06
Nov
09

PR Selangor digesa perkukuh kerjasama bersepadu

Dari Merdeka Review

Angkatan Muda Keadilan Selangor memandang serius terhadap tulisan oleh Raja Petra Raja Kamaruddin yang dikeluarkan di laman portal Malaysia Today. Dalam tulisan tersebut beliau membuat dakwaan mengenai usaha jahat UMNO/BN yang mensasarkan Januari 2010 untuk merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Menurut beliau lagi terdapat usaha-usaha giat dan kotor pihak UMNO/BN untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat melalui agensi-agensi kerajaan negeri seterusnya memburukkan nama baik kerajaan negeri Selangor. AMK Selangor berharap kepimpinan Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim dan seluruh kepimpinan dan pendukung PKR, PAS dan DAP memandang serius isu ini dan mengambil pendekatan pantas, prokaktif dan efektif.

AMK Selangor melihat trend situasi politik di Selangor kini seolah-olah wujud satu usaha kotor terancang pihak UMNO/BN untuk terus memburuk-buruk dan mengganggu kestabilan politik dan ekonomi di Selangor. Isu panas seperti penjualan arak, rumah ibadah, tangkapan Dr.Asri Zainal Abidin dan pelbagai isu panas lagi timbul dalam usaha menggugat kestabilan politik di negeri ini.

AMK Selangor mengambil pendirian tegas agar unsur-unsur sabotaj yang sengaja dilakukan dan dirancang ditangani segera dan tegas daripada terus mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian rakyat. Malahan AMK Selangor menjangkakan selepas ini akan berlaku lagi isu-isu panas yang sengaja ditimbulkan untuk ‘membakar’ hati dan perasaan rakyat di Selangor.

AMK Selangor berharap kepimpinan tertinggi mengambil serius dakwaan bahawa Januari 2010, UMNO/BN akan merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu tragedi politik rampasan kuasa di Perak berlaku. Justeru amat perlu dan kritikal kini agar Pakatan Rakyat Selangor memperkukuh strategi dan kerjasama untuk menghalang perancangan jahat UMNO/BN ini. Kita tidak mahu rakyat di Selangor akan terus diheret ke satu lagi konflik politik yang tidak perlu yang akan menghalang kemajuan dan perkembangan ekonomi pesat di Selangor.

AMK Selangor berharap rakyat Selangor akan terus memberikan sokongan dan dokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin perubahan. Rakyat pasti tidak mahu segala penyelewengan dana rakyat dan rasuah yang dilakukan Barisan Nasional terus berlaku lagi di negeri ini yang menjejaskan kebajikan dan pembangunan. Isu penyelewengan PKFZ, dakwaan rasuah bekas Menteri Besar dan exco, harga banglo jutaan ringgit dan pelbagai lagi sehingga kini belum selesai.

UMNO/BN kini umpama bahtera lapuk yang semakin uzur hanya menunggu masa dan detik untuk karam akibat salah laku, penyelewengan dana rakyat, skandal dan pelbagai jenayah politik. Justeru, diharap rakyat terus menolak Barisan Nasional yang gagal secara total memerangi rasuah dan mengembalikan daya saing ekonomi di peringkat serantau dan global.

AMK Selangor juga ingin mengingatkan agar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk terus mendekati, menyelami dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat. Pembaharuan dan reformasi pentadbiran kerajaan negeri Selangor perlu terus berjalan dan giat dilaksanakan agar Selangor muncul menjadi negeri contoh yang ditadbir dengan good governance, ketelusan dan keadilan.

AMK Selangor juga terus yakin dengan komitmen kakitangan awam dan agensi di bawah kerajaan negeri Selangor yang terus bersemangat tinggi, komited dan fokus untuk membantu kerajaan Selangor dan rakyat keseluruhannya. Kewibawaan dan profesionalisme mereka amat dihargai dan amat penting untuk merealisasikan gagasan Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Negeri Berkebajikan mencapai kejayaan.

Adalah dicadangkan mana-mana pihak individu dan agensi pentadbiran awam yang tidak selari dengan prinsip dan dasar kerajaan Negeri Selangor perlu dihadapkan ke lembaga disiplin dan Selcat. Ianya untuk memastikan gerak kerja pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan lancar dan sistematik serta mengelakkan sebarang usaha jahat pihak tertentu untuk mensabotaj pentadbiran dan nama baik kerajaan negeri Selangor.

