Mengapa Gentar Untuk Serahkan Bahan Bukti?

7 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pasukan peguam pembela saya sekali lagi dihalang dari mendapatkan serta memeriksa laporan perubatan, rakaman video litar dan sampel DNA akibat dari keputusan mahkamah rayuan semalam untuk menyebelahi rayuan pihak pendakwa.

Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan saya dan hak untuk mendapatkannya dijamin undang-undang. Mahkamah Tinggi pada 16hb Julai lalu memerintahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti, antaranya dua laporan perubatan dari Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur.

Jelas ada pihak yang menghalang kes ini dari berjalan lancar dan menurut lunas perundangan. Sebaliknya mereka berselindung di sebalik dalih kononnya saya yang melengah-lengahkan perbicaraan. Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya. Biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah.

Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan. Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar? Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site