA ” KENAPA PERLU TUNDUK KEPADA AL KAFIRIN DAN MEMANCUNG PEJUANG ISLAM YANG CUBA UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MEMBASMI KEMUNGKARAN ” ADAKAH INI DINAMAKAN KEADILAN..

    Reply

    SHAGRATH Reply:

    Sudahlah tul sedara zul aka cyber trooper upahan amno….
    Memang manusia tidak boleh memandang rendah sesama manusia tetapi ada manusia yg terlalu memandang tinggi kpd diri mereka sendiri yg memerintah msia ikut suka hati dan tak mahu menerima penjelasan org lain..mereka inilah org amno yg berselindung di balik kuasa hakim,polis & segala jabatan kerajaan milik mereka. Kuasa di tangan mereka..tp yg peliknya pulak dgn kuasa tu umat melayu jadi semakin rosak akhlak dan aqidah mereka..kenapa dgn kuasa ditangan mereka tidak laksanakan dan menguatkuasan pencegahan maksiat umat melayu islam….apakah pegangan orang melayu islam ini dlm keadaan terbaik di kala mereka memerintah…tidak…kerana mereka turut hanyut dibuai ombak kemewahan…

    Bolehker golongan warisan bangsawan macam najib rasa denyut nadi rakyat dan kesusahan rakyat..tentu tidak kerana mereka tidak pernah rasa apa itu susah atau derita rakyat bawahan kerana mereka sejak dr kecil sudah berada dlm suasana mewah….Jauh sekali nak tegakkan islam…apa najib buat tentang islam sejak dia jd PM…..NOOTHING BRO….kalau dia betul good muslim ckpnya pasti tak berdolak dalik misalnya pasal minyak hak k’jan kelantan…sejak bila pulak dlm perjanjian thn 1974 ada ckp royalti mesti di bayar cuma kepada telaga minyak yg kurang 3 bt nautika dr pantai ….tak ada kan…itulah namanya berdolak dalik…sudah terang lagi bersuluh najib ni bukan muslim yg boleh dibuat contoh…..

    jadi jgnla sedara ckp pasal islam di sini kerana dipihak sedara dgn kuasa ada ditangan pun tidak mampu atau tutup sebelah mata pasal masalah umt islam msia ketika ini dan 52 thn lampau….

    so jgn ingat kami dlm PR akan mempercayai media arus perdana dan media bloggers upahan amno ini yg bermaksud melaga-lagakan pimpinan kami secara meluas…sedangkan perpecahan dlm bn tidak boleh disangkal lagi…dan makin membusuk di sana sini…sorok mungkin boleh la tp bau busuk dah tak terkata lg.

    Reply

    zul Reply:

    SDR SHAGRATH,
    MEMANG DAH MENJADI DASAR PEMBANGKANG, AKAN SENTIASA MEMPERKATAKAN BAHAWA APA JUA YANG PIHAK PEMERINTAH BUAT ITU SALAH. KAU ORANG MEMPERTIKAIKAN KUASA HAKIM, POLIS DSB HANYA KERANA DSAI DIPENJARAKAN.SETENTUNYA MEREKA-MEREKA INI AKAN MENDAPAT PUJIAN JIKA DSAI KAMU ITU DIDAPATI TIDAK BERSALAH.ITU ADALAH HAKIKAT. KAMU MUNGKIN SUDAH LUPA DATUK MOKHTAR HASHIM, DATUK HARUN IDRIS,DAN RAMAI LAGI PEMIMPIN UMNO YANG DIDAPATI BERSALAH OLEH MAHKAMAH.

    TERUS TERANG SAYA KATAKAN DISINI BAHAWA SAYA BUKANLAH PENULIS UPAHAN UMNO. SAYA BERFIKIRAN TERBUKA. TAK KISAH APA YANG ANDA SEMUA FIKIRKAN.

    ANDA BACA LAH SEMUA ARTIKEL YANG DITULIS OLEH SAHABAT SAHABAT DIDALAM BLOG INI DAN KITA GUNAKANLAH AKAL KITA YANG WARAS.. TIDAK ADAKAH KEBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO SELAMA 52 TAHUN MEMERINTAH? SELAMA 52 TAHUN MEMERINTAH TIDAK ADAKAH UMNO MEMBANTU ORANG2 MELAYU ? PADA HEMAT SAYA PERLULAH KITA KENANG KEMBALI JASA JASA YANG PERNAH DICURAHKAN DISAMPING KITA MENCEMUH..SAYA JUGA MENGIKUTI PERKEMBANGAN DSAI..KITA HANYA MENDENGAR DAN MEMBACA..TAPI APA YANG SEBENARNYA BERLAKU CUMA DIKETAHUI OLEH PELAKON-PELAKON NYA..HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..

    MUNGKIN SAUDARA TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN PRU 12 SECARA DEKAT.DITEMPAT SAYA CALON YANG DILETAKAN ADALAH CALON-CALON YANG LANGSUNG TIADA KEWIBAAAN.KAMI DAPAT RASAKAN YANG MEREKA-MEREKA INI DIPILIH BUKANLAH ATAS DASAR MEMPUNYAI KEPIMPINAN YANG BAIK.

    OLEH YANG DEMIKIAN SAYA BERPENDAPAT PERLUNYA BA MENJADI PEMBANGKANG YANG LEBIH BAIK
    DIPARLIMEN DARIPADA HANYA LAYAK MENJADI PENGACAU. SUARA YANG TIDAK RAMAI TIDAK SEMESTINYA TIDAK BOLEH MENCABAR SUARA YANG RAMAI.KALAU SETAKAT MEMBUAT BISING SAHAJA TIDAK AKAN DAPAT MENGUBAH APA2.