AMK Selangor berharap semua pihak menolak segala usaha perancangan jahat dan kotor pihak UMNO/BN untuk merampas kerajaan Selangor sepertimana yang telah didedahkan kepada umum sebelum ini. Diharap pendukung dan rakyat Selangor mendoakan dan memberi sokongan padu agar kerajaan Pakatan Rakyat terus kukuh bertapak di Selangor untuk terus membela kebajikan rakyat dan membawa Selangor ke era kecemerlangan dan kegemilangan.

Kembalinya Selangor ke era pentadbiran Barisan Nasional adalah mimpi buruk yang amat ditakuti kerana jelas selama 50 tahun lepas telah banyak kerosakan dan kebejatan yang berlaku. Justeru beri peluang dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk memperbaiki segala kesilapan dan kebejatan yang telah berlaku.

Akhirnya, AMK Selangor berharap seluruh kepimpinan tertinggi, pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor agar memperkukuh kerjasama bersepadu dan kefahaman serta mengelakkan pergeseran yang tidak menguntungkan. Pakatan Rakyat Selangor perlu bertindak pantas kerana masa semakin suntuk agar tragedi hitam politik seperti di Perak dijauhkan daripada berlaku.

*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor


17 Responses to “PR Selangor digesa perkukuh kerjasama bersepadu”


  1. 1 vet Nov 6th, 2009 at 5:05 pm

    Kerajaan Pakatan rakyat haruslah berbeza daripada Kerajaan BN.

    Semua tempat yang rakyat pergi, termasuk laman web Kerajaan negeri,
    semuanya mirip BN dan mempunyai suasana masih ditangan BN lagi.

    Apakah beza kita ?
    Saya Pasti Dato Khalid Mulia orangnya daripada Khir Toyo,
    Tetapi kita perlu lihat dari segi presentation kepada rakyat.

    Berilah apa yang diminta rakyay,
    yakni Election untuk kerajaan tempatan, sistem pentadbiran yang efektif dan banyak lagi.

    Raja Petra juga mempunyai banyak pendapat yang munasabah yang harus diikuti,
    terdapat ramai dikalangan rakan Wakil Rakyat yang betul betul boleh menolong,
    gunakanlah usaha dan minda mereka. Pasti akan menjadi terbaik

    Reply

    4RAKYAT Reply:

    local council elections will apparently “wipe out” malay majority in the boards in certain areas. that’s why it cannot be done. am i right? or am i wrong? or does it matter?

    this is malaysia. the govt depts are staffed by umno-supporters who used to make so much corrupt-$$$ under khir toyol. now…tan sri khalid and ronnie and gang have stopped so much rasuah, this section of corrupt civil servants are finding it hard to make ends meet i.e. posh cars, 2nd wives, 2nd or 3rd or 4th posh homes etc… – all corrupt money – all stolen from POOR POOR makciks/pakciks in the kampongs; who, ironically, support these crooks, thinking these crooks are “protecting malay supremacy”. these umno f-kers are good actors/actresses.

    u wanna kill-off umno and fraksi2 umno? go to the kampongs. urban malays are in pakatan’s hands. most of them are. just go the malay kampongs. and explain in BAHASA MELAYU.

    ** and pls ask ronnie lie, teresa kok, mani all these good-intentioned (non-malay) people to stand a bit behind tan sri khalid whenever there are any group activities/photoshoots. we need to project a MALAY barisan in selangor, so that makcik2/pakcik2 di kampong hati senang sikit nampak. i dont blame them. they dont know the real issues. their fears (re “non-malays eating into malay rights”) are genuine; although it is not really true.

    pacify the kampong folks.

    khir toyol and all umno f-kers won in kampong areas. look back ge12 results. look in the selangor map. all umno f-kers won in kampong areas.

    start there. in the kampongs. pakatan reps dont just sit on their fat arses handling urban areas. go the the kampongs. EVEYERDAY. MONDAY. TUESDAY. WEDNESDAY. THURSDAYS. FRIDAYS. SATURDAYS. SUNDAYS.

    EVERY F-KING DAY until ge13.
    EVERY F-KING DAY until ge13.
    EVERY F-KING DAY until ge13.
    EVERY F-KING DAY until ge13.
    EVERY F-KING DAY until ge13.
    EVERY F-KING DAY until ge13.

    then it’ll be 54-2 (just like prior to ge12). 54-pakatan, 2-umno.

    of cos mca and mic and gerakan can all go fly kite.
    ** FINALLY, to all pakatan reps, please speak in BAHASA MELAYU everyday in your daily dealings, press conferences, gatherings, functions etc…

    the chinese dont need you to speak mandarin. we all understand bahasa melayu. it’s the national language for heaven’s sake!!

    you dont have to ‘appeal’ to us by speaking queen’s english. BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU! this is selangor. DO YOU KNOW WHAT I MEAN?? BIGGER PICTURE.

    some of you reps tried to project malaysian images by dressing up in baju melayu, sarees, cheongsam etc… this is so F-KING PATHETIC. there is no need to do all these donkey charades. JUST SPEAK BAHASA MELAYU. to everyone, in public functions. in ALL public functions. think the BIGGER PICTURE.

    4RAKYAT

    Reply

    noh Reply:

    Yes, i agree with you if what you suggest is for ge13. But what you should write is what to do to avoid this bloody UBN to play fouls in taking over state government. Suggest something to block this coupe. May be, PR should allocate funds on special investigation activities like what UBN uses SBs. And be friendly to all especially those in the fedral govnt agencies where informers are vitally helpfull.

    Reply

    4RAKYAT Reply:

    how? najis & gang are protected by almost all the relevant govt machineries e.g. ag chambers, police, judiciary, election commission etc…

    but all the aforesaid agencies are headed by those notorious crooks. chop the head off and the rest falls into line.

    there must be some shit on :-
    gani patai
    musang hassan
    ahmad said (his son’s misadventure being one of them)
    selangor khalid cpo
    brickfields ocpd
    that election comm head
    all these known crooks.

    use private invesigators and follow them everyday. sure they’d make wronr turns every now and then. they thougth they have money. thru special ‘underground’ funds, the rakyat can fund pakatan rakyat to find shits on these crooks.

    publish them when we got it.
    musang hassan and gani patail and ahmad – all these crooks have files (but buried via i-scratch-your-back-u-scratch-mine arrangements). so find someone to publish these files to their counterparts in the usa, the uk, europe. i am sure these will make these crooks so f-king malu when they go for meetings internationally.

    nothing pulls a politician down like a scandal. the same goes to crooks like them.

    private eyes. they can be used – for a fee.

    4RAKYAT

    HIDOPpakatan RAKYAT Reply:

    4RAKYAT!

    Brilliant writeup.

    Hope all Pakatan Leaders listen to your very2 good and brilliant advice! U are damn right my friend, Continue writing so that Pakatan Rakyat LEADERS understand the people psychology OF WINNING THEIR HEART ESPECIALLY THE RURAL FOLKS! I bet, if Pakatan Leaders from top to bottom follow your advice, Pakatan Rakyat will be likened by majority of the peop;e especially orang kampongs!

    All people in this country must read Sejarah Tanah Melayu so that racial harmony can be achieved.

    If the Pakatan Leaders do not follow your advice, I can bet, BN will win again!!!!!!

    Reply

    4RAKYAT Reply:

    the f-king problem with sejarah tanah melayu is that it is PERCEIVED to be “low class” for some of us owing amongst others to low discussion value (people rather talk about henry viii rather than sultan mansoh shah – the former has more discussion and ‘class’ value, if u know what i mean).

    but like i said it’s all perception. i am malaysian chinese. i know more about other country that i do my own. f-king pathetic. i blame it, rightly or wrongly, to the, yes again perceived, low value of speaking in bahasa melayu. but i am not a politician. i dont hv to play this game. the politicians; they have too. it’s their ‘tool of trade’ so to speak.

    i dont speak as much bahasa as i probably should pasal setiap kali i bertutur dlm bahasa melayu, i ingat si-jahanam umno – this f-kingly corrupt and damaging politial party. and dont any1 tell me the party is innocent – its the leaders. well, 98% of their leaders are leeches – wimps, no backbone, parasites who live off rakyat (poor kampong makcik/pakcik)’s money. they have no faculties in themselves to WORK for MONEY. they have to merebut-rebut agar jadi ketua bahagian supaya boleh MEROMPAK/MENCURI duit rakyat – making money without having to work. that’s UMNO MALAYS. other malays work their asses off for a ringgit a day. these umno f-kers lift a finger to sign a con-paper and they make MILLIONS e.g. Approved Permits.

    urban malays(ians) are alright with pakatan generally. but their total numbers (VOTERS !!!!) are easily equalled and bettered by ignorant simple-minded kampong folks. u may hv a phd in political science and u know the real issues (shits of umno) but u r still only one vote.

    umno just has to go to a kampong, throw a few gunnysacks of rice and milo, and they have 500 votes in an instant. try beating that all you urban folks.

    i believe zaman tunku / p.ramlee (those good old days) malaysians have no problems with each other. then came tun razak…. and then we found oil… and that whet the appetite of those umno-crooks. they began to crawl out of the woodwork…and now today we have all these.

    look around you.

    no two ways about it – UMNO MESTI DIKUBURKAN agar melayu / seluruh rakyat malaysia dapat hidup sejahtera.

    4RAKYAT

    Reply

  2. 2 PRgombak Nov 6th, 2009 at 5:05 pm

    Alahai… tolonglah….
    Aku joint PKR pun sebab aku benci UMNO…
    Alahai… Fikirlah….
    Macam mana kalau UMNO betul2 berubah….
    alahai…. kemanalah perjuangan kalau tak berduit.
    fikir-fikirlah wahai pemimpin PKR…

    Berjuang……………dah sudah,
    susah………………dah rasa,
    Nak tunggu?…………dah lama dah, bila?
    Bila dah memerintah….tak dapat ape-aper.
    Alahai pemimpin,,,,semua sama.

    Reply

  3. 3 art 2010 Nov 6th, 2009 at 5:58 pm

    UMNO kalau takbur duit ambillah dan pandai pandailah main wayang dengan UMNO yang tidak ada perasaan dan berhati perut. Betambah lagi Khir Toyo semesti akan gunakan wang yang sampai berapa generation dalam simpanan tidak akan habis, untuk membantu dalam segala segi tidak kira perjuangan mengikut undang undang atau lari dari perjuangan mengikut secara Islam. Pemimpin PR yang lemah dan ingin kemewahan akan jatuh sekira nya tidak sabar dalam perjuangan, susah dahulu senang kemudian.

    Reply

  4. 4 Wak Dol Tropicana Nov 6th, 2009 at 8:15 pm

    Birokrasi umno hanya di jabatan kerajaan.
    Birokrasi Pakatan dan PKR di jabatan kerajaan negeri dan dalam parti.
    Itu yang penyokong jadi susah.

    Reply

  5. 5 tetamu damai Nov 6th, 2009 at 9:00 pm

    PR perlu muhasabah diri masing2. jgn meletakkan kepentingan dan kedudukan dlm parti dan kerajaan negeri lebih penting dr brbakti utk kepentingan rakyat. ingatttt! kedudukan itu hanya sementara sahaja. berbincang dan berdamai dan bertaubat (kpd yg dah lari dr landasan yg benar). mohaon pd NYa agar musuh2 PR lemah kekuatan dan mati akal utk menjatuhkan PR

    Reply

  6. 6 ron Nov 7th, 2009 at 12:45 am

    yg penting kerjasama & bersatuhati. majority rakyat bersama PR. bukti? bn dulu heboh ‘silent majority’ ikut & sokong segala tindakan & dasar kerajaan. tp pru12, terbukti silent majority tolak bn hampir 49%. that is half of the electorate!

    ape pn, sebusuk2 taktik khianat mereka, kita mesti turut sama berstrategi utk counter-attack.

    yes counter-attack.

    najib is weak, what he has is only money. a lot of money. he can buy half malaysian but he can never buy whole malaysian.

    Reply

  7. 7 siti payung Nov 7th, 2009 at 4:25 am

    entahlah…susah nak cakap. mana2 ketua jabatan kerajaan masih lagi wajah & berfikiran cara umano/bn. kenapa kalid tak buang mereka ya? cuba anda2 pergi ke jbtn kerajaan s’gor yang masih ketuanya orang lama (umno/bn). ada sahaja yang tidak bagus pada mereka atas pemerintahan pakatan.

    entah2 gunting dalam lipatan!! kalid bagi musuh jadi ketua kat situ..so jadilah mereka api dalam sekam!!! get readylah 2010 januari ini kalau masih tidur..dulu korang cakap pak lah tidur sekarang korang membuta!! hampeh!!

    Reply

  8. 8 Azmil Nov 7th, 2009 at 4:45 am

    Sdr Mohd Ezli,

    Sabotaj sebenarnya boleh dielakkan kalau ADUN-ADUN PR di Selangor tak tidur. BN sekarang ni adalah pembangkang kat Selangor. Memang kerja depa nak sensasikan isu2 panas nie. Soalnya, yang kita dok bagi chance kat depa untuk “sabotaj” sebab apa?? Dan isu-isu seperti isu penjualan arak, isu rumah ibadah, isu tangkapan Dr.Asri, isu Selcat membuli kakitangan awam, isu ADUN PR yang bermasalah – semua isu2 ni memang benar2 berlaku. Mana yang sabotajnya?

    Dan saya berharap saudara tidak lah mencadangkan agar isu-isu ini diselesaikan “secara tertutup” pulak. Kita reject BN sebab kita mahukan ‘transparency’. Depa dulu dok tutup isu-isu panas, sampai kita rakyat jelata tak tau pun. Sekarang ni PR berkuasa – jgn buat cara yang sama. Kalau betul ada problem, share dengan rakyat & selesaikan. Jangan cuba sorok. Kita faham, mana ada kerajaan yang takde problem – tapi kita nak tengok macam mana cekap ADUN2 menyelesaikan problem tu. Bukan macam mana cekap kita nak tutup problem.

    Tragedi hitam yang saudara gambarkan jika kerajaan Selangor jatuh kembali ke tangan BN, hanya akan berlaku jika ada lagi ADUN-ADUN bermasalah macam YB Badrul dalam PR. Kejutkan mereka dari tidur. Suruh depa bangun buat kerja sikit. Turun padang selalu. Masa BN dulu, bukan main susah nak jumpa wakil rakyat – macam nak jumpa sultan! PR jangan lah jadi macam tu. Dengar lah suara kami ni – suara rakyat – suara yang meletakkan PR berkuasa di Selangor.

    Sekongan kita dah bagi, peluang kita boleh bagi, masa kita boleh bagi.. but don’t take us for granted, don’t take us for a ride! We want CHANGE, but what we are seeing so far is SAME!

    Reply

    HIDOPpakatan RAKYAT Reply:

    Nasihat yang sungguh tepat! Moga yb2 dan pemimpin2 Pakatan Rakyat ambil berat teguran saudara ini ir else, ajelah Pakatan Rakyat akan ditolak rakyat jua nanti.

    Reply

  9. 9 tuanrakyat Nov 8th, 2009 at 5:05 pm

    Kerajaan neg sgor adalah kerajaan bersekutu, kerajaan bekas kakitangan Guthrie, bekas kakitangan PNB. MB tidak menganggap beliau mewakili mana-mana parti. Parti politik kepada beliau adalah bantu lonjatan semata-mata. Rakyat akan menentu beliau layak atau tidak mentadbir kerajaan negeri. Di PRU 13 akan datang, TS Khalid tidak perlu mana-mana parti. Beliau percaya sekiranya beliau bertanding atas tiket bebas, rakyat akan memilih beliau dan soal jawatan MB beliau juga yakin DYMM Sultan akan kekalkan beliau jawatan MB.
    TS Khalid tidak percaya kepada ahli politik, dari PR mau pun BN. Sebab itu beliau tidak akan memilih mana-mana ahli politik untuk duduk di syarikat-syarikat GL yang sekarang dipenuhi olih kawan-kawan lama beliau. Beliau juga tidak akan memberi peluang kepada mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan mana-mana ahli politik. Beliau akan berunding terus dengan rakan-rakan bersekutu dan sanggup menangguhkan projek-projek sekiranya belum ada sekutu beliau yang bersedia menerima projek-projek tersebut.
    Apa nak jadi pada PR di sgor, sama-sama kita tunggu hayatnya.

    Reply

  10. 10 zamy Nov 10th, 2009 at 9:06 am

    buat penyokong PRsemua …bawak bertenang…..jgn jadi agen BN….kita dah pilih mereka…..maka beri mereka peluang…..jgn kite pulak jadi agen propaganda BN…….semua yg baru mestilah mempunyai masalah…..macam2 masalah……kita pilih mereka sbb mereka lebih elok dari BN…..maka beri mereka masa…..bkn senang nak memerintah satu negeri…satu rumah pun kadang2 hancur….dgn dengki khianat umno…sabotaj sana sabotaj sini…….

    Reply

  11. 11 mail Nov 13th, 2009 at 10:43 am

    aku tak tahu..memang teruk sungguh..dewan orang ramai dekat taman nanding hulu langat..dah masuk setengah tahun lampu yang banyak terbakar…dewan dah hampir gelap nak main badminton tak boleh dah…mereka yang terlibat..tolong lah selesaikan…rakyat setempat dah marah2..kalu tak nak settlekan..tunggu next pru13..kita ubah lah

    Reply

Leave a Reply