    SATU INGATAN SAYA KEPADA SDR. “INTAI INTAI LAH APA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT”
    “PANDANG LAH APA YANG BERLAKU KEPADA dATO HASSAN ALI DI SELANGOR..SEORANG PEJUANG ISLAM.ADAKAH SESIAPA MENYOKONG BELIAU? SEPATAH KATA NABIL ‘ LU PIKIR LAH SENDIRI’

    Reply

  31. 31 Jebat simunjan Nov 13th, 2009 at 3:42 am

    Assalamualaikum DSAI dan Salam KEADILAN untuk semua rakyat prihatin.

    Sesungguhnya perjuangan DSAI sejak 1998 bukanlah satu perjuangan untuk mendapatkan kedudukan, pangkat, wang ringgit serta kekayaan diri sendiri. Perjuangan DSAI adalah cetusan daripada ketidakadilan, pengkhianatan, penipuan, penindasan, kekejaman seeta kezaliman.

    Adakah kita pernah terfikir bahawa sebelum era DSAI BANGKIT BERJUANG segala perjuangan pemimpin-pemimpin pembangkang di tanah bertuah ini seumpama sampah dan golongan ini umpama bangkai bernyawa di mata masyarakat. Bukannya tidak ada LKS, KS, LGE, Dr Siaw, TGNA, TGHA atau nama besar pendokong suara rakyat. Mereka ini konsisten terhadap perjuangan rakyat tapi tidak mampu mengubah persepsi rakyat terhadap parti-parti pembangkang.

    Namun isu-isu rakyat yang menerjah ke dalam tubuh DSAI sehingga beliau HARUS ditangkap dan dijadikan bahan celaan hingga hari ini membuktikan bahawa DSAI adalah seorang tokoh perjuangan yang benar-benar berjiwa perjuangan. Dalam perjuangan hanya pendekar yang menimbulkan rasa TAKUT DAN GERUN kepada pencabarnya.

    Lihatlah kepada DSAI, sebut saja nama DSAI seluruh jentera UMNO/BN bergoncang kuat. Cakap saja pasal DSAI seluruh pemikiran rakyat harus dibungkam. Bilang saja DSAI segala peraturan bisa diubah. Kerana DSAI nyawa UMNO/BN hampir lemas.

    Persoalannya ialah adakah generasi pejuang yang bernaung di bawah suara DSAI mampu meresapi SEMANGAT KENTAL pejuang ini. Renung2kanlah diri kita, apakah perjuangan kita hari ini berpaksikan perjuangan DSAI atau kerana pangkat dan kedudukan. Sejarah YB2 dari PKR yang keluar parti dan menyokong UMNO/BN sudah cukup untuk kita menilai erti perjuangan dan suara rakyat.

    Sewaktu mereka DIPUNGUT, DIANGKAT DAN DIBINA oleh PKR sebagai landasan perjuangan rakyat dalam PRU 12 yang lalu, TERNYATA mereka bukanlah ORANG KEPERCAYAAN DAN TARUHAN umno/bn. Mereka ini adalah GOLONGAN SAMPAH yang tidak berguna bagi umno/bn. Tapi oleh kerana perjuangan rakyat yang mahukan kepada perubahan dan menolak segala penindasan dan kezaliman umno/bn memanipulasi hak rakyat maka golongan yang bernaung di bawah PKR ini di beri kemenangan oleh rakyat.

    Kini golongan tersebut seakan SOMBONG DAN ANGKUH akan kepercayaan DSAI dan para pejuang yang sebelumnya. Kini golongan tersebut LUPA bahawa mereka dulunya adalah SAMPAH MASYARAKAT DI MATA UMNO. Golongan ini MEGAH bahawa kemenangan mereka kerana suara rakyat dan bukannya suara DSAI. Tapi pernahkah mereka bertanya KALAULAH bukan PKR, adakah parti lain yang SANGGUP MENGANGKAT mereka sebagai pemimpin ? Kalaulah bukan kerana isu yang ada pada diri DSAI adakah mereka akan menang melawan umno/bn ? Sebut dan nyatakan sahaja nama2 YB yang sekarang ni dimenangi atas tiket PKR tetapi KHIANAT atas perjuangan mereka, adakah selama ini mereka BERGUNNA DAN DIGUNA oleh rakyat ?

    Kepada DSAI yang dihormati dan disegani…..

    Teruskan PERJUANGAN RAKYAT yang terpacu dalam dirimu itu. Meskipun ANDAI kau terkubur dan terlindung oleh WANG DAN KUASA UMNO/BN oleh barisan PEJUANG MUNAFIK, datanglah ke Sarawak ni. Di bumi bertuah SIMUNJAN, aku akan sambutmu dengan suara-suara rakyat yang akan bersamamu menentang REJIM TAIB MAHMUD DALAM PR DUN 2010 akan datang. SIMUNJAN akan bersedia berjuang bersamamu untuk menentang segala bentuk kekejaman, penipuan dan penindasan BN terhadap hak dan kebebasan rakyat.

    HIDUP DSAI ! HIDUP PKR ! HIDUP PAKATAN RAKYAT ! HIDUP KEADILAN ! PERGI MAMPUSLAH UMNO/BN ! TAKBIR.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Menggilap Harapan Rakyat at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 9th, 2009 at 3:50 pm

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
5 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
15 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
18 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